"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Viral. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Viral. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Februari 2022

Tragedi Rayan: Doakan agar Rayan dapat diselamatkan segera.

Doakan agar Rayan dapat diselamatkan segera.


Pasukan Penyelamat di Maghribi ketika ini sedang berusaha menyelamatkan seorang budak lelaki berumur 5 tahun bernama Rayan yang terperangkap selama 3 hari setelah terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter 


Kisah ini pada kala ini (5 Feb 2022) telah menjadi tajuk dan peristiwa besar di Maghribi (Morocco). Malah liputan mengenainya telah tersebar luas ke seluruh Afrika Utara dan Eropah. Ianya adalah mengenai seorang budak yang baru berusia lima tahun yang bernama Rayan. 

Pada 1 Feb 2022 yang lepas, Rayan mengikuti bapanya untuk membaik pulih sebuah perigi kering berdekatan rumahnya. Pada ketika bapanya sedang sibuk, Rayan berkemungkinan bermain-main di sekitar perigi tersebut. Setelah beberapa ketika bapanya mula sedar, anaknya Rayan hilang. 


Setelah puas mencari, baru tersedar yang anaknya telah terjatuh ke dalam perigi kering itu. Bapa Rayan kemudiannya meminta penduduk kampung datang membantu tetapi terdapat masalah. Jika kita lihat pada draf di bawah, kedalaman tempat Rayan terjatuh melebihi 30 meter. 

Dah pulak tu, lubang perigi hanya berukur lilit 25 sentimeter lebar sahaja. Tidak cukup dengan itu, semakin dalam, lubangnya semakin sempit. Segala input ini telah dicerap oleh pasukan bantuan dari pelbagai agensi yang datang kemudiannya untuk membantu mengeluarkan Rayan. 


Walau bagaimanapun, pihak penyelamat telah mengesahkan bahawa Rayan masih hidup di bawah sana. Corong oksigen, lampu, air minuman dan makanan serta kamera telah dihulurkan ke bawah. Mereka kini dapat mengawasi keadaan Rayan, tengok Rayan kat dalam lubang tu sorang-sorang, sebak saya. 


Pihak penyelamat telah mencuba pelbagai teori, salah satunya ialah untuk menghantar seseorang untuk membawa Rayan naik ke atas menggunakan tali. Tetapi disebabkan lubang perigi yang semakin mengecil ke bawah, ianya adalah sesuatu yang mustahil. 

Dan kini mereka menggunakan method seperti yang dapat kita lihat seperti di dalam gambar yang paling kanan sekali di bawah itu. Mereka menggali keseluruhan tanah untuk sampai ke tempat di mana Rayan berada. Bermakna, mereka menggali bertan-tan tanah sedalam 30 meter lebih daripada sisi. 


Satu yang merisaukan mereka, semakin dekat dengan Rayan, semakin tinggi risiko tanah runtuh. Kalau mengikut keadaan mereka semasa artikel ini ditulis, hanya beberapa meter sahaja lagi penggalian dari sisi akan sampai ke tempat di mana Rayan berada. 

Diharap, Rayan akan dapat diselamatkan. Helikopter telah tersedia menanti di lokasi ini untuk membawa Rayan ke hospital jika segalanya berjalan lancar. Sama-samalah kita berdoa untuk keselamatan kanak-kanak kecil ini. 


Air dan oksigen berjaya disalurkan menerusi paip.

Penggalian perigi masih diteruskan pasukan penyelamat.

Kita doakan moga pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan Rayan.

#SaveRayan sedang viral di Maghribi ketika ini

Sumber: Mohd Aznam Abdul Rahman 

                Zulhafidz Yahaya


MalDef

Isnin, 31 Januari 2022

Murah rezeki Haziq, Sultan Kedah hadiahkan ‘wartawan cilik’ telefon bimbit, tablet

 


BERMULA dengan aksi bersahaja melaporkan secara langsung penemuan ular sawa di sebuah pasar awam di Bukit Selambau, Kedah menerusi Facebook, adik Muhammad Haziq Mohd Asyraf bukan saja popular sekelip mata, malah murah rezeki.

Kanak-kanak berusia 12 tahun itu kemudian diberikan peluang membuat laporan secara langsung bersama Astro Awani serta membuat pengumuman berkaitan suntikan ‘booster’ vaksinasi Covid-19 di sekitar Bukit Selambau menaiki van Jabatan Penerangan (JAPEN).

