"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Perkahwinan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkahwinan. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Oktober 2021

[VIDEO] Ditanya Mengapa Kahwin Awal, Budak SPM Jawab: ‘Buat Kerja Sekolah Ada Orang Teman’

 

Sekadar gambar hiasan

Ungkapan kalau dah jodoh tak ke mana! sering kali kita dengar apabila bercakap soal jodoh. Walaupun, mempunyai perbezaan dari segi umur dan sebagainya perkara tersebut sama sekali tidak menjadi penghalang asalkan pasangan ini mampu menempuhi halangan tersebut bersama.

Jawab soalan netizen

Seperti video yang trending di laman TikTok, dikongsikan seorang gadis dikenali sebagai Akma.Nasri tampil menjawab soalan yang diajukan oleh netizen yang bertanyakan mengapa dia berkahwin pada usia yang muda. Susulan daripada itu, gadis ini tampil menceritakan kelebihan berkahwin pada usia muda.

Kenapa kahwin awal sangat, enjoy lah dulu.

Buat kerja sekolah ada orang teman, buat apa semua dapat pahala, nak keluar p mana pun tak ada orang marah, ada orang selalu merap, dan bila takut ada orang teman.

Hasil tinjauan pihak OHBULAN! di laman Instagram pasangan ini, mendapati gadis ini baru sahaja berusia 17 tahun manakala, suaminya berusia 19 tahun dan mereka selamat disatukan pada 22 Mei yang lalu, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Alhamdulillah selamat jadi isteri kepada Muhammad Irwan Fahmie yang sah. Thank you sayang dah halalkan saya dan tunaikan janji. Harap awak boleh jadi suami yang terbaik untuk saya dan didik saya ke jalan yang benar. Saya sayang awak suami. #PengantinPKP

Menerusi video lain yang dikongsi, difahamkan gadis ini sedang hamil. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja dengan kisah pengantin muda ini dan pada masa yang sama menitipkan doa semoga urusan mereka dipermudahkan.

Video penuh:

Sumber: Akma.Nasri

kredit.ohbulan.com

Selasa, 5 Oktober 2021

Pelajar lelaki kahwini guru 15 tahun lebih tua

 

Gambar yang menunjukkan kedua-dua pasangan suami isteri itu ketika bergelar murid dan guru serta selepas berkahwin. – Tiktok @adedaneva_881

JAKARTA – Seorang pemuda di Indonesia menjadi sensasi internet apabila mengahwini gurunya sendiri yang mempunyai perbezaan usia sekitar 15 tahun dengannya, lapor laman berita Suara.com semalam.

Menerusi satu klip video yang tular dalam aplikasi TikTok, pelajar tersebut mengaku bahawa dia merupakan murid kepada isterinya itu pada tahun 2019 ketika dia masih menuntut di sekolah menengah.

Pemuda tersebut turut berkongsikan sekeping gambar yang dirakam bersama isterinya  pada tahun tersebut yang memaparkan dia memakai pakaian seragam sekolah.

Turut berdiri di sampingnya ialah isterinya yang ketika itu juga memakai seragam guru. 

Gambar seterusnya yang diambil pada tahun 2020 memaparkan kedua-dua mereka berada di sebuah taman bunga dengan gaya mesra.

Pemuda itu kemudiannya memuat naik gambar terbaharu  tahun ini yang memaparkan  mereka memakai pakaian pengantin serta bergambar di hadapan sebuah pelamin. Dia mengaku  bahawa mereka kini bergelar pasangan  suami isteri.

Video perkongsian itu menjadi tular dengan ramai pengguna media sosial meluahkan rasa kagum dan gembira melihat kisah cinta tidak mengenal usia itu.

“Jodoh, maut, bukan kita yang tentukan kerana kita cuma menjalani hidup ini. Cinta tidak mengenal usia. Semoga terus berbahagia,” kata seorang netizen.

