"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Ahad, 17 April 2022

Koleksi Resepi:Mee kuah tulang keledek merah

 Mee kuah tulang keledek merah..*👩‍🍳



bahan2nya:


👉 Tulang dan daging rebus

👉 Keledek merah

👉*Blend bawang besar

👉*Bawang putih

👉*Halia

👉*Cili kering

👉 Serbuk sup adabi dua sudu

👉 Serbuk perasa sikit


👉 Sos cili

👉 Sos tomato


👉 Garam

👉 Gula

👉 Susu pekat manis


Semua bahan bertanda * ni tumis smp pecah minyak..masuk perencah sup, letak kulit kayu manis sebatang cukup dan bunga lawang dlm 3 kuntum.. then tuang masuk dlm rebusan daging td..


Ubi keledek merah dlm 3 biji rebus dan blend pastu masuk dlm periuk


Masuk pula segala sos td.. mama agak2 je


Perasakan dengan garam gula dan susu pekat manis ( ikut rasa masing2 ea..😁)


Dah siap ble la taburkan

hirisan daging

Telur rebus

Tauhu goreng

Sawi celur

Daun bawang/ sup

Taugeh

Cili potong

Bawang goreng


Selamat mencoba..!😁😁

Hanya Imbas Tangan Untuk Bayar Keperluan Shopping, Pemuda Ini Sanggup Tanam Cip Di Dalam Badan

 


AMALAN pembayaran tanpa tunai di Malaysia nampaknya semakin diterima ramai sejak negara dilanda pandemik Covid-19.

Atas alasan mahu mengelakkan sebarang sentuhan pada ketika awal penularan wabak virus korona, semua urus niaga dijalankan tanpa melibatkan wang tunai.

Malah, kaedah itu dilihat lebih mudah dan selamat.

Lazimnya, penggunaan kad kredit, debit, Jompay selain aplikasi e-Wallet seperti Grab, Boost termasuk Touch n 'Go (TNG) antara kaedah pembayaran popular.

cip pembayaran tanpa tunai

Pun begitu, percaya atau tidak, anda boleh membayar barangan dapur atau makan minum di restoran hanya mengimbas tangan sahaja.

Bunyinya agak pelik dan mustahil bukan?

Lapor www.bbc.com, kehebatan teknologi kecerdasan buatan (AI) membolehkan mikrocip yang beratnya kurang satu gram dimasukkan ke dalam badan manusia.

Seorang pengawal keselamatan dari Netherlands, Patrick Paumen sanggup memasukkan cip tersebut ke dalam badannya kerana beliau percaya, kesemua teknologi berkenaan memudahkan hidupnya.

cip pembayaran tanpa tunai

Pemuda berusia 37 tahun itu sudah memasukkan cip pada tangannya pada tahun 2019 dan menggelarkan dirinya sebagai pengodam bio (biohacker).

Mana tidaknya, bukan satu tetapi 32 implan ditanam di dalam badannya termasuk cip yang berfungsi untuk membuka pintu.

cip pembayaran tanpa tunai

"Saya sudah tidak lagi menggunakan kad atau wang tunai untuk membeli-belah. Hanya letak tangan pada mesin pengimbas, semuanya selesai.

"Teknologi terus berkembang, jadi saya akan terus mengumpulnya lebih banyak kerana pada masa sama, saya tidak boleh hidup tanpanya," katanya yang dipetik menerusi portal tersebut.

cip pembayaran tanpa tunai

Sebenarnya, projek mikrocip pertama ditanam ke dalam badan manusia adalah pada tahun 1998, namun selepas beberapa dekad, teknologi tersebut telah dikomersialkan secara terbuka.

Apatah lagi, wujud permintaan apabila cip cashless pertama diperkenalkan sekali gus menjadikan syarikat British-Polish, Walletmor menjadi entiti pertama menjualnya.

CIP TANPA TUNAI

Memetik kenyataan pengasasnya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Wojtek Paprota, cip tersebut boleh digunakan di mana-mana sahaja selagi pembayaran tanpa tunai diterima.

"Implan tersebut boleh digunakan untuk membayar minuman di Rio, kopi di New York atau selepas memotong rambut di Paris," beritahunya yang memberikan analogi mudah untuk difahami.

cip pembayaran tanpa tunai

Cip Walletmor tersebut memiliki saiz lebih besar sedikit daripada sebutir beras yang lengkap dengan antena yang diselaputi biopolimer iaitu bahan organik menyerupai plastik yang selamat kepada manusia.

