"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Manusia Dan Peristiwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Manusia Dan Peristiwa. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Februari 2022

Ibu Sajat tunjuk apa yang ada dalam banglo mewah sebelum dijual, sekali ini yang ditemui

 

Usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat berhasrat menjual banglo mewah miliknya di Kota Damansara pada harga RM9.5 juta.Menerusi video di bawah berpeluang ber jumpa dengan ibu Sajat iaitu Maimon Omar, 66, untuk bersiar-siar di sekitar kediaman mewah ini.

Ibu Sajat pun ‘sp0rting’ je ajak tengok haiwan peliharaan seperti itik, ayam dan ikan… lebah pun ada.

VIDEO

SAJAT BERITAHU SATU SYARAT SEKIRANYA MAHU DIA PULANG KE MALAYSIA

Usahawan yang mendapatkan suaka di Australia, NurSajat Kamaruzzaman, membayangkan dia tidak bercadang untuk kembali dengan mudah ke Malaysia kerana kehidupannya di negara ini “sudah hancur.”Pun begitu, dia berkata, kalau ada orang menawarkan RM2 juta kepada nya keputusan itu mungkin berubah.

“Kalau saya balik Malaysia apa saya dapat? Kalau nak bagi RM2 juta, saya baliklah. Kalau tak nak bagi, nak buat apa.Saya dah hancur segala-galanya di Malaysia, kalau RM2 juta bak mai, saya balik. Kalau tak ada RM2 juta buat apa, tak naklah.

“Di sini, macam-macam saya boleh dapat. Jadi kamu nak saya balik untuk apa? Cuba beritahu kenapa saya perlu balik?Kenapa you all (kamu semua) nak saya balik sangat?” katanya menjawab soalan netizen.

Sajat sebelum ini dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas kesalahan mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana menghina atau sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.Disebabkan itu, dia mendapatkan suaka daripada kerajaan Australia pada Oktober tahun lalu selepas melarikan diri dari Malaysia, melalui Thailand.

Terbaru, dia dikehendaki polis bagi membantu siasatan dalam kes penipuan maklumat kad pengenalan yang sedang dibicarakan di Mahkamah Ampang Jaya.Mak nyah itu dikehendaki hadir di Mahkamah Ampang Jaya pada 22 Februari depan. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan satu lagi waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.

Tak mahu disalahkan atas bencana alam

Sajat pada masa sama secara sinikal menjelaskan, tidak lagi mahu dijadikan seolah-olah kambing hitam sekiranya sesuatu bencana menimpa negara ini. Jelas Sajat, dia sudah serik apabila namanya seringkali ‘dipetik’ menjadi asbab sesuatu musibah menimpa Malaysia.

“Kalau saya balik Malaysia, saya tak boleh pakai baju terbelah-belah atas bawah macam longkang ni.Kalau saya pakai, nanti semua bencana alam yang berlaku kat Malaysia tu orang cakap disebabkan salah saya.Habis semua Pencetus Ummah, ustaz, ustazah, menteri agama lepas tu Jabatan Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia nanti semua kata semua yang berlaku disebabkan bersubahat dengan orang berdosa macam saya,” ujarnya.

Menambah hujahnya itu, kata Sajat, walaupun dia sudah tidak berada di Malaysia, negara ini tetap ditimpa musibah.

“Nanti ada yang kata Tuhan marah menyebabkan air laut bergelora, angin bertiup kencang, ribut taufan, bumbung melayang dan tanah terus retak.Ni, aku tak ada pun, masih ada ribut dan banjir sana sini. Cukup, aku tak nak diperlehkan lagi,” katanya.

‘Pender4an seksual’ di sekolah agama

Menurut Sajat, orang ramai begitu mudah menjatuhkan hukum terhadapnya disebabkan penampilannya sedangkan banyak lagi perkara negatif berlaku disebabkan kejahatan yang disembunyikan.

Dia turut mengambil contoh penderaan seksual yang berlaku di sekolah-sekolah agama.