“Gurunya kelihatan muda walaupun berkahwin dengan muridnya, bahkan mereka nampak seperti sebaya. Dahsyat, abang!” komen seorang lagi pengguna. – AGENSI 

Sabtu, 2 Oktober 2021

Kerana Cinta, Puteri Diraja Jepun Sanggup Tolak Tawaran RM5.17 Juta Untuk Kahwini Orang Biasa


Demi cinta, anak Putera Mahkota Jepun, Putera Akishino iaitu Puteri Diraja Jepun, Puteri Mako, 29 tahun bukan sahaja sanggup menolak bayaran $1.3 juta (RM5.17 juta) yang ditawarkan kepadanya tetapi juga sanggup melangsungkan perkahwinan tanpa majlis besar-besaran.

 Beliau yang juga merupakan anak saudara Maharaja Jepun, Maharaja Naruhito bakal menamatkan zaman bujangnya bersama tunangannya yang daripada kalangan orang biasa, Kei Komuro, 29 tahun pada 26 Oktober ini. 

Sumber: Page Six 

 Keduanya kemudian dilaporkan akan berhijrah ke Amerika Syarikat, di mana Komuro akan meneruskan kerjayanya sebagai peguam. 

 Ini adalah pengumuman rasmi pertama bahawa mereka akan meneruskan pernikahan yang telah ditangguhkan bertahun-tahun kerana skandal kewangan yang melibatkan ibu Komuro.

 Puteri Mako pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau dan tunangannya adalah orang biasa yang tidak boleh digantikan antara satu sama lain dan perkahwinan adalah pilihan yang diperlukan untuk kehidupan mereka.

 Keputusan Puteri Diraja Jepun yang enggan menerima bayaran itu adalah kerana beliau mahu membawa haluannya sendiri.

 Menurut media Jepun, ahli perempuan keluarga diraja yang berkahwin dengan orang biasa akan dikeluarkan namanya daripada senarai ahli keluarga diraja. 
 

Kerana Cinta, Puteri Diraja Jepun Tolak Tawaran RM5.17 Juta Untuk Kahwini Orang Biasa 1 Berbeza dengan anak lelaki diraja, sekiranya anak perempuan diraja mahu terus kekal sebagai puteri diraja, mereka perlu berkahwin dengan lelaki daripada golongan bangsawan berdarah diraja.

 Manakala jika anak lelaki diraja iaitu putera raja berkahwin dengan orang biasa, secara automatik isteri mereka akan menjadi ahli kerabat diraja. Puteri Mako bersama keluarganya. 

Sumber: Japan Times 

Disebabkan tradisi inilah, keluarga diraja Jepun hanya memiliki 18 orang ahli jika mahu dibandingkan dengan keluarga diraja dunia lain. 

 -odisi.my

Rabu, 22 September 2021

Jarak usia 37 tahun bukan penghalang cinta Norlida dan Sabree

 MAJLIS pernikahan Norlida dan Muhammad Sabree di Kampung Teriang, Jelebu, pada 17 September lalu. FOTO ihsan Norlida Mohamed Salleh

MAJLIS pernikahan Norlida dan Muhammad Sabree di Kampung Teriang, Jelebu, pada 17 September lalu. FOTO ihsan Norlida Mohamed Salleh

Jelebu: "Cinta dia kepada saya luar biasa," kata Norlida Mohamed Salleh, 59, isteri kepada Muhammad Sabree Razaman, 22.

Itu respon ibu enam anak, Norlida mengenai pernikahannya bersama jejaka pilihan yang dua kali ganda lebih muda daripadanya.

Dia yang sudah mempunyai enam cucu berkata, dia tidak menyangka perjumpaan kali pertama hanya sebagai pelanggan di gerai tempat bekerja kini bertukar menjadi peneman hidup.

Norlida berkata, perkahwinan ini adalah kali ketiga buatnya dan menganggap Muhammad Sabree antara suami yang terbaik.

Tak semestinya gagal dalam rumah tangga yang lepas buat kita putus asa kerana kebahagiaan perlu dicari.

"Jika bercakap soal suami dan peneman hidup ini... saya ada pun okay, tiada pun tidak menjadi masalah kerana sudah lanjut usia.