Sebaik sahaja cip tersebut ditanam pada tangan, ia akan kekal selama-lamanya tanpa keperluan bateri atau sumber kuasa lain.

Difahamkan, setakat artikel ini ditulis sudah lebih 500 implan yang menggunakan teknologi NFC (komunikasi medan dekat) dijual oleh firma berkenaan.

cip pembayaran tanpa tunai

Penggunaan fitur baharu itu dikatakan sudah meluas di benua Eropah, namun tidak semua yang bersetuju dengan idea yang dianggapkan mengerikan tersebut.

Kalian pula bagaimana? Sanggup tanam implan semata-mata mahu hidup lebih mudah?

Mungkin ketika ini penerimaan kaedah pembayaran masih janggal di Malaysia, namun tak mustahil satu hari nanti semuanya boleh berubah.

-Sinar Harian Plus

Sabtu, 16 April 2022

Shuib ‘Bertekak’ Gara-Gara Perkataan Siang, “Yang Boleh Betulkan Dia Jep Je”

 


Sebut sahaja nama Shuib, pasti ramai teringatkan jenis-jenis lawak yang dihasilkannya masa bersama kumpulan Sepahtu. Tidak lari bidang, lawak Shuib masih relevan dan mampu menghiburkan peminatnya hingga ke hari ini.

Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan Shuib kembali muncul dengan membuat lawaknya di media sosial telah menjadi bualan hangat warganet. Kali ini Shuib ‘bertekak’ gara-gara perkataan siang dengan rakannya.lickstreee_Ubuy_Video_29032

Dalam rakaman tersebut kelihatan Shuib bersama hasil ikan yang dipancingnya dan kedengaran niatnya untuk menjamah hidupan itu pada malam hari. Namun satu suara yang mengatakan kena siang dulu, membuatkan Shuib ‘tak berpuas hati’.

Korang saksikan sendiri gelagat Shuib ‘bertekak’ gara-gara perkataan ‘siang’ yang telah dimuat naik menerusi akaun TikTok milik selebriti ini sendiri:

Dah sudah! Perkataan ‘siang’ punya pasal pun boleh buat tak puas hati nampaknya. Apa-apa pun perkongsian rakaman ini telah meraih lebih sejuta tontonan. Rata-rata warganet terhibur dengan gelagat selebriti ini dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:

“Yang boleh betulkan dia Jep je”

a“Tolong panggil Jep untuk betulkan”

Shuib ‘Bertekak’ 3

“Tergelak mak saya tengok abang haha…”

Shuib ‘Bertekak’ 2

“Jep oh Jep ko tengok kawan ko ni perangai lah”


-himpunanceritalawak.com

Jumaat, 15 April 2022

PKR disaran berganding dengan Bersatu supaya pembangkang menang pada PRU15

 

Kerjasama antara PKR dan Bersatu dijangka menimbulkan kemarahan sebahagian penyokong pembangkang, susulan peranan Bersatu dalam Langkah Sheraton.

PETALING JAYA: Seorang ahli akademik menggesa PKR supaya terus membuka pintu kepada kerjasama dengan Bersatu.

James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania percaya, adalah penting bagi semua parti pembangkang untuk membuka talian komunikasi dengan satu sama lain jika mereka mahu melihat Barisan Nasional (BN) kalah pada pilihan raya umum akan datang (PRU15).

Mereka perlu memastikan berlakunya sebanyak mungkin pertembungan satu lawan satu, katanya.

Chin memberitahu FMT bahawa beliau tidak bersetuju dengan gesaan Ketua Penerangan Pemuda PKR Sabah Razeef Rakimin baru-baru ini agar partinya menutup terus kemungkinan bekerjasama dengan Bersatu.

James Chin.

Kenyataan Razeef itu menyusuli laporan berita yang memetik Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sebagai berkata, pihaknya terbuka untuk bekerjasama dengan parti yang bukan komponen Pakatan Harapan (PH), tanpa merujuk secara khusus kepada Bersatu.

Apabila ditanya sama ada masuk akal untuk PKR memikirkan tentang kerjasama dengan Bersatu susulan peranannya dalam kejatuhan kerajaan PH, Chin berkata, tiada yang mustahil dalam politik Malaysia.