Kepetahan adik Muhammad Haziq turut mendapat perhatian Pejabat Sultan Kedah apabila dikunjungi kakitangan istana yang menyampaikan hadiah kepadanya.

Menerusi satu video dimuatnaik di Facebook, Muhammad Haziq berkata dia menerima telefon bimbit dan tablet jenama Oppo disampaikan kakitangan istana.

“Tadi kakitangan Sultan Kedah bagi hadiah, kami dapat telefon dan tablet Oppo… ada juga orang bagi duit, kotak pensil dan macam-macam lagi.

“Alhamdulillah rezeki, kami pun tak tau macam mana boleh viral (video siaran langsung penemuan ular sawa). Amat-amat dahsyat,” katanya menerusi video berkenaan.

Sebelum ini ibunya, Shakilla Zainol, 33, berkata dia menerima panggilan telefon daripada pihak istana memaklumkan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan untuk menghadiahkan anaknya telefon bimbit.

Selain itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang terlibat dalam operasi menangkap ular sawa di Bukit Selambau, memaklumkan mahu memberikan sijil penghargaan buat Muhammad Haziq dalam satu program di Langkawi.

Di sebalik kepetahannya bercakap, murid Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau itu dilaporkan menghidap talasemia.

Dia disahkan menghidap penyakit itu pada usia lima tahun dan masih mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) secara berkala. – Malaysiapost

Jumaat, 28 Januari 2022

Nabila Razali buat kejutan untuk ‘wartawan cilik’

TANGKAP layar video yang dimuat naik Nabila ketika menghubungi Muhammad Haziq.

PETALING JAYA – Siapa sangka, si cilik yang viral dengan video ular sawa baru-baru ini iaitu Muhammad Haziq Mohd Asyraf merupakan peminat penyanyi terkenal, Nabila Razali.

Ingin memberikan kejutan istimewa, Nabila, 30. mengambil peluang membuat panggilan video dengan Haziq yang turut diberikan jolokan sebagai wartawan cilik itu.

Pada tahun 2020, Haziq ada buat sedikit kerja seni dan dengarnya dia peminat saya. Jadi, hari ini saya buat kejutan dengan menghubunginya menerusi panggilan video.

“Saya doakan semua impian Haziq tercapai dan menjadi cef terkemuka seluruh dunia. Jadi anak yang soleh dan belajar rajin-rajin,” katanya kepada kanak-kanak yang berasal dari Bukit Selambu, Kedah itu.

Penyanyi lagu Putus itu turut mengakui terhibur dengan kepetahan dan keletah Haziq dalam beberapa buah video sebelum ini.

Lebih manis, dalam panggilan video tersebut, Nabila turut berduet dengan Haziq menyanyikan lagu Peluang Kedua.

Malah, dia tidak akan menolak sekiranya diberikan kesempatan untuk bertemu kanak-kanak berusia 12 tahun itu yang juga pesakit talasemia itu.

“Dia sangat petah bercakap dan sangat terhibur keletahnya terutama video ular sawa. Memang tak pernah sangka kehebatan hadir daripada seorang kanak-kanak.

“Jika ada rezeki, saya memang nak jumpa Haziq dan juga lupa tempah kek dengannya,” katanya lagi.

 Baru-baru ini, Haziq mendapat perhatian ramai apabila dia dikatakan mempunyai bakat besar dalam bidang pengacaraan selepas muncul menerusi beberapa buah video, terutama laporan penemuan ular sawa. – K! ONLINE

Khamis, 27 Januari 2022

Isu G%Y: DS Vida mohon maaf secara terbuka

 VIDA

VIDA

Kuala Lumpur: Usahawan sensasi dan kontroversi, Datuk Seri Vida membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi terkenal, Anuar Zain dan keluarga termasuk seluruh rakyat Malaysia kerana mendakwa penyanyi itu 'gay'.

Vida menerusi perkongsian video berdurasi satu minit 49 saat dimuat naik di Instagram itu berkata, dia memohon maaf di atas kekhilafan dan kekeliruan berlaku disebabkan tutur katanya yang mengguris hati banyak pihak.

"Saya mohon maaf atas kekhilafan, atas kekeliruan, atas mungkin perkataan saya yang mengguris hati banyak pihak, peminat, keluarga Zain, Anuar Zain, saya mohon maaf banyak- banyak.

