"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Rabu, 24 Ogos 2022

JANGAN MALUKAN NAJIB, TAKKAN BARU SEHARI MASUK PENJARA SUDAH NAK MINTA PENGAMPUNAN DIRAJA?

 


Hanya semalaman selepas Najib Razak mendekam di Penjara Kajang bagi menjalani hukuman penjara 12 tahun setelah Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya semalam, hari ini terlihat sudah ramai kalangan penyokongnya yang bercakap tentang usaha mendapatkan pengampunan diraja buat beliau.

Sekumpulan penyokong beliau juga turut menghantar memo kepada Istana Negara.

Kata mereka, atas kedudukan Najib sebagai bekas Perdana Menteri serta atas jasa-jasanya kepada negara, bekas Perdana Menteri itu amat berhak mendapat pengampunan diraja daripada Yang Dipertuan Agong.

Lagi pula, tambah mereka, selain Agong dan Najib mempunyai hubungan peribadi yang rapat, kedua-duanya juga berasal dari Pahang.

Dengan demikian, tiada masalah bagi Agong untuk memberi pengampunan kepada Najib, ujar mereka lagi.

Dalam hal berkaitan, jika ditanya kepada ramai peguam, hampir semuanya mempunyai tafsiran yang berbeza mengenai bila pengampunan diraja itu boleh diberikan.

Ada yang mengatakan pengampunan diraja hanya boleh diberi setelah menjalani separuh hukuman penjara, ada yang mengatakan setelah sekurang-kurangnya tiga bulan duduk di penjara dan ada pula mengatakan tiada had masa yang tertentu sebagai syaratnya.

Kata kelompok itu, waima setelah sehari masuk penjara pun boleh diberi pengampunan diraja jika Agong mahu berbuat demikian.

Wowww….terbayangkah kita hanya sehari setelah masuk penjara, tiba-tiba Najib sudah dibebaskan?

Begitu pun, untuk pertimbangan kewarasan sesama kita, hendaklah disedari bahawa Najib dipenjara kerana kesalahan jenayah iaitu rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram berkaitan dana SRC International, sebuah anak syarikat 1MDB.

Atas kesalahan tersebut, sudah tentu banyak pertimbangan harus menjadi perkiraan Agong, terutama mendapat nasihat daripada Peguam Negara terlebih dahulu.

Selain itu, sesuai dengan konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan negara ini, segala tindakan Agong dalam memberi sesuatu pengampunan diraja bukanlah atas budi bicara baginda secara peribadi, tetapi setelah dinasihati oleh Lembaga Pengampunan.

Lembaga Pengampunan pula dianggotai antaranya oleh Perdana Menteri, Peguam Negara dan menteri yang menjaga sesuatu wilayah di mana pesalah itu menjalani hukuman, manakala Agong adalah pengerusinya.

Dalam keadaan tersebut, rasanya mudah untuk kita memahami bahawa prosesnya tidaklah sesenang memasak roti canai segera – panaskan kuali, tebar dan kemudian boleh terus dimakan.

Dalam konteks Najib dan hukuman penjara yang diterimanya, bukan tidak boleh mengusahakan pengampunan buat beliau, tetapi jika kita imbas kembali sepanjang perbicaraan yang lalu, bekas Perdana Menteri itu sendiri berulang kali menyatakan beliau tidak takut berdepan proses keadilan, malah beberapa kali melaungkan ungkapan “Lawan Tetap Lawan”.

Beliau juga mahu berjuang bersendirian mendapatkan keadilan tanpa mengheret UMNO sekali bersamanya.

Makna kata, Najib adalah seorang yang berani, sesuai dengan darah Bugis yang mengalir dalam tubuhnya.

Lebih daripada itu, UMNO sendiri adalah sebuah parti perjuangan yang rentetan keberaniannya sejak melawan Malayan Union, jika disenaraikan, adalah begitu panjang sekali.

Kesimpulannya, Najib dan UMNO adalah rangkuman keberanian yang tiada tolok bandingnya.

Maka, kenapa para penyokongnya terlalu awal, baru hanya sehari beliau duduk di penjara, sudah mula bercakap soal pengampunan diraja?

