"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Sabtu, 26 Ogos 2023

PRK Simpang Jeram:Lebih 1,000 iringi Dr Mazri ke pusat penamaan calon

 

MUAR: Lebih 1,000 penyokong mengiringi calon PERIKATAN NASIONAL bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram, Dr. Mohd Mazri Yahya.

Perarakan yang bermula di Jalan Haji Sulaiman itu membentuk perbarisan penyokong sejauh hampir satu kilometer menuju ke lokasi Pusat Penamaan Calon di Dewan Jubli Intan, di sini, sebentar tadi.

Dr Mazri yang diiringi beberapa orang pimpinan PERIKATAN NASIONAL Pusat dan negeri memasuki pekarangan pusat penamaan calon sekitar jam 8.42 pagi.

Terdahulu semua pimpinan dan penyokong memulakan perarakan dengan bacaan doa oleh Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Zulkifli Ismail. (Foto atas)

Antara pimpinan yang hadir ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, AJK PAS Pusat, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Hussin, Rafiei Mustapha (Negeri Sembilan), Razman Zakaria (Perak).

PRK DUN Simpang Jeram diadakan serentak dengan Parlimen Pulai berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Simpang Jeram dan Parlimen Pulai pada 9 September sementara pengundian awal 5 September. – HARAKAHDAILY 26/8/2023

Khamis, 24 Ogos 2023

Lain yang walanon tunjuk, lain yang rakyat nampak


Dicarinya walanon salah Sanusi zaman sekolah dahulu. Diratib betapa nakalnya Sanusi kerana pernah dibuang sekolah. Namun yang rakyat nampak sebalik kenakalan itu, ialah kemiskinan, kesedihan, kesengsaraan dan kesusahan hidup Sanusi. Lalu rakyat bersimpati dan cerita hidup Sanusi di sekolah menjadi cerita sedih yang dirasai oleh rakyat marhaen. Ramai yang menangis membacanya.

Dicarinya walanon kesalahan kerajaan Kedah, Kelantan dan Terengganu. Dijajanya betapa miskin, jauhnya ketinggalan tiga negeri ini dari arus pembangunan. Padahal rakyat sudah nampak yang kemajuan yang PH kecapi itu adalah datang dari Kerajaan Umno-BN yang suatu masa dahulu memerintah puluhan tahun, PH kutuk sampai lupa dunia, terutama Tun Mahathir. Bila bergabung, terus semua jadi hak cipta PH. Mentang-mentanglah Umno parti minoriti dalam PH.

Dicarinya walanon penyelewengan dalam pentadbiran Kerajaan Terengganu, Kelantan dan Kedah, konon menyusahkan rakyat. Akan tetapi rakyat nampak ada isu yang mungkin satu penyelewengan dalam Skim Insan Selangor, sehinggakan nama orang mati turut didaftarkan dalam skim ini yang kontraknya dipegang oleh syarikat yang dikatakan memberi pinjaman seperti Along.

Dicarinya walanon akan kelemahan tatakelola negeri-negeri pembangkang seperti bajet dan hutang. Akan tetapi rakyat tergelak apabila Kerajaan Negeri Melaka meminta supaya hutang negeri kepada pusat ditukar menjadi geran, dalam masa yang sama semua negeri pembangkang berdisiplin membayar hutang-hutang mereka.

Dicarinya walanon akan kesalahan pimpinan PN dengan gembira mereka bersorak bahawa pimpinan PN telah terbukti melakukan rasuah dengan tangkapan oleh pihak berkuasa. Rakyat pula nampak, mahkamah telah membebaskan dan melepaskan pimpinan PN daripada pertuduhan yang cacat oleh PH itu.

Dicarinya walanon akan hiburan dan konsert yang dibuat di negeri-negeri pembangkang, sebaliknya rakyat nampak jelas tarian gelek wanita Arab, Konsert Port Fest dan juga makan kunafa sambil berjoget di dalam kawasan bukan milik negeri pembangkang. 

Dicarinya walanon kehebatan PMX berbahasa Arab sesekali, menyebut petikan al-Quran dan menulis catatan ketika dalam forum soal jawab dengan ulamak yang mereka jemput, kononnya Islamik. Namun rakyat nampak Presiden PAS lebih hebat berpidato dalam bahasa Arab secara penuh, menulis ratusan buku-buku yang dijadikan rujukan kepada umat serta sentiasa dihubungi oleh ulamak dunia bagi membincangkan masalah politik dunia semenjak dahulu hingga sekarang.

Dicarinya walanon jahatnya Sanusi kerana mengetuk sehelai kertas A4 yang di gulung ke atas kepala seorang pelajar perempuan, tiada adab kata mereka. Tetapi rakyat melihat Sanusi hanya bergurau dan keluarga pelajar itu juga bersetuju ia satu gurauan. Kemudian rakyat melihat lagi, ada sentuhan kasih sayang PMX dengan beberapa wanita dewasa, walaupun tanpa mengetuk kepala wanita itu. Rakyat seterusnya nampak, ada gurauan bodoh PMX dengan meminta nombor telefon pelajar dan menjawab dalam keadaan marah kepada satu soalan pelajar matrikulasi berkenaan meritokrasi dan juga soalan wartawan. 

Namun walanon tetap walanon, akan mereka berusaha lagi mencari semua benda yang jahat atas PN. Mereka rajin berusaha kerana mereka percaya usaha itu tangga kejayaan. Rakyat percaya atau tidak, itu tidak penting kerana mereka sudah mempunyai peminat yang tersendiri dalam kelab Walanon Semalaysia.

Sedagha-sedagha, parti kita, parti derita, walanonpun bertepuk kerana gembira parti mereka miskin. Tetapi rakyat nampak ke parti dia betul-betul miskin? 😊

Mohd Nasir Abdullah

24 Ogos 2023



Ahad, 20 Ogos 2023

The Untold Story -MB Sanusi:Tunggul Nan Sebatang....

 Mengenang Mak yang terlantar di Hospital Sik sejak empat hari lalu. Semoga Mak cepat sembuh. 


Tunggul Nan Sebatang....

Asap dan reba

Asap yang berkepul-kepul berbunga awal tadi mula berkurang, api yang mula marak dalam timbunan reba kayu, ranting dan rumput menolaknya laju menjulang ke udara. Asap bewarna puteh bagai kepulan awan di langit tadi sudah kehitaman dan mula menghilang, diganti pucuk api menjulang merah menyala. Panas bahangnya mencucuk kulit muka dan batang betis setiap kali didekati untuk mencampak sampah dan rumput yang bergulung dirodok mata cangkul di tangan Mak.

Tanah sekangkang kera di tepi kongsi apek itu harus dicerahkan. Itulah rancangan Mak. "Jom tulong aku merong (memugar) petang ni... Kita kena tanam ubi kita sendiri jugak, tak cukup belanja kalu dok harap upah korek lubang, cabut upok (rumput) di kebun Ah Neow ja, nak buleh brapa duik!" Kata Mak. "Nak jual ni (nanti) tak payah dah, kita cabut, longgok, bale (biar) Ah Neow suruh koli dia wak nek lori. Kita tupang ubi dia".

Aku mula bayangkan lori Bedford kepala merah itu mengerang, tayarnya setinggi aku, dindingnya hijau, asap berkepul hitam dari ekzosnya yang bergedik gedik, bila Ah Bu menekan minyak. Ah Bu yang berdada merah bersinglet perang tu akan kaut ubi dalam raga cam, dan melemparnya masuk lori. Selonggok lepas selonggok, mak akan dapat duit.

Sebelum petang menjadi senja

"Hakok (angkut) cepat sikit, satgi malam gelap, nak menarah tak napak" Mak bergegas. Aku dan Ajik mengutip segala sisa kayu reba dan rumput berlari ke unggun yang sedang menyala...Prakkkk! Praaap..prap..prap..api meratah rumput basah.... Lepas Ajik buang aku pulak, kemudian berlari mengambil lagi.