"Saya tidak bermaksud, saya tidak berniat. Mungkin terlepas cakap atau gurauan tanpa sengaja. Saya tak boleh 'recall' balik apa yang saya cakapkan itu kerana benda sudah lama. Jadi, baru sekarang ini muncul. Jadi, apapun saya minta maaf kerana saya tidak berniat langsung dan saya sangat-sangat meminati Anuar Zain," katanya yang turut mengakui dia adalah peminat setia Anuar Zain.

Dalam masa sama, Vida juga berharap dia dapat berjumpa 'in person' bersama Anuar bagi berkongsi hasrat besarnya termasuk projek besar juga untuk penyanyi terbabit.

Semalam, Harian Metro melaporkan Vida dikecam teruk netizen berikutan dakwaannya mengatakan Anuar 'gay' menerusi video yang dimuat naik di TikTok.

Video berdurasi kurang 15 saat itu memaparkan Vida menjawab pertanyaan seseorang yang meminta dia untuk memikat Anuar untuk dijadikan suami. 

Menerusi video yang dimuat naik seorang pengguna laman sosial lain, ruangan komen dibanjiri dengan kritikan dan kecaman atas tindakan Vida itu, termasuk penyanyi Ziana Zain juga kakak Anuar menyifatkan kelakuan dan tindakan Vida sangat biadap.

Sehubungan itu, ramai dalam kalangan netizen memohon Anuar mengambil tindakan undang-undang terhadap Vida yang dianggap sangat keterlaluan.

-myMetro

Wartawan Cilik: "Saya Muhammad Haziq melaporkan dari Bukit Selambau..."

 "Saya Muhammad Haziq melaporkan dari Bukit Selambau..."

Muhammad Haziq Mohd Asyraf membantu ayahnya menjual sayur-sayuran di Pasar Pagi Bukit Selambau. - Gambar Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Pada usia 12 tahun, kemahirannya mengadakan liputan secara langsung melalui akaun media sosialnya berhubung penemuan seekor ular sawa di dalam longkang di Pasar Bukit Selambau di sini, menjadi perhatian warga maya.
Gaya penceritaan Muhammad Haziq Mohd Asyraf yang sarat dengan elemen dramatik serta laras bahasa mudah difahami menarik perhatian segenap lapisan media tempatan dalam klip video berdurasi dua minit 47 saat itu.
Muhammad Haziq sangat yakin, bersungguh-sungguh dan penuh dengan informasi mencuri perhatian netizen, malah ramai yang meninggalkan komen berkata dia mempunyai bakat semula jadi untuk menjadi wartawan.
Dalam loghat utara, Muhammad Haziq menceritakan betapa dia dan penduduk sekitar sangat terkejut dengan penemuan ular sawa yang digambarkannya sebagai 'amat besar' dan amat dasyhat.
Bahkan, gambaran Muhammad Haziq mengenai kulit ular sawa yang 'merelit' itu membuatkan penceritaannya mudah menangkap perhatian penonton.
Kerana itu, dalam sekelip mata nama Muhammad Haziq menjadi popular dan dia diburu wartawan selain orang ramai mula mahu mengetahui kisah si cilik yang berbakat besar.
Sehubungan itu, Astro AWANI berkunjung ke Pasar Pagi Bukit Selambau di sini, untuk mendekati Muhammad Haziq.
Kisah wartawan cilik dan impian menjadi chef
Seperti mana dalam video yang tular itu, demikian juga keperibadian Muhammad Haziq yang petah bercakap.
Dalam kesibukan dia membantu ayahnya, Mohd Asyraf Ahmad, 37, berniaga di pasar berkenaan, Muhammad Haziq mendedahkan, dunia kewartawanan antara cabang kerjaya yang diminatinya selain menjadi chef tersohor yang merupakan cita-cita sebenarnya.
Namun begitu, lantaran terpengaruh dengan gaya penyampaian wartawan media elektronik, Muhammad Haziq terdorong melakukan laporan penemuan ular sawa yang menjadi bahan percakapan ramai itu.
Jauh lebih utama, laporan langsung penemuan ular sawa itu juga, jelas Muhammad Haziq, sebetulnya membuka ruang untuk dia memperkenalkan kampung halamannya, Bukit Selambau kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Saya memang minat mikrofon, minat cakap, (ada juga nak) jadi wartawan apa semua, (niat saya waktu kejadian) nak beritahu dekat semua orang (berkenaan penemuan) ular sawa, lepastu nak bagi Bukit Selambau terkenal sebab (nak) orang (ramai) datang (sini dan) viralkan apa semua.
"(Sebenarnya) ini pertama kali saya buat live video, tak sangka viral sebelum ini (saya) tak buat itu pertama kali (sebab sebelum ini hanya rekod untuk diri sendiri sahaja)," kata Muhammad Haziq berkongsi cerita.
Dia turut memberitahu bahawa kehidupannya mula berubah selepas video tular apabila ramai orang yang menyedari kehadirannya mahu merakamkan foto kenangan terutama dalam kalangan guru sekolah dan pengunjung Pasar Pagi Bukit Selambau.
"Semua orang kalau jumpa saya hendak tangkap gambar, kalau pergi sekolah cikgu tanya apa semua, tanya pasal (laporan) ular sawa apa semua, saya pun bercerita (kepada mereka)," katanya berkongsi pengalaman baharu yang dilaluinya.
Dalam wawancara itu, Muhammad Haziq juga sering menyebut cinta pertamanya adalah pada masakan terutamanya membuat kek serta pastri.
(YouTube ini adalah inisiatif Astro AWANI untuk mendapatkan interaksi tinggi dalam kalangan pengikut YouTube Astro AWANI. Adik Muhammad Haziq yang mula viral sejak semalam selepas membuat laporan berhubung dakwaan ular sawa di dalam longkang di sebuah pasar di Bukit Selambau.)
Menurutnya, bakat membuat kek dan kuih tradisional disedari sejak dia berumur 2 tahun dan minatnya itu sentiasa disokong keluarganya yang membeli perkakasan serta alatan bagi proses membuat kek dan pastri.
“Kadang kadang saya buat kek dan buat karipap ... saya ada macam-macam mesin (perkakas) di rumah, breadmaker, oven, mesin waffle… saya buat waffle untuk jual kepada penduduk setempat, buat donut, kek (saya) jual semua itu,” ujar kanak-kanak yang mewarisi bakat berniaga daripada ayahnya itu.
Pendedahan dalam dunia masakan, kata Muhammad Haziq, disedarinya berlaku semasa dia ditempatkan di rumah pengasuh.
"Dulu ada seorang pengasuh, dia buat karipap untuk jual kat pekan (Bukit Selambau), sewaktu dia menghayun saya atas buaian, dia fikirkan saya tidur tapi (saya) tak tidur, saya tengok dia menguli tepung untuk buat karipap, sejak dari tu saya minat (dengan apa sahaja berkaitan) tepung sampai sekarang," kata Muhammad Haziq mengenang memori yang masih terpahat di fikirannya.
Sementara itu, bapa kepada Muhammad Haziq, Mohd Asyraf Ahmad berkata, dia secara peribadi terkejut susulan video tular melibatkan anaknya itu.
Dia turut berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anaknya di masa hadapan.
"(Sebagai ayah) rasa bangga pasal dia uar-uarkan kejadian yang berlaku di kampung sendiri, lebih kurang boleh perkenalkan Bukit Selambau kepada rakyat Malaysia.
-Astro Awani

Rabu, 26 Januari 2022

“Kalau Tak Mohon Maaf Saya Akan Tuntvt” Nabila Huda Diminta Bayar Ganti Rugi! Ini Jumlah Yang Diminta

 

Aktivitis tempatan, Fatimah Zaharah Rahim yang mendakwa difitn4h pelakon dan pengacara televisyen Nabila Huda Suhaimi di laman media sosial Instagram dan Twitter tahun lepas, mula mengambil tindak4n undang-undang dengan menuntut permohonan maaf dan ganti rvgi fitnah sebanyak RM900 ribu dari artis tersebut.

Surat tuntvtan telah dihantar melalui serahan tangan oleh firma guam4n NHA Advocates & Solicitors yang mewakili aktivis tersebut kepada Nabila Huda pada hari Khamis, 20 Januari. Tuntut4n tersebut dibuat setelah aktivis itu mendapat nasihat daripada barisan peguamnya.

Aktivis tempatan itu mend4kwa Nabila Huda telah menyebarkan berita pal.su dan kenyataan-kenyataan berunsur fitn4h pada 25 Disember tahun lepas dengan memuat naik, menulis dan menerbitkan melalui aplikasi Instagram dengan nama pengguna kupu-kupu.