Tambahnya, pakatan yang diperbaharui adalah perkara biasa dalam politik.

“Semestinya ini akan menimbulkan kemarahan sebahagian penyokong pembangkang, terutamanya mereka yang menyalahkan Bersatu atas Langkah Sheraton, yang menyaksikan kejatuhan kerajaan PH dua tahun lepas,” katanya.

“Oleh itu, ini perlu dilakukan dengan berhati-hati dan dengan cara yang tidak akan menjejaskan sokongan kepada pembangkang.”

Beliau berkata, Bersatu akan membantu menarik sokongan daripada pengundi Melayu luar bandar.

Memetik kekalahan besar PH dalam tiga pilihan raya negeri (PRN) yang menyaksikan parti pembangkang bertelagah sesama sendiri, Chin memberi amaran bahawa perpecahan antara parti pembangkang akan mendorong kemenangan BN dalam PRU.

Pada PRN Johor, BN memenangi 40 kerusi, manakala PH menang 12, Perikatan Nasional (PN) tiga dan Muda satu.

Jeniri Amir.

PH juga mencatat prestasi buruk pada PRN Melaka dan Sarawak, dengan memenangi masing-masing lima dan dua kerusi.

Bagaimanapun, felo Majlis Profesor Jeniri Amir memberitahu FMT bahawa beliau percaya undi pembangkang akan pecah jika PKR bekerjasama dengan Bersatu kerana impak Langkah Sheraton terlalu besar.

“Ia akan memburukkan lagi keadaan kerana Bersatu bukan sahaja mengkhianati PH tetapi juga mandat rakyat,” katanya.

“Bersatu juga bukan parti yang kuat dari segi jenteranya dan tidak ramai ahli.”

Sebaliknya, katanya, PKR harus bekerjasama dengan parti-parti lain seperti Muda dan Warisan.-FMT

Khamis, 14 April 2022

INI CIRI-CIRI TERBARU PERODUA ALZA 2022, LAGI CANGGIH DARI VF

 


Sebelum ini kami melaporkan bahawa Perodua Alza generasi ke dua akan dtunda pengeluarannya dari bulan April ke Jun 2022 atas sebab banjir dan juga beberapa isu pengeluaran lain yang menjejaskan pelancaran model MPV terbaru ini. Berdasarkan maklumat yang berjaya dihidu oleh kami, nampaknya ramalan ini tepat

Selain dari berjaya meneka perubahan pada jadual pelancaran Alza terbaru, kami juga berjaya menghidu beberapa perincian terbaru yang bakal dipasang pada MPV kompak ini. Antara ciri-ciri yang bakal digunakan termasuklah:

1. Rekaan corong penyaman bagi penumpang belakang yang baru

2. Alza baru direka dengan panjang 4410mm, lebar 1720mm dan berupaya memuatkan ruang kargo sebesar 470 liter jika kusyen barisan ketiga dilipat

3. Untuk keselesaan penumpang, Alza baru akan datang dengan sistem audio skrin sesentuh sebesar 9 inci serta dengan keupayaan sambungan Apple Car Play atau Android Auto

4. Alza baru juga tampil bergaya dengan rim bersaiz 16 inci. Selain daripada warna putih, ia turut menerima pilihan warna hitam berkilat dan juga kelabu yang lebih menarik

5. Dalam aspek keselamatan, Alza baru turut menerima brek cakera belakang iaitu pertama kali dipasang pada jenama Perodua, brek parkir elektrik dan ciri Auto Brake Hold.

6. Aspek keselamatan diperkemaskan lagi dengan pengenalan ciri kamera 360 darjah bagi memudahkan pemandu memarkir Alza selain dari radius putaran yang lebih pendek pada 5 meter

7. Seperti dijangka, Alza baru akan dipacu oleh enjin 1500cc dual VVTi 2NR-VE yang menghasilkan 105 kuasa kuda dan 139Nm tork, lebih sedikit daripada yang dihasilkan pada Myvi.