Tak bolehkah tunggu tiga bulan, tiga tahun atau enam tahun baru nak bercakap tentang pengampunan diraja?

Cisss…janganlah malukan serta lekehkan keberanian Najib!! – ShahbudinHusin 24/08/2022

Selasa, 16 Ogos 2022

Koleksi Resepi:Ayam Goreng Seringgit

 Oh patutlah ayam goreng singgit akak laris lain macam semalam.. rupanya semalam KFC ada buat promo.. Agaknya dorang malas nak beratur.. dapat yg ala-ala kepci pun jadilah😂😂

Alhamdulillah rezeki..

oh kepci mohonlah selalu buat promo.. boleh akak tumpang tempiasnya🙊🙊


Ni akak masukkan resepi..so kita semua boleh buat sama-sama🤗


Resepi ayam goreng seringgit❤



Ni resepi saya.. Maaf kalau ada salah silap dan kekurangan ya✌


Ayam sekor potong 22-24

Bawang putih 5 ulas

Bawang besar saiz kecik (1)

Halia 1 inci

Lada hitam 1 sudu kecil

Lada putih 1 sudu kecil

Serbuk kari 1 sudu besar

Garam dan serbuk perasa adabi


Kisar semua bahan sampai halus.

Perap pada ayam.


Resepi tepung salut;

1 cawan tepung bestari pedas

2 cawan tepung gandum (saya pakai jenama Ros sbb ayam akan lebih garing dan rangup)

1 sudu tepung ubi/beras


Cara-caranya;

1.perapkan ayam dengan bahan blender dan tambah sedikit tepung kering dlm 3 sudu.. perapkan..Sediakan 1 bekas untuk gaul ayam. Tuang sedikit tepung..

2.Masukkan ayam dalam 5-6 ketul

3.Sendukkan tepung salut ke atas ayam

4.Gaul tepung pada ayam (ramas sedikit)

5.Bila tepung dah salut elok, gorengkan ayam pada minyak yg sederhana panas.

*boleh salut 2x untuk kesan lebih rangup.

6.Goreng ayam dalam minyak yg banyak, ayam tenggelam ye(utk jimat minyak boleh pakai periuk kecik)

7.Tutup periuk semasa goreng ayam dan buka penutup diminit terakhir sebelum ayam masak,cara ni akan buat ayam rangup diluar dan berjus didalam.

8.Hidangkan panas-panas..

9.Makannn😂🙊


 untuk lebih senang..boleh je pakai tepung bestari tanpa ada campuran tepung lain.. tapi sebab saya cuma meniaga ayam goreng seringgit.. saya kena kreatif utk jimatkan kos (ayam mahal weh😂)

 boleh jugak pakai tepung bestari tak pedas atau apa-apa tepung goreng yg lain.


Credit : Murni Rahmat

Khamis, 11 Ogos 2022

‘Pengundi muda menyampah tengok muka lama’, veteran Umno sokong Nur Jazlan

 

Kejayaan ‘eksperimen’ Umno dengan meletakkan 70% muka baharu pada PRN Melaka dan Johor perlu diteruskan pada PRU15.

PETALING JAYA: Veteran Umno menyifatkan pengundi muda “menyampah” melihat Ahli Parlimen sudah lama menjadi wakil rakyat terutama yang terpalit isu rasuah, kata setiausaha agungnya, Mustapha Yaakob, sebagai menyokong kenyataan merehatkan “kuda lama”.

Semalam, Timbalan Ketua Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed, berkata Umno akan mati dalam hati orang muda dalam tempoh sedekad jika tidak berubah mengikut trend merehatkan “kuda-kuda lama”.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata, wakil rakyat yang menjadi Ahli Parlimen empat hingga lima penggal diminta berlapang dada bersara bagi memberi laluan kepada calon muda, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, walaupun mereka popular dalam kalangan pengundi setempat, namun daripada persepsi rakyat mereka merupakan liabiliti.

“Dalam kalangan pengundi muda ada yang menyampah tengok muka lama ini antaranya kerana berkelahi di Parlimen, terpalit dengan isu rasuah dan kroni.

