"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Makanan Laut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan Laut. Papar semua catatan

Selasa, 9 November 2021

Selepas tular siakap RM1,196, apa yg berlaku di restoran buat Pemilik kedai bersyukur


 LANGKAWI: Walaupun dikecam hebat kerana menjual hidangan siakap sehingga mencecah ribuan ringgit, Restoran Terapung Sas Rimba di Taman Geoforest Karst Kilim, di sini masih menerima pengunjung seperti biasa. Pemiliknya, Norasyikin Musa berkata, setakat ini, jumlah pengunjung ke restorannya tidak berubah walaupun telah ditularkan. “Perniagaan masih berjalan seperti biasa dan setakat ini, tiada apa yang berubah.

Restoran Terapung Sas Rimba, Kilim Geoforest Park, di sini yang tular selepas menu ikan siakap yang didakwa berharga ‘kayangan’, masih beroperasi seperti biasa dan dikunjungi pelanggan.

Tinjauan hari ini mendapati pengunjung yang melakukan aktiviti jelajah hutan paya bakau di kawasan berhampiran memilih untuk singgah dan menjamu selera di restoran terapung itu.

Untuk ke restoran itu, pengunjung perlu menaiki bot dari Jeti Kilim dengan masa perjalanan 10 minit.

Pemilik restoran Norasyikin Musa berkata, dia bersyukur perniagaannya tidak terjejas selepas insiden tular terbabit, bahkan bisnes itu dan ikan sangkar adalah sumber rezeki keluarganya dan pekerja restoran sejak lapan tahun lalu.


SEBAHAGIAN pengunjung melihat sebahagian ikan siakap yang diternak dalam sangkar di Restoran Terapung Sas Rimba di Taman Geoforest Karst Kilim, Langkawi, semalam. – UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan percaya rezeki Allah SWT. Saya nak ucap terima kasih pada orang yang tular pun (sukar juga) sebab saya terkilan dengan sikap dia.

“Saya menghormati semua pelanggan, sebab itu saya berulang kali tanya ketika menerima pesanan kerana tidak mahu pelanggan kecewa selepas makan di sini,” katanya ketika ditemui di restorannya.

Norasyikin mengakui sebagai manusia dia tidak sempurna, namun menghargai sokongan berterusan orang ramai terhadap perniagaannya walaupun teruk dikecam di media sosial.

Sementara itu, beberapa pengunjung yang ditemui mengakui mengetahui isu siakap mahal di restoran itu tetapi ia bukanlah isu kepada mereka.

Nadirah Mohd Radoan, 31, dari Seri Kembangan, Selangor berkata, menjadi kebiasaannya untuk melihat menu dan harga makanan serta minuman sebelum membuat pesanan.

“Pemandu bot memberitahu saya mengenai isu tular babitkan restoran itu tapi bagi saya, kita sebagai pelanggan boleh memesan makanan yang kita tahu tahap kemampuan kita,” katanya yang hanya memesan minuman sementara berehat selepas mengikuti pakej lawatan paya bakau.

Seorang lagi pengunjung dari Batu Gajah, Perak, Norhafidza Idayu Azman, 29 berkata, dia hanya menyedari bahawa restoran yang dikunjunginya itu adalah restoran yang tular semasa memesan makanan.

“Ada harga diletakkan bagi setiap jenis makanan di dalam menu yang disediakan, jadi saya memesan makanan mengikut kemampuan saya.

“Harga makanan laut adalah bagi setiap 100 gram (g). Kalau tidak berhati-hati mungkin ada pelanggan menganggap harga tersebut adalah bagi satu kilogram (kg) dan akan terkejut semasa membayar,” katanya yang hadir bersama keluarganya.

Diberi Masa Lima Hari

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan notis kepada peniaga restoran terapung di sini untuk mendapatkan penjelasan mengenai hidangan seekor ikan siakap yang dijual pada harga RM 1,196 baru-baru ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasaan KPDNHEP Kedah, Mohd. Shahran Mohd. Arshad berkata, notis tersebut dikeluarkan mengikut S.eksyen 21 A.kta Kawalan Harga A.nti Penc.atutan 2011 selepas isu tersebut tular dalam media sosial.

Menurutnya, notis tersebut juga bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan item tertentu serta perniagaan dijalankan perlu dijawab dalam tempoh lima hari.

Katanya, sekiranya gagal memberi kerjasama dalam tempoh ditetapkan, pengusaha restoran terbabit boleh dikenakan t.indakan.

“Apabila kita keluarkan notis tersebut, itu tidak bermakna pengusaha restoran berkenaan sudah dianggap bers.alah.

“Sebaliknya, maklumat yang kita minta ini akan digunakan untuk membuat analisa mengenai kos bagi setiap item yang diminta,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Selain itu, beliau menambah, pemilik restoran tersebut juga diminta memberi penjelasan mengenai kos ikan serta beberapa makanan lain dan jus tembikai.

Katanya, mereka turut diminta menyatakan kos dari segi utiliti, pembayaran gaji pekerja dan sebagainya. Jelasnya, setiap penjelasan berhubung perkara itu turut perlu disertakan dengan dokumen sokongan.

“Kita beri tempoh lima hari untuk pengusaha restoran terbabit menjawab beberapa perkara yang dikemukakan dalam notis terbabit. Apabila mereka sudah serahkan jawapan nanti, kami akan nilai satu demi satu setiap kos yang dinyatakan itu dan membuat analisa sama ada memang berlaku kenaikan harga tidak munasabah atau sebaliknya,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd. Shahran, setakat ini, hanya satu laporan rasmi diterima pihaknya berhubung perkara itu.

“KPDNHEP sekarang ini sedang giat melaksanakan Ops Menu bagi memastikan kalangan peniaga benar-benar mematuhi peraturan ditetapkan,” katanya.

Pada Khamis lalu, tular di media sosial mengenai d.akwaan seorang lelaki yang terpaksa membayar bil makanan tengah hari untuk tujuh individu berjumlah keseluruhan RM 1,852.

Menerusi bil yang dipaparkan lelaki tersebut di laman Facebooknya, harga seekor siakap seberat 7.4 kilogram yang menjadi hidangan ahli keluarganya sebanyak RM 1,196.

Kredit : Kosmo

Sumber:trendingsangat.pw

Siakap Kayangan Langkawi:Chenot berpuashati makan kat sana biarpun tau harga kayangan.

 Suara Che Not.

https://www.facebook.com/aznor.aziz

.

MOHON BACA DENGAN HATI DAN MINDA YANG TERBUKA.