Hari sudah petang, sekejap lagi senja akan menjelma. Mak berhenti menarah dan mengangkat dahan-dahan besar yang tak mampu kami angkat. Braummp! Mak mencampak kayu, bunga api berduyun-duyun seperti berebut menjulang ke udara. Waaahhh! Kami gembira sambil berlari mengekori mak.

Mak! bila Pak nak kelek Mak? Aku saja menduga. " Tak thu laaaa.... Nanti buleh duik, dia kelek la tuu"...

"Shi! Pa (cuba) mu denga molek-molek. Adik teriak ka apa tuu". Kata Mak. Pijah dan Siti ditinggalkan di rumah sedang nyenyak tidur, lebih kurang 30 meter dari situ. Adi terkodek kodek berjalan sendirian mengutip daun kapal terbang di bawah pokok cempedak depan kongsi apek. Rebah kemudian bangun.

Tusukan Tunggul Berdarah

"Buat cepat la, satgi adik jaga (bangun), dan dema teriak satgi payah, tadi lagi makan susu tuu". Mak munuju ke unggun reba dengan segumpal rumput dan dahan kayu di tangan, aku melihat Ajik memulas tunggul dari banir yang reput. Tajam dan panjang.

Mak tunduk membongkok sambil menyorong sisa kayu di tepi masuk ke tengah unggun. "Mu tengok ni aku nak lepa (lempar) masuk dalam api". Kata Ajik. Phiuuuu! Tunggul tajam itu berpusing-pusing di udara, menuju unggun api. Aah! Mak! Jagaaa! Aku menjerit... Allah! Maaakkk! ....

Chakk! Tunggul sial itu tepat tertusuk di ubun-ubun Mak, lalu jatuh di kaki... !! Ya Allah Ya Rabbi! Aduuuh laaa! Mak mengerang sakit lalu terduduk.

Hari kian senja, suasana hening, aku terpaku terkedu. Ajik tergamam, ternganga. Aku berlari mendapatkan Mak yang sedang menekup ubun-ubun dengan kedua belah tangannya yang dipenuhi tanah dan abu. Darah membuak dari celah jari Mak, meleleh hingga ke siku dan mencurah di wajahnya yang basah berkerut dijamah kesakitan.

Rambut hadapan kepala mak berjurai merah dan basah. Aduuhh! Aduh laaa...aduuuuh! Mak menangis. Mak! Mak! Jom balik Mak! Jom balik! Kita cari ubat! Suara aku tersekat-sekat. Anak yang tenggelam punca. Aku memegang tangan di kepala Mak. Tanganku basah dengan darah. Kepanasan api dan matahari petang, dengan peluh yang menyimbah seluruh tubuh Mak membuatkan darah melonjak memancut keluar.

Mak menggagahi diri bangun terketar ketar, matanya masih terpejam dalam kerutan wajah seribu garis. Bibirnya menggeletar. Dia membuka mata dan mula melangkah. Ajik meluru ke depan menyeret Adi. Cangkul, reba dan api kami tinggalkan tak peduli lagi. Mak sedang menahan lelehan darah yang tak berhenti.

Cari kopi dengan gula..lekaih! Mak berjuntai di jemoran. Aku meluru mencari tin gula dan botol kopi. Nah mak! "Ambik piring, kaco (gaul) dulu gula dengan kopi dalam piring, banyak sikit tak pa. Lekas laa, sakit ni. Aduuuh laaa!! Wuuuu!! Suara Mak tersekat sekat, air mata, darah dan air hidung mengalir serentak. Tak siapa peduli lagi. Kopi dan gula yang sudah rapat ke dasar tin dan botol aku selok dan raut dengan hujung jari-jemari, aku gumpal menjadi secekak.

Campuran gula dan kopi aku genggam untuk ditekup di kepala Mak. Aku nampak torehan tunggul itu membelah kulit kepala Mak hingga ke dalam, merahnya pekat hitam, darah masih membuak . Ajik mengoyak kain batik buruk, membalut luka sambil menangis, terhimpit rasa bersalah teramat sangat. Mak mengesat darah di muka, dahinya cekang berkerut dibirai rambut. Setiap celah garisan berkerut itu merah berdarah. Kain buruk melilit membungkus kepala hingga ke dagunya.

Demikianlah secebis kisah hidup yang dijalani, untuk mencari apa yang tidak dimiliki. 

Matahari kian beransur menggamit malam, aku masih terduduk di jemoran, gula kopi dan darah masih bersisa di celah kuku yang hitam. Ajik sedang membimbit timba di kedua belah tangannya mengangkut air dari telaga. Seliparnya mengiramakan bunyi cangkerik setiap kali dia melangkah. Dia sudah mandi membawa Adi dan Siti.

Demikianlah dugaan yang datang menimpa. Pak masih di Singapura, mengganyang tubuh sasa di celah timbunan batu bata untuk memintal nasib keluarga. Tiada siapa peduli, tiada siapa bertanya, tiada orang tampil berkongsi duka. Mungkin masing-masing sarat mengendong beban bersabung nyawa. Esoknya Pak Cik Mustafa berkunjung membelek-belek luka di kepala kakaknya. Hidup diterus juga.

Ya Allah! Ya Rahman! Ya Rahim! Tuhan sekelian alam yang Maha Pengasih Maha Penyayang... Sejahterakanlah kehidupan Mak dan Pak, limpahkan mereka dengan kebahagiaan di dunia, dan di syurga nanti. Sesungguhnya Ya Allah, jasa dan pengorbanan mereka berdua tiada taranya, menjamah duka mengharung derita, melunaskan amanahMu ke atas mereka .

Anugerahkan hari tua mereka dengan kebahagian, kesihatan tubuh badan dan ketenangan jiwa. Tambahkan kegembiraan di hati mereka berdua, jauhi mereka dari duka dan lara. Kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani kami saat kami kecil, waktu kami merengek meminta itu dan ini. Rahmatilah mereka berdua, berkatilah mereka Ya Allah..Ameen! Ya Rabbal A' lamiin...


Muhammad Sanusi Md Nor

20 Januari 2013.

Kg Sungai Pau

Sik, Kedah

The Untold Story:"SM Derma: Tuan rumah berhati mulia."

 


Oleh:Muhammad Sanusi Md Nor

Masih dalam mood result SPM dan sekolah. Saya menulis artikel ini pada tahun 2011, sebagai rakaman perjalanan hidup. Sebagai penghargaan kepada insan-insan yang banyak berjasa, saya kongsikan semula tulisan ini agar adik-adik yang baru menamatkan zaman persekolahan dapat menoleh sekali sekala menghargai institusi yang menjadikan kita seorang manusia...

"SM Derma: Tuan rumah berhati mulia."

Hari Pertama Dengan Doa dan Harapan Mak

Hari pertama aku ke SM Derma, keazamanku tinggi mengunung. Mak yang datang kemarin, menanti aku di rumah Kak Ndun, aku rasa dia berdebar-debar juga, mana tau aku tak jadi mengaji juga di sekolah baru. 

Pagi-pagi lagi aku menumpang Kak Ndun dan Abang Radzi, dengan uniform baru yang mak bawa sendiri dari kampung. "Tak dak orang lain nak hata, pakat keja belaka", katanya. 

Maka Mak sendirilah bersusah payah bertukar bas dari Sungai Pau Ke Kangar, setelah aku menunggu 4 hari. " Dua kali aku gi tengok, cina tukang jahit Sayang tu kata tak dan siap. Tadi aku gi ambik, baru siap, aku terus mari sini." Mak bercerita sambil bersila berkain batik, berbaju kurung yang di pakai ke Kangar seorang diri. 

Mak lantas membuka zip beg kain bajunya untuk mengeluarkan uniform sekolahku. Tiada bajunya sendiri dalam beg itu, rupanya Mak datang sehelai sepinggang.

Waktu menghulurkan bungkusan itulah aku menatap wajahnya yang terpancar sejuta harapan seorang ibu, raut mukanya, sinar matanya, getar bibir dan suaranya, dua tangannya yang mengampu bungkusan itu bagai persembahan sebuah persalinan buat si anak. 