“Manakala, manakala itu kita tak nampak, tuding satu jari kat Sajat, empat jari lagi pada orang yang tak nampak.Mereka berselindung di sebalik baju, jubah dan kopiah,” katanya.

Sumber: ASNsohor

Isnin, 7 Februari 2022

Pengajaran Dari Adik Rayyan Morocco

1. Syurga itu mahal. Ia untuk mereka yang kuat sahaja. Budak kecil, tiada kekuatan, tiada akal fikiran waras, diuji Allah terperangkap selama 5 hari di dalam pergi sempit sedalam 30 meter. Anak yang tak punya dosa pun perlu melalui ujian berat ini untuk ke syurga. Maka apatah lagi kita yang dewasa. Harus lebih kuat, jangan terperangkap dengan nafsu dan syaitan.


2. Mati itu benar. Seluruh dunia datang menyelamatkan, mendoakan, memberikan bantuan, namun jika sampai masanya, tiada siapa mampu menghalangnya.


3. Kasih sayang itu benar. Ia merentasi agama, bangsa dan negara. Semua berhimpun atas nama kasih sayang. Itu semua rahmat dari Allah. Allah kurniakan sedikit kepada kita atas dunia, dan disimpankan sebanyak-banyaknya kasih sayangNya untuk dirasai di hari akhirat.


4. Nyawa seorang manusia tiada ternilai harganya. Surah AlMaidah ayat 32, sesiapa yang telah membunuh seorang manusia tanpa sebab bererti telah membunuh sekalian manusia, sesiapa yang telah menyelamatkan seorang manusia, bererti telah menyelamatkan seluruh ummat manusia. Semoga Allah merahmati semua pasukan penyelamat.


5. Usaha itu benar, hasil itu serah pada Allah. Walaupun usaha menyelamatkan Rayyan itu sukar, terpaksa mengorek tanah berbatu, bukan tanah gambut seperti Malaysia, buat terowong, hulurkan tali, hantarkan camera, hantarkan makanan, kemudian dapat diselamatkan, namun akhirnya adik Rayyan meninggal dunia selepas 20 minit diselamatkan. Kalau tahu meninggal, buat apa bersusah payah selamatkan? Tapi kita tak pegang macam tu. Kita pegang pada usaha. 


6. Amalan tersembunyi itu benar. Tiada siapa kenal ibu bapa Rayyan sebelum ini. Namun sekelip mata, ibu bapa Rayyan diangkat Allah. Mari kita ingati semula pesanan Nabi Muhammad S.A.W, ada 7 golongan yang akan mendapat naungan Allah di hari akhirat, salah satunya manusia yang mengingati Allah secara bersendiri hingga mengalirkan air mata. Amalan tersembunyi nampak kecil, namun impaknya besar. Masih ingat lagi arwah Ammar yang meninggal di Turki? Masih ingat lagi arwah Abam? Ingat lagi arwah Siti Sarah? Satu satu kebaikan mereka terungkit selepas mati. Apakah amalan tersembunyi mereka? Apakah amalan tersembunyi ibu bapa Rayyan? Ahh itu tak penting, apakah amalan tersembunyi kita?


Wallahuaklam.


Semoga Allah ampunkan kita. Masukkan kita ke dalam syurga dan menjauhkan kita dari api neraka.


Che Mat

Rabu, 26 Januari 2022

Perghhh..Tak cukup 12 anak,mahu tambah 5 lagi

 MERRITT bersama anak sulungnya, bakal melahirkan anak masing-masing April dan Jun ini. FOTO Mattwittmeyer.com

MERRITT bersama anak sulungnya, bakal melahirkan anak masing-masing April dan Jun ini. FOTO Mattwittmeyer.com

New York: Bintang TikTok kontroversi, Veronica Merritt, 36, yang terkenal kerana mempunyai 11 anak dan bakal melahirkan bayi ke-12, pada April ini, mengimpikan mahu menambah lima zuriat lagi.