Aktivis Fatimah Zaharah mendkwa yang Nabila Huda telah mendedhkan beliau kepada kebenci4n orang ramai apabila melihat dan membaca apa yang telah ditulis dan diterbitkan oleh pelakon tersebut.

Foto: Instagram @kupu_kupu

Nabila Huda didakw4 telah menyiarkan kenyataan-kenyataan berbaur fitnh yang membawa maksud yang aktivis tersebut adalah seorang yang bangst, bod0h, pencvri, mengambil dan memberi barang sumbangan orang lain namun mengakui barangan tersebut adalah daripadanya, mengambil kesempatan ke atas orang lain dan lain-lain kenyataan.

Pada tarikh yang sama, Nabila Huda juga didkwa telah memuat naik gambar aktivis dan menerbitkan satu penyiaran yang mana kenyataan-kenyataan tersebut membawa maksud yang aktivis tersebut telah memberi barang sumbangan yang bukan miliknya namun menyatakan bahawa barang sumbangan tersebut adalah daripada beliau dan mengambil kesempatan ke atas orang lain.

Kenyataan-kenyataan yang didkwa fitnh dan berita palsu tersebut telah dikongsi dan ditonton di pelbagai platform media sosial yang lain termasuk di platform Youtube, laman-laman portal berita dan juga saluran media.

“Anak guam, Fatimah Zaharah tidak pernah melakukan seperti apa yang didkwa Nabila Huda dan beliau telah menerima kecamn, ugutn dan komen-komen yang tidak benar daripada masyarakat berikutan kata-kata yang dikongsikan oleh pelakon tersebut,” tambah Nurul Hafidzah lagi.

 Sekiranya tiada permohonan maaf, pembayaran gantirugi RM900 ribu atau gantirugi yang setimpal dengan kesan daripada tindakan dakwa4n fitnh tersebut dalam masa tujuh hari selepas penerimaan surat tuntutan, aktivis tempatan itu akan terus memfailkan tuntutan di mahkamah.

Aktivis itu juga mendkwa yang perkara tersebut telah menyebabkan beliau mengalami ma.lu, tekanan em0si dan kesedih4n apabila masyarakat mempercayai dakw4an berita pal.su dan fitn4h yang telah dimuat naik dan diulang siar oleh pengguna-pengguna media sosial yang lain setelah melihat “postings” tersebut.

Beliau seterusnya mendkwa yang fitnh dan berita palsu it juga telah turut memberi kesan buruk kepada ahli keluarga beliau.

Peguam Nurul Hafidzah Hassan dibantu oleh peguam bersama Zeti Zulkifli dan Datuk Wan Azmir Wan Majid.

-tehtarikkaw.com

Rabu, 19 Januari 2022

Kubur Upin Ipin dijumpai di Indonesia? 'Atok' beri penjelasan

Kubur Upin Ipin dijumpai di Indonesia? 'Atok' beri penjelasan
Dua kubur yang berada bersebelahan tertera tulisan di batu nisan bahawa Ipin meninggal dunia pada 2 April 1996, Sementara, Upin meninggal dunia pada 6 Ogos 1995. - Foto TikTok/@abi_alonk
KUALA LUMPUR: Les' Copaque Production Sdn Bhd pada Isnin menafikan khabar angin bahawa watak kartun terkenal Malaysia, Upin dan Ipin dilaporkan 'meninggal dunia'.
Ia susulan selepas tular sebuah rakaman video di laman TikTok memaparkan dua kubur yang tertulis nama 'Upin dan Ipin' didakwa temukan di Sulawesi Tengah, Indonesia.
Penerbit dan Pengarah Urusannya, Burhanuddin Md Radzi dalam kemas kini di laman Facebook berkata, beliau juga terkejut dengan 'berita sedih' mengenai pemergian dua kanak-kanak itu.
"Upin Ipin meninggal dunia? Pagi tadi atok tergamam membaca berita dari Jakarta bahawa Upin Ipin meninggal dunia akibat kemalangan ketika mereka sedang bercuti di Sulawesi.
Bagaimana mereka boleh pergi bercuti sedangkan sesi persekolahan di Malaysia tidak bercuti?," katanya dalam catatan tersebut.

