"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Isnin, 29 November 2021

Caj 50 sen air ikat ‘mati’, ini penjelasan peniaga masa pegawai Kementerian Perdagangan datang


 PETALING JAYA- ‘Kalau benda ini ada dulu, aku dah kaya sekarang, berapa ramai minta air bungkus dulu,” itu antara reaksi diberikan pengguna media sosial apabila tular sekeping resit menunjukkan caj sebanyak RM0.50 dikenakan untuk mengikat bungkusan air.

Caj sebanyak RM0.50 hanya untuk mengikat ‘mati’ bungkusan air itu bukan sahaja disifatkan sebagai keterlaluan malah tidak masuk akal memandangkan perkara itu mudah dan senang untuk dilakukan oleh peniaga.

Menerusi perkongsian @usaidsubki di Twitter, lelaki itu menunjukkan sekeping resit daripada sebuah restoran di ibu negara dengan memaparkan jumlah keseluruhan pesanan sebanyak RM20.50.

Daripada jumlah itu, bayaran sebanyak RM7 dikenakan bagi menu nasi goreng ikan masin, tomyam (RM11), teh ais (RM2 serta caj ‘ikat mati’ sebanyak RM0.50.

“Terjumpa gambar ini di Facebook, sudahlah sayur dan roti naik harga, harga ikat mati pun kena caj sekarang,” tulisnya ringkas.

Perkongsian lelaki berkenaan mendapat lebih 4,293 ciapan balas selain 5,153 tanda suka daripada pengguna media sosial yang turut memberikan pelbagai reaksi berhubung perkara itu.


Tangkap layar resit menunjukkan caj sebanyak RM0.50 dikenakan bagi ‘ikat mati’ bungkusan air.

“Tak rasa kedai ini salah, sebab biasanya kalau kedai airnya dibungkus, harga akan mahal sikit sebab bila bungkus air lebih banyak, tapi nak buat macam mana, orang salah faham,” jelas @AmeerZachery.

“Dah tiba masanya untuk kurangkan air manis dan minum air masak, jimat RM2.50, boleh tambah duit beli sayur,” seloroh @TiadaCarut.

“Makin dasyat dunia sekarang, ikat mati pun kena RM0.50,” kata @Nrlizzahmank.

KPDNHEP Keluarkan K0mpaun

Susulan itu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur telah membuat kujungan ke restoran tersebut

Hasil pemeriksaan dari pihak KPDNHEP mendapati restoran tersebut gagal mempamerkan tanda harga minuman termasuklah harga untuk minuman yang dibungkus (ika mati)

Pihak KPDNHEP WPKL juga telah mengeluarkan kompaun disitu juga kepada pemilik premis restoran tersebut dibawah akta AKHAP 2011 kerana gagal mempamerkan tanda harga

Menurut peniaga tersebut, setelah isu resit tersebut menjadi viral, mereka telah menukar sistem dalam resit dengan menggantikan perkataan ikat mati kepada perkataan bungkus

Semoga isu seperti ini dapat di selesiakan dengan baik bagi mengelakkan kekeliruan dari orang ramai


komen mencuti hati dari KPDNHEP

-trendingsangat.pw

INI LAWAK – Kerajaan Minta Gardenia Tangguh Naik Harga Roti


 Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah meminta pengeluar produk roti Gardenia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd menangguhkan langkah untuk menaikkan harga roti dan ban keluarannya di pasaran.

Sebelum ini, tular harga runcit dan pengguna bagi pelbagai produk roti dan ban Gardenia akan dinaikkan mulai 1 Disember.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Rosol Wahid berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan syarikat terbabit dan memberi cadangan penangguhan kenaikan harga itu.

“Walaupun menaikkan 10 sen sahaja, namun ia tetap memberi kesan khususnya kepada pengguna B40.

“Oleh itu, KPDNHEP mengharapkan pertimbangan pihak pengeluar produk roti itu untuk menangguh dahulu cadangan menaikkan harga roti di pasaran.

“Pelbagai alasan yang diberikan susulan cadangan kenaikan harga itu termasuk kenaikan harga tepung gandum di pasaran,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata demikian pada Kempen Keselamatan Pengguna Kerjasama Petronas dan KPDNHEP di Stesen Minyak Petronas, Kuala Berang hari ini.

Selain itu, Rosol berkata Gardenia Bakeries dijangka memberi jawapan selewat-lewatnya esok sama ada bersetuju menangguhkan kenaikan harga atau sebaliknya.