Dalam masa sama, wanita itu berkongsi kegembiraan kerana bakal menyambut cucu pertama apabila anak sulungnya, Victoria bakal melahirkan bayinya pada Jun ini.

Ia dua bulan selepas Merritt dijangka melahirkan anaknya yang ke-12.

Pemilik akaun @ThisMadMama itu sering menjadi mangsa kritikan kerana menerima bantuan kebajikan, tidak bekerja dan mendidik anak-anaknya sendiri di rumah menggunakan pendekatan santai dengan bantuan YouTube.

Merritt mula memiliki anak pada usia 14 tahun dan kini, semua anaknya berusia antara dua hingga 21 tahun.

Katanya, dia menyedari ramai tidak senang dengan berita berkenaan namun dia tidak mempedulikannya kerana tumpuannya adalah untuk membesarkan anak-anaknya.

"Bukan mudah untuk membesarkan anak-anak kerana memerlukan belanja besar, jadi saya tidak mampu menyekolahkan mereka, apatah lagi salah seorang daripada mereka pernah dibuli di sekolah.

"Untuk makanan saja, (secara) purata saya perlu belanja AS$2,500 (RM10,470) sebulan, serta lebih AS$4,000 (RM16,752) setahun untuk membeli pakaian dari laman web dan kedai murah.

"Saya juga mendapatkan bas sekolah terpakai berharga AS$3,000 (RM12,564) untuk mengangkut semua anak-anak ke mana-mana di sekitar kawasan berdekatan (rumah)," katanya kepada The New York Post.

Merritt berkata, kedua-dua bapa kepada anak-anaknya tidak membayar nafkah dan hanya seorang daripadanya yang menanggung bil utiliti keluarga.

"Saya bergantung kepada pendapatan antara AS$100 (RM418.80) dan AS$200 (RM837.60) sebulan daripada TikTok namun ia berdasarkan jumlah tontonan yang diraih.

"Saya juga mencari pendapatan sampingan sebagai pelukis bebas untuk melukis semula imej gambar yang dihantar pelanggan dengan harga AS$150 (RM628.20) untuk satu gambar," katanya.

Walaupun begitu, dia percaya kepada takdir, malah mengimpikan mahu menambah lima anak lagi pada masa akan datang.

-myMetro

Jumaat, 24 Disember 2021

Enam tahun sekatil baru sedar isteri bekas ibu tiri

 

Lelaki berkenaan terpaksa menceraikan isterinya selepas mengetahui bahawa wanita itu pernah berkahwin dengan bapanya. – Getty

RIYADH – Seorang lelaki di  Arab Saudi terpaksa menceraikan isterinya yang telah dikahwini selama enam tahun selepas mendapat tahu bahawa wanita itu merupakan bekas ibu tirinya, lapor portal berita Wolipop semalam.

Lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu dilaporkan sebelum ini tidak pernah membawa isterinya berjumpa dengan kedua-dua ibu bapanya.

Bagaimanapun, rahsia bapanya yang pernah bernikah secara misyar dengan wanita tersebut akhirnya terbongkar ketika lelaki berkenaan membawanya pulang berjumpa dengan keluarga.

Bapanya yang terkejut melihat menantunya itu akhirnya terpaksa memberitahu bahawa dia pernah berkahwin dengan wanita berkenaan 10 tahun lalu menerusi pernikahan secara misyar dan telah pun berpisah.

Penasihat Mahkamah Diraja Arab Saudi dan ahli Majlis Ulama Kanan, Abdullah Al Mutlaq berkata, lelaki berkenaan terpaksa menceraikan isterinya selepas mengetahui perkara tersebut.

“Mereka juga telah dikurniakan seorang anak lelaki,” katanya.

Menurut laporan akhbar Gulf News, fatwa yang dikeluarkan adalah, lelaki tersebut perlu menceraikan isterinya kerana perkahwinan tersebut dianggap tidak sah. Anak mereka bagaimanapun diiktiraf sebagai anak sah taraf.