Burhanuddin yang merupakan pengisi suara watak Atok dalam siri animasi itu menambah, Upin Ipin sebenarnya dalam keadaan sihat dan akan muncul bersama rakan-rakan dalam musim baharu.

"Sebenarnya pagi tadi saya yang menghantar mereka ke tadika. Kepada semua (peminat) Upin dan Ipin, jangan risau mereka sentiasa sihat dan akan muncul bersama rakan-rakan di musim baharu.
"Ia akan menjadi lebih menarik dan standard animasi telah banyak bertambah baik. Terima kasih atas keprihatinan anda," ujarnya.
Terdahulu, dua kubur yang berada bersebelahan tertera tulisan di batu nisan bahawa Ipin meninggal dunia pada 2 April 1996.
Sementara, Upin pula meninggal dunia pada 6 Ogos 1995.
Bagaimanapun, pemilik TikTok abi_Alonk yang memuat naik video tersebut mendakwa rakaman itu diberikan oleh rakannya dari Malaysia.
"Katanya ini berdasarkan kisah daripada nenek di sana yang diungkap (dicerita) ke dalam animasi," tulisnya pada bahagian kapsyen.
Setakat ini, video tersebut telah menerima lebih 37 juta tontonan.
-AstroAwani

Lelaki rebah ketika bersarapan di restoran, baru sahaja dapatkan suntikan dos penggalak


SHAH ALAM: Tular dalam media sosial satu kejadian melibatkan seorang lelaki dipercayai meninggal dunia selepas rebah dan tidak sedarkan diri ketika sedang bersarapan dekat sebuah restoran di Bukit Sentosa, Rawang pagi tadi.

Menerusi gambar yang turut tersebar dalam aplikasi mesej Whatsapp itu, lelaki berkenaan didakwa baru sahaja mendapatkan suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 sebelum rebah dipercayai akibat sakit jantung.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik itu juga, ambulans dan polis tidak lama kemudian tiba di tempat kejadian.

Bagaimanapun, Utusan Malaysia masih menunggu makluman daripada Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor untuk pengesahan.

– Utusan Malaysia –

Isnin, 17 Januari 2022

RFID:Siapa yang untung penggunaan tag RFID di lebuhraya

 KITA BUKAN MENOLAK PERUBAHAN 


Abang dah 3x beli RFID ni.. kali pertama beli tampal di lampu (option yang ada kene tampal di lampu atau cermin depan) dan dah cuba lalu di RFID lane, adakalanya ok dan adakalanya sangkut.. bila nak ubah kedudukan stiker RFID ni dah tak boleh.. tanggal je terus terkoyak.. macam roadtax 

Beli lagi kali kedua.. kali ni pasang dekat cermin pulak.. pun sama.. ada detact ada tak detact bila lalu lane RFID.. menyebabkan abang kene undur banyak kali dan tak pasal menyebabkan jemm..

Satu hari tu abang pegi basuh kereta dan mungkin stiker RFID tu terkopek sikit masa duk basuh kereta tu.. akibat dari tu dah tak berapa nak detact dah.. so beli lagi la yang baru.. 

Manja betul stiker ni

Beli kali ketiga ni tak pasang lagi.. tak tau dah nak pasang kat mana..

Jika di bandingkan dengan SMART TAG.. rasanya lebih ekonomi (beli sejak 10 tahun lepas) dan jarang la tak lepas lane dan detact bila kelajuan dalam 20-30km sejam melalui tol tanpa perlu berhenti.. 

Kan elok elok dah sebelum ni.. teknologi smart tag (lebih 15 tahun dah di gunakan) proven dan dah matang dah teknologi ni. 

Tiba tiba di ganti dengan RFID yg baru lagi teknologinya (belum matang) dan terus terminate banda yang dah matang (smart tag)

In term of business, YESS.. RFID ni bagus sebab menguntungkan pembuat RFID ni.

Sebab penguna kene beli banyak (satu kereta satu RFID) dan stiker mudah rosak (repeat sell akan berlaku untuk pengatian) SO boleh buat duit.

Tapi adakah ia bagus untuk rakyat? 

Abang bukan menolak perubahan teknologi..

Tapi sebelum kita berubah secara total patutnya perlu pastikan teknologi baharu itu matang dan di tukar secara berperingkat..

Dari segi penjimatan.. RFID hanya boleh guna satu kereta je.. dan SMART TAG boleh di guna banyak kereta.. (ambik je smart tag dan gunalah di kereta mana pun) ia lebih mudah dan ekonomi pada rakyat..

