"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label PN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PN. Papar semua catatan

Khamis, 18 November 2021

Mampukah PAS Robohkan Kubu Kuat UMNO Di Melaka?

 

Suasana Pantai Siring di Serkam, Melaka kelihatan tenang dan nyaman.

Beberapa penduduk dan pelancong membawa keluarga mereka untuk bermandi-manda.

Tidak kurang juga mereka yang menikmati minum petang sambil menikmati pemandangan laut di gerai-gerai berhampiran pantai.

Para nelayan di sekitar pantai Serkam menghadapi beberapa masalah yang perlu diselesaikan.

Di Jeti Serkam, mereka meminta muara yang cetek didalamkan sedikit.

Selain itu, bumbung di tempat pendaratan ikan juga rosak akibat gangguan monyet liar.

Seorang nelayan juga mengadu mengenai kehadiran kapal-kapal tongkang yang menceroboh kawasan tangkapan mereka.

Semua itu perlu diberi perhatian oleh calon yang berjaya menggalas tanggungjawab sebagai ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Serkam selepas 20 November ini.

Serkam merupakan kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) sejak dahulu lagi.

Ia disandang oleh Zaidi Attan yang akan mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Zaidi yang merupakan calon BN menyandang kerusi itu sejak 2013.

Namun kerusi itu mungkin bertukar tangan kali ini.

Seorang nelayan yang hanya ingin dikenali sebagai Rahim Abdullah berkata, wakil rakyat hendaklah berjumpa dan mendengar sendiri masalah rakyat.

“Ini tidak, dia (Zaidi) datang makan sahaja, tanya apa masalah pun tidak,” katanya ketika ditemui MalaysiaNow.

Katanya, ramai yang merungut dengan khidmat Adun BN itu jarang turun padang atau hanya mengarahkan pegawai menjadi wakil.

DUN Serkam menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Zaidi, Muhammad Khomeini Kamal (Pakatan Harapan), Ahmad Bilal Rahudin (Perikatan Nasional) dan Norazlanshah Hazali (Bebas).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, Zaidi berjaya mendapatkan 6,401 undi, menewaskan Nor Khairi dari PKR dan Ahmad Bilal yang ketika itu calon PAS.

Bilal, seorang anak tempatan dan juga ketua Pemuda PN Melaka, akan bertanding kali kedua.

Beliau mengakui, tidak popular berbanding Zaidi namun populariti bukan menjadi satu-satunya pertaruhan anak muda itu.

Katanya, sekiranya terpilih, masalah banjir kilat dan muara cetek akan menjadi keutamaan beliau untuk diperjuangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

“Selepas PRU-14, saya masih turun ke lapangan bersama rakyat, lebih-lebih lagi dalam musim pandemik. Kita ada banyak memberikan sumbangan dan bantuan.

“Dari segi kebajikan memang saya dah lama bergelumang dengan rakyat,” katanya kepada MalaysiaNow.

Bilal menjangkakan undi Melayu akan terhayun kepada PN.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah memaklumkan parti itu mengakui sukar untuk memenangi kelapan-lapan kerusi yang ditandinginya dalam PRN kali ini.

Katanya, PAS hanya berkemungkinan menang kurang daripada enam kerusi DUN.

Mengulas kenyataan Amar berhubung peluang PAS menawan kerusi Serkam, Bilal berkata dia tidak meletakkan satu sasaran yang tinggi sebaliknya akan berusaha sebaik mungkin.

“Setakat ini kami masih bekerja. Peluang itu ada di DUN serkam,” katanya ringkas.

Bagi nelayan seperti Rahim, angin perubahan itu sememangnya ditunggu beliau dan rakan-rakan.

Setidaknya, perubahan tampuk pimpinan di DUN Serkam boleh memberi harapan kepada golongan nelayan untuk melihat masalah mereka diselesaikan.

-Anak Sungai Derhaka

Jumaat, 12 November 2021

PRN Melaka: Muhyiddin beri sebab beliau tidak boleh bersama PH dan BN

PRN Melaka: Muhyiddin beri sebab beliau tidak boleh bersama PH dan BN

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, hati beliau tidak tenang kerana pelbagai desakan dan tuntutan daripada parti komponen PH. - Gambar fail/ Bernama

 MELAKA TENGAH: Cara tadbir urus Pakatan Harapan (PH) sewaktu menerajui kerajaan Persekutuan selama 22 bulan tidak selari dengan perjuangan orang Melayu, Islam serta rakyat Malaysia secara keseluruhan, dakwa bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, hati beliau tidak tenang kerana pelbagai desakan dan tuntutan daripada parti komponen PH.

Selain itu, katanya kekalahan dalam pilihan raya kecil (PRK) sewaktu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih dalam PH juga menyebabkannya tidak boleh bertahan dalam gabungan itu.