Perkahwinan misyar adalah sejenis pernikahan yang dilakukan semata-mata demi memenuhi tuntutan batin dengan isteri tidak boleh menuntut sebarang hak.

Kaedah itu menjadi pilihan bagi lelaki yang mahu mempunyai lebih daripada seorang isteri, namun enggan bertanggungjawab dari segi nafkah seperti tempat tinggal dan anak. – Agensi 

Ahad, 19 Disember 2021

Innalillah: Ibu meninggal dunia ketika terperangkap dalam banjir

 KEADAAN banjir di Seksyen 19 Shah Alam. FOTO ihsan pembaca

KEADAAN banjir di Seksyen 19 Shah Alam. FOTO ihsan pembaca

Shah Alam: "Ketika ini, saya hanya mahu kematian mak disahkan dan dibawa ke hospital bagi urusan pengebumiannya," kata Khadijah Mohd Said, 49, yang kini terperangkap di rumah ibunya di Seksyen 19 dekat sini akibat banjir kilat.

Ibunya, Esah Hussin, 71, meninggal dunia jam 7.55 pagi tadi selepas dibawa naik ke tingkat atas rumah teres dua tingkat.

Turut terperangkap ialah tujuh individu iaitu suami Khadijah yang berusia 57 tahun, anak dan anak saudara yang berusia antara 8 hingga 24 tahun.

"Emak memang tidak boleh berjalan dan semalam kami cuba memapah dia naik ke tingkat atas kerana air sudah memasuki rumah bagaimanapun tidak berjaya kerana dia tidak larat.

"Pagi ini dia sendiri hendak naik dan kami berjaya memapah ke atas, bagaimanapun dia tiba-tiba mengalami sesak nafas dan terkena serangan angin ahmar.

Saya mengajarnya mengucap (syahadah) dan membawanya ke katil untuk memeriksa nadi dan apabila kami periksa tekanan darah, bacaan 'error' manakala bacaan oksigen adalah kosong," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dia berkata, ibunya menghidapi penyakit buah pinggang serta jantung dan tidak boleh berjalan.

Katanya, pihaknya kini menunggu pasukan perubatan hadir dan mengesahkan kematian.

"Saya dimaklumkan paramedik sudah sampai tetapi mereka tak boleh masuk kerana air terlalu tinggi dan hanya boleh dilalui oleh kenderaan pikap.

"Difahamkan jarak lokasi paramedik ke rumah ini dalam satu kilometer saja, sekarang kami masih menunggu untuk menguruskan jenazah emak serta membawa anak-anak keluar ke tempat yang selamat," katanya.

-myMetro

Jumaat, 17 Disember 2021

Ibu, anak berkongsi pelamin

 ASNIDA (tudung biru) dan suami serta anaknya bersama pasangan bersanding bersama. FOTO  Asnida Ramli.

ASNIDA (tudung biru) dan suami serta anaknya bersama pasangan bersanding bersama. FOTO Asnida Ramli.

Kuala Lumpur: Lazimnya, masyarakat biasa melihat adik beradik bersanding di atas pelamin sama.

Namun, berbeza bagi Asnida Ramli, 41, dan anak perempuannya, Amira Asyira Mohd Hasrizal, 22, yang sepakat untuk bersanding bersama pada hari bahagia mereka.

Asnida diijabkabulkan dengan pasangannya Mohd Fandi Ahmad Daud, 40, pada 12 Disember lalu di kediaman ibunya di Jelebu, Negeri Sembilan.

Sementara, Amira Asyira melangsungkan pernikahan bersama pilihan hatinya, Faizal Lestari Syapril, 27, Jun lalu.

Asnida ketika dihubungi berkata, anaknya yang memberi cadangan untuk bersanding sekali memandangkan dia tidak dapat mengadakan majlis pada Jun lalu ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Majlis persandingan ini diadakan secara kecil-kecilan sahaja bagi menjaga keselamatan dan kesihatan tetamu.

"Kami hanya menjemput 350 tetamu yang rata-rata terdiri daripada keluarga dan sahabat terdekat," katanya.