Sepatutnya teknologi apa pun yang di perkenalkan mestilah memberi keuntungan pada rakyat dan lebih baik dari teknologi sebelumnya.. itu baru betul

Soalnya..

Siapa yang untung bila pertukaran RFID ini? Rakyat ke atau seseorang?

Apa keperluan mengantikan smart tag ke RFID..?

Kenapa perlu tergesa gesa menukar RFID?

Tak salah nak tukar RFID yg lebih bagus tapi kalau masih relevan SMART TAG kenapa perlu mansuhkan.. kan bagus kalau ada pilihan..

Abang tanya ja..

Credit - Mohd Azrie Mat Nor

Via FB : Taman Sri Gombak

Terkejut Dicaj Shg RM9,348.30, Wanita Persoal Kenapa Tak Sama Harga dgn Iklan

 


“Dalam iklan tulis lain, bila dah makan tengok bil caj lain”


Tular satu video di sosial media seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila dia dikenakan caj yang tak masuk akal ketika makan di sebuah restoran.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali


Menurut wanita tersebut, dia pergi makan ke restoran itu kerana berdasarkan harga hidangan bagi seekor lobster adalah RM 299 bukan per gram dalam satu iklan.

Namun selepas selesai makan,beliau terkejut apabila dikenakan caj sebanyak RM 9,348.30.

Namun, ada netizen yang menyatakan itu adalah kesalahan sendiri.


Setelah diteliti bil tersebut, ternyata harga bagi lobster dan king crab adalah berdasarkan gram bukan seekor RM 299 seperti yang diiklankan.

Lebih parah lagi, restoran tersebut juga mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 10% iaitu RM 800.

Kredit Tiktok : lizzy_keen

Jumaat, 31 Disember 2021

Syak wujud aktiviti pembalakan di Lata Jarum,Raub

 

TANGKAP layar laluan sebesar lebih raya yang dibuka di Hutan Simpan Hulu Dong, Lata Jarum, Raub, Pahang. — Facebook

TULAR di media sosial berhubung rakaman seorang wanita yang mempersoalkan terdapat beberapa jentera berat di kawasan Hutan Lipur Lata Jarum, Raub, Pahang baru-baru ini.

Malahan, berdasarkan video berdurasi 2 minit 20 saat itu turut menunjukkan terhadap laluan sebesar lebuh raya yang dibuka ke dalam kawasan Hutam Simpan Hulu Dong.

Hutan Simpan Hulu Dong merupakan tempat pemuliharaan Rafflesia atau bunga pakma di Pahang kerana taburannya yang tinggi dan menjadi tumpuan para penyelidik.

"Sepanjang saya di sini, saya tidak pernah melihat air Sungai Dong sekeruh seperti warna teh tarik.

"Walau hujan lebat macam mana sekali pun, airnya akan bertukar menjadi hitam dan kemudian kembali jernih.

"Minta Jabatan Perhutanan Pahang memberi penjelasan berhubung perkara ini," katanya.

RAKAMAN berhubung aktiviti pembalakan yang disyaki berlaku di Lata Jarum, Raub, Pahang. — Facebook

Isu pembalakan di Pahang terus menjadi perbualan hangat rakyat Malaysia apabila tular foto dan rakaman dron himpunan balak yang dihanyutkan susulan banjir di kawasan Karak.

Malahan, tular juga foto keadaan semasa Tasik Chini yang dijadikan kawasan pembalakan sehingga menjejaskan 'keindahan' alam semula jadi di situ. — Majoriti

“Dah sembuh, tak perlulah nampak nazak sangat” -Bonda Rozita selar tindakan Aliff Syukri

 PETALING JAYA: Ibu kepada usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri, Bonda Rozita Ibrahim tampil menyelar semula tindakan anak kesayangannya itu yang disifatkan sebagai ‘raja tular’.

Menurut Rozita, tahap kesihatan Aliff yang kini semakin baik namun seolah menunjukkan keadaan dirinya kini semakin teruk akibat jangkitan virus Covid-19, seperti yang dimaklumkan menerusi entri Instagram miliknya, sebelum ini.