Segumpal hatinya bagaikan berbisik - " Dengarlah rintihan hati Mak wahai anak, walau mak tidak berbicara dengan suara, kerana Mak tak pandai menyusun kata untuk merayu agar kamu mengasihani aku, mengasihani Pak dan adik-adik, memberi harga kepada titik peluh dan pengorbanan, mulut dan perut kami yang sering kelaparan, tapi hati kami akan kenyang dengan kejayaan, kami semua bergantung harap kepadamu." Bacaan suara hati Mak itu aku simpan selama 20 tahun, hingga coretan ini ku tulis malam ini.

Demikianlah jawapan Mak andai ditanya padanya esok, lusa atau bila-bila pun. Benarnya bacaanku ini aku sudah tahu pada tahun 2005, waktu seorang rakan yang prihatin dengan sekolah Pasti, Maliki Md Daud, pada satu malam bercerita tentang Mak dan Pak yang baru dia kenali, dalam pelat Kelantannya.... "Mok mu royat ke aku, masa mu buleh masuk U, dio raso mace terlepah hute sejutoo..."

Cikgu Puan Dariah Saad adalah Pengetua SM Derma, sewaktu aku diterima menyertai warganya pada April 1992. Aku bermalam beberapa kali di rumahnya, Lorong Hj Choh, Jalan Kaki Bukit. Anaknya sekelas dengan aku. Cikgu Rosli yang glamour di kalangan pelajar dengan panggilan Mat Black sebagai Penolong Kanan, PK HEM ialah Pn Temu.

Guru- guru dan Teman

Guru-guru tingkatan enam ramah mesra, melayani murid yang paling dewasa. Tingkatan 6 sudah dipanggil pra-u, enam kritis dan enam kreatif, dan satu kelas 6 sains. 

Pelajar-pelajar yang cemerlang dalam SPM belum dipanggil ke IPT, Matrik, Politeknik atau UTM (UITM), di siilah aku sempat bertemu semula sahabat lama, Amir Rizal Halip (Allayarham) sama-sama bekas budak Mat Jiwa. Rumahnya di Jelempok, sekampung dengan Akmaluddin Omar (Pak Ndak) dan Redzuan Che Rahim (Che Wan). Dia kemudian ke pelantar minyak Petronas.

Aku diterima seadanya oleh semua pelajar asal SM Derma dan yang baru masuk seperti Azad Jasmi, anak Pengetua, ayahnya Pak Cik Jasmi mengajar di Politeknik Sultan Abdul Halim, Jitra. Mereka ahli dalam bab kereta dan sukan lumba. 

Azad beberapa kali buat drift di U turn dengan Ford Escort merah talaan perlumbaan bikinan ayahnya. Aku memaut apa yang ada, sambil kaki menekan lantai. Pak Cik Jasmi pernah berseloroh "Sanusi, rumah ni memang banyak kereta, tapi kalau himpun semua 6-7 biji kereta ni, nak beli Iswara sebiji pun tak lepaih!"

Pak Ya (Sodikin Ali), Che Own (Madzerul), Pak Wan (Wan Sulaiman), Rashidi, Nyet (Shuqizam), Russlan, Norzean, Saparudin (Pudin), Kamal (orang Bakar Bata, Alor Setar), Johaidi (Koi), Julian Ragavan, Glen Hutchins (New Zealand), Shingo Hinoh (Jepun) dan ramai yang lain.

Guru-guru

Derma mengembangkan semua bakat dan kebolehan. Cikgu Hindun (Kak Ndun) mengajar sejarah, Ustazah Fitriyah mengajar Sejarah Islam, Cikgu Yusoff mengajar Pengajian Am1, Cikgu Shariff mengajar Pengajian Am kertas 2, Cikgu Husni dan Cikgu Mokhtar, Cikgu Jamaliah (BM), Cikgu Aziz (Geografi), Cikgu Hj Omar (Ekonomi) dan ramai lagi guru-guru yang menjadi ayah dan ibu. Pn Dariah bertukar sebagai Pengtua Sekolah Tunku Kursiah, Seremban, dan Pak Wan Pengetua dari Sekolah Syed Putra (Sains Perlis) menggantikannya. 

Pak Wan berkereta Mini Cooper. Dia kemudian berhenti dan menjadi 'orang besar' Istana Perak. Cikgu Shahrim hensem orangnya, kumisnya boleh meluluhkan jiwa wanita. Dia belajar di universiti yang sama dengan Cikgu Syed Yusoff (Mat Jiwa) di Kanada. Dia khabarnya berkahwin dengan student Derma juga (pelajar tingkatan 5 masa kami di tingkatan 6 atas).

Cikgu Shariff asalnya orang Kedah juga, dia selalu masuk ke kelas mencapai kapur dan membuat garisan bengkang bengkok dari atas ke bawah di tengah- tengah papan hitam. Kadang-kadang sepanjang kelas dua period itu, hanya garisan itu saja yang ada di papan hitam. 

Satu hari, sebelum dia sampai, aku terlebih dulu membuat garisan kegemarannya di papan hitam. Apabila dia masuk, mencapai kapur, mengangkat tangan ke atas, dia terkejut! Lalu berpaling ke balakang, memandang aku dan tersenyum lama. Aku pun senyum juga, kemudian kami sekelas ketawa.

Cikgu Norizan Bakar (jurulatih bolasepak kebangsaan dan beberapa pasukan negeri) dan Cikgu Azizul adalah guru sukan Derma. Seorang lagi guru sukan yang pernah berkursus kejurulatihan di Hungary ialah Cikgu Jasni. Aku berbaik dengan semua guru yang mengajar kelas aku atau tidak.

Cikgu Hjh Sapor, selalu mempelawa aku menyicah mempelam di bilik guru. Wataknya bagai seorang ibu, anak daranya Nashrah ( kalau tak tersalah nama) memang lawa, tingkatan tiga. Azad berkenan, tapi takut mencuba. Adiknya Razif, bermain tenis. Aku pernah menemani Azad ke rumahnya di kuaters pegawai kanan kerajaan, suami Cikgu Safor pegawai tinggi di Unit Perancang Ekonomi Perlis. Anaknya yang comel itu ke Australia selepas SPM. Azad terlepas juga.

Cemerlang gemilang di Derma

Guru-guru dan kawan tidak mengorek tentang sejarah lama, tidak bertanya tentang luka nestapa, tidak menyiasat miskin atau kaya, mereka menerima seadanya seorang murid, seorang kawan. Aku bagai memasuki alam baru yang bewarna warni, sejuk dan harmoni. Aku dapat nama baru, direka oleh Che Wan - Ochee- macam nama perempuan, cabuk betoi Che Wan, mungkin mencari 'geng' satu spesis namanya.

Nasyid Tilawah dan Masuk TV

Kebetulan, tahun 1992, Pertandingan Tilawah Al- Quran Peringkat Kebangsaan diadakan di Perlis. Beberapa pelajar SM Derma dibuat screen test untuk pasukan nasyid yang akan membuat persembahan masa waktu rehat di majlis itu. Aku salah seorang daripada mereka, dan kami beri 3 pasang baju melayu siap bersampin. Itulah sampin pertama aku, dan kami masuk TV. Aku bertemu wajah dan menerima tunjuk ajar dengan pencipta lagu Allahu Akbar!, Allahu Akbar!, Allah Allahu Akbar! (lagu wajib majlis tilawah) pada tahun itu.

Forum Remaja Peringkat Kebangsaan.