“Mereka memang popular dalam kalangan pengundi setempat sebab jaga kawasan tapi mereka tidak disukai rakyat (secara umum) dan daripada persepsi rakyat, mereka adalah liabiliti,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau turut menggelarkan wakil rakyat yang mempunyai ciri itu sebagai “kuda tua” yang didakwa ramai bilangannya.

“Mereka ini yang saya gelarkan ‘kuda tua’, ramai juga bilangannya, boleh tahanlah, mereka wajar berlapang dada mengundurkan diri, cukuplah jadi menteri dan wakil rakyat berpenggal-penggal,” katanya.

Katanya, kejayaan “eksperimen” Umno dengan meletakkan 70% muka baharu pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor perlu diteruskan pada PRU15 seperti mana disuarakan presiden, Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Razlan Rafii, berkata kenyataan Nur Jazlan disifatkan hanya pandangan peribadi kerana hakikatnya Umno adalah parti paling banyak melalui perubahan daripada sudut kepimpinan.

Beliau berkata, PRN Melaka dan Johor menjadi bukti bahawa Umno sudah melakukan peremajaan parti dengan meletakkan ramai muka baharu dan “resipi” itu akan diteruskan melalui PRU15.

“Umno sudah banyak perubahan dari segi kepimpinan baharu dan muda berbanding parti lain termasuk DAP, maka mengapa ada momokan seperti ini yang akan melemahkan pandangan orang luar kepada parti,” katanya.-FMT

Pengurus bank sahkan Shahrir terima cek RM1 juta daripada Najib

 TAN Sri Shahrir Ab Samad. FOTO BERNAMA

TAN Sri Shahrir Ab Samad. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Seorang pengurus bank hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Tan Sri Shahrir Ab Samad menerima cek bernilai RM1 juta daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sembilan tahun lalu.

Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan R. Uma Devi, 43, yang mengesahkan perkara itu berkata cek tersebut dikeluarkan oleh Najib sendiri atas nama bekas Pengerusi Felda berkenaan pada 27 November 2013 dan 'clear' pada keesokan harinya.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Azmi pada perbicaraan kes bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Najib kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"Berdasarkan salinan penyata bank Datuk Seri Najib, baki wang untuk bulan November 2013 adalah berjumlah RM48,273,239.26 manakala baki yang tinggal pada 30 November 2013 adalah RM36,922,068.26. Pada 28 November 2013, terdapat pengeluaran berjumlah RM1 juta daripada akaun tersebut," kata saksi pendakwaan ke-12 itu.

Bagaimanapun, Uma Devi berkata akaun bank milik Najib itu, yang dibuka pada 31 Julai 2013, ditutup pada 9 Mac 2015 atas sebab yang tidak dinyatakan.

"Baki dalam akaun tersebut bersama dua lagi akaun beliau yang lain ialah sebanyak RM103,361.17 dikeluarkan menerusi cek atas nama Ihsan Perdana Sdn Bhd," katanya.

Shahrir, 72, didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April 2014 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung 5 September ini.

-myMetro 

Selasa, 9 Ogos 2022

Najib nafi terlibat, berpakat 'songlap' dana LCS

 

Najib. Kenyataan dimuat naik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Facebooknya.
Najib. Kenyataan dimuat naik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Facebooknya.

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal dakwaan dirinya terlibat dalam menyeleweng dana projek perolehan kapal tempur pesisir (LCS) dengan menggunakan beberapa lapis syarikat sehingga menyebabkan kos bahagian kontrak tersebut naik tiga kali ganda.

Sebaliknya Ahli Parlimen Pekan itu menjelaskan, dua syarikat tersebut iaitu Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) dan Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED) adalah syarikat usaha sama 49 hingga 51 peratus antara Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC) iaitu anak syarikat Boustead milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dengan syarikat Jerman terkenal Rheinmetall Air Defence AG.

Beliau berkata demikian sebagai membalas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang mengaitkan dirinya dalam isu berkenaan.

"Rafizi memberitahu dua syarikat lapis tersebut adalah CAD dan CED namun dia tak sebut siapa yang memiliki syarikat-syarikat tersebut.