Posting ni bukan nak tunjuk kaya, bukan nak backup sesiapa, cuma dari pandangan Chenot sebagai customer.

12 oktober kami 8 dewasa 3 kanak-kanak makan dekat kedai yang tengah viral sekarang ni. Harga kami murah sikit la dari siakap viral tu 😂.

Untuk Chenot, harga tu memang logik dan kami dah buat kira-kira akan kena lebih dari seribu sebab tengok pada saiz ikan, ketam & lobster dalam sangkar dan harga yang di beritahu per gram masa order tu dah boleh congak-congak dalam kepala.

Adik tu pun kita tanya elok ja dia anggarkan berat so kita dah boleh kira-kira sendiri la kan. Harga pun ada dalam menu.

So dengan nafsu gajah (ekh gajah pun tak makan lobster kan 😂😂) kami order tanpa fikir panjang.

Ok dik ikan kerapu harimau nak 2 ekor, lobster sekor, ketam 3 ekor, sotong skit, telur dadar ngn sayur.

Tapi adik yang ambik order tu bagus jugak la, memula kalau ikutkan tamak haloba kami order lobster 2 ekor, tapi adik tu siap cakap “akak lobster besar ni boleh belah 2 so boleh masak 2 jenis”. Ha so kami pun ambik sekor, pastu tambah ketam 3 ekor.

Cuma silap kami ikan main order ja tak tengok dah saiz, bagitau buat 2 ekor masak lain-lain agak-agak la saiz dia ekh dik. Jangan besar sangat. Tapi dok tengok yang dalam sangkar tu memang semua saiz besar-besar pun 😂. Tapi adik tu ada mention sekor dalam sekilo lebih kak. Haaa sapa suh hang tak pernah beli ikan kat pasar, kan orang dah bagitau saiz hang tak reti nak bajet 😂.

Masa dia hidang tu, cuak dah kami tengok, mak aih penuh meja nih, ada nak habis, siap pesan kalau tak habis kita tapau (padahal dok hotel kalau tapau pun nak panaskan celah mana 😂). Rupanya tak payah tapau settle licin di kerjakan!


So far Chenot dan kawan-kawan rasa berbaloi la dengan harga sebab semua fresh! Siap plan nak repeat tapi pasni nak tangkap sendiri! Memang manis ja rasa sebab selalu dok makan kedai biasa ni ikan dah banyak hari dah tak manis dah rasa dia, ni memang betul-betul fresh.

Bab harga air apa semua mahal tu kena faham la kos depa ni nak kena beli kat darat pastu bawak pulak ke situ kan, mesti nak kena bayar boat tu lagi kan. 

Sebenarnya makan kat darat kat kedai yang chef glamer baru ni Chenot pi makan pun harga lebih kurang ni jugak, cuma kedai tu mungkin sebab ada aircond dan owner dia terkenal dan yang pi makan situ memang dah expect harga sebab tu takdak siapa nak viral. Kedai ni jangankan aircond, dinding pun takdak😂😂, so mungkin sebab tu orang terkejut dengan harga dia.

Apa pun sebelum nak order ka apa, tengok menu tanya bagi puas hati. Kalau dekat menu takdak harga report ja kpdnkk, itu kan hak pengguna. Kalau dah ada harga hang main order ja pastu buat tersilap kata “ingatkan kilogram rupanya gram”, haaa tu salah sendiri la sapa suh ponteng masa kelas matematik dulu 😅😅.

Apa pun Chenot enjoy makan sini sebab sedap & puas hati sebab semua fresh yang takkan dapat kat kedai siam yang selalu makan tepi jalan. Depa takdak paksa order pun. Hang nak makan hang order, hang takmau hang tengok jelah show ikan tu. yang hang order nak makan ikan depa buat show tu pasepa 😂.

Hang jangan dok komen kata mabul ka sabah morah, campoq tolak tambah bahagi sama ja kos beli tiket pi sana ngan harga kami bayaq ni 😂

***ok tambahan sebab ada baca komen pos mana tah kata apa kita makan & bayar tu nanti yg tukang bawak boat tu dapat komisyen, pada Chenot takpala rezeki dia sebab Chenot rasa budak tu baguih layan ja kami nak apa, nak dok lama mana, hang makan sedap budak tu tunggu ja hang tengah panas tahan lapaq. So rezeki dia la kan. Hang nak berkira pasepa. Hang bayaq boat tu yg untung tokey dia, dia tu pekerja ja, kira tips dia la. Hang pun turun boat tobat takdak selit tips kan.

 kawan yang sempoi tak bising terus hulur duit time bayaq 😂😂. Nanti kita repeat lagi! So make sure pi dengan kawan yang tak kedekut sama okeh kalau pi ngan kawan kedekut mampoih nak bayaq sorang2, makan ramai2 😂😂


#siakapviral

#siakap3rasa

#siakaplangkawi

Elak Siakap seribu, pemuda kongsi budaya orang Cina pesan makanan

Gambar hiasan

 PETALING JAYA – Walaupun sudah hampir seminggu berlalu, namun kisah seekor ikan siakap yang dijual dengan harga lebih RM1,000 masih hangat diperkatakan di media sosial.

Seorang pemuda berbangsa Cina telah berkongsi tip baru-baru ini bagaimana budaya orang Cina memesan makanan laut di restoran bagi mengelakkan ditipu oleh para peniaga.

Menerusi perkongsian posting oleh Tai Zee Kin di laman sosial Facebook miliknya, beliau berkongsi cara orang Cina yang selalunya akan melakukan kiraan bajet sebelum melakukan perbelanjaan supaya tidak menyesal di kemudian hari.

“Di sudut akuarium di tepi restoran makanan laut, akan adanya nama dan jenis makanan laut yang ada harga bagi setiap 100 gram, satu kilogram atau sukatan yang sesuai.

“Di tepi akuarium akan ada penimbang dan pelanggan boleh meminta peniaga untuk menimbang terlebih dahulu makanan atau meminta peniaga memberikan anggaran berat bagi setiap jenis makanan laut,” katanya

Menurutnya lagi, tabiat membuat pengiraan terlebih dahulu memang sudah terpahat di dalam budaya kaum Cina dan jika yang besar, kiraan bajet akan dibuat barulah pesanan dan tempahan akan dilakukan.

“Sekiranya tiada akuarium, pelanggan akan terus memesan jenis makanan mengikut berat, sekiranya harga tidak tetap atau tidak mengikut berat yang ditetapkan, peniaga akan memberikan anggaran berat.

“Kami sebagai pelanggan akan melakukan kira-kira sebelum bersetuju dengan berat yang ditawarkan oleh peniaga, kebiasaannya peminat makanan laut sudah ada anggaran harga bagi setiap hidangan,” katanya lagi.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai bersetuju dengan perkongsian yang diberikan oleh beliau dan ada juga yang mahukan peniaga-peniaga di restoran Melayu menggunakan kaedah yang sama.

“Setuju sangat dengan perkongsian abang ini, itu yang bila isu harga siakap Langkawi mula naik saya agak pelik juga. Semoga jadi pengajaran untuk kita yang lain,” kata Rita Uchat.

“Saya harap peniaga-peniaga restoran makanan laut Melayu mengunakan kaedah yang sama bagi mengelakkan kes ikan siakap berulang kembali, mungkin dengan cara itu pelanggan akan dapat gambaran bagi setiap hidangan untuk mengelakkan fitnah,” jelas Mursyid Rashid.

“Terbaik, selari dengan ajaran Islam, mesti semua jelas dan ada kejujuran dalam berniaga, baru perniagaan akan hormani dan buang sikap nak ‘ketuk’ pelanggan waktu-waktu macam ini,” ujar Sukari Mamat

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang pelanggan mendakwa terkejut dengan harga ikan Siakap Langkawi RM1,196 seekor yang perlu dibayar olehnya. – K! ONLINE.

Isnin, 8 November 2021

Siakap RM1,196.80: KPDNHEP keluar notis kepada pemilik restoran

 LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.

LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.

Alor Setar: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Anti Percatutan 2011 kepada peniaga restoran terapung di Langkawi pada Sabtu lalu.

Ketua Pegawai Penguatkuasaan KPDNHEP Kedah, Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, notis bertulis itu perlu dijawab dalam tempoh lima hari iaitu sebelum Khamis ini bagi mengelak sebarang tindakan sekiranya pemilik restoran berkenaan gagal berbuat demikian.

"Kita beri tempoh lima hari untuk pemilik restoran menjawab beberapa perkara di dalam notis itu antaranya berkaitan kos ikan siakap, makanan dan apa-apa yang ada dijual di situ.

"Setakat ini kita masih menunggu maklum balas daripada pemilik restoran itu. Buat masa sekarang kita tidak boleh kata salah atau tidak, sebaik sahaja kita terima notis itu kita akan analisa setiap kos yang diberikan secara terperinci sama ada berlakunya kenaikan harga tidak munasabah atau sebaliknya," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, makan tengah hari sekumpulan tujuh pelancong di sebuah restoran terapung di Langkawi dikejutkan dengan harga ikan siakap yang didakwa terlalu mahal.

Berdasarkan satu resit yang dimuat naik seorang pengadu di laman sosial, ikan siakap seberat 7.48 kilogram yang dipesannya berjumlah RM1,196.80.

Jumlah keseluruhan bil yang dimuat naik pelanggan itu termasuk hidangan makanan dan minuman lain, ialah RM1,759.50 dan tular di media sosial.

Mengulas itu sama, Mohd Shahran berkata, sehingga kini hanya satu aduan berkaitan diterima pihaknya dan beliau meminta pengguna yang mengalami situasi sama terus membuat laporan kepada KPDNHEP.

"Sekarang kita sedang lancarkan Ops Menu, operasi ini bukan sahaja kita fokus kepada harga pada menu tetapi juga kepada alat timbangan sama ada alat itu masih sah atau tidak.

"Dalam masa sama kita minta aduan terus dilakukan kepada KPDNHEP untuk mudahkan penguatkuasa mendapatkan maklumat terperinci daripada pengguna itu sendiri.

"Sekiranya ditularkan dalam media sosial sahaja maka kita terpaksa mencari individu terbabit menerusi media sosial dan terpaksa menunggu jawapan daripadanya sebelum kita perolehi maklumat lanjut," katanya.

-myMetro

Tidak semua restoran di Langkawi harga ‘kayangan’

 

NASARUDDIN ABDUL MUTTALIB

LANGKAWI: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menganggap isu hidangan siakap harga ‘kayangan’ di sini tidak boleh dijadikan garis ukuran bagi semua restoran makanan laut di pulau peranginan itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, masih banyak restoran makanan laut yang menghidangkan makanan tersebut dengan harga munasabah.

“Kita nak elakkan orang pukul rata, (dengan menganggap) semua tempat macam itu, itu tidak adillah.

“Tak perlu risau lonjakan harga makan dan sebagainya, masih banyak lagi tempat-tempat yang masih murah dan berpatutan untuk pelancong di Langkawi,” katanya apabila ditemui di pejabatnya di Kompleks LADA di sini hari ini.

Tambahnya lagi, insiden itu berlaku kerana terdapat masalah komunikasi di antara peniaga dan pelanggan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati.

Jelasnya, peniaga-peniaga di sini perlulah berkomunikasi dengan telus ketika memberitahu harga makanan kepada pelanggan.

Ujarnya, peniaga boleh mengambil iktibar daripada insiden tersebut dengan meningkatkan mutu perkhidmatan mereka terutamanya dari segi komunikasi dengan pelanggan.

Nasaruddin turut meminta pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mengeluarkan hasil siasatan dengan segera bagi meredakan keadaan.

Pada Khamis lalu, tular dalam media sosial gambar resit menunjukkan sekumpulan individu terpaksa membayar sebanyak RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat  7.48 kg. -UTUSAN ONLINE

Isu Siakap: Selepas tugu,tudung siakap pula tular

 

Lukisan tudung siakap tular di laman media sosial apabila ramai pengguna sosial membandingkannya dengan tudung bawal.

PETALING JAYA- Kontroversi hidangan ikan siakap bernilai RM1,196 di salah sebuah restoran di Langkawi baru-baru ini dilihat membuka ruang kepada pengguna media sosial untuk berkarya dengan menjadikan hidupan laut itu sebagai subjek utama.

Terbaru, ikan siakap itu atau digelar sebagai ‘ikan kayangan’ dijadikan bahan jenaka apabila hidupan laut itu dilukis menjadi sehelai tudung yang digelar ‘tudung siakap’ oleh pengguna media sosial.

Difahamkan, lukisan diberi nama ‘Tudung Siakap’ itu dilukis oleh seorang individu bernama Budijemari.

Jenaka itu menjadi tular khususnya di laman Facebook apabila rata-rata pengguna membandingkannya dengan ‘tudung bawal’ berikutan kedua-duanya mempunyai nama yang diinspirasikan daripada hidupan laut.

“Mahal (tudung siakap), tidak mampu beli, kita pakai tudang bawal saja, itu pun tudung Tesco sahaja,” kata @Umi Azim.

“Jaga-jaga, nanti pereka fesyen ambil idea, jual beribu-ribu pula,” seloroh @Nadia Surani.

“Sopan tudungnya, labuh menutupi dada, padan dengan harga,” jelas @Nor Hasliza.

“Alahai, okay saja tudung siakap ini, ala-ala labuh begitu, tetapi saya tidak suka, bawal saja la, takut harga tudung siakap lagi mahal daripada emas,” tulis @Senia Cik Bunga. -K! ONLINE

Usahawan kongsi pengalaman nyaris ‘terkena’ hidangan ikan siakap

 

MAZLINA KAMARUDIN

LANGKAWI: Seorang usahawan terkenal di negeri ini berkongsi pengalaman ke restoran hidangan ikan siakap bertaraf  ‘kayangan’ bagi mengelak ‘terkena’ dengan harga ribuan ringgit setelah menjamu selera. 

Individu berkenaan, Mazlina Kamarudin, 54, yang juga usahawan industri ayam berkata, beliau dan sekumpulan pengurusan syarikat yang bermesyuarat di pulau berkenaan turut berkunjung ke restoran berkenaan sebelum isu berkenaan viral.

“Sebenarnya Mommy dan team ke Langkawi dan menyertai aktiviti menyelusuri hutan bakau di sekitar pusat ternakan terapung itu yang ada restoran.

“Maka, Haji (suami) pun ke kaunter. Tengok menu. Memanglah hajat di hati. Mahu belanja team. Makan ikan hidup… Segala bil boleh saja claim (tuntut) daripada syarikat kerana kami ada business trip,” tulis beliau dalam hantaran Facebook miliknya, Mazlina Kamarudin MK. 

Tulisnya, suaminya, Jaffri Ahmad, 57, kemudian ke kaunter untuk bertanyakan harga makanan terutama siakap yang popular di restoran itu namun kembali ke meja dengan perasaan berbaur.

“Lama Haji di kaunter. Dia lihat-lihat menu. Mommy turuti. Dan Mommy lihat. 100 gram adalah RM16 dan ada  yang 100 gram RM18. 

“Wow. Sekilo dah RM180. Tak kan kita berlapan nak makan sekilo saja. Jom lah abang. Mahal,” katanya yang kemudian memilih untuk beredar dari premis berkenaan tanpa menjamah apa-apa.

Jelasnya, semua pengunjung perlu bersikap bijak apabila berkunjung ke restoran seumpama itu bagi mengelak rasa tertipu.

“Itu stail Mommy. Nak makan. Tanya kalau harga tak ditulis. Kira. Memang tak makan kalau mahal. Barang dia. Duit kita.

“Cuma… tuan kedai pun tak boleh tricky sangat. Maklumkan dulu. Harga seekor ikan ni selepas masa RM1,200 ya. Tuan ok ka?” jelasnya.

Beliau tidak menafikan bukan semua pelanggan akan teliti dan mengambil sikap bertanya dahulu namun pemilik restoran juga perlu bersikap lebih bertanggungjawab.

“Tak semua telitikan harga RM18/100 gram. Lagipun cara kedai itu orang tak sangka pun boleh keluar bil ribu riban kecuali makan di hotel. Atau tempat mewah. Itu orang dah ready (bersedia)

“Nak kata Mommy kedekut. Ya juga. Tapi Mommy sanggup bagi makan untuk 400 orang sehari. Nasi berlaukkan ayam. Nilainya lebih kurang RM2,000 setiap hari,” kata pengasas Rumah Makan Percuma ini. -UTUSAN ONLINE

“Pemilik kedai Da.kwa Tak Pernah Paksa” Sekali Pelanggan Yang Mula Tularkan Siakap Mahal Ddah Cerita Sebenar


Pemilik Restoran Terapung Sas Rimba di sini, Norasyikin Musa terkilan selepas pelanggan menularkan harga ikan siakap di restorannya yang did.akwa terlampau mahal.

Beliau turut mempersoalkan tujuan sebenar pelanggan terbabit menyebarkan perkara itu selepas bersetuju membayar harga dikenakan pada hari keja.dian.

“Saya betul-betul tak sangka sedangkan dia sendiri yang pilih ikan segar dalam sangkar untuk dimasak. Ketika ambil pesanan, saya ulang banyak kali bahawa ikan itu besar, sambil saya tunjuk dengan isyarat tangan anggaran saiz ikan,” katanya ketika ditemui di restorannya di Kilim Geoforest Park, di sini semalam.

Mena.fikan sekeras-kerasnya memaksa pelanggan memilih ikan bersaiz besar bagi mendapat keuntungan berganda selepas perniagaan terjejas t.eruk a.kibat p.endemik C0VID 19, Norasyikin berkata, beliau dan pekerjanya tidak pernah berbuat demikian sepanjang lapan tahun mengusahakan restoran itu.

“Ketika ambil pesanan, pelanggan akan diberitahu berat ikan dikira dalam sukatan gram dan setiap menu lengkap tertera harga dengan jelas. Dalam k.es yang tular itu, selepas selesai makan, kumpulan sembilan pelancong terbabit tidak datang pun berjumpa saya untuk bertanya mengenai harga yang dikenakan.

“Ketika melangkah meninggalkan restoran pun, mereka tidak cakap apa-apa mengenai harga dikenakan ke atas ikan siakap dimasak menu tiga rasa dan stim limau itu. Sebenarnya, ikan siakap yang mereka pilih itu seberat 7.48 kilogram, berusia 11 tahun dan dipelihara untuk dipertontonkan sebagai tarikan kepada pengunjung restoran,” katanya.

Penjelasan Dari Abang Yang Mula-Mula Tularkan Siakap

Saya ingin memaklumkan kembali bahawa tujuan asal posting di Facebook peribadi saya yang dibuat pada 4 November adalah sekadar perkongsian dan peringatan.

Ianya bukanlah untuk menga.ib dan menjatuhkan mana-mana pihak dan bukanlah juga untuk mencari mana-mana perhatian dan publisiti.

Ada beberapa perkara yang perlu difahami oleh semua


Perkara utama kepada apa yang ditimbulkan ialah berat ikan yang disediakan kepada kami adalah sangat tidak wajar dan jauh daripada kebiasaan. Kami tempah ikan siakap untuk 7 orang makan. Yang kami terima ialah ikan yang sangat besar seberat 7.48 KG.

Kami sedia maklum bahawa harga makanan di kedai tersebut agak mahal daripada kebiasaan.

Ini pula beberapa perkara yang pihak kami ingin menafikan daripada apa yang did.akwa oleh pihak kedai di media.

Tiada makluman langsung kepada pihak kami, apatah lagi berulang kali bahawa ikan tersebut adalah ikan pameran dan selalunya dia tidak menjual kepada pelanggan. Begitu juga dengan makluman tentang ikan tersebut yang sudah berusia 11 tahun.

Tiada makluman kepada kami tentang berat ikan tersebut sebanyak 7.00 kilogram. Tiada makluman juga kepada pihak kami bahawa ikan tersebut bersaiz mega.


Size ikan yang ditunjukkan kepada kami dengan anggaran tangan sewaktu memaklumkan besar ikan tersebut amatlah berbeza dengan sewaktu dia tunjukkan kepada media.

Tiada ajakan daripada mereka untuk menangkap dan melihat ikan yang telah dinyatakan itu. Pihak kami juga ingin menafikan d.akwaan yang menyatakan bahawa pihak kami yang bersungguh-sungguh mahukan ikan tersebut juga.

Pihak kami berpandangan bahawa perkara ini telah mengelirukan pihak kami. Hasil pemerhatian pihak kami daripada perkongsian-perkongsian para pelanggan yang lain juga telah berlaku perkara yang hampir sama bahkan mungkin sama.

Pihak kami telah pun membuat aduan kepada pihak KPDNKHEP dan bersedia sekiranya perlu memberikan penjelasan tambahan ataupun kepada pihak berwajib yang lain. Pihak kami akan terus berkerjasama dengan pihak yang berkaitan sehingga k.es ini diselesaikan.

Pihak kami berharap agar penjelasan ini sedikit sebanyak dapat merungkai apa yang telah berlegar-legar di media sosial dan media massa yang lain sehingga telah menimbulkan kec.aman, ke.jian, pengh.inaan, c.aci dan m.aki kepada pihak kami.

Untuk makluman semua, perkara ini bukan sahaja telah terjadi kepada pihak kami. Namun telah terjadi kepada ramai pelanggan yang lain, yang turut hadir pada hari yang sama dengan pihak kami bahkan yang telah hadir sebelum-sebelum ini lagi.

Ramai pelanggan yang lain telah turut berkongsi pengalaman dan situasi mereka berserta resit mereka di media sosial dan di platform media yang lain.

Kami berharap agar perkara yang terjadi ini dapat diambil pengajaran oleh pihak kami khususnya dan kepada masyarakat yang lain amnya. Kami juga berharap agar pihak yang berwajib dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik dan berhemah.

Kami ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung khususnya pada pihak berwajib dan juga para media serta orang awam.

Akhir sekali kami ingin menyarankan agar kita semua dapat berhenti daripada memberikan komen yang berlebihan. Biarlah pihak yang berwajib menjalankan tugas mereka dan menjalankan siasatan mereka dengan teliti.

 Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Sumber:citermaya.pw

Ahad, 7 November 2021

Restoran jual siakap 'kayangan' dikunjungi pelanggan seperti biasa

 Pelanggan masih ramai mengunjungi Restoran Terapung Sas Rimba di Kilim Geoforest Park, walaupun tular harga siakap dijual di situ mencecah RM1,196.80 seekor. FOTO HAMZAH OSMAN

Pelanggan masih ramai mengunjungi Restoran Terapung Sas Rimba di Kilim Geoforest Park, walaupun tular harga siakap dijual di situ mencecah RM1,196.80 seekor. FOTO HAMZAH OSMAN

Langkawi: Restoran Terapung Sas Rimba, Kilim Geoforest Park, di sini yang tular selepas menu ikan siakap yang didakwa berharga 'kayangan', masih beroperasi seperti biasa dan dikunjungi pelanggan.

Tinjauan hari ini mendapati pengunjung yang melakukan aktiviti jelajah hutan paya bakau di kawasan berhampiran memilih untuk singgah dan menjamu selera di restoran terapung itu.

Untuk ke restoran itu, pengunjung perlu menaiki bot dari Jeti Kilim dengan masa perjalanan 10 minit.

Pemilik restoran Norasyikin Musa berkata, dia bersyukur perniagaannya tidak terjejas selepas insiden tular terbabit, bahkan bisnes itu dan ikan sangkar adalah sumber rezeki keluarganya dan pekerja restoran sejak lapan tahun lalu.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dan percaya rezeki Allah SWT. Saya nak ucap terima kasih pada orang yang tular pun (sukar juga) sebab saya terkilan dengan sikap dia.

"Saya menghormati semua pelanggan, sebab itu saya berulang kali tanya ketika menerima pesanan kerana tidak mahu pelanggan kecewa selepas makan di sini," katanya ketika ditemui di restorannya.

Norasyikin mengakui sebagai manusia dia tidak sempurna, namun menghargai sokongan berterusan orang ramai terhadap perniagaannya walaupun teruk dikecam di media sosial.

Sementara itu, beberapa pengunjung yang ditemui mengakui mengetahui isu siakap mahal di restoran itu tetapi ia bukanlah isu kepada mereka.

Nadirah Mohd Radoan, 31, dari Seri Kembangan, Selangor berkata, menjadi kebiasaannya untuk melihat menu dan harga makanan serta minuman sebelum membuat pesanan.

"Pemandu bot memberitahu saya mengenai isu tular babitkan restoran itu tapi bagi saya, kita sebagai pelanggan boleh memesan makanan yang kita tahu tahap kemampuan kita," katanya yang hanya memesan minuman sementara berehat selepas mengikuti pakej lawatan paya bakau.

Seorang lagi pengunjung dari Batu Gajah, Perak, Norhafidza Idayu Azman, 29 berkata, dia hanya menyedari bahawa restoran yang dikunjunginya itu adalah restoran yang tular semasa memesan makanan.

"Ada harga diletakkan bagi setiap jenis makanan di dalam menu yang disediakan, jadi saya memesan makanan mengikut kemampuan saya.

"Harga makanan laut adalah bagi setiap 100 gram (g). Kalau tidak berhati-hati mungkin ada pelanggan menganggap harga tersebut adalah bagi satu kilogram (kg) dan akan terkejut semasa membayar," katanya yang hadir bersama keluarganya.

-myMetro

“Peniaga tak saIah,yang saIah pelanggan”.Konsep dia mudah je. Mari baca pandangan dari Ust Izhar Ariff

 


Jika harga dinyatakan awal, peniaga tak salah

Kuala Lumpur: Tidak timbul isu harga mahal atau tidak kerana lazimnya, matlamat jual beli tercapai jika kedua-dua pihak meredai (al-taradi) harga yang sudah dipersetujui lebih awal.

Pensyarah Fiqh Makanan Semasa, Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian IsIam Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, apa yang menjadi kesaIahan dalam IsIam jika tiada harga dinyatakan atau tidak dibincang atau dimaklumkan lebih awal.

“Kebiasaannya mana-mana restoran makanan laut segar tidak kira pemiliknya IsIam atau bukan IsIam akan maklumkan dulu kepada pelanggan anggaran harga untuk berapa gram (gm) atau kilogram (kg) atau sama ada dinyatakan dalam buku menu.

Kalau itu berlaku, pihak peniaga tidak salah kerana pemakluman harga sudah berlaku lebih awal dan kita sebagai pelanggan reda untuk mengambil ikan bersama berat pilihan kita dan dalam hal ini jual beli berlaku secara al-taradi iaitu reda antara dua pihak.

“Sepatutnya kita sebagai pelanggan yang hendak makan perlu mengira k0s keseluruhan sebelum menerima atau meminta pihak peniaga memasak ikan itu. Jangan bila sudah keluar bil kita terperanjat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu penularan resit harga ikan siakap seberat 7.48 kg yang mencecah RM1,196.80 di restoran terapung di Langkawi, Kedah.

Mengulas lanjut isu itu katanya, perbuatan menyebarkan perkara yang tidak benar ditegah IsIam berikutan boleh mendatangkan fitnah apatah lagi menjatvhkan periuk nasi pihak lain.

Apa yang berlaku hari ini ada niat tak baik jika pihak yang menyebarkan ini dia faham dan mengetahui harga ikan itu lebih awal ketika ditimbang maka tidak bagus dia menyebarkan perkara tidak sepatutnya kerana ia akan memburukkan nama pihak peniaga.

“Jadi janganlah kita menampakkan yang kita ini tidak tahu haIal har4m serta tidak menjaga sensitiviti orang lain hingga menjatvhkan periuk nasi mereka.

Kalau kita hendak makan, buat cara hendak makan jangan sampai kita mendedahkan atau sebarkan benda yang tidak sepatutnya itupun boleh jatvh fitnah,” katanya.

menu

Baru-baru ini, seorang pelanggan memuat naik resit dengan jumlah bil keseluruhan makanan dan minuman mencecah RM1,759.50 termasuk perincian harga dan berat ikan siakap berkenaan.

Dalam hantaran di Facebook, pelanggan itu memaklumkan dia menyampaikan teguran dan nasihat kerana tidak berpu4s hati dengan harga serta berat ikan itu yang dirasakannya tidak sepadan untuk tujuh orang makan.

Bagaimanapun, pemilik restoran terbabit pula mendakwa, harga berkenaan sudah dinyatakan dalam menu iaitu RM16 setiap 100 gm serta mencadangkan pelanggan itu memilih ikan lain yang lebih sesuai sebelum dimasak, namun dia tidak berbuat demikian.

komen


Sumber :karipapangin.pw

KPDNHEP Lancar Ops Menu, Peniaga Siakap Bakal Didenda RM40,000 & Pnjara 3 Tahun Sekiranya Didapati Menipu

Beberapa hari ini, kecoh mengenai harga seekor ikan siakap yang dijual dengan harga melebihi RM1,000 untuk saiz seberat 7kg di Langkawi.

Susulan kejadian tersebut, premis berkenaan sudah pun menerima kunjungan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi menyiasat isu berkenaan.


Di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid memberitahu pelanggan perlulah menyemak menu yang disediakan.

Dan memastikan harga sebelum membuat pesanan bagi mengelakkan perkara ini berlaku.




 Satu operasi Ops Menu telah dilancarkan bagi memeriksa semua premis makanan di seluruh negara yang melibatkan tanda harga dan alat penimbang dalam usaha mengelakkan penipuan harga oleh peniaga.

Resit yang menjadi tular di media sosial kini.

Memberi fokus pada semua premis yang menyediakan makanan siap masak termasuklah restoran, kedai makanan Melayu, Cina, India, India Muslim, medan selera, restoran makanan laut dan sebagainya.

Sasaran pemeriksaan adalah pada tanda harga serta alat timbang yang digunakan premis.

Mana-mana pemilik restoran yang gagal mematuhi perundangan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan, Akta Timbang dan Sukat (ATS) 1972, peniaga boleh didenda tidak melebihi RM40,000 atau pnjara tidak melebihi tiga tahun.

-lamanmaya.pw

Sabtu, 6 November 2021

Mangsa ke-5 katanya berkaitan Siakap Langkawi harga kayangan

 Mangsa yg ke - 5 (katanya)


💞🥰🙅🤒🤕

Ini post last berkaitan restoran ikan siakap kayangan sembelih pelanggan guna chainsaw...

Jika ke Langkawi, pilih tempat makan dgn berhati2... Jangan pula pergi naik feri, balik kena berenang.. 


Biar gambar berbicara 😎🧐🤕

😰🥳



Sumber Fb: Anne Azlina

Lagi cerita Siakap Langkawi harga kayangan.Kini di dedahkan oleh Nor Izani Iza

 


Skrg ni viral pasal ikan siakap kayangan harga yahudi. So.. nak cerita sikit. Kami pun terkena. 

Selepas beronok ronok possing ala ala dok kat maldevis gitu, sang tukang bawa bot pun bawa la kami ke tempat yg terakhir.. Mula diaorg sajikan dgn pertunjukan ikan. Bagi kami seronok la agaknya sbb slpas tu nak berlenang air mata😆😆😆

Then, kami pun mula duduk kat tempat mkn. Mai la sorg akak ni mai bg buku menu. Mula2 kami order tanpa menengok buku menu. Ada yg nak nasi goreng la, mee goreng la.. pendek kata order goreng2 la. Akak tu kata, goreng2 x ada. Ok fine. Dok fikir mgkin sbb dah ptg, bahan dah hbis. Yg ada menu berlauk ja. Kami order secara rambang ja sbb buku bg 1 ja. Kami ramai. Dlm 19 org termasuk kanak2. Mmg lama la kalau tggu turn nak order. Saya ada minta buku menu lbih tpi dia buat x endah ja. Memandangkn baby dok meragam, saya pun buat x endah balik😅.  Akak ni pulak nmpk mcm nak bebai sbb dok tggu kami ambik masa order. Last, kami order mcm biasa dok order kat kdai mkn... order cepat2. Ye lah kan. Niat nak mudahkan dia jgak yg dok berdiri tggu kami order. (Sbenarnya, itu lah tektik). Mula x dak pun ikan siakap dlm menu. Kami order ikan lain.Dekat bil tu yg tulis harga rm2++. 

Lpas tu, geng2 lelaki  pg menengok ikan di kolam ikan. Kami geng2 wanita solehah menyembang la d meja mkn sambil menjaga anak yg semakin 'low bateri'. Ketika ketiadaan suami2 yg leka melihat ikan, tiba2 akak ni dtg bgtau ikan siakap dah ada. Kami pun berubah balik ke ikan siakap pulak. Jadinya ambik seekor ja ikan siakap dgn seekor lg ikan apa ye. Lupa pulak. (lpas mkn ikan siakap, trus x ingat) mula kami ingat ikan siakap tu saiz biasa. Kami order 3 ekor.  Pastu akak tu kata, seekor pun dah ckup. Kami pun x jangka sbnrnya saiz yg sebenarnya ikan tu. Cuma dia ckap seekor dah ckup utk kami semua mkn. Kami pun setuju. Maka bermula mimpi ngeri😆😆


Mula2, kami berteka teki la jgak harga . Mgkin rm200@rm300. Plg mahal pun rm500 sbb ramai kan.. tertibaaaa... Tadaaaa... 4 angka kau. ha.ha... air pun cekik tengkuk tahap x mati. Inikan pulak ikan siakap yg katanya dari kayangan tpi keturunan langkawi..tu baru ikan.. nuhhhh... Harga air nuhhhh... Mau tersedak minum.  Air kosong pun rm5.. inikan pula air manis

Nasib la ramai. Boleh gak share2. Kalau yg mai bawa mak ayah, anak2?.. tak kena naya?. 

Telur 4 biji pun sama harga telur sepapan.. x tau la nak sumpah ka nak doa2 baik2 kat peniaga tu sbb hati ni mcm x ikhlas ja masa p byaq. Sekian saja cerita seram mengenai ikan siakap kali ini🤗🤗

Sumber Fb: Nor Izani Iza

Jumaat, 5 November 2021

Lagi pendedahan harga Siakap Langkawi harga kayangan

 Ikan Siakap Viral Langkawi... 🥶



Terpanggil untuk menceritakan pengalaman peribadi.. 

Untuk Kes Kak Ani, di restoran yang sama...

Kak Ani order macam biasa siakap 3 rasa satu....udang masak pedas.. etc... 

Dan Kak Ani tidak diberitahu berapa KG ikan siakap yang akan diberikan...

Kak Ani sedia maklum makan di restoran terapung mesti mahal... dalam kiraan kak ani, mungkin lebih kurang RM600 - RM700 untuk kak ani dan anak-anak ...

Tapi, kami diberikan ikan siakap 4.98kg... 🥶  dan total bill RM1660... 

Kak Ani makan bersama suami, mak dan anak2 kak ani yang masih kecil.... 

Bukan tidak mampu, cuma rasa teraniaya... 

Ramai yang terkena sebab Peniaga tidak inform dan tunjukkan dulu ikan... 

Ada sebuah keluarga di belakang kak ani waktu tu, kumpul2 duit dari mak dan adik beradik... kesian... 🥺 nampak sedih dan terkejut..

Semoga peniaga lebih telus selepas ini...inform customer kemungkinan harga...

 dan Kak Ani pun ambil pengajaran, selepas ni, sebagai pelanggan yang bijak, tanya betul-betul harga dan timbang dahulu di depan mata.... ❤

Sumber Fb: Rohani Osman

(VIDEO) - "Saya Akan Buat Aduan KPDNHEP".Lagi viral Siakap harga kayangan

Belum habis reda kisah VIRAL ikan Siakap RM1196.80. Satu lagi pelanggan katanya terkena. Puan Niena ZM juga terkena lebih RM1,000 untuk Ikan Siakap & Siakap Merah dengab jumlah  bill RM1,738.70. 

Perihal siakap 5.2kg, total bill RM1700 di dalam KILIM GEOFOREST PARK - specifically yg kami makan di kedai makan terapung yg ada ‘ikan pari show nama Ali & Ahmad

*di Kilim saja gais, kedai makan lain dekat Langkawi atas darat okay je okayyy, jangan takut nk makan kt tempat lain insya Allah.

Peniaga deceiving, clearly - TIDAK JUJUR & TELUS

Logically kalau dia bagitahu orang berapa size ikan dia with the price per gram dia letak, people would decide utk order atau tidak. Senang cerita the intention very basic - UNTUK MAKAN, lapar, nak makan. Ada budak2 nak mudah dorg dah penat2 lepas tour, tak ada pun nak makan sebab rasa kayangan ke, rasa nak buat2 mampu ke. Deceiving sebab secara logic common sense yg paling basic nya, orang pegi naik bot nak tengok nature, siapa nak pergi makan benda sampai beribu riban. Dan time kami nk order tu sepatutnya org kedai boleh jelaskan dahulu, dan semasa kami order tu pun sebenarnya logiknya orang kedai dah boleh anggarkan harga yg di-order, kalau betul berniaga telus, sepatutnya staff tu bagitau, ‘kak ikan kedai kami bukan mcm ikan biasa tau, akak pasti ke’, contohnya. As simple as that mcm kedai tomyam bodoh2 kat KL pun akan bgtau kita portion & pricing yg sesuai and advice accordingly. Tapi TIDAK, dia amek order mcm kedai makan biasa, dia sendiri tahu kan harga kedai makan dia bukan biasa-biasa? Dan abang bot, bang oh bang, bila abang promote makan situ senang ada budak kecik lepas snorkeling xpyh fikir cari makan, abang lupa kot detail paling penting iaitu HARGA ‘STANDARD’

Tapi ni dengan rasa tak bersalahnya siap tanya lagi, tak nak tambah lobster ke kak. Selagi boleh perah mmg perah ye? Siapa pegi tgk pokok bakau bawak duit ribu riban standby utk pegi makan?


BASIC COMMON SENSE

Ada netizen kata harga standard la seafood fresh,

makan tak ukur kat baju sendiri lagi. Fuh nak je aku campak payslip gaji kt muka dia, tapi takpe istighfar. Agaknya kalau keluarga or kawan dia sendiri kena pun dipadan muka family/kawan dia - mmg ada jenis spesis cakap gebang cmni. Apadehal makan 2-3k tangkap masak fresh jangan bising katanya

Point penting cerita dari side kami:

• kami tidak ditunjuk ikan - selalu kita pegi makan ikan bakar dia akan bawak ikan timbang depan mata kan? TIADA. Selalu bila kita tny size ikan, dia akan terus bawak pegi tgk atau timbang kan, ni dia macam tak nak bg kita tengok just cakap mulut *ini kami lah

• TIDAK ADA CAKAP IKAN SHOW, TIDAK ADA SUGGEST IKAN LAIN ATAU BERAT IKAN LEBIH RINGAN - TIADA. Menipu kuat eh

 • kedai ada display harga segram, kami bukan argue ikan siakap tu RM160/kg, kami faham harga tu bukan bengap sangat, yg kami ketengahkan adalah diberi ikan yg digambarkan ‘size ikan besar sedikit dari siakap biasa’ tapi rupanya 5.2kg - bila sampai kami pun terpinga-pinga ikan tu boleh dihidang bahagi 3 pinggan, masa tu dah rasa x sedap hati tengok size ekor je mcm blh agak size ikan. Kalau diberitahu semasa order, tidak lah kami proceed. Tu bukan besar sikit kak, tu besar bapak

• Udang & sotong dalam resit 1kg, kami tak mintak sekilo, tapi yg dihidang ada 2 pinggan yg tidak sampai sekilo pun (boleh tengok video), dan kami minta by berapa pinggan hidang, macam order lauk kat kedai mcm biasa, selalunya portion sepinggan cmtu la makan family, jadi kami tahu kami ramai, kami mintak 3 hidang sebab meja panjang kan. org kedai tu tak tahu pun ktorg berapa orang

• dan paling penting, kalaupun ada yg anda ‘scam’ terlebih mampu atau mampu utk bayar - kalau berniaga elok2 dengan jujur & telus diberitahu sizing, pricing & ‘keunikan’ restoran terapung KILIM GEOFOREST PARK seperti ‘ke-fresh-an’ ikan, ikan show yg dimasak ke apa ke pada pengunjung dan semua jelas & ackowledge. Mungkin kami pun nk merasa ke-hebatan dan order ikut kemampuan wpun sekadar merasa - but the truth is TAK SEDAP MASAKAN nya, fresh mcmana pun tak boleh nak appreciate fresh itu. Ni review jujur yg memang food hunting seafood mana-mana tempat

Kami highlight this supaya tiada yg terkena, kami terbayang kalau yg kena tu org yang betul-betul tak mampu. Haih, mcmana lah kan. Ni kami dah bgtau no reason lah utk orang lain tidak tahu & terkena mcm kami, kalau mmg nak makan, why not.

Utk owner kedai, yg bersubahat sekali menipu pengunjung tanpa rasa bersalah - semoga dibalas setimpal cash di dunia sebanyak orang2 yg anda aniaya, dan utk menteri & atasan, kami dengar dh byk kali dah kes ni diadukan rupanya lepas terkena tapi no action, you’re digging Langkawi grave if this persist. Honestly I’m an entrepeneur myself, we will spread & cycle this story every year every season and remind others as part of our responsibility and not be selfish.

VIDEO:


Harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik antara pelanggan dan pekedai. Jangan biarkan ia berlanjutan sehingga menjejaskan sektor pelancongan dalam negara.

-borakviral.life

Isu Siakap Langkawi: 'Kenapa nak tularkan selepas setuju bayar?' kata pemilik restoran

 NORASYIKIN menunjukkan menu masakan di restorannya yang memaparkan berat ikan dikira menggunakan sukatan gram dan lengkap dengan harga. FOTO Hamzah Osman

NORASYIKIN menunjukkan menu masakan di restorannya yang memaparkan berat ikan dikira menggunakan sukatan gram dan lengkap dengan harga. FOTO Hamzah Osman

Langkawi: Pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa terkilan selepas pelanggan berperwatakan alim bertindak menularkan harga ikan siakap di restorannya terlampau mahal.

Malah dia turut mempersoalkan tujuan sebenar pelanggan terbabit yang menularkan perkara itu selepas bersetuju membayar harga yang dikenakan pada hari kejadian.

"Saya betul-betul tak sangka orang yang berperwatakan alim dan warak sanggup buat kerja seperti ini, sedangkan dia sendiri yang pilih ikan segar dalam sangkar untuk dimasak.

"Ketika mengambil pesanan, saya ulang banyak kali bahawa ikan (yang dipilih) itu besar sambil saya tunjuk dengan isyarat tangan anggaran saiz ikan," katanya ketika ditemui di restorannya di Kilim Geoforest Park di sini, hari ini.

Norasyikin turut menafikan sekeras-kerasnya pihaknya memaksa pelanggan memilih ikan bersaiz besar bagi mendapat keuntungan berganda selepas perniagaan terjejas teruk akibat pendemik Covid-19.

"Sepanjang lapan tahun berniaga di sini, saya dan kakitangan tidak pernah memaksa pengunjung memilih ikan besar untuk menjamu selera di restoran ini.

"Malah, ketika mengambil pesanan kami akan beritahu berat ikan dikira dalam sukatan gram dan setiap menu lengkap tertera harga dengan jelas," katanya.

Beliau berkata, selepas selesai makan kumpulan sembilan pelancong terbabit tidak datang berjumpanya untuk bertanyakan mengenai harga yang dikenakan.

"Ketika melangkah meninggalkan restoran mereka juga tidak cakap apa-apa mengenai bayaran yang pihak kami kenakan ke atas ikan siakap yang dimasak menu tiga rasa dan stim limau itu.

"Sebenarnya ikan siakap yang mereka pilih itu seberat 7.48 kilogram berusia 11 tahun dan dipelihara untuk dipertontonkan sebagai tarikan pengunjung restoran," katanya.

Semalam, media melaporkan makan tengah hari sekumpulan pelancong di sebuah restoran terapung di pulau ini kelmarin, dikejutkan dengan harga ikan siakap yang didakwa mencecah RM1,196.80.

Sementara itu, empat Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Langkawi turut kelihatan melakukan siasatan di restoran berkenaan hari ini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid berkata, pihaknya sedang menyiasat dan mengumpul maklumat kejadian daripada pengadu dan peniaga.

"Maklumat sudah diperolehi dari kedua-dua pihak dan siasatan lanjut sedang dijalankan secara adil," katanya ketika dihubungi di sini.

Berita berkaitan

Tidak mahu terus terpaIit, akhirnya wakil kedai yang tular gara2 harga siakap tak masuk akal tampil buat penjelasan..

 WOW:SEEKOR SIAKAP LANGKAWI BERHARGA RM 1196.80!

-myMetro