Kepercayaan pertama sekolah baru itu, memberiku ruang mencuba sebagai panel forum remaja. Aku mewakili Negeri Perlis sebanyak dua kali, ke peringkat Kebangsaan. Ahli pasukan yang lain ialah Sharifah Norazwan (Pah - Pengerusi), Azad Jasmi, Norabisah dan Binwani. Aku menusik Binwani sampai menangis masa pertandingan peringkat Kebangsaan di Sarawak, tahun 1993. Aku membawa $60 ke Sarawak, pemberian Kak Ndun. Itulah kali pertama naik kapal terbang seumur hidup. [Aku menaiki kapal terbang kali kedua 15 tahun kemudian]. Pah baik hati, dia tahu aku tak ada duit, dia membelikan aku dua biji pasu Sarawak berharga hampir $90, aku hadiahkan pasu itu kepada Kak Ndun. Pada tahun sebelumnya kami bertanding Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Ragbi - Johan MSSPs

Aku mengetuai pasukan ragbi sekolah, menjuarai kejohanan ragbi MSSPs 1992. Perlis tiada peruntukan untuk kami ke MSSM di Kuching. Pak Ya (Sodikin) yang bawa aku ke padang untuk mencuba. Aku melepas geram terpendam di Mat Jiwa. Aku pernah main untuk Mat Jiwa, tapi ramai 'star' di sana, aku hanya dapat tengok dari tepi padang saja, aku tak ada boot masa itu. " 

"Dejjay barua ni! hang buat koro Ochee nooo... hang pandai main ragbi rupanya.. awat tak habaq awai-awai. Caihh hang! esok hang turun lain, hang kena main wakil sekolah". Kata Pak Ya. Aku pinjam boot Abang Radzi, sampai hancur gara-gara ragbi.

Aku membuat touch dalam semua perlawanan, dan mencipta rekod pribadi membuat semua touch dan conversion dalam final dengan Syed Putra. Conversion terakhir hanya sekaki dari garisan tepi dan aku mengambil jarak hampir ke tengah. Masukk! Menang 27-0.

Takraw- Kesempatan Terakhir Bersama Amir Rizal Alip

Seperti di SM Sik, aku main takraw juga di Derma, satu regu dengan Asmadi (killer) dan Mizi Kola (feeder). Dapat pingat juga, Naib Johan berpasukan. Ada seorang budak tingkatan satu yang bagus servisnya main untuk bawah 18, kami panggil dia Non 'sinar', kerana dahinya luas. 

Amir Rizal yang masuk Mat Jiwa dulu atas tiket takraw, juga main untuk regu pertama sebagai tekong, Wazir (killer) dan Che Own ( Feeder). Amir Rizal maut dalam kemalangan beberapa tahun kemudian, meninggalkan seorang anak dan isterinya, orang Terengganu. Al-Fatihah. Sahabatku dua sekolah.

Olahraga- cedera tapi berjaya juga.

Dalam olahraga pun aku cemerlang juga. Wakili sekolah acara 400, 4x 400, rejam lembing dan lompat jauh. Masa hari terakhir latihan pusat kontinjen sekolah ke MSSPs, aku mencuba lompat tinggi, Rashidi yang kurus nipis melidi mewakili sekolah. Ketinggian yang dilepas setara aku saja, lalu kami saling bersaing. Akhirnya aku melepasi 1.75m, melepasi ketinggianku 1.68m , malangnya landing atas padang. Tulang dayung pecah, membenjol.

Sesaat lepas jatuh itu aku tak dapat bernafas, hanya menggapai-gapai dalam senak dan sesak, tercekik, rasanya seperti mau mati. Lama aku terdiam atas rumput, mata terbeliak cuba menyedut nafas yang bagai tersumbat di tekak. Nafas tak mampu disedut maupun dilepas. 

Aku diusung ke bawah pokok dewan makan asrama, membongkok mengepam dan kawan-kawan menepuk belakang. Lama kemudian, nafas datang semula, belakang sebelah kanan ada benjolan. Tangan tak dapat diangkat, aku tahu aku sudah cedera.

Malam itu Cikgu Azizul (Pak Jon) mengurut dan memicit benjolan itu depan biliknya di asrama, aku meraung kesakitan. " Esok hang pi hospital x-ray tengok jadi apa. Kalau tak ok, hang tak buleh rejam lembing la dah". Esoknya aku jumpa pakar tulang, Dr Hj Husni di Hospital Besar Kangar, keputusan x-ray memang mengecewakan. 

Bahagian tengah tulang Scapula pecah sampai ke bawah. "Scapula awak cracked. Awak kena rehat, tak boleh buat kerja berat. Nampak ni?" dia menunjukkan imej x- ray di lampu tepi mejanya.

Malam itu Pak Jon bertanya." Doktor kata apa Sanusi?" 

"Scapula saya retak, terbelah di tengah...bahasa sainsnya 'scapula crack pek' apa tak tau". Aku melawak. 

"Boleh lawan dak esok"? Pak Jon tanya. 

"Boleh, saya nak try juga laa cikgu".

Esok, di Sekolah Syed Hassan, kejohanan MSSPs bermula, aku berlari saringan 2 acara 400 meter, dapat nombor satu dengan masa 56 saat. ( Rabia Salam atlet wanita negara mencatatkan 52 saat untuk acara itu...hahahaha..). Aku masuk final. 

Aku tertinggal di no 5 di acara akhir. Aku hanya mampu swing sebelah tangan.

Lompat jauh dan merejam lembing hari kedua. Hari ini aku baru menyesal mencuba lompat tinggi tempoh hari. Aku membuka anduh berjalan ke lapangan tempat merejam lembing. Aku hanya mampu membuat satu rejaman, dari 6 cubaan yang peruntukan, mencatatkan 46 meter saja. 

Sewaktu memenangi emas di sekolah, aku membuat 56 meter, memecahkan rekod MSSPs (52 meter). Malangnya cikgu yang mengendalikan acara itu memberikan kami lembing kelas 2, 500 gram, sedangkan kelas 1 sepatutnya 650 gram. Rekod itu dibatalkan dan aku diminta mencuba secara solo sekali lagi keesokannya. Di bawah kendalian Cikgu Aisyah, guru sukan bertauliah, tanpa warm-up, tanpa mood pertandingan, hanya 3 kali cubaan dengan berat lembing bertambah 150 gram, aku hanya mencatat 51 meter - hanya memecahkan rekod sekolah (46 meter).

Lepas satu rejaman yang menyakitkan itu, Aku kembali ke kontinjen sekolah menyapu minyak angin. Keputusannya tetap membanggakan, aku dapat pingat perak.

Lompat jauh memerlukan ayunan tangan yang sistematik menggapai 'angin' selain kayuhan kaki sewaktu berlari dan melonjak. Dengan anduh mengikat tangan kanan, aku melompat juga tiga kali dari 6 percubaan. Lompatan ke tiga aku hilang imbangan, terguling pacak kepala terbalik kuang. Aku menang pingat gangsa.

[Dengan kebolehan acara merejam, melompat dan berlari, aku mengambil acara decathlon (10 disiplin sukan) di kejohanan sukan USM, 4 tahun berturut-turut. Aku menang 2 perak dan 2 emas. Lepas USM, aku tidak bersukan lagi, berat badanku melonjak 30 kilogram gara-gara berhenti olahraga]

Amat banyak yang diberikan SM Derma dan guru-gurunya kepada aku. Di sinilah aku menemui semula diriku dan persekitaran yang membolehkan aku bernafas dan menyusun langkah. Selain akademik, ko-kurikulum dan sukan, aku juga menemui fesyen remaja dan cinta.

Kenakalan tak mungkin hilang semua. Ada juga kisahnya yang terakam, tapi tidak menjadi ukuran guru-guru untuk memberi layanan dan hukuman yang tak sepadan. Tiada ungkapan yang menyinggung sejarah dan keluarga di kampung, tiada hukuman berkali-kali, tidak menjadi sasaran untuk mengukur guru disiplin melaksanakan tugasnya atau tidak.

Satu hari terjumpa Cikgu Suaidi (SM Sik) di stesen bas Kangar. Lama bercerita bersembang, sebelum berpisah dia menepuk bahu aku..." Tak sangka hang boleh 'menjadi' sampai tara nii...kalau hang macam ni lah masa di SM Sik, semua cikgu akan sayang kat hang... kalaulah depa tau..." Dia pun naik bas ke kampungnya di Arau.