Semakan menunjukkan bahawa kedua-dua syarikat berkenaan adalah syarikat usaha sama 49 hingga 51 peratus antara BHIC iaitu anak syarikat Boustead milik LTAT dengan syarikat Jerman terkenal Rheinmetall Air Defence AG.

“Rheinmetall Air Defence AG adalah sebahagian daripada kumpulan Rheinmetall Jerman yang amat besar dengan penjualan tahunan mencecah RM30 bilion selain ia juga antara pakar utama dunia bagi sistem pertahanan ancaman udara jarak pendek,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Sebelum ini media melaporkan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli memulakan siri pendedahan berhubung isu projek LCS oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan beberapa dakwaan antaranya BNS menerima dokumen sebut harga daripada Naval Group (dahulu dikenali sebagai DCNS) sebelum surat lantikan (LOA) kerajaan Malaysia.

Najib menambah, Pengarah Urusan syarikat BHIC dan Pengerusi Jawatankuasa projek LCS pada masa itu adalah bekas Panglima Tentera Laut Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor.

Syarikat BHIC juga merupakan syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia. Jadi, apa kaitan isu ini dengan saya?.

“Dan adakah Rafizi tuduh bahawa bekas Panglima Tentera Laut, LTAT dan syarikat gergasi Jerman itu berpakat dengan saya untuk songlap?

“Ataupun syarikat BHIC anak syarikat Boustead berpakat dengan syarikat Jerman itu untuk menipu syarikat Boustead?,” ujarnya.

Najib turut mempersoalkan bagaimana dirinya terlibat sedangkan beliau langsung tidak pernah campur tangan dalam pemberian dan pengurusan projek LCS berkenaan.

“Kenapa tak siasat sepenuh-penuh dan sepuas-puas hati sekiranya bekas Panglima Tentera Laut, syarikat Boustead milik LTAT dan syarikat Jerman itu disyaki bersalah?

“Saya tak ada bantahan sebab saya langsung tak terlibat,” soalnya.

-SH Online 

Jumaat, 5 Ogos 2022

Cuepacs tuntut permohonan maaf dari KPPA Mohd Shafiq

 

Laporan Sinar Harian (Gambar kecil: Adnan)
Laporan Sinar Harian (Gambar kecil: Adnan)

PUTRAJAYA - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut permohonan maaf daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.

Ia susulan Ketua Penolong Penguasa Imigresen, James Lee didakwa ditengking Mohd Shafiq dalam satu insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu.

Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat menerusi kenyataannya memaklumkan, sebagai seorang pegawai tertinggi kerajaan, Mohd Shafiq perlu menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada pegawai bawahan.

"Adalah amat malang jika seseorang pegawai tertinggi di dalam kerajaan memerlukan layanan bertaraf VVIP sedangkan beliau harus menyantuni pegawai kita dengan bijaksana serta memahami tugasan mereka di lapangan, bukannya memalukan pegawai tersebut di depan khalayak ramai seperti yang didakwa oleh pihak Kesatuan Kakitangan Imigresen," katanya pada Khamis.

Menurutnya, prinsip Keluarga Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seolah-olah tidak dihayati dan diamalkan oleh KPPA malahan tindakan itu disifatkan boleh menjejaskan imej perkhidmatan awam.

"Kita harus ingat, pada masa lalu sebuah kerajaan negeri pernah mengambil tindakan yang kurang wajar dengan memberikan penyapu kepada penjawat awam dalam satu majlis dan akhirnya menimbulkan rasa tidak senang," katanya.

Beliau berkata, pegawai yang tidak menghayati falsafah dan mengamalkan semangat Keluarga Malaysia tidak sepatutnya berada dalam perkhidmatan awam.

Cuepacs amat berharap agar Ismail Sabri dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dapat mengambil tindakan segera demi menjaga kebajikan serta mengekalkan keharmonian penjawat awam, seterusnya dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat," katanya.

-SH Online 

Khamis, 4 Ogos 2022

PRU15:Dr M umum gabungan baru GTA, akan tanding 120 kerusi parlimen

 Gerakan Tanah Air (GTA) yang menjadi gabungan politik Melayu baru pimpinan Dr Mahathir Mohamad berhasrat untuk bertanding di 120 daripada 222 kerusi parlimen pada PRU15.