“Kau memang raja viral kan! Memang Kri (nama panggilan Aliff) Covid-19 tahap tiga, tetapi sudah sembuh! Rasa sini mak hempuk kau Kri, masa berkongsi tangan itu memang disleksia tidak faham bahasa. Mak geram dengan kau Kri!

“Mak sound Ida (Datin Seri Shahida), Kri mak membuat panggilan, hantar pesanan tidak jawab. Semalam mak dah tegur ish itu, faham-fahamlah. Ini mak tegur secara terus, biar kau rasa.

“Nak sangat kan! Tular… mari mak kecam kau pula. Perkongsian minta maaf kepada netizen. Habis dekat mak tak nak minta maaf?” dedahnya di Instagram.

Mengulas lanjut, ibunya juga menasihati anak lelakinya itu agar berfikir dahulu sebelum sebelum memuat naik di media sosial.

“Kau jangan poyo sangat Syukri. Kau tidak ada kerja di sana, tangan gatal menaip bagai nak rak! Hadis dan doa mana Kri copy (salin).

“Selepas itu yang menjadi mangsa netizen mak, Ida serta keluarga yang tinggal ini! Kau jangan mencari fasal. Mak serang Kri di sana! Kau jangan ya.

“Sejak balik memang Kri sakit dan sekarang sudah sihat kan. Duduk di sana seorang jangan buat orang risau. Sudah sembuh pun tidak perlulah nampak sangat nazak,” ujarnya.

Menjengah di ruangan komen, Aliff tampil memberi reaksi berhubung coretan panjang ibunya itu.

“Sampai hati mak cakap macam itu. Mak tidak kesian dengan kita ke? Hati saya terluka awak,” tulisnya di komen.

Sebelum ini, Aliff memaklumkan dirinya disahkan positif Covid-19 tahap tiga dan sedang menerima rawatan lanjut kerana virus berkenaan sudah memberi kesan kepada sistem pernafasannya.

-Utusan Online

Ahad, 26 Disember 2021

Video bersihkan sekolah undang perhatian, nama 'Rina' sohor kini di Twitter


Nama "Rina" termasuk dalam 10 topik sohor kini untuk Malaysia di Twitter hari ini.

Antara topik perbincangan yang mencetuskan perkara itu adalah kegiatan turun padang Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun di kawasan yang terjejas dengan banjir.

Ia perkara yang menarik perhatian ramai pengguna media sosial itu adalah video memaparkan Rina menggunakan penyembur air atau water jet sambil jurugambar merakam aksinya.

Seorang pengguna Twitter yang memuat naik video itu mempersoalkan mengapa dia membersihkan lantai yang tidak dicemari dengan lumpur banjir.

 Entah kenapa dia pergi cuci PPS (pusat penempatan sementara). Sepatutnya pergi cuci rumah mangsa banjir. Tengoklah, secalit lumpu pun tiada di situ," kata @dylawok.

Ketika berita ini ditulis, video itu telah diciap semula lebih 15,000 kali.

Dalam satu hantaran di Facebook, Rina menjelaskan dia berkunjung ke SK Salak di Salak Tinggi, Selangor untuk menyertai operasi pasca bencana.

Menurut Rina, ia bagi membersihkan serta menyusun semula sekolah itu yang sebelumnya dijadikan sebagai PPS, bagi memastikan sekolah itu dapat beroperasi seperti biasa apabila sesi persekolahan dibuka nanti.

"Alhamdulillah, semua keluarga sudah kembali ke kediaman masing-masing selepas banjir surut.

"Saya berbangga dengan semangat para sukarelawan dan tenaga kerja seluruh agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM yang mengerah keringat bagi memastikan sekolah ini dapat beroperasi seperti biasa apabila sesi pembelajaran bermula nanti," katanya.

Rina sebelum ini turut mengundang kritikan kerana memakai kasut tumit tinggi ketika menemui mangsa banjir di Kuala Lumpur.

Menjelaskan perkara itu, dia berkata sebelum ke PPS di situ, dia menghadiri perhimpunan agung Bersatu Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec), dan bergegas keluar setelah presiden Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan.

Dia juga berkata perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu.

"Saya hanya berkesempatan menyalin baju saya saja, saya tukar baju saya.

"Saya sudah tak teringat pada kasut saya, kerana apa yang lagi penting pada saya ialah keberadaan saya di pusat tersebut untuk membantu dan menjaga kebajikan mangsa-mangsa banjir tersebut," katanya seperti dipetik Utusan -mKini