Sumber:Fb Muhammad Sanusi MD Nor

Selasa, 1 Ogos 2023

Kenal atau tidak dengan So Loi Fat? Ini jawapan Sanusi kepada Saifuddin

 

ALOR SETAR: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menegaskan bahawa warga China dikenali sebagai So Loi Fat, yang dikatakan terbabit dalam penerokaan unsur nadir bumi (REE) sudah berada di negara ini, sebelum beliau dilantik sebagai Menteri Besar pada 2020.

Sanusi menjelaskan, selepas beliau dilantik sebagai Menteri Besar, Loi Fat yang juga pemilik syarikat, Prospek Suria, pernah datang ke pejabatnya bersama seorang peguam yang juga rakan baik kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

"Prospek Suria sudah menjalin usaha sama dengan Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah untuk penerokaan REE sebelum saya jadi Menteri Besar. Tuduhan Saifuddin kata sayalah buat surat untuk So Lai Fat masuk Malaysia, dak (tidak), saya masuk di pejabat (sebagai Menteri Besar) dia (So Loi Fat) ada di Malaysia lama dah.

"Saya hanya sedar lelaki China yang menjadi sebutan Saifuddin selama ini ialah Mr So itu selepas melihat gambar yang didedahkan hari ini.

"Jadi Saifuddin kena check balik maklumat dia, kot depa ni perkena dia, agensi-agensi yang beri maklumat pada dia, perkena dia," katanya.

Beliau mendedahkan demikian ketika berucap membantu kempen calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) kerusi Kubang Rotan, Datuk Salleh Saidin, di Kuala Kedah di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi berkata, beliau tidak akan mendedahkan nama peguam yang mewakili Loi Fat kerana sudah tahu taktik Saifuddin dalam mendedahkan isu berkenaan.

Katanya, ketika pertemuan dengan Loi Fat sebelum ini, pemilik syarikat itu turut membawa sama penterjemah kerana tidak tahu berbahasa Melayu dan Inggeris.

Dialah cerita kat saya pasal dah bagi kat MBI (Perbadanan Menteri Besar Kedah) RM5 juta sebelum ini, dia dah habis RM30 juta, dia dah buat macam-macam persiapan dan dah ada perjanjian dengan MBI. Sebelum saya masuk office.

"(Bila saya jadi Menteri Besar) jadi saya kata teruskan saja. Buatlah apa yang nak buat tapi make sure (pastikan) ikut undang-undang," katanya.

Muhammad Sanusi berkata, individu yang mencuri REE adalah rakyat Malaysia yang sudah dikompaun.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan kenapa Saifuddin terlalu 'teruja' untuk menyiasat kes REE di Kedah, sedangkan terdapat 59 lagi perlombongan haram bahan itu di seluruh negara.

"Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dalam Mesyuarat Majlis Mineral Negara sebelum ini akui ada 60 lombong haram REE seluruh negara, pasai apa Pudin (Saifuddin) attack (serang) Kedah ja.

"Dan kenapa attack masa pilihan raya dan pasai apa tak attack sebelum ini atau selepas pilihan raya, pasal hang nak main politik, nak ambil kesempatan isu REE ini nak burukkan orang.

"Dia tak elok, hati tak murni.. pi cari lagi 59 lombong tu...ada di Negeri Sembilan, Pahang, Perak. Awat tak pi siasat? Pasai apa mai di Kedah ja? Pasal hang nak bunuh Sanusi.. Nusi ni nyawa liat bos...dia payah 'mati'," katanya.

Terdahulu, Saifuddin dalam sidang medianya, mendedahkan bukti terbaru isu kecurian unsur nadir bumi (REE), termasuk gambar Muhammad Sanusi bersama seorang warga China yang dikaitkan dengan kegiatan itu.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), mendakwa gambar individu yang dipercayai Loi Fat itu adalah salah seorang daripada dua pekerja mahir yang dibawa masuk MBI Kedah.

Selain itu, Saifuddin turut mendedahkan dokumen permohonan Pas Lawatan Ikhtisas yang dipohon dan ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBI, Muhammad Sobri Osman.

-BH Online 

Ahad, 23 Julai 2023

Penyertaan The 1975 tidak dibenarkan pada Jun lalu, namun penganjur dan pengurus buat rayuan - Fahmi

 Penyertaan The 1975 tidak dibenarkan pada Jun lalu, namun penganjur dan pengurus buat rayuan - Fahmi

Fahmi menegaskan tindakan yang diambil dengan pembatalan persembahan Good Vibes Festival 2023 yang berbaki dua hari lagi sebagai langkah mengelakkan kejadian sama berulang. - Bernama
KUALA LUMPUR: Penyertaan kumpulan The 1975 tidak diterima Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL) pada Jun lalu, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Namun penganjur GVF 2023 telah membuat permohonan rayuan pada Julai agar kumpulan berkenaan dapat diberi peluang untuk membuat persembahan dengan syarat ditetapkan.
"Sebenarnya saya ada jemput pihak PUSPAL untuk memberi taklimat apa yang berlaku. Pada Jun lalu PUSPAL memaklumkan mereka tidak menerima penyertaan The 1975 band dari United Kingdom.
"Tapi pihak penganjur telah membuat rayuan pertengahan bulan Julai. Dalam surat rayuan itu mereka turut sertakan surat aku janji daripada pengurus kumpulan mereka akan bertanggungjawab sepenuhnya, termasuk pengurus dan penganjur, terhadap persembahan tersebut," jelasnya.
Fahmi menegaskan, tindakan yang diambil dengan pembatalan persembahan Good Vibes Festival 2023 yang berbaki dua hari lagi sebagai langkah mengelakkan kejadian sama berulang.
Tambah Fahmi, beliau juga telah mengarahkan JK-PUSPAL untuk mengeluarkan senarai penambahbaikan berhubung tatacara permmohonan.
"Bagi saya, kebanyakan daripada garis panduan PUSPAL jelas, dalam insiden seperti ini berlaku keadaan keterlanjuran, sangat biadab dan akhirnya kita dah ambil tindakan seperti diumumkan hari ini untuk pastikan (insiden itu) tidak berulang.
"Saya dah mengarahkan PUSPAL memberi kepada saya minggu depan, senarai penambahbaikan atau pembetulan, klarifikasi perlu dibuat sebarang tatacara permohonan dan proses memastikan tidak berulang masalah seperti ini.
"JK-PUSPAL dipengerusikan Ketua Setiausaha KKD, insya-Allah beliau akan menyediakan draf terbaharu untuk kita pertimbangkan untuk elak kejadian seperti ini berulang," katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam Majlis Penyerahan Watikah Komuniti Madani Peringkat Wilayah Persekutuan Kualaa Lumpur dan Putrajaya di ibu negara pada Sabtu.
Terdahulu, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) membuat laporan polis terhadap vokalis kumpulan The 1975 dan penganjur persembahan Good Vibes Festival atas kecuaian serta kegagalan mematuhi syarat-syarat ditetapkan JK-PUSPAL.
Laporan itu dibuat menerusi JK-PUSPAL susulan tindakan jelik dan kurang sopan yang dilakukan vokalis kumpulan itu, Matty Healy, ketika melakukan persembahan di Litar Antarabangsa Sepang, malam tadi.
Dalam konsert itu, Healy dilihat memegang botol arak di atas pentas ketika melakukan persembahan selain meludah dan melakukan aksi kurang sopan.
Malah, Healy juga membuat ucapan menghina undang-undang negara berkaitan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebelum mencium pemain bass The 1975, Ross McDonalds di atas pentas.
-AstroAwani

Rabu, 19 Julai 2023

WARNING: "SCAMMER ALAF BARU"

 "SCAMMER ALAF BARU"

Scammer terhormat alaf baru yang diagung-agung, disanjungi dan tidak salah secara zahir oleh pihak berkuasa.

"Sifu/Business Coach"

Paling famous sekarang ialah kelas Business Coaching, Marketing, How To Reach RM1juta Pertama. Ni semua kelas paling ramai orang nak masuk, sebab apa? Sebab semua nak kaya!

Sembang mentor kalau nak berniaga mesti ada ilmu baru boleh berniaga. Antara tarikan memancing ramai untuk masuk kelas:

1) Mereka ni akan guna teknik sejak zaman MLM dahulu kala, first dia akan kondem apa kita buat

"Sampai bila nak kerja ni?"