Mahathir yang juga pengerusi GTA berkata, gerakan itu akan bertanding di kerusi majoriti Melayu khususnya kawasan tradisi Umno.

"Kita jemput orang Melayu saja bukan kerana kita perkauman, (tetapi) kerana usaha kita untuk lawan parti Melayu yang telah menyeleweng iaitu Umno.

"Sebab itu kita buat parti Melayu untuk menentang parti Melayu," katanya dalam sidang media pengumuman gerakan baru itu di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, petang ini.

Gerakan politik itu ditunjangi oleh Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Putra Bumiputera Perkasa Melayai (Putra)  pimpinan veteran politik Ibrahim Ali, serpihan PAS Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman).

Ahli parlimen Langkawi itu berkata kesemua presiden parti dalam gabungan itu dilantik sebagai timbalan pengerusi GTA.

"Calon kita nak letak (bertanding) di 120 kerusi, sudah tentu ada kerusi ditandingi Umno," tambah Mahathir.

Katanya gerakan itu menjemput orang Melayu yang berasa curiga dengan masa depan mereka untuk menyertai gabungan itu bagi membela nasib orang Melayu.

Jelasnya parti itu adalah bertujuan untuk membela serta menyelesaikan masalah yang dihadapi orang Melayu sejak sekian lama.

"Bukan untuk merampas harta orang bukan Melayu, bukan untuk menyekat orang bukan Melayu cari kejayaan. Tetapi untuk betulkan supaya orang Melayu dapat haknya.

"Kita yakin ramai akan beri sokongan kepada kita.

"Kita tak akan terlibat dengan kluster mahkamah atau rasuah, parti yang ada bersama kita, tiada terpalit dengan rasuah," katanya.

PM ditentukan ‘lepas menang’

Dalam pada itu Mahathir berkata pihaknya akan mendaftarkan GTA secara rasmi dalam masa terdekat ini.

Oleh itu pihaknya berharap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) bermurah hati untuk meluluskan pendaftaran gerakan itu, seperti mana ROS meluluskan permohonan Umno untuk tangguhkan pemilihan parti.

Ditanya mengenai calon perdana menteri gabungan itu, Mahathir berkata ia akan ditentukan selepas PRU15.

"Kita tentukan selepas menang PRU dulu," katanya lagi.

-malaysiakini 

Isnin, 1 Ogos 2022

Koleksi Resepi:Sate Ayam

 sate ayam (anggaran 130 cucuk)



Bahan-bahan

- 3 kg dada ayam dipotong dadu sedang2 jangan kecik sangat

- Lidi sate.. Rendam dalam 4jam atau lebih untuk elak lidi sate

terbakar semasa dibakar hehhehe

- 25 sudu gula pasir

- 2 sudu garam


Bahan disangai

2sudu jintan putih

3sudu jintan manis

8sudu ketumbar

Sangai bahan diatas didalam kuali jgn sampai hangus agak2 dah naik bau matikan api.


Bahan-Bahan kisar

4ulas bawang kecik

8 ulas bawang putih

serai 3 batang

halia

kunyit hidup (kalau x da pakai kunyit serbuk)

lengkuas

bahan yang disangai

air secukupnya


Masukan semua bahan di pengisar ..kisar hingga halus

sediakan bekas letak dada ayam yang dah di potong masukan garam ,gula dan bahan yang telah dikisar.gaul sampai rata n sebati. kemudian tutup dengan wrap n masukan didalam peti sejuk bawah dalam 2 jam untuk rasanya sebati.

selepas 2 jam keluar dari peti ais dan mula la mencucuk .1 lidi sate sis letak 3pcs dada ayam..lepastu masukan dalam plastik simpan di peti ais atas sejuk beku untuk tahan lama .selesai cucuk lebihan perapan boleh campur dalam kuah kacang baru rasa sedap hehehehe

sis biasa buat 3 hari sebelum nak bakar.sebelum bakar keluarkan dulu dalam 3 jam

kalau malas nak bakar boleh jer goreng sedap jgak.

Credit :FB Rencah