"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Piala Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Piala Malaysia. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Oktober 2021

Covid19:Negeri Sembilan FC Terpaksa Ucap Selamat Tinggal Buat Piala Malaysia

 Kem Negeri Sembilan menerima tamparan hebat menjelang aksi ketiga saingan TM Piala Malaysia 2021 bertemu Kedah pada minggu hadapan selepas wabak COVID-19 dilaporkan menyerang pasukan tersebut.

Menurut pengumuman yang dilakukan laman sosial rasmi kelab tersebut, seramai empat pegawai pasukan dan 20 orang pemain telah dijangkiti wabak berbahaya itu.

Perkembangan terkini itu juga sekali gus menyebabkan Negeri Sembilan yang merupakan juara Liga Premier Malaysia 2021 terpaksa melupakan terus kempen Piala Malaysia musim ini.

Keputusan yang cukup berat untuk diterima oleh barisan kendalian K.Devan itu dimana skuad ‘Hoben Jang Hoben’ itu telah mencatatkan satu kemenangan dan satu keputusan seri pada dua aksi awal.

“Dukacita dimaklumkan bahawa seramai 4 pegawai dan 20 pemain Negeri Sembilan FC (NSFC) telah sah dijangkiti COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin wajib di rumah serta dipantau selama 10 hari oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.”

“Ujian pengesanan COVID-19 secara berterusan sedang dilakukan bagi kontak rapat para pemain dan pegawai NSFC yang terlibat,” menurut kenyataan yang dikeluarkan NSFC.

“Selain itu, demi menjaga keselamatan semua pihak serta mengambil berat di atas nasihat yang diberikan oleh Doktor pasukan, pihak NSFC ingin memohon setinggi-tinggi kemaafan kepada para penyokong pasukan kerana hal ini turut menyebabkan pembatalan perlawanan persahabatan menentang Kuching City FC yang sepatutnya diadakan pada 20 Oktober 2021 dan pasukan Negeri Sembilan FC tidak dapat meneruskan baki saingan Piala Malaysia untuk musim 2021.”

“Pihak NSFC juga berharap agar para penyokong memberi sokongan dan mendoakan kesejahteraan para pemain dan pegawai pasukan.”

    Dalam saingan Piala Malaysia musim ini, Negeri Sembilan telah diundi dalam kumpulan C bersama-sama Melaka United, Kedah dan Kelantan United.

    -vocketfc.com

    Selasa, 28 September 2021

    Bolasepak:Nama Sabah FC tiba – tiba jadi sebutan Dunia

     


    Nama Liga Malaysia (Liga M) dan Sabah FC ‘mendunia’ selepas jaringan sepakan percuma ‘roket’ yang dilakukan Park Tae Su menarik perhatian Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

    Menerusi akaun Twitternya, ‘bapa’ bola sepak itu berkongsi jaringan yang dilakukan pemain Korea Selatan itu ketika aksi Piala Malaysia bertemu PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

    Malah, badan induk bola sepak antarabangsa itu turut meninggalkan komen yang memuji jaringan berkelas dunia terbabit.

    Tepukan kepada Park Tae Su! Jaringan roket daripada 40 ela yang terkena palang sebelum memasuki jaring.

    “Gol yang pasti menjadi sejarah buat Sabah FC,” kata FIFA.

    Jaringan terbabit jelas menarik perhatian pelayar Internet, bukan sahaja dalam kalangan penyokong tempatan tetapi juga pelayar dari luar negara.

    Tidak kurang juga ada yang melabel jaringan itu layak untuk memenangi Anugerah Puskas FIFA.

    Bagaimanapun, jaringan terbabit tidak mencukupi untuk skuad Tambadau meraih kemenangan apabila diikat tuan rumah 1-1 sekali gus terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata.

    -Info Terkini

    Ahad, 26 September 2021

    Piala Malaysia: Pasukan-pasukan yang mampu sekat JDT


     Pilihan utama untuk menjuarai Piala Malaysia adalah Johor Darul Ta’zim (JDT) namun Selangor FC diramal mampu mencipta kejutan seterusnya beraksi di final bersama juara Liga Super lapan kali berturut-turut itu.

    Itu harapan dua legenda bola sepak negara, Khalid Ali dan Azman Adnan terhadap juara 33 kali Piala Malaysia itu berdasarkan peningkatan prestasi pada lima aksi terakhir Liga Super.

    Azman berkata, beliau mengharapkan Selangor FC mampu bangkit dan mempamerkan aksi cemerlang sepanjang kempen Piala Malaysia.

    Katanya, saingan Piala Malaysia tidak seperti Liga Super apabila setiap pasukan sudah tentu akan mempamerkan aksi terbaik masing-masing dalam usaha mendakap piala tertua di Asia Tenggara itu.

    JDT sudah tentu pilihan utama memenangi Piala Malaysia kerana pasukan itu boleh dikatakan mempunyai segalanya membabitkan pemain dan fasiliti.

    Namun, jangan lupa juga pada pasukan lain seperti Terengganu, Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Penang yang sememangnya kita lihat berpotensi menempah tiket ke peringkat empat terbaik.

    “Bagi saya Selangor juga mempunyai peluang dan mengharapkan pasukan itu bangkit untuk memenangi Piala Malaysia,” katanya.

    Sementara itu, Khalid berkata, pasukan kerdil seperti Negeri Sembilan dan Sarawak United juga sudah tentu menyimpan impian melakukan kejutan kepada pasukan Liga Super.

    “Pendatang baharu Liga Super itu sudah tentu mahu memberi ‘salam perkenalan’ kepada pasukan Liga Super dengan memberi tentangan sengit seterusnya menafikan skuad bertaraf gergasi untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

    “Jika melihat situasi terkini, sememangnya JDT menjadi pilihan namun saya tetap memilih Selangor untuk mengiringi pasukan itu ke final,” katanya.