"Tak teringin ke pakai Vellfire? pakai BMW? pakai Audi?, takkan kau nak anak bini kau duduk dalam Waja convert Evo kau ni setiap kali balik raya!?"

Lepas kondem, disusuli dengan soalan perangkap....jenjejengggg......🤣

"Kau nak jadi jutawan? Jom!!! Join kelas ni dari Sifu Bidin (bukan nama sebenar). Kelas sepatutnya RM300 tapi untuk first 100 orang RM50 jer. Nak meniaga kena ada ilmu baru boleh berjaya"

Dan kau pun daftar tanpa perasaan berbelah bagi dengan harapan boleh jadi kaya lepas balik kelas

2) Big Why - adalah soalan paling famous semua sifu coaching scammer ni akan tanya. Sambil menjerit dalam dewan 

"Apa big why kamu?"

"Apa yang kamu hendak dalam hidup?"

"Kenapa kita kena kaya?"

"Kenapa kita nak sangat jadi kaya?"

Dan kau dalam dewan tu mulalah terpekik terlolong macam orang gila sambil bersemangat bercakap kenapa aku kena kaya, kenapa aku nak kaya. Si penyamun ni pulak terus main slide show, main sentimen agama. Keluarlah gambar anak murid dia dulu naik kapcai, buat lah cerita konon beli kapcai Aeon Kredit down payment singgit, tapi sekarang lepas jual gelang ajaib dah pakai Lambo.

Nak lagi syok, dia main kan pula gambar entah sapa-sapa punya family pergi umrah, sambil backround music nasyid dangan ucapan syukur dapat bawa mak bapak ke tanah suci (bab ni memang ramai melayu lemah bila main sentimen nak bawak mak bapak pergi Mekah)

Sambung lagi, keluar gambar dah pakai kereta besar, dah ada rumah besar. Lagi syok dah ada Ducati sebijik parking kat sebelah Lambo.

Masa ni, emosi korang dah 50% para scammer sifu ni dah tangkap masuk jerat. Dia dah main emosi, kau orang dalam dewan tu dan mula berangan-angan, dah bercakap dengan kawan sebelah, dan jangan lupa!!!, sifu penyamun kau ni dia ada orang-orang dia dalam ramai-ramai tu yang duduk sebelah kau orang dan mereka ni kerjanya akan cakap "saya kenal orang yang dalam slide show tu, dulu dia beli burger tak cukup duit saya bayarkan sekarang tengok dia dah kaya" Kau pula bila dengar macam tu makin membuak-buak semangat.

3) Emosi - Bila kau dan majoriti dalam dewan tu dah terpengaruh dengan emosi, mereka bagi sikit tips. Sikit jer, jangan kau harap dapat semua😂. Dia ajar lah FB Ads sikit, macam mana nak narrow target segmet sikit, dia akan mula lah keluarkan terma terma ciptaan sendiri, robot ads lah, robocop marketing lah, gorilla market lah dan berbagai-bagai tips.

Kemudian, dia tunjuk testimoni anak murid yang dah berjaya. Dari jual sabun 1 ketul sehari sekarang nak jual 5000 ketul sehari dan benda yang akan ditunjuk adalah gambar sambil baring sebelah parcel yang berlambak lambak konon hasil dari apa yang diajar. Tak lupa juga dalam testimoni ada video ucapan terima kasih dari anak murid yang dapat jual sabun 5000 ketul diakhiri dengan "kalau saya tak masuk kelas, saya tak tau lah saya boleh capai tahap sekarang atau tidak"

Kau dah mula kagum masa ni, dah mula terfikir nak jual berus gigi, dah mula berangan nak jual tudung.....

4) Testimoni Real - tak cukup dengan testimoni dari video, dia panggil beberapa orang bekas anak murid naik atas pentas. Mereka ni ceritalah yang dulu susah, dulu naik kapcai, makan meggi belah empat, anak minum susu cair campur nescafe kemudian cerita sekarang business juta-juta.

Ingat, juta-juta tau!!! tak main ratus ribu puluh ribu. Dah beli kereta idaman, dah beli rumah idaman, dah hantar mak bapak pergi Mekah. Nampak tak skrip sama yang diulang-ulang.

Mula mula dari penyampaian "Vokal", kemudian "Audio Visual" dan last sekali secara "Real". Masa ni kau yang dalam dewan tu dah lupa patut datang nak belajar marketing, belajar business tapi dah mula khayal nak jadi kaya sebab garam, ajinomoto, tomato sos, cili sos dah tambah dalam cerita jadi makin sedap.

5- Motif Utama - sifu kau ni sebenarnya nak kau masuk kelas dia RM40,000. Kelas yang mula kau masuk ni celah gigi dia jer. Macam mana nak kaya dengan RM50 seorang.

Dia ulang balik macam skrip no.1 dengan tambahan "Semua yang tuan puan lihat tadi, yang dah berjaya tadi, adalah alumni kelas Platinum Titanium saya"

"Saya tak perlu ramai, jika tuan puan nak ubah hidup, nak jadikan RM1 ke RM1juta, marilah bersama sama dengan saya dan rakan-rakan ini hanya RM40,000 sahaja, RM40K ajer katanya. Jika tidak mahu keluar RM40,000 dari mana ilmu satu juta pertama tuan puan akan datang?"

"Apalah sangat RM40,000 dengan RM1juta yang tuan puan akan rasai. Saya yakin bila tuan puan dah pegang satu juta, RM40,000 yang tuan puan laburkan hari ini ibarat RM400 yang tuan puan guna untuk beli barangan dapur sahaja"

"Modal RM40,000 dan pulangan RM1juta? Ini bukan skim cepat kaya tuan puan, ini pelaburan tuan puan untuk ilmu yang akan gandakan bukan saja 1 juta tapi ke 2 dan 3 juta"

So ramai yang dah kelabu mata dengar RM1juta terus sign up tanpa berfikir panjang😄

Dalam dewan pada hari tu ada 300 orang yang hadir, dia hanya perlukan 10% bersamaan 30 orang yang dahaga dan lapar nak pegang duit RM1juta untuk dia collect RM1.2juta secara terang, saya ulang RM1.2juta yer!!! dan tanpa bersalah (30orang X RM40,000 = RM1.2juta)

So dalam hari yang sama, sifu kau tu buat RM1.2juta bukan kau 😆

Lepas kau dah belajar, duit habis, RM40,000 dah terbang, kau pun melingkup. Apa business pun tak start 😂

So proses ini akan terus berulang sampai sifu kau tu kaya raya dan dia guna skrip yang sama sebab rakyat Malaysia ada 32 juta orang, banyak lagi yang dia boleh tipu 😝

Ceritanya sama dengan coaching nak kurus. Apa benda nak kurus kena belajar dengan coach online siap bayar, selagi kau tak boleh jaga mulut dan nafsu makan tu tak payah nak berangan boleh kurus🤣

Kesimpulannya, ini lah cara yang paling legit untuk jadi kaya raya zaman moden ni tanpa menyalahi undang-undang. Dan mereka ini tak takut DOSA.

Jutawan sebenar? TS Syed, TS Tony, Dato Din diorang tiada masa nak buat buat kelas ni. Mereka nak hadap real business kadang 24 jam pun tak cukup.

Tapi takpa, kalau korang rindu dengan sifu-sifu coaching, muka mereka banyak di billboard sepanjang highway, senang korang ingat dan tak lupa 😝

Tak percaya apa saya cakap ni? Ada Netflix? Buka dokumentari "Money Explained" dan tengok macam mana money game scammer satu dunia guna untuk manipulate ramai dan ambil kesempatan.

Ramai yang dah jadi mangsa dan mereka semua diamkan diri kerana malu nak cerita. Kalau cerita pasti kena gelak, pasti kena ayat bodoh oleh keluarga dan rakan-rakan.

*p/s: say NO to SCAMMER

.

.

.