8. Pemandu boleh memilih 3 mode pemanduan dari Normal, Eco dan Power yang boleh dipilih dengan menggunakan butang. Enjin dengan nisbah mampatan 11.5:1 ini berupaya memberikan bacaan bahan api sekitar 22km per liter petrol

9. Pemandu juga bakal menerima lebih banyak “mainan” seperti paparan skrin pula menggunakan skrin TFT sebesar 7 inci dan ciri adaptive cruise control dengan julat operasi 0-125km/j yang boleh mengikut halaju kereta depan tanpa perlu diset semula jika kenderaan depan berhenti (perlu disahkan kembali)

10. Sama seperti varian Veloz di Indonesia, Alza juga bakal menerima lampu depan LED dengan reflektor namun kami kurang pasti adakah ia akan menerima ciri lampu depan adaptif sama seperti Ativa

11. Tapi apa yang pasti Alza baru akan dipasang dengan 6 beg udara, sistem ESC, brek ABS dan kami pasti ia akan menerima pakej Perodua Smart Drive Assist lengkap dengan brek kecemasan automatik.

Dikhabarkan juga Perodua Alza ini akan dihasilkan dalam 3 varian sama seperti Ativa iaitu X, H adan AV. Harga permulaan yang ditawarkan ialah bermula sekitar RM 66,000 dan ke atas.

-mekanika.com.my

Karikatur Monyet:Fahmi Reza ditahan

 

MGF12042022_WARGA-MALAYSIA-PULANG03
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan . Foto HAZROL ZAINAL, 12 APRIL 2022

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pemilik akaun Facebook bernama Fahmi Reza telah ditahan untuk membantu siasatan polis berhubung isu penghantaran karikatur monyet berpakaian istana di media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)Bukit Aman Komisioner Datuk Seri Abd Jalil Hassan ketika dihubungi MalaysiaGazette berkata, Fahmi ditahan selepas disoal siasat dan diambil keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Ya,saya boleh mengesahkan kita panggil individu itu (Fahmi Reza) tampil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes ini.

“Disahkan penama juga telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan pihak polis akan memohon perintah reman (ke atas Fahmi Reza) pada hari di mahkamah.,” katanya secara ringkas ketika dihubungi tadi.

Sementara itu dalam satu kenyataan berhubung kes tersebut, Abd Jalil turut menjelaskan Bukit Aman sedang melakukan siasatan kes terhadap hantaran karikatur oleh Fahmi.

Imej monyet berpakaian istana berwarna kuning itu telah dimuat naik menerusi Facebook Fahmi semalam.

 Hantaran itu telah 12,000 respons, 3,000 lebih komen dan 966 perkongsian dalam media sosial itu sejak dimuat naik sekali gus telah mengundang kemarahan warganet yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai keterlaluan,” katanya menerusi kenyataan itu.

Tambah beliau, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan dan undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana kecenderungan menghasut.

Fahmi turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Siasatan masih diteruskan dan PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

PDRM turut menasihatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu yang menyentuh institusi diraja serta sensitiviti agama dan kaum.

“Orang ramai digesa agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak
menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara. tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” tegasnya. – MalaysiaGazette

Jejak Kasih: 50 tahun berpisah, Batliyah harap ada sinar Ramadan bertemu Che Putih

 

BATLIYAH Din tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan kisah kakaknya, Che Putih di Felda Padang Piol di Jerantut, Pahang. - FOTO/HARIS FADILAH AHMAD

JERANTUT: Warga emas, Batliyah Din, 62, sentiasa berdoa ke hadrat Allah SWT semoga ada sinar di penghujung bulan Ramadan ini supaya dia dapat bertemu dengan kakaknya, Che Putih yang terpisah sejak 50 tahun lalu.

Ketika ditemui pemberita di rumahnya Felda Padang Piol di sini hari ini, Batliyah berkata, sejak berpisah, dia tidak henti-henti berdoa lebih-lebih lagi setiap kali bulan Ramadan dan menjelang Syawal menunggu kepulangan kakaknya.

“Setiap kali berbuka puasa dan menjelang Aidilfitri, air mata berjurai mengenangkan Kak Teh (panggilan bagi Cik Putih) kerana sudah hampir 50 tahun dia meninggalkan kami.

“Kak Teh juga tidak bersama ketika arwah ibu dan bapa meninggal dunia selepas dia keluar dari rumah pada 1973 dan tidak pernah pulang langsung selepas itu,” katanya di sini hari ini. 