“Waktu saya dalam PH, saya dapati agak sukar, kerana jiwa saya tak boleh rasa tenang. Kerana desakan, tuntutan dan cara pentadbiran bersama rakan-rakan dalam PH, saya kira tidak selari dengan perjuangan saya, perjuangan orang Melayu, Islam, apatah lagi perjuangan rakyat.

“Saya bagi tahu Tun (Tun Dr Mahathir Mohamad), kalau duduk lama, dalam PRU nanti kita (Bersatu) akan hilang dari peta sejarah politik tanah air. Bersatu... PRK demi PRK kita kalah, Bersatu kalah.
“Antara sebab kekalahan, orang Melayu lihat Bersatu dengan kumpulan (PH) ini, tentu pada Melayu dan bukan Melayu, tak selari,” katanya sewaktu menyampaikan ceramah di Pentas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Perikatan Nasional (PN) yang disiarkan secara maya malam ini.
Muhyiddin berkata demikian sewaktu mengimbas kembali peristiwa Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada Februari 2020, sekali gus menyaksikan PH hanya memerintah negara selama 22 bulan.
Susulan peletakan jawatan Dr Mahathir, Muhyiddin berkata, beliau kemudian berjaya mendapat sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi, termasuk daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya.
“Antara kumpulan yang sokong pada saya ialah UMNO. Saya terima dengan niat dan hati agak suci dan bersih, ini satu usaha gabungan untuk perkukuhkan Jemaah Islamiyah.
“Malangnya dalam tempoh itu, ada tuntutan dibuat. Yang ni saya tak boleh nak terlibat. Ada hubung kait dengan mahkamah… sebab saya pegang pada prinsip, mesti ada kebebasan, dan urusan berkaitan dengan mahkamah kita tak boleh campur,” katanya lagi.
Muhyiddin mendakwa, tuntutan itu bertentangan dengan prinsip dan asas penubuhan PN – menegakkan keadilan, menentang kemungkaran, mempertahan Institusi Diraja dan Perlembagaan Persekutuan, serta menjamin kedudukan Islam dan Bahasa Melayu.
Atas sebab itu, katanya beliau memohon pengundi Melaka untuk membuat pilihan yang betul, dan memastikan kerajaan yang dipilih adalah gabungan parti politik yang berteraskan kepada prinsip yang dimaksudkannya.
“Berdasarkan pengalaman kami ada dalam PN, Tok Guru (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) pernah jadi MB (Terengganu), saya pernah jadi MB (Johor), jawatan lain banyak ada di kalangan kita, dalam PN hari ini...
“.. tentunya membantu calon kita membentuk cara pentadbiran telus, transparent, baik,teratur dan tersusun. Tadbir urus yang dikehendaki rakyat Melaka, akan kita laksanakan,” katanya lagi.
Sejumlah 28 kerusi dipertandingkan di PRN Melaka pada 20 November ini.
-AstroAwani

Ahad, 7 November 2021

PRN Melaka: Rakyat perlu berani buat pembaharuan pilih PN - Hadi Awang

PRN Melaka: Rakyat perlu berani buat pembaharuan pilih PN - Hadi Awang

Abdul Hadi berkata, PN menampilkan calon yang mampu menunaikan tanggungjawab dengan baik sekiranya dipilih pada PRN itu nanti. - Gambar/ FB Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR: Rakyat Melaka perlu berani membuat perubahan memilih Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PN menampilkan calon yang mampu menunaikan tanggungjawab dengan baik sekiranya dipilih pada PRN itu nanti.
"Pas tidak boleh bersendirian dan membuat perubahan. Kita perlu bergabung dan gabungan yang dipilih mestilah besar, kuat serta mampu membuat pembaharuan.
"Justeru, Pas memilih bersama PN. Saya menyeru kepada rakyat Melaka untuk mengundi simbol PN dalam PRN Melaka. Inilah simbol kami bersama dengan parti Bersatu dan parti lain yang bergabung dengan kita.
"Kita mengharapkan rakyat Melaka menunjukkan sikap yang berani untuk membuat pembaharuan memilih PN," katanya dalam satu video di laman Facebook pada Ahad.
Menurutnya, bagi penganut Islam, politik adalah sebahagian daripada Islam dan menjadi satu tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang baik.
"Rakyat perlu memilih pemimpin yang dipercayai dan mampu melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya. Pilihan raya juga adalah penentu masa depan kita termasuk PRN Melaka.
"PRN bukan perkara yang boleh diambil sambil lewa, pilihan raya adalah satu langkah untuk menyelamatkan negeri dan rakyat," ujarnya.
-AstroAwani

Sabtu, 6 November 2021

PRN Melaka: Jika PN-BN bertembung, sokong PN, Hadi arah PAS


Hadi berkata, PAS masih lagi terbuka untuk berunding dengan semua parti bagi mengelak antara parti memerintah.