#love #instagood #fashion #photooftheday #beautiful #music #instadaily #funny #instamood #follow

Ahad, 16 Julai 2023

PMX meeting online bersama Elon Musk.Kenapa madanon gelabah tak tahwan

 MADANON YANG GELABAH TAK TAHWAN

Oleh: Dr Tanaka Mustafa 

1) Meeting online dengan Elon Musk - PMX umum Tesla buka ibupejabat di Cyberjaya. MB Selangor pun welcome Tesla bagai. Tapi sebenarnya, Tesla dah umum pun buka pejabat February lalu. Kira hanya confirmation saja lah kut nak buka di Cyberjaya tu.

2) Lepastu isi meeting, kita pi beli 40 Starlink untuk internet sekolah dan universiti. Meeting 25 minit - hasilnya umum balik pembukaan pejabat dan beli 40 Starlink? Rakyat pun dah mula pertikai, tatakelola apa machiam boleh beli produk Mat Elon selamba macam tu saja. Kenapa 40? Sekolah mana nak pakai? Universiti mana? Berapa kos? Tatakelola bagaimana? Kuasa veto PMX kut hasil sembang-sembang dengan Fahmi dan Tengku Zafrul? Ada rujuk kajian apa-apa ke yang menunjukkan keperluan membeli Starlink on the spot? Tak apalah, dah beli. Online. Tatakelola.

3) Susah jadi PMX ni. Apa yang dia buat, semua orang siasat. Sampai ke Twitter Elon Musk pun orang siasat apa yang Elon Musk tweet sepanjang meeting online tersebut - menampakkan Mat Elon bosan dengan meeting tersebut 😄. Tup tup geng Jabatan Komunikasi keluarkan poster Pertemuan Anwar & Elon Musk stabilkan ekonomi. Perghh. Rakyat tak berparti pun duk tanya Elon bawak pelaburan ka meeting untuk buat sale Starlink. Penin.

4) Benda-benda macam ni yang geng Madanon dan Walanon kena pikir. Instead of berpikir secara hostile "walaun dan pembangkang memang suka cari salah orang", lebih baik pikir, kenapa rakyat semakin rajin mengorek kerja buat PMX untuk dijadikan bahan ketawa? Apa salah PMX? Apa pula salah walanon dan Madanon?

5) Fikirlah statement ini - bahawa rakyat sekarang sedang memandang bahawa PMX blur dan tak ada halatuju dalam pemerintahan. Stop situ dulu. Pikir apa sebab dan punca. Dari titik itulah - pembangkang ambil peluang menyerang. Rakyat yang sudah ada basic idea "PMX blur" - pastilah mudah terpengaruh dengan idea pembangkang. Tahukah apa kesalahan walanon? Kesalahan walanon pula, duk pi backup kebluran PMX, membuatkan rakyat bertambah mudah terpengaruh dengan pembangkang.

6) Jabatan Penerangan, JKOM, menteri Komunikasi, dan semua spesis jentera penerangan kerajaan Madani pun blur tak tahu nak buat apa. Bikin poster propaganda, tak sampai sejam - delete sebab kena kecam, kena troll. Takkan Strategist Madani tak boleh pikir kenapa dan mengapa terjadi semua ini? Ya, sebab hilang fokus. 

7) Banyak benda nak kena hadap, nak kena tepis. Last sekali terpaksa guna kuasa untuk sekat rakyat. Kamu sekat TikTok Sanusi. Kamu rasa itu tindakan genius dan powerful untuk belasah Sanusi dan PN tanpa mereka ada peluang untuk jawab dengan cepat. Walaupun kamu tahu rakyat terutamanya rakyat Kedah ramai giler yang sokong Sanusi - tapi kamu buat juga benda yang membolehkan rakyat lebih bersemangat untuk melawan kamu. 

8 ) Rakyat secara subconciousnya akan rasa kerajaan Madani sedang guna kuku besi untuk sekat kebeasan bersuara mereka. Sekat Sanusi bererti menyekat mereka. Kamu boleh nafi sebab ia boleh jejaskan imej politik kamu jika kamu mengakuinya. Itu yang rakyat kebanyakan sedang simpan dalam minda untuk diterjemahkan dalam peti undi. Strategist kamu tak study sampai ke situ kah? Atau hanya ambil dapatan daripada komen-komen walanon sahaja yang sedap dibaca, seronok didengar? Studylah punca sedalam-dalamnya...whyyy. 

9) Posting ni saja nak suruh walanon, Madanon, JKOM dan segala strategist PH/BN renung dan pikir balik. Bertenang sejenak daripada duk stress dengan serangan PN dan Rakyat. Kalau tak sit back dan bertenang, anda akan buat benda yang lebih merepek selepas ini. Walanon hanya reti mengipas bagi anda syiok, walhal realitinya tak sama. Dengan hati yang tenang, baharulah langkah anda seterusnya tidak sumbang.

Sekian

Sumber:Fb Dr Tanaka Mustafa

Ahad, 9 Julai 2023

Kisah benar:Pesakit jantung meninggal kerana tiada kesedaran dari berkaitan CPR?

 


"Saya CPR dari rumah.. dia tak sedar, dia tak sedar.. Tolong toloong suami saya 😭" itu lah laungan dari kereta. Berlari lari kami tolak trolley ke arah kereta BMW X7 

Suaminya mmg pesakit jantung, setiap hari kena makan ubat, setiap bulan kena follow up.  Darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, semua pun ada.  

Dari kereta, SATU DUA TIGA, atas trolley! 

No pulse, no spontanous breathing. Sbb sy paling kecil, maka saya lah naik atas trolley dan start CPR !!

Sampai ke Redzone, staffnurse take over, sambung CPR, tekan 1,2,3,4.....30. Pernafasan diberi melalui bag valve mask 1, 2 !! 💪

Sambung CPR, 1,2,3......30. Dua kali pernafasan, lepas tu sambung 30 kali tekan dada. Lengkapkan 5 pusingan sebelum check nadi di tengkuk (carotid pulse). 

Pasang wayar di dada, nampak garisan atas monitor menunjukkan flat line, "Asystole, sambung CPR, re-check pulse at 5th cycle. Sister tolong alert after 2minutes. Line dah masuk ke? IV Adrenaline 1mg every 3minutes, push dengan 10mls normal saline" 

Pastuh saya sambung lagi... 

Prepare intubation, ETT Size 7.5, standby size 8.0. 

Sementara tu sy check biji mata, takde response terhadap lampu, size dah 5mm (terbeliak). 

"Takpe, kita cuba all out, patient nampak muda ni, lagipun family CPR dari rumah, high chances ni, lets try our best guys", saya seru team saya. 

Nasib baik nampak vocal cord dgn senang, ETT size 7.5 dimasukkan, sambung dengan bag valve mask, saya pass kepada staff untuk plaster dan sambung bagging. 

"Takpe team, kita teruskan, beb continue high quality CPR, CPR ko sahaja yg boleh bantu patient ni" saya jerit sket kat male nurse saya yg tgh buat tekanan dada. 👍

Saya melangkah ke waris pesakit yang duduk di luar langsir. Saya dah pesan kat staff front desk siap siap, jangan bagi waris pergi mana mana. Kena tunggu depan redzone. Itu mmg style sy. Bukan apa, bila waris pesakit kritikal macam ni pergi parking lah, pergi toilet lah.. iaitu menghilang sekejap sementara kita tgh bagi rawatan kecemasan, nnt bila dia kembali, dia org akan bagi reaksi "Ehh ehh, tadi okay je, elok je, sihat je, Dia siap bercakap dengan saya" 

Ni yg  sy tak gemar dalam situasi kecemasan mcm ni, iaitu wujudnya kesangsian dalam rawatan yang diberi. Sbb tu, sy akan suruh waris terdekat dan seorang peneman kena berdiri betul betul di depan Redzone dan saksikan semua dari luar langsir.  

Sambil prepare ayat, saya melangkah ke waris, "Kamu siapa kepada pesakit ye?" 

"Saya isteri dia doktor." 