"Tetapi disebabkan dia (suaminya) yang bersungguh-sungguh ingin melangsungkan perkahwinan, jadi saya terima," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini

Menurutnya, peribadi Muhammad Sabree yang sentiasa mengutamakan keluarga menjadi faktor utama dia memilihnya.

"Ini perkahwinan paling bahagia kerana semua ahli keluarga terima dengan hati terbuka dan memang dari awal rapat dengannya.

"Sejak kenal dulu pun dia tidak pernah meminta malah sekarang suruh jaga kad ATM miliknya untuk kegunaan barangan keperluan kami," katanya yang kini suri rumah sepenuh masa.

Sementara itu, Muhammad Sabree berkata, dia bersyukur perkenalan selama dua tahun bersama isterinya itu akhirnya membawa ke jinjang pelamin selepas pelbagai rintangan dilalui pada 17 September lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Jelebu, Negeri Sembilan.

"Alhamdulillah, saya amat berterima kasih kepada semua yang mendoakan kami dan kepada keluarga isteri yang sentiasa menyokong dari awal hingga ke penghujung.

"Saya harap kami sentiasa bahagia dan diberikan kesihatan yang panjang," katanya yang bekerja sebagai petugas pembersihan SWM Environment Sdn Bhd.

Dalam pada itu, anak ketiga Norlida yang hanya mahu dikenali sebagai Ecah, 34, turut gembira atas perkahwinan ibunya yang mesra dipanggil 'mama'.

"Saya gembira mama ada peneman, saya lihat mereka sangat bahagia, solat dan makan semua bersama.

"Kami semua terima tanpa rasa kekok sebab bapa muda ini jenis 'sporting' dengan anak-anak dan cucu," katanya.

Terdahulu, gambar pasangan yang memiliki jarak usia 37 tahun ini tular di media sosial selepas dikongsi anaknya di aplikasi TikTok.

-myMetro

Jumaat, 17 September 2021

Wow: Umur baru 17 tahun sudah ada dua isteri

 

Foto tular yang menunjukkan upacara akad nikah dengan salah seorang pengantin perempuan sedang berlangsung. 

JAKARTA – Seorang remaja lelaki berumur 17 tahun di  wilayah Sumatera Selatan menjadi tular kerana melangsungkan pernikahan dengan dua orang gadis dalam tempoh selang dua jam pada  Jumaat lepas, lapor laman berita Suara.com.

Remaja dikenali sebagai Supandi itu  menikahi Annisa, 17 dan Sangkut yang juga berumur  17 tahun. Ketiga-tiga  mereka berasal dari kampung yang sama.

Menurut Setiausaha Kampung Karang Anyar, Wildan Hakim, ketiga-tiga mereka sememangnya mempunyai hubungan yang rapat sejak beberapa tahun lalu.

“Kedua-dua datuk pengantin perempuan ialah adik-beradik.

“Pernikahan mereka telah dirancang dan berlangsung di rumah pengantin perempuan,” kata Wildan.

Upacara akad nikah pertama antara Supandi dan Annisa dilangsungkan di rumah keluarga gadis itu pada pukul 1 petang (waktu tempatan), manakala akad nikah bersama Sangkut dilakukan di rumah gadis itu pada pukul 3 petang (waktu tempatan).

“Pernikahan itu direstui oleh kedua-dua keluarga.

“Bagaimanapun, mereka hanya melakukan upacara akad nikah kerana majlis perkahwinan akan diadakan pada tahun depan,” ujar Wildan.

Sementara itu, Wildan berkata, pemerintah kampung telah mengingatkan ketiga-tiga pengantin baharu itu bahawa pernikahan tersebut dikategorikan sebagai perkahwinan bawah umur.

“Bagaimanapun, semua keluarga terlibat mempersetujui pernikahan itu dan mereka perlu tinggal bersama ibu bapa masing-masing,” ujarnya. – AGENSI 

Khamis, 16 September 2021

Pergi daftar nikah, Azaria Tagaya dan suami terus selamat bernikah

AZARIA bersama suaminya, Reza Syafiq bernikah semalam.
AZARIA bersama suaminya, Reza Syafiq bernikah semalam.

Kuala Lumpur: Personaliti TV3, Azaria Tagaya, 36, selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya, Reza Syafiq Zainal Rashid, 32, di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, semalam.