Katanya, mereka turut mengenakan pakaian pengantin berwarna kelabu walaupun tidak dirancang.

Menceritakan kisah perkenalannya dengan suami, Asnida berkata, mereka tinggal di kampung yang sama sebelum ini, bagaimanapun tidak pernah bertegur dek segan.

"Satu hari kami bertegur di Facebook dan bermula dari situlah detik perkenalan antara satu sama lain, dan dia melamar saya untuk menjadi isteri.

"Alhamdulillah anak-anak kami juga menerima dengan hati yang terbuka, malah mereka banyak mendorong saya untuk berkahwin lagi," katanya.

Ibu kepada lima orang anak ini turut berkata, kehadiran dua insan baharu dalam kehidupannya seperti membuka lebaran baharu dalam hidupnya selepas lima tahun hidup sendiri bersama anak-anak.

Katanya, mereka juga menerima berita gembira berganda apabila anaknya, bakal menimang cahaya mata.-myMetro

Isnin, 15 November 2021

Wanita Hamil Mendekati Harimau Untuk Bergambar Di Zoo, Tanpa Diduga Harimau Tersebut Bertindak Di Luar Jangkaan

 Wanita Hamil Mendekati Harimau Untuk Bergambar Di Zoo, Tanpa Diduga Harimau Tersebut Bertindak Di Luar Jangkaan. Haiwan sering menunjukkan bukti bahawa mereka mempunyai gerak hati yang lebih kuat berbanding manusia.

Wanita Hamil Mendekati Harimau Untuk Bergambar Di Zoo, Tanpa Diduga Harimau Tersebut Bertindak Di Luar Jangkaan

Mereka dapat merasakan sesuatu akan berlaku sebelum mereka dapat melihatnya dan mereka juga dikurniakan kelebihan untuk melihat apa yang tidak mampu dilihat oleh mata manusia.

Hal ini berlaku ketika seorang wanita mengandung berada di sebuah zoo dan telah mendekati seekor harimau yang berada di dalam kandang kaca.

Natasha merupakan bakal seorang ibu dengan kandungan yang berusia 27 minggu ketika dia melawat sebuah zoo bersama temannya. Dia tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama haiwan-haiwan dan tidak terkecuali harimau. Beraninya!

Ketika Natasha mengambil gambar swafoto dengan harimau sambil duduk di tepi dinding kaca kandang, kelihatan harimau itu cuba untuk mendekatinya dengan penuh minat.

Wanita Hamil Mendekati Harimau Untuk Bergambar Di Zoo, Tanpa Diduga Harimau Tersebut Bertindak Di Luar Jangkaan

Temannya mencadangkan supaya dia berdiri dekat dengan kandang kaca. Tertarik dengan cadangan itu, Natasha berdiri di atas tebing dinding itu dan harimau itu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Nak tahu apa yang dilakukan oleh harimau itu? Mari tengok.

Kelihatan harimau itu mendekati Natasha dengan penuh minat menyebabkan dia tertanya-tanya mengapa harimau itu berkelakuan demikian.

Apabila Natasha berdiri di atas tebing dinding dan menghadapkan perutnya ke arah dinding kaca, harimau itu dilihat seolah-olah mencium perut Natasha.

Wanita Hamil Mendekati Harimau Untuk Bergambar Di Zoo, Tanpa Diduga Harimau Tersebut Bertindak Di Luar Jangkaan

Natasha menyelak sedikit baju luarnya untuk menunjukkan perutnya dan…. lihatlah harimau itu! Ia mendekatkan pipinya pada perut Natasha! Detik manis itu sungguh mengharukan.

VIDEO:

Video Player
00:00
00:41

Tonton video ini untuk melihat sendiri aksi harimau yang suka kepada wanita mengandung seperti Natasha. Pasti rakaman singkat ini akan menjadi kenangan buat Natasha dan mungkin akan disimpan untuk tontonan anaknya apabila dia besar nanti.

Kredit : Era Baru

Sumber:arenagempak.com