"Ok, saya nak bagitahu, dengar baik baik dan sabar ye. Sekarang jantung suami puan tidak berdegup, dia tak bernafas, tiada tanda tanda yang menunjukkan dia masih hidup. Bacaan jantung ketika mula mula sampai menunjukkan asytole, iaitu garisan flat. Kami tengah memberi bantuan nyawa, iaitu Full Cardiopulmonary Resuscitation, itu rawatan terbaik untuk keadaan suami Puan sekarang. Saya minta Puan doa banyak banyak untuk jantung dia kembali berdegup. Saya dah masukkan tiub pernafasan dalam tekak (trachea) supaya dia dapat oxygen maximum.  Sekarang doa Puan sahaja boleh bantu dia."

Si isteri meraung dengan kuat "Doktor, tolong selamatkan dia. Saya tak sempat mintak maaf lagi doktor. Tolong lah doktor.. tolonglah...!!" 

Saya jenguk masuk Redzone balik.. Sebagai doktor iaitu team leader dalam resuscitation, sy takleh tinggal patient lama sangat. 

"2 minutes up ke? Check pulse please guys" 

Staff menjawab, "No pulse, cardiac monitor asystole doc". 

"Okay guys, Adrenaline every 3 minutes". 

Saya sambung tanya dari isteri 👇

Saya : Apa yang berlaku sebenarnya Puan? 

Isteri : Dari pagi dia kata angin sangkut kat dada. Makan tak cerna sgt katanya.. Dah pergi jumpa doktor klinik amek ubat gastrik, tengah hari tu dah ok sket. Pastuh lepas makan malam dia kata angin sangkut balik. Saya sapu minyak angin dan urutkan. Dia kata lega sikit. Sampai pukul 1pagi kami berborak. Saya terlelap sekejap je doc. Saya terjaga lebih kurang 1.30pagi, nampak mulut dia berbuih, mata terbeliak ke atas, saya terus bagi CPR. 

Saya tiup berterusan dalam mulut dia. 

Saya (rasa pelik sikit) : Puan tekan dada dia lah untuk CPR? 

Isteri : Tak doktor, saya tiup bagi pernafasan dalam mulut. Sebab saya takut dia tak boleh bernafas, jadi saya tiup. Pastuh baru saya terfikir dia makan tak habis waktu dinner, jadi saya lari pergi ambil air gula, masuk dalam mulut. Saya takut dia hypo. 

Hadooiiiiiii !!! 😭😭

Saya tak dapat nak explain perasaan saya waktu tuh.. Ini ke yang dia maksudkan CPR?! 😩😣😩😣

Kenapa bagi air kalau patient tak sedar? Hadooooiiii !! Tapi sy tak blh bgtahu si isteri sekarang, not the best time, jadi sy teruskan.. 

Dr : Ok Puan, itu jam 1.30. Puan sampai hospital dah 2.30pagi nih. Apa berlaku dalam sejam tu? 

Isteri : Saya call kakak saya suruh datang rumah, sbb sya rasa nervous sangat nak bawak kereta ke hospital. Sementara tu saya gosok kaki dia, saya gosok belakang tengkuk, sekali sekala saya tiup dalam mulut bagi pernafasan. Dia masih bernafas waktu tu doktor.

Dr :  Kamu check nadi tak?Kamu ada tekan dada tak? 

Isteri : Saya rasa ada 2-3kali waktu dalam kereta saya tekan tekan dada dia, panggil nama, tapi dia langsung tak sahut. Sambil tu saya gosok gosok muka dia jugak. 

Kekecewaan yg saya rasa waktu tu mmg tak terkira. Rakyat Malaysia ni kan, kalau video viral kat Tiktok laju je tengok, Insta live artis wajib tengok, tapi pengetahuan basic macam CPR ni tak pernah ambil endah nak tahu. 😞😵

Jantung berhenti dah hampir sejam, tangan dan kaki dah sejuk, tiada degupan jantung, tidak bernafas, mata dah terbeliak. CPR langsung tidak dimulakan di rumah, ataupun dalam perjalanan. 😵

Depan pintu kecemasan, baru lah kami tergesa gesa start CPR. Walau apa pun, resuscitation diteruskan mengikut protocol iaitu selama 30minit, disambung lagi 15minit atas permintaan si isteri, disambung lagi 15minit atas permintaan si anak lelaki, disambung lagi 15minit atas permintaan si anak perempuan.. 

Lepas tu dah tak blh sambung.. Saya terpaksa stop.. Sorry Puan, setelah 1 jam full resuscitation, kami tak dapat selamatkan suami Puan, dia sudah meninggal dunia. 

Makin kuat suara si isteri meraunng "Tolooong lah doktor, saya tak sempat minta maaf dengan dia. Bangun lah bang, maafkan dosa saya.. ", bersambung sambung tangisan memenuhi ruang kecemasan. 

Dr Malar yg sememangnya hati tisu ni, berlinang jugak lah air mata saya. "Allow grieving, then baru start last office", sy cakap dekat staff nurse sambil berlalu pergi nak mula tulis clinical notes dengan perasaan sangat kecewa. Saya masih tak faham, tak boleh terima sampai ke hari ni 😥😞😥😔

Dah sah sah si suami pesakit jantung, risiko tinggi sebab ada penyakit 3 serangkai, kenapa tak pernah ambil inisiatif untuk tgk video CPR, tahu prinsip asas pun cukup.  Kalau tengok pesakit tak sedar, cari nadi di bawah tengkuk, kalau takde nadi, mulakan tekanan dada. Kalau tak pasti, takpe mulakan juga tekanan dada. 

Kalau sebenarnya dia sedar, pesakit akan bangun dan bagi sebijik penampar kat kamu, sbb kalau masih sedar, tekanan dada ni sakit sebenarnya. Terima je penampar tu, takpe.  Kalau dia mmg tak sedar dan tiada nadi, kamu tgh bantu jantung dia mengepam darah ke seluruh badan. 

Adakah CPR menyelamatkan nyawa? Yes, CPR is life saving. 

Adakah CPR memanjangkan usia? Tidak, ajal maut di tangan Tuhan, kita hanya berusaha. Tapi kena usaha betul betul, dengan ikhlas, sehabis baik, lepas tu baru boleh berserah. 

**Nota kaki : Jangan beri apa apa makanan atau minuman kalau seseorang tu tak sedar atau tidak bernafas, dia boleh tersedak, yakni makanan masuk dalam paru paru. 😞

**Sesiapa sahaja boleh tidak sedarkan diri di sekeliling kamu sekarang, dah ready nak CPR ke? 😒

#celotehdrmalar 

#healthawareness

*Gambar sekadar hiasan.

Sumber:Fb Dr Malar 

Jumaat, 23 Jun 2023

Dengan sekali lafaz,Shuib kini suami Watie

 Shuib bersalaman dengan Watie. FOTO Zaara Talita

Shuib bersalaman dengan Watie. FOTO Zaara Talita

Subang Jaya : Dengan sekali lafaz, Shuib, 39, sah bergelar suami kepada pasangannya, Watie Hanifiah, 35, jam 8.47 malam, hari ini, di Putra Glass House, di sini.

Pasangan itu dinikahkan abang pengantin perempuan, Muammar Qadhaffi Hanifiah di hadapan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin Kampung Bukit Lanchung, Ustaz Zubairi Ghazali.

Acara itu turut disaksikan 600 tetamu termasuk keluarga kedua-dua belah pihak, sahabat handai serta rakan-rakan media.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkata, mas kahwin berjumlah RM8,288 diiringi lima dulang hantaran.

Pihak Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah membalas dengan tujuh dulang hantaran.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Majlis serba indah dengan tema warna 'dusty pink' itu turut mengusung konsep Mutiara.

Sebelum ini, Shuib dan Watie mengadakan majlis khatam al-Quran dan berinai pada 13 Jun lalu. Mereka mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu.

Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan penyanyi, Anuar Zain dan Lah Ahmad.

Hari bahagia Shuib dan Watie juga turut diraikan oleh rakan-rakan artis antaranya Fasha Sandha, Zulin Aziz, Zara Zya, Nora Danish dan ramai lagi.

-myMetro