Menurut Batliyah, Kak Teh anak ketiga daripada tujuh beradik bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang, tiba-tiba keluar meninggalkan keluarga kemungkinan ‘merajuk’ apabila arwah bapa dan ibu tidak bersetuju permintaannya untuk berkahwin dengan seorang lelaki dipercayai sudah mempunyai isteri.

Katanya, ketika kejadian itu, mereka sekeluarga tinggal di Kampung Pantai Perai, Kedah selepas ayahnya, Din Mohamad bersara sebagai anggota polis di Balai Polis Penang Road, Pulau Pinang sekitar awal 70-an dan sebanyak dua kali Kak Teh  membawa lelaki berkenaan meminta restu bapa dan ibu untuk berkahwin, tetapi permintaannya ditolak.

“Ketika Kak teh meninggalkan kami, saya baharu berusia 15 tahun, manakala dia dalam lingkungan 20-an yang kemudiannya tidak mendengar khabar berita sehingga ini,” katanya.

Batliyah yang kini menetap di Felda Padang Piol sejak dua tahun lalu setelah berkahwin dengan Soid Bidin, 69, yakin kakaknya berada di dua tempat, iaitu di Pahang dan Pulau Pinang.

“Saya pernah mendengar perkhabaran daripada seorang ahli keluarga kami, Kak Teh bersama suami yang dinikahinya berhijrah ke Pahang mencari kerja sekitar 1974/1975 dan ada yang menyatakan dia tinggal di Balik Pulau, Pulau Pinang.

“Namun, saya pernah beberapa kali menjejakinya di Balik Pulau, tetapi hampa kerana tidak  berjumpa dan tidak tahu lagi di mana Kak Teh tinggal walaupun dipercayai dia berada di Pahang,” katanya.

Warge emas itu menambah, Kak Teh kini berusia dalam lingkungan 70-an merupakan seorang kakak yang cukup penyayang kerana sewaktu berusia kanak-kanak, dia kerap membeli baju baharu setiap hujung bulan ketika mendapat gaji kerja kilang, malah banyak berbelanja untuk keluarga ketika menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Nostalgia ini menyebabkan saya diruntun hiba amat sangat dan berlinang air mata setiap kali di bulan Ramadan lebih lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Saya berharap Kak Teh datanglah ke Felda Padang Piol menemui saya dan kita boleh mengatur pertemuan supaya dapat bertaut kembali dengan adik-beradik yang masih tinggal di Kedah dan Perlis,” katanya.

Dia berkata, Kak Teh sepatutnya melupakan kisah lama kerana masing-masing sudah pun berusia lanjut dan bila-bila masa akan kembali menghadap Allah SWT.

“Saya berharap orang ramai terutamanya anak Che Putih (Kak Teh) yang membaca kisah ini dapat menghubunginya menerusi talian 0146389428 atau datang ke rumah bernombor 410 Felda Padang Piol, Jerantut malah sekiranya dia uzur, saya sanggup pergi berjumpanya.

“Semoga Kak Teh kepulangan dapat mengubati kerinduan saya dan bertaut kembali bersama keluarga kita sempena bulan yang mulia dan sambil memeriahkan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi,” ujarnya. – UTUSAN

Koleksi Resepi:Mee Yee Sizzling

 RESEPI YEE MEE SIZZLING

Bahan-bahannya: (Untuk 3 orang)


3 gulung yee mee

5 ulas bawang putih - dicincang halus

1/2 inci halia - dicincang halus

Ayam - dipotong kecil

6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 4

4 biji cili kering - dipotong-potong

4 sudu makan sos tiram

3 sudu makan kicap cair

3 sudu makan kicap pekat

1 sudu makan serbuk lada hitam

1 sudu teh minyak bijan

2 sudu makan tepung jagung + secawan air

Minyak untuk menumis

4 cawan air


Cara-caranya:


Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.

Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.

Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).

Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan ayam masak.

Masukkan cendawan. Biarkan 2 - 3 minit.

Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.

Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.

Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee.