    Saingan Piala Malaysia yang membuka tirai hari ini menyaksikan empat perlawanan berlangsung membabitkan Penang FC men3ntang naib juara Liga Perdana, Sarawak United dan Kuala Lumpur City FC bertemu Sri Pahang FC.

    Dua lagi perlawanan adalah membabitkan skuad bimbingan Nafuzi Zain iaitu Terengganu FC bertemu Kuching City FC manakala Selangor FC pula akan menerima kunjungan Perak FC.

    -sportmalaya.com

    Selasa, 14 September 2021

    SAINGAN 100 TAHUN PIALA MALAYSIA DIJANGKA SENGIT

     


    Dua pasukan yang mengisi balang 2 menjelang undian TM Piala Malaysia 2021, Selangor FC dan Kuala Lumpur City FC dijangka menjadi pasukan yang mahu dielakkan oleh kebanyakan pasukan terutama empat pasukan pilihan, Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah Darul Aman (KDA) FC, Penang FC dan Terengganu FC dari balang 1 menjelang undian 100 tahun Piala Malaysia yang akan berlangsung esok.

    Faktor itu terjadi kerana kedua-dua pasukan sedang berada di prestasi terbaik pada penghujung saingan Liga Super yang menyaksikan mereka boleh menewaskan sesiapa sahaja lawan yang akan ditemui di TM Piala Malaysia.

    Menurut penganalisis Liga Malaysia yang juga merupakan bekas penyerang kebangsaan, Rudie Ramli, beliau menjangkakan mana-mana pasukan yang akan diundi bersama dua pasukan ini bakal memperlihatkan saingan sengit di peringkat kumpulan.

    “Kalau kita tengok persembahan Selangor dan KL City kebelakangan ini, sememangnya mereka akan menjdi cabaran besar kepada pasukan-pasukan di balang satu.

    “Biarpun Selangor tewas kepada PJ City pada aksi terakhir namun dalam beberapa perlawanan sebelum itu, mereka saya dapati ada adunan pemain senior dan junior yang begitu baik.

    “Mereka tampil cemerlang dalam kebanyakan perlawanan yang dilangsungkan di tempat lawan dan secara keseluruhan, kualiti mereka tidak jauh dengan empat pasukan di tangga teratas.

    “KL City pula mempunyai rekod begitu menakjubkan apabila tidak tewas dalam 11 perlawanan di tempat sendiri walaupun mereka ada masalah ketiadaan penyerang import.

    “Bagaimanapun, Bojan Hodak (ketua jurulatih KL City) begitu ‘masak’ dengan Liga Malaysia apabila bijak menggunakan Paulo Josue dan Romel Morales beraksi di posisi penyerang selain sudah mula menggunakan Safee Sali.

    “Namun, jangan juga memandang rendah satu lagi pasukan di balang kedua iaitu PJ City, mereka sudah mula menemui rentak kemenangan pada dua aksi terakhir selain Melaka United,” katanya.


    11 pasukan Liga Super telah mengesahkan tempat selain 2 pasukan Liga Premier, Negeri Sembilan FC dan Sarawak United FC sementara baki tiga lagi slot ke TM Piala Malaysia akan ditentukan antara empat lagi pasukan Liga Premier iaitu membabitkan PDRM FC, Kuching City FC, Kelantan FC dan Kelantan United FC.

    Selain balang satu dan dua, balang tiga akan menyaksikan empat pasukan dari tangga kesembilan hingga sebelas Liga Super iaitu Sabah FC, Sri Pahang FC dan Perak FC manakala satu lagi akan diisi juara Liga Premier manakala balang empat antara pasukan di tangga kedua hingga kelima Liga Premier, tanpa mengambil kira kedudukan pasukan Reserve Team.

    Undian akan dijalankan dengan cabutan pemilihan pasukan daripada balang pasukan dan komposisi kumpulan akan terbentuk selepas cabutan balang komposisi.

    Sementara itu, seorang lagi penganalisis, Syed Adney Syed Hussein, mengakui juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) masih menjadi pilihan utama di atas kertas bagi mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi dua tahun lalu namun terdapat beberapa pasukan dijangka mampu memberikan cabaran.

    Beliau juga merupakan bekas penjaga gol kebangsaan serta menyarung jersi Selangor, Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), berkata Terengganu FC di bawah kendalian Nafuzi Zain, dijangka akan membuat kebangkitan selepas melalui kekecewaan di penghujung saingan Liga Super.

    “Penang, Kedah, Terengganu FC, dan Selangor saya rasa akan beraksi lebih baik di Piala Malaysia dengan mereka mempunyai dua minggu untuk melakukan persiapan.

    “Namun saya rasa Terengganu yang menjadi pasukan paling kecewa kerana selepas sekian lama berada di tempat kedua tetapi akibat gagal peraga prestasi terbaik dalam beberapa perlawanan terakhir, mereka terus jatuh ke tangga keempat.

    “Saya rasa Nafuzi pasti membangkitkan semula semangat pemain-pemainnya di TM Piala Malaysia yang hanya punyai enam perlawanan sahaja untuk diharungi di peringkat kumpulan.

    “Begitu juga dengan Kedah, mereka akan bertambah garang dengan kehadiran semula Kpah Sherman untuk kembali bergandingan semula bersama Tchetche Kipre.

    “Namun, saya masih meletakkan JDT sebagai pasukan pilihan kerana ada kekuatan yang baik dari segi barisan pemain utama dan simpanan malah mereka boleh melakukan penggiliran pemain jika diperlukan ekoran kecederaan atau penggantungan mana-mana tonggak utama,” katanya.

    -MFL