Dalam majlis jam 12 tengah hari itu, Azaria atau nama sebenarnya Azaria Tagaya Norio Tagaya menerima sebentuk cincin dan mas kahwin, RM300 tanpa sebarang hantaran.

 Azaria yang juga pembaca berita Buletin Utama dan Nightline serta hos Money Matters berkata, dia bersyukur majlis berkenaan berjalan lancar dengan dihadiri keluarga terdekat saja.

"Kami sebenarnya tak tetapkan satu tarikh untuk nikah memandangkan keadaan sekarang masih lagi dalam pandemik. Tarikh semalam pun bukan dipilih kerana kami hanya nak langsungkan secepat mungkin.

"Kami pergi buat pendaftaran di pejabat agama dan kemudian ambil nombor giliran. Kemudian dapat tarikh nikah, 15 September. Saya sebenarnya kena bekerja semalam dan terpaksa ambil cuti untuk kahwin. 

"Hanya wali dan pasangan pengantin saja yang dibenarkan hadir, semalam. Baju nikah saya dijahit oleh mak dan dipadankan dengan Converse. Selepas nikah, baru kami jumpa keluarga dan rakan terdekat," katanya kepada Harian Metro.

AZARIA Tagaya.

AZARIA Tagaya.

Azaria berdarah campuran Jepun di sebelah ayah dan ibunya keturunan Pakistan, manakala Reza yang bekerja sebagai jurumekap kesan khas untuk filem berketurunan Pakistan dan Cina. 

Menurutnya, mereka tidak merancang mengadakan majlis resepsi dan hanya melaksanakan perkara yang wajib saja. 

"Memang dari kecil saya impikan nak kahwin secara ringkas saja dan tak suka majlis besar-besaran sebab saya rasa membazir.

"Bagi saya lebih baik kami berjimat wang untuk masa depan dan hidup bersama," katanya.

-myMetro

Jumaat, 30 Julai 2021

Pemuda Tak Sangka, Rezeki Nikah Dua Janda Muda Serentak

LAZIMNYA upacara akad nikah melibatkan antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan.

Namun begitu, istimewa buat seorang pemuda, Korik Akbar apabila menikahi dua wanita pada majlis yang sama.

Ketika ditemui Korik berusia 20 tahun memaklumkan bahawa tidak pernah mempunyai perancangan untuk menikahi dua wanita sekali gus.

“Tidak pernah ada perancangan, tapi ini adalah jodoh,” katanya yang berasal dari Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat, Indonesia.

Bertambah menarik, kedua-dua isteri lelaki tersebut berstatus janda muda.

Menurut Korik, sekitar tahun 2011 dia menjalinkan hubungan bersama Khusnul Hotimah berusia 20 tahun.

Lima tahun kemudian berkenalan pula dengan Yun Nitanuri, 21, selepas wanita itu bercerai.

Kecewa dengan Korik yang dikatakan ‘curang’, maka Khusnul memutuskan hubungan lalu mengahwini calon pilihan ibu bapanya.

Pun begitu, baru-baru ini menyedari Korik bakal menikahi Yun, Khusnul hadir ke majlis lengkap dalam persalinan pengantin dan minta dimadukan.

“Pengantin perempuan kedua (Khusnul) dipercayai telah diceraikan selepas suaminya diambil orang lain.

“Lalu apabila mendengar mantan kekasihnya bakal berkahwin, dia datang dan minta untuk dinikahi juga.

“Saya hanya mampu menggelengkan kepala dengan situasi ini. Entah apa mahu jadi dengan masyarakat kita.

“Namun, pernikahan diteruskan kerana mendapat persetujuan daripada semua pihak,” kata Ketua Pejabat Pemberdayaan Wanita, Perlindungan Anak, Kawalan Penduduk dan Perancangan Keluarga (DP3AP2KB) Lombok Tengah, Mulyardi Yunus.

Difahamkan, kedua-dua wanita itu bertemu untuk pertama kalinya di rumah Korik dan bersedia berpoligami.

Sumber: Suara.com, Kompas