KUALA TERENGGANU: PAS akan menyokong calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN) dalam pertembungan dengan Barisan Nasional (BN), kata Presiden Abdul Hadi Awang.

Ketetapan ini menyusuli keputusan PAS untuk menggunakan lambang PN, mengabaikan pengumuman sebelum ini bahawa ia akan menyokong penyandang dalam pertembungan PN-BN.

“Kita sokong calon PN,” kata Abdul Hadi pada sidang media di mesyuarat agung tahunan PAS ke-67.

Ditanya mengenai rundingan PRN Melaka dengan Umno yang menjadi persoalan lantaran pertembungan yang nampak seperti tidak dapat dielak, Hadi sekadar menjawab “terpulang kepada Umno nak bekerjasama dengan PN atau tanding sendiri”.

“Kita tengok senarai penamaan calon lusa nanti macam mana,” katanya.

Hadi berkata, PAS masih lagi terbuka untuk berunding dengan semua parti bagi mengelak pertembungan antara parti memerintah.

“Bila sebut kerjasama maka mestilah berlaku pemberian kerusi antara parti-parti, bukan MN sahaja termasuk PN. Bahkan di Melaka melibatkan bukan sahaja PAS, tapi Bersatu termasuk termasuk rakan-rakan lain,” katanya.

Hadi memaklumkan calon PAS yang akan mewakili PN akan diumumkan petang ini.

“Sekurang-kurangnya kita tanding 1/3 kerusi,” katanya.-FMT

Ditanya mengenai rundingan PRN Melaka dengan Umno yang menjadi persoalan lantaran pertembungan yang nampak seperti tidak dapat dielak, Hadi sekadar menjawab “terpulang kepada Umno nak bekerjasama dengan PN atau tanding sendiri”.“Kita tengok senarai penamaan calon lusa nanti macam mana,” katanya.Hadi berkata, PAS masih lagi terbuka untuk berunding dengan semua parti bagi mengelak pertembungan antara parti memerintah.“Bila sebut kerjasama maka mestilah berlaku pemberian kerusi antara parti-parti, bukan MN sahaja termasuk PN. Bahkan di Melaka melibatkan bukan sahaja PAS, tapi Bersatu termasuk termasuk rakan-rakan lain,” katanya.Hadi memaklumkan calon PAS yang akan mewakili PN akan diumumkan petang ini.“Kita sokong calon PN,” kata Abdul Hadi pada sidang media di mesyuarat agung tahunan PAS ke-67.

Ditanya mengenai rundingan PRN Melaka dengan Umno yang menjadi persoalan lantaran pertembungan yang nampak seperti tidak dapat dielak, Hadi sekadar menjawab “terpulang kepada Umno nak bekerjasama dengan PN atau tanding sendiri”.“Kita tengok senarai penamaan calon lusa nanti macam mana,” katanya.Hadi berkata, PAS masih lagi terbuka untuk berunding dengan semua parti bagi mengelak pertembungan antara parti memerintah.“Bila sebut kerjasama maka mestilah berlaku pemberian kerusi antara parti-parti, bukan MN sahaja termasuk PN. Bahkan di Melaka melibatkan bukan sahaja PAS, tapi Bersatu termasuk termasuk rakan-rakan lain,” katanya.Hadi memaklumkan calon PAS yang akan mewakili PN akan diumumkan petang ini.-FMT

Jumaat, 5 November 2021

PN Sarawak serah kepada Muhyiddin, Abang Jo bincang agihan kerusi

Perikatan Nasional (PN) Sarawak menyerahkan kepada kebijaksanaan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg (kiri) dan Presiden BERSATU merangkap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan pembahagian kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri ke-12 Sarawak (PRN-12).
Perikatan Nasional (PN) Sarawak menyerahkan kepada kebijaksanaan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg (kiri) dan Presiden BERSATU merangkap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan pembahagian kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri ke-12 Sarawak (PRN-12).

KUCHING: Perikatan Nasional (PN) Sarawak menyerahkan kepada kebijaksanaan kepemimpinan tingginya dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memutuskan pembahagian kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri ke-12 Sarawak (PRN-12).

Pengerusi PN Sarawak, Senator Jaziri Alkaf Abdillah, berkata perkara itu diserahkan kepada kepemimpinan Presiden BERSATU merangkap Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Ketua Menteri yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sarawak, Senator Jaziri Alkaf Abdillah. - NSTP/ARKIB
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sarawak, Senator Jaziri Alkaf Abdillah. - NSTP/ARKIB

Bagi PN Sarawak, beliau berkata, mereka bersedia untuk berhadapan dalam PRN ini setelah melaksanakan khidmat untuk rakyat selama ini.