“Kami akan cari satu jalan penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan masalah itu untuk kebaikan Gardenia Bakeries dan pengguna,” katanya.

-mediarania.com

Ahad, 28 November 2021

Michelle Yeoh terbit drama siri skandal 1MDB?

 THR melaporkan Michelle menjadi antara penerbit bersama projek pembikinan drama bersiri TV berkisar skandal 1MDB. Foto IG Michelle Yeoh

THR melaporkan Michelle menjadi antara penerbit bersama projek pembikinan drama bersiri TV berkisar skandal 1MDB. Foto IG Michelle Yeoh

KUALA LUMPUR: Bintang filem Hollywood kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh dilaporkan menjadi antara penerbit bersama projek pembikinan drama bersiri televisyen (TV) berkisar skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

The Hollywood Reporter (THR) melaporkan, drama itu diadaptasi buku yang laris jualannya, Billion Dollar Whale : The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood and The World.

Selain Michelle, Beau Willimon yang pernah menghasilkan siri hit drama berkisar kisah politik, House Of Cards dilaporkan bakal memikul tanggung jawab sama, selain rakan kerjasama daripada syarikat produksi, Westward, Jordan Tappis.

Buku tulisan Tom Wright dan Bradley Hope itu antara lain menceritakan bagaimana ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low menjadi individu dikehendaki dalam skandal 1MDB.

"Di Westward kami tertarik mengupas cerita yang memaparkan kerumitan hidup yang dilalui sekarang, hal yang sukar diterjemahkan atau misteri selain watak yang memberi elemen kejutan.

Kami tertarik untuk mencari langkah yang berinovasi untuk menghasilkan karya selaras dengan arus dunia hiburan yang sentiasa berubah dengan pantas," kata Willimon dan Tappis dalam kenyataan diterbitkan THR. -AGENSI

Wow: 'Mahalnya sayur kailan ikan masin'

 

Kailan ikan masin yang dibeli dengan harga RM18. (Kanan: Resit pembelian menunjukan harga kailan ikan masin RM18.)

GEORGETOWN - Tular di media sosial harga sebungkus masakan sayur kailan ikan masin dijual pada harga RM18 di sebuah restoran di Kepala Batas, di sini pada Ahad.

Perkongsian itu dibuat seorang pelanggan di media sosialnya yang mendakwa harga masakan bagi seorang makan yang dibelinya itu terlalu mahal.

Pelanggan berkenaan memuat naik gambar sayur kailan ikan masin yang dibeli berserta resit pembayaran yang memaparkan harga RM18 bagi sebungkus sayur tersebut.

Resit berkenaan turut memaparkan harga lauk jenahak RM90, kailan ikan masin (RM18), sayur campur (RM9) serta ulam dan sambal (RM5) dengan nilai keseluruhan RM122.

Bagaimanapun, nama restoran tidak didedahkan individu berkenaan.

Perkongsian pelanggan tersebut mendapat perhatian ramai sehingga tular di laman sosial pada Ahad yang rata-rata mendakwa harga tersebut mahal.

Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang meminta pelanggan sebuah restoran di Kepala Batas, di sini tampil membuat aduan rasmi berhubung hantaran di media sosial mengenai hidangan kailan ikan masin pada harga RM18.

Jurucakapnya berkata, KPDNHEP memerlukan kerjasama pelanggan itu supaya tindakan lanjut dapat dilakukan.

"Kita sudah ambil maklum dengan hantaran tular ini dan kini kita sedang menjalankan siasatan untuk mendapatkan nama premis itu," katanya.

-SH Online

Covid19: Varian Omicron lebih bahaya daripada varian Delta

 

Pakar kesihatan mencadangkan kerajaan membuat saringan terhadap pengembara dari Afrika sejak sebulan lalu. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jumlah mutasi luar biasa dikesan pada varian baharu B.1.1.529 yang dinamakan sebagai Omicron me­nimbulkan kebimbangan kepada penyelidik berikutan sistem imunisasi manusia berkemungkinan sukar untuk mengawal jangkitannya.

Pakar Mikrobiologi, Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Umi Kalsom Ali berkata, walaupun jumlah mutasi bukan penentu kepada tahap bahaya sesuatu varian, namun jumlah mutasi luar biasa mewujudkan kebimbangan.

“Untuk permulaan, maklumat awal tentang varian baharu perlu kita fahami selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkelaskan varian ini sebagai variant of concern (VOC).

“Berdasarkan data awal dari Afrika Selatan menunjukkan ia merebak dengan pantas di mana 100 kes dikesan awal November dan lebih 1,200 kes pada minggu akhir November. Jadi, kebanyakan saintis menjangkakan kebolehan Omicron untuk merebak seperti varian Delta adalah sangat tinggi,” katanya kepada Kos­mo! Ahad semalam.

Menurutnya, varian itu turut menunjukkan bilangan mutasi yang tinggi iaitu sebanyak 32 mutasi ‘spike protein’ virus SARS-CoV2 berbanding Delta sekitar lapan mutasi sahaja.

“Jumlah mutasi yang luar biasa itulah yang membimbangkan penyelidik kerana kemungkinan menyebabkan sistem imuniti manusia sukar untuk mengawal jangkitan daripada varian itu,” jelasnya.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada kemungkinan wujud gelombang baharu akibat varian berkenaan, Dr. Umi menyifatkan jangkaan itu terlalu awal untuk dibuat.

“Bagaimanapun, jika tiada sebarang langkah diambil untuk mengekang penularan, pastinya risiko jangkitan lebih tinggi dan kesannya sama seperti varian Delta,” ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar mencadang­kan kerajaan untuk mengenal pasti individu yang masuk ke Malaysia dari Afrika sejak sebulan lalu.

“Proses mengenal pasti individu terbabit ialah bagi tujuan saringan dan mempertingkatkan survelan genomik seterusnya menjadi langkah awal dalam mengekang penularannya,” ujarnya.

-Kosmo Online

Restoran tular siakap “Kayangan” tetap diserbu pelanggan luar


Restoran tular siakap “Kayangan” tetap diserbu pelanggan luar. Walaupun pernah tular kerana menjual hida­ngan siakap seberat 7 kilogram (kg) pada harga RM1,196, operasi Restoran Terapung Sas Rimba, Taman Geoforest Karst Kilim di sini tidak terjejas dan masih beroperasi seperti biasa.

Tinjauan Kosmo! di restoran tersebut mendapati, rata-rata pelanggan mengetahui status restoran tersebut sebagai restoran yang tular sebelum ini, namun tetap mahu menjamu selera di situ.

Pelancong yang berkunjung ke situ biasanya menaiki bot bagi pakej lawatan ke kawasan bakau di Taman Geoforest Karst Kilim bagi melihat pertunjukan ikan di sangkar selain menjamu selera di restoran berkenaan.

Seorang pengunjung dari Temerloh, Pahang, Aida Fasiha Mohd. Azman, 26, berkata, mereka memilih untuk makan di situ kerana mengetahui status restoran tersebut telah tular.

“Saya dan keluarga datang ke sini sebab tahu tempat ini sudah tular dan kerana kami ingin melihat sendiri harga yang ditawarkan di restoran ini.

“Kami faham bahawa harga yang diletakkan oleh peniaga adalah munasabah kerana ikan yang dijual betul-betul segar kerana ikan tersebut masih be­renang ketika kami memilihnya,” katanya.

Seorang lagi pengunjung dari Segamat, Johor, Che Nur Syuhadah Mohd. Nawawi, 20, berkata, dia biasa berkunjung ke restoran makanan laut dan akan memilih dan melihat sendiri ikan yang ditimbang sebelum meneruskan pesanan.

“Pekerja restoran turut beri­tahu kepada saya untuk melihat menu dan harga terlebih dahulu.

“Mereka juga menunjukkan kepada kami berat ikan yang ditimbang dan apabila kami bersetuju, barulah ikan tersebut akan dimasak,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! pada 5 November lalu melaporkan sekumpulan pelancong ke Pulau Langkawi terkejut apabila terpaksa membayar kira-kira RM1,196 bagi hidangan se­ekor ikan siakap seberat 7kg di salah sebuah restoran dekat Langkawi, Kedah awal bulan ini.

-utamadaily.com

Sabtu, 27 November 2021

Covid19: Siap sedia senario terburuk hadapi varian Omicron, kerajaan digesa tingkatkan kawalan

 

Seorang penyelidik Universiti Malaya menggesa kerajaan meningkatkan kawalan sempadan dan penjujukan genom, khasnya ke atas pelancong asing. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang penyelidik berkata, Malaysia dan dunia perlu bersedia menghadapi kemungkinan terburuk dalam berdepan varian baharu Omicron menggunakan kawalan sempadan dan sekatan perjalanan tidak popular sehingga mempunyai lebih banyak maklumat berhubung strain baharu itu.

Dr Lam Sai Kit, perunding penyelidikan di Universiti Malaya dan Felo Kanan Akademi Sains Malaysia, berkata kerajaan boleh menyesuaikan respons mereka apabila mempunyai lebih banyak maklumat dalam beberapa minggu akan datang.

“Pada masa sama, Malaysia dan dunia perlu bersedia menghadapi senario terburuk,” katanya, dengan langkah seperti larangan perjalanan, meningkatkan kawalan sempadan dan penjujukan genom, khasnya untuk pelancong asing dari negara terjejas.

“Untuk melaksanakan semula sebarang bentuk larangan perjalanan bukan langkah popular dan sudah tentu akan merosakkan lagi ekonomi dunia. Tetapi, apa lagi yang kita boleh lakukan untuk mengelakkan atau sekurang-kurangnya memperlahankan varian itu daripada menular ke luar Afrika Selatan?

Dr Lam Sai Kit.

“Kita perlu bertindak proaktif dalam melindungi sempadan kita dan satu-satunya cara ialah melaksanakan sekatan perjalanan, tidak kira betapa tidak popularnya langkah ini.”

Hari ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengklasifikasikan varian Omicron sebagai varian membimbangkan – kategori paling mengancam untuk varian Covid-19. Ia dikesan sebahagian besarnya di Afrika Selatan, tetapi turut ditemui di Hong Kong, Belgium dan Israel.

Lam berkata, “kita tidak tahu sejauh mana keterukan Omicron” dan sama ada ujian PCR serta Antigen Rapid Test (ARTs) masih berguna untuk mengesannya, atau jika vaksin yang digunakan sekarang masih berkesan terhadap Omicron.

Tetapi, langkah semasa seperti memakai pelitup muka, penjarakan fizikal, kebersihan tangan, mengelakkan ruang sesak dan meningkatkan pengudaraan di ruang dalaman masih berguna.-FMT

Tauke Jambu jawab isu kahwin lagi, jelaskan majlis berlaku dengan izin isteri

 

Beberapa hari lepas, tular di media sosial berkenaan beberapa video memperlihatkan pelawak terkenal, Tauke Jambu berpakaian nikah disamping seorang wanita yang turut berbusana sedondon.

Ramai yang membuat spekulasi bahawa Tauke dan wanita tersebut yang dikenali sebagai Shu telah bernikah memandangkan masing-masing bergambar di hadapan sebuah masjid.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang penjelasan daripada kedua-dua belah pihak dan ia seakan menjadi tanda tanya kepada netizen berhubung rumah tangga Tauke dengan isterinya, Nadia Mohd Effendi.

Majlis mendapat restu isteri

Namun begitu, menerusi temu bual bersama Mstar, Tauke dan wanita yang dikenali sebagai Shu telah tampil menjelaskan hal sebenar.

Menurut pelawak itu, memang benar dia yang berada di majlis pernikahan tersebut dan apa yang dilakukannya mendapat restu daripada isterinya, Nadia.

Atas desakan netizen, umum hal sebenar

Menurut Tauke lagi, dia tidak berniat merahsiakan perkara tersebut namun berasa tidak selesa memandangkan sudah beberapa kali berkahwin. Akan tetapi, atas desakan daripada netizen, dia ikutkan sahaja kehendak mereka yang ingin mengetahui hal tersebut.

Hubungan semua baik2 saja

Dalam pada itu, wanita yang dikenali sebagai Shu itu juga menyatakan yang dia sama sekali tidak mempunyai masalah dengan perkahwinan ini kerana hubungannya dengan isteri Tauke juga baik-baik sahaja.

Isteri reda dengan majlis, tapi tak jawab soalan tentang dimadukan

Ditanya perihal penerimaan isterinya apabila dimadukan, Tauke memaklumkan yang Nadia meredai majlis tersebut dan sangat beruntung mempunyai isteri yang baik sepertinya. Namun, dia sama sekali tidak menjawab sama ada isterinya reda ataupun tidak jika dimadukan.

Dia juga menjelaskan tiada sebarang masalah antara mereka dalam perkahwinan ini dan semuanya dalam keadaan damai.

Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan video-video Tauke Jambu yang didakwa telah bernikah lagi dengan seorang wanita bernama Shu.

Wanita itu juga sebelum ini pernah viral susulan kontroversi sehingga mendapat perhatian ramai terutamanya pengguna TikTok.

Sumber: Mstar (Ali Toupan Rajali)

Kredit:ohmymedia.cc

[VIDEO]: ‘Headbutt’ Ala Zidane Oleh Safiq Rahim Kepada Faisal Halim


Mendahului aksi dengan tiga gol tanpa balas dalam tempoh 15 minit, secara tiba-tiba perlawanan menjadi panas dan diikuti layangan kad merah kepada Safiq Rahim kerana membuat ‘headbutt’ terhadap Faisal Halim.

Perlawanan ini memang dari awal dijangka akan menjadi panas namun tiada siapa menjangka, Terengganu akan dibolosi tiga gol dalam tempoh yang singkat. Dua gol hasil jaringan penyerang, Bergson da Silva dan Gonzalo Cabrera memberikan Johor Darul Ta’zim (JDT) satu kelebihan besar mendahului 4-1 secara agregat

 Masih di awal permainan dan sedang mendahului selesa tiga gol di halaman sendiri, Stadium Sultan Ibrahim, seharusnya JDT lebih tenang dan tidak terpancing dengan permainan mental oleh pemain-pemain Terengganu. Dan sebagaimana diketahui, pemain sayap pelawat, Faisal Halim ‘pakar’ dalam serangan mental kepada lawan.

Beliau pernah beberapa kali terlibat dalam insiden ‘pancing’ mental pemain lawan antaranya pemain sayap Kedah, Syazwan Zainon. Insiden ini mengimbau semula insiden antara Zinedine Zidane dan Marco Materazzi.

Dalam aksi final Piala Dunia 2006, Zidane yang mewakili Perancis telah dilayangkan kad merah selepas membuat ‘headbutt’ ke dada Materazzi ketika kedua-dua pasukan terikat 1-1 dan perlawanan sedang dilanjutkan di masa tambahan. Apa yang menarik, mereka berdua merupakan penjaring gol buat pasukan.

Perancis akhirnya berjaya ditewaskan oleh Itali dalam penentuan sepakan penalti dengan keputusan 5-3.

Untuk ‘headbutt’ Safiq Rahim, provokasi mulut oleh Faisal Halim selepas beliau dikasari menyumbang kepada tindakan di luar kawalan bekas kapten skuad kebangsaan itu. Ia seharusnya boleh dikawal oleh Safiq Rahim.

Begitupun, JDT tetap berjaya bertahan sehingga ke penghujung perlawanan, menyaksikan mereka menang 3-0 ke atas Terengganu, 4-1 secara agregat, seterusnya mara ke pentas final Piala Malaysia 2021.

Saksikan video ‘headbutt’ oleh Safiq Rahim yang menyebabkan pengadil perlawanan, Muhammad Nazmi Nasaruddin akhirnya melayangkan ‘direct’ kad merah terhadapnya. Ini menyaksikan JDT terpaksa beraksi kurang seorang pemain untuk tempoh 75 minit, sesuatu yang tentunya sukar buat juara bertahan tersebut.

-semuanyabola.com

Jumaat, 26 November 2021

Kecoh poster ikan siakap di Dataran Lang, sotong di Komtar

Poster yang sengaja dicipta warganet

 PETALING JAYA: Selepas tular isu sotong kayangan RM100 untuk dua ekor di Georgetown, Pulau Pinang, warganet membuat kerja-kerja nakal dengan membuat poster melambangkan identiti dua negeri yang menawarkan lauk mahal.

Warganet membuat gambar poster Dataran Lang, Langkawi dengan imej ikan siakap RM1,196 manakala Kompleks Tuanku Abdul Rahman (Komtar) dengan lambang sotong Apollo.

Bagaimanapun, gambar tersebut memberi mesej sindiran yang benar-benar mencuit hati warganet.

Pemilik akaun Amigosviral berkata; “Itulah kata sangat kan kat negeri orang. Hotel yang sama, bilik yang sama, tetapi dua harga yang berbeza..”

Mas Aidaa pula berkata; “normal la kan nasi kandaq mahal hoho ,nasi+ikan goreng seketoi pon RM7-RM8 ,apa ada haii , kami hari-hari ja panah nasi kandaqqq haha..” -UTUSAN ONLINE