Kredit : Nor Azlindawati Salha Baharudin

Rabu, 13 April 2022

Rasuah:SPRM siasat nama besar kepimpinan UMNO

 SPRM siasat nama besar UMNO

Menurut sumber itu, dakwaan berkenaan membabitkan isu rasuah berkaitan projek pembalakan dan pajakan tanah di Negeri Sembilan sekitar 2008 dan 2010, memetik laporan Utusan Malaysia itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan satu siasatan terhadap satu nama besar dalam kepimpinan UMNO yang didakwa menerima rasuah.
Portal Utusan Malaysia pada Selasa melaporkan, siasatan berkenaan dilakukan SPM selepas satu laporan dipercayai diterima agensi bekenaan oleh Ketua Penerangan UMNO Cawangan Setapak Jaya 1A, Bahagian Setiawangsa Kuala Lumpur, Datuk Halim Rahmat baru-baru ini.
Utusan Malaysia melaporkan, sumber mendedahkan laporan terhadap pemimpin kanan itu telah dibuat pada 6 April lalu, menggesa SPRM menyiasat dakwaan sebuah portal berita yang dipercayai mengaitkan tuduhan rasuah dengan pemimpin berkenaan.
Menurut sumber itu, dakwaan berkenaan membabitkan isu rasuah berkaitan projek pembalakan dan pajakan tanah di Negeri Sembilan sekitar 2008 dan 2010, memetik laporan Utusan Malaysia itu.
Wang pajakan itu pula dipercayai digunakan untuk membeli aset di luar negara.
Dalam pada itu, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM, Timbalan Pesuruhjaya Mohamad Zamri Zainul Abidin. mengesahkan siasatan berkenaan.
Beliau bagaimanapun tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut.
-AstroAwani

DJ Wong tak hilang, lafaz cerai talak tiga terhadap DJ Sal

 


Sungai Petani: Misteri kehilangan DJ Wong sejak tujuh hari lalu terungkai apabila lelaki terbabit muncul bersiaran secara langsung melalui Facebook (FB) tengah malam tadi dengan berbaju Melayu biru muda.

Dalam siaran langsung yang berdurasi 15 minit itu, DJ Wong atau nama sebenarnya, Noor Aziz Johari, 53, meminta maaf dan bersumpah di hadapan al-Quran.

Sungai Petani: Misteri kehilangan DJ Wong sejak tujuh hari lalu terungkai apabila lelaki terbabit muncul bersiaran secara langsung melalui Facebook (FB) tengah malam tadi dengan berbaju Melayu biru muda.

Dalam siaran langsung yang berdurasi 15 minit itu, DJ Wong atau nama sebenarnya, Noor Aziz Johari, 53, meminta maaf dan bersumpah di hadapan al-Quran.

Dia menyatakan yang dia sihat serta selamat dan meminta semua pihak menghentikan pencarian namun tidak mendedahkan lokasi sebenar keberadaannya.

DJ Wong yang sesekali kelihatan menangis kemudian mendedahkan yang dia keluar rumah dengan kerelaan hati kerana berdepan masalah peribadi dengan isteri yang dikenali sebagai DJ Sal.

Dia turut memanjatkan rasa syukur kerana walaupun hanya berbekalkan RM2.70 serta telefon bimbit, namun dia masih sihat dan dapat berbuka puasa di tempat yang selamat.

Lelaki terbabit pada akhir siaran langsung turut melafazkan cerai talak tiga terhadap isterinya dan mengumumkan kepada pengikutnya yang dia tidak akan muncul lagi di FB selepas ini.

LAPORAN Harian Metro sebelum ini.

LAPORAN Harian Metro sebelum ini.

DJ Wong dikatakan menghilangkan diri selepas keluar melalui pintu belakang rumahnya di Taman Ria Mesra 2 di sini, jam 9.30 malam Rabu lalu.

Kehilangannya itu menimbulkan persoalan kepada peminat dan juga ahli keluarga kerana dia dikatakan keluar sehelai sepinggang selain telefon bimbit dimatikan.

Sementara itu, DJ Sal yang turut membuat siaran langsung di FB menyifatkan lelaki terbabit sebagai dayus berikutan tindakannya menghilangkan diri dan melafaz cerai terhadap dirinya secara langsung di FB.

DJ Sal juga berulang kali menyatakan yang dia enggan mengaibkan lelaki terbabit dan hanya meminta DJ Wong menunggu urusan selanjutnya di mahkamah.

Pasangan itu sebelum ini aktif bersiaran secara dalam talian di FB 'DJ Wong And Sal Bollywood' yang kini mempunyai hampir 100,000 pengikut.

-myMetro