"Konsep politik kami jelas, iaitu politik khidmat dan politik matang menjadi pegangan kerana yang perlu diutamakan adalah rakyat Sarawak dan ia melangkaui PRN. Kami lebih melihat peluang untuk memberi khidmat yang terbaik untuk rakyat Sarawak adalah lebih penting dan utama," katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, kerajaan negeri di bawah kepemimpinan Abang Johari telah memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik.

 "Oleh itu saya berharap adalah wajar bagi kita memberi sokongan kepada beliau sekali lagi untuk meneruskan perkhidmatan dan agenda pembangunan untuk semua rakyat Sarawak," katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap prosedur operasi standard PRN ini dapat ditetapkan segera dengan jelas memandangkan Sarawak masih dalam ancaman pandemik COVID-19.

"Diharapkan semua pihak dapat berfikir dan menyumbang bagaimana langkah terbaik dalam melaksanakan PRN Sarawak ini supaya ia berlangsung dengan selamat dan tidak membahayakan nyawa kita semua," tambahnya. - BERNAMA

Rabu, 3 November 2021

Pas hilang peluang bertapak di Melaka bila guna lambang PN

 Shahbudin-embun

By Nizam Zain


KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka merupakan medan terbaik untuk mengukur kekuatan parti politik sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dari segi strategi dan kerjasama politik sebenar.

Penganalisis politik, Shahbudin Embun berkata, keputusan Pas menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) dalam PRN Melaka hanya meleburkan peluang parti Islam itu bertapak di Melaka.

“Pas dilihat lebih selesa bersama PPBM berbanding UMNO walaupun terpaksa tidak menggunakan lambang bulan yang menjadi tradisi puluhan tahun.

“Pencapaian Pas di Melaka dalam PRU-14 pun tidak begitu memberangsangkan. Pas tidak menang walau satu kerusi pun. Mereka hilang wang pertaruhan di semua tempat yang ditandingi kecuali tiga kawasan.

“UMNO-BN dijangka menang selesa jika bersama Pas dalam Muafakat Nasional (MN). Begitu juga Pas dijangka dapat buat pertama kali bertapak dalam DUN Melaka sekiranya bekerjasama dengan UMNO-BN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Pas membuat keputusan untuk menggunakan lambang PN dalam PRN Melaka pada 20 November ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penggunaan lambang itu dimuktamadkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, semalam.

Beliau berkata, ketetapan itu juga mengambil kira pandangan Majlis Syura Ulama Pas yang bersidang semalam.

Dalam pada itu, Shahabudin berkata, walaupun Pas tidak lagi bersama UMNO dalam MN namun jangan sampai menjadi permusuhan kerana kedua-dua parti itu mewakili majoriti pengundi Melayu Islam di negara ini.

“Bertandinglah secara berhemah kerana dalam politik, apa-apa pun boleh berlaku pada masa yang akan datang demi ukhwah Islamiyyah,” katanya.

Katanya, sejak tahun lepas, Pas sudah memberi bayangan bahawa parti itu akan bersama PPBM dalam gabungan PN, namun UMNO masih menaruh harapan agar Pas mengubah pendirian.

“Terdapat juga segelintir akar umbi kedua-dua parti tersebut masih menaruh harapan agar MN dapat direalisasikan pada hari mendatang terutama pada PRU-15 kelak,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Selasa, 2 November 2021

PRN Melaka:PAS bertanding guna lambang PN di Melaka

 

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kerja PAS Pusat membuat keputusan parti Islam itu akan menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Presiden PAS, Hadi Awang berkata ketetapan itu telah mengambil kira panduan yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang pada Ahad lalu selaras dengan peruntukan Fasal 84 Perlembagaan PAS.

“Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung pada hari ini di Pejabat Agung PAS Pusat telah meluluskan penggunaan lambang PN dalam PRN Melaka,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahad lalu, Majlis Syura Ulama yang bersidang menyerahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk memutuskan penggunaan lambang parti bagi menghadapi PRN Melaka.

Setiausaha Majlis Syura Ulama Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam kenyataan memaklumkan ketetapan itu dibuat bagi membolehkan jawatankuasa berkenaan membuat keputusan berdasarkan strategi kebolehmenangan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov, penamaan calon pada 8 Nov manakala undi awal pada 16 Nov ini.

PRN Melaka diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka pada 4 Okt lepas apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali.-FMT

Jumaat, 22 Oktober 2021

PRN Melaka: PN bertanding di semua 28 kerusi, kata Muhyiddin

 

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin, mengesahkan PN bertanding di 28 kerusi DUN Melaka, menjelang PRN Melaka. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Perikatan Nasional akan bertanding di semua 28 kerusi pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Menurut laporan Bernama, perkara itu disahkan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin.