"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Kerajaan PN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerajaan PN. Papar semua catatan

Rabu, 15 September 2021

𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐓 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔𝐉𝐔𝐇 (𝐁𝐌𝐓) 𝟐𝟎𝟐𝟏 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀 𝟏𝟓 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟏.

 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐋𝐔𝐏𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐓 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔𝐉𝐔𝐇 (𝐁𝐌𝐓) 𝟐𝟎𝟐𝟏 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀 𝟏𝟓 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟏.


Sukacita dimaklumkan, RISDA sedang mengemaskini maklumat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT 2021) Pekebun Kecil dan Penoreh Getah.

Sila layari 

https://bmt.risda.gov.my untuk kemaskini permohonan bermula 15 September 2021 atau ke laman www.pekebunkecilmakmur.com.my untuk mengetahui informasi syarat kelayakan bantuan. 

Sekiranya Tuan / Puan

mempunyai pertanyaan atau masalah mengenai permohonan, sila hubungi Pejabat RISDA Negeri / Daerah di talian ☎️_____ .

_________________________.

Kehadiran ke pejabat buat masa ini adalah melalui temujanji sahaja.

Sekiranya hadir ke pejabat sila pastikan Tuan / Puan memakai pelitup muka dan mematuhi garis panduan

pencegahan Covid-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kerjasama anda amat kami hargai.

#RISDAPrihatin 

#RISDAMALAYSIA 

#PekebunKecilMakmur 

#BMT2021

Semakan GKP 4.0 : Tarikh Bayaran RM1000 September & November

 


Kerajaan telah memperuntukkan bantuan GKP 4.0 yang akan dibayar pada bulan September 2021.

Untuk pengetahuan, anda juga boleh semak bantuan terbaru yang akan masuk bulan ini iaitu BPR Fasa 3.

GKP 4.0

Geran Khas Prihatin 4.0 ini merupakan bantuan khas kepada PKS (Perusahaan Kecil & Sederhana) Mikro.

Bantuan secara one-off ini adalah untuk membantu meringankan beban & merancakkan ekonomi setempat.

Jumlah Bayaran GKP 4.0

Untuk GKP 2021 ini, pemohon yang layak akan dapat RM1000. Jumlah & tarikh untuk bantuan tambahan  ini adalah seperti berikut :

  • September 2021 – RM500
  • November 2021 – RM500

gkp 4 0 semakan

Semakan GKP 4.0 2021

Semakan online geran ini boleh dibuat dengan cara berikut :

  1. Sila login Portal Rasmi GKP : Klik Sini
  2. Masukkan ID Pengguna & klik Ya untuk Kata Kunci Keselamatan
  3. Masukkan Password
  4. Penyata semakan status bayaran akan dipaparkan

Jika lulus, pastikan nombor akaun bank anda adalah betul.

Untuk maklumat anda, hanya akaun bank persendirian sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan pengkreditan bayaran.

Tarikh semakan status kelulusan GKP 4.0 ini akan diumumkan dalam masa terdekat. Nantikan.

Permohonan Baru GKP 2021

Jika anda tidak pernah dapat GKP sebelum ini, atau anda tidak layak, anda boleh daftar permohonan baru.

Caranya adalah seperti berikut :

  1. Mohon online di GKP Hasil : Daftar
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  3. Isi borang permohonan & muat naik dokumen sokongan
  4. Selepas pendaftaran, sila log masuk semula untuk semakan permohonan

Saya tidak pernah dapat GKP, apakah syarat untuk buat permohonan?

Perlu ada SSM dan masih aktif menjalankan perniagaan.

Berapa jumlah bantuan GKP 4.0?

Bagi yang layak, anda akan dapat RM500 secara one-off.

Bilakah tarikh rasmi GKP 4?

Akan dibayar pada bulan September. Untuk tarikh rasmi sila rujuk di sini

Isnin, 13 September 2021

Terima tawaran kerajaan diterajui UMNO, Anwar tak rasa terhina ke?

 

Laporan berita sebelum ini Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak tawaran kerjasama dwipartisan yang dibuat Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Termeterai sudah Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara blok pembangkang dan kerajaan hari ini yang menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini tidak rasa terhina lagi.

Berbeza dengan tawaran sama yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini, Ketua Pembangkang itu berkata dihina apabila tawaran tersebut diberikan kepadanya tetapi apabila kerajaan baharu diterajui UMNO membuat tawaran beliau rasa bangga dan menerimanya pula.

Bagaimanapun, ia bukan suatu yang luar biasa apabila Anwar membuat keputusan sedemikian kerana sikapnya yang suka memutarbelit fakta dan ia terserlah apabila menipu kononnya memiliki majoriti untuk menjadi Perdana Menteri (PM) sebelum ini.

Ia bukan kali pertama Anwar mendakwa dirinya memiliki sokongan majoriti untuk menjadi PM, sebelum ini juga sudah banyak kali mendabik dada kononnya ada sokongan walhal faktanya tidak ada sokongan.

Untuk rekod, Anwar semasa menolak tawaran Muhyiddin sebelum ini berkata, “Tak pernah saya sebut. Tak pernah saya minta. Tak pernah saya fikir pun munasabah untuk dalam keadaan pandemik, ekonomi yang meleset ini mahu dapat RM40,000, RM50,000 gaji tambahan dan kemudahan setaraf menteri kanan.

“Saya tidak langsung berfikir ini wajar dan munasabah. Takkanlah ini boleh dibuai. Bagi saya satu penghinaan, orang nak dapat RM50, RM100 tambahan sebulan untuk cari nafkah anak-anak pun susah, kamu pelawa ketua pembangkang RM40,000, RM50,000 sebulan tambahan dengan segala status dan sebagainya.”

Sekilas pandang, rakyat akan terpukau dengan kata-kata manis Presiden PKR tersebut, namun selepas keputusan pembangkang bersetuju menandatangani MoU hari ini adakah beliau sudah terlupa kata-katanya sebelum ini?

Lebih memalukan, Anwar menerima tawaran tersebut daripada kerajaan yang diterajui UMNO, tetapi ia bukan satu masalah kerana beliau juga sanggup bersekongkol dengan kleptokrat untuk menjayakan misinya menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Jadi, dimana prinsip perjuangan reformasi dan keadilan yang dilaung-laungkan oleh Anwar bersama pengikut fanatiknya dalam Parti Amanah dan DAP?

Alasan Anwar untuk menerima tawaran PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah kerana mengutamakan kepentingan rakyat dan ingin memberi tumpuan kepada usaha menangani krisis kesihatan Covid-19, jadi kesimpulannya sekarang baharu beliau sedar?

Sebelum ini Anwar mungkin tidak berkesedaran sehingga terlupa beliau adalah punca kepada kemelut politik melanda negara dan bertindak membuat komplot bersama anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata mengejar cita-cita peribadi.

Rakyat tidak lupa perbualan klip audio tular antara Anwar dan Zahid pada April lalu, malah rakyat juga tidak lupa surat yang dihantar oleh Zahid dan Datuk Seri Najib Razak sebelum ini ke Istana Negara yang menyatakan sokongan kepada Anwar sebagai calon PM.

Hari ini, kerajaan dan PH buat pertama kali menandatangani MoU Transformasi dan Kestabilan Politik di Bangunan Parlimen.

MoU berkenaan yang membentuk satu kerjasama ‘dwipartisan’ dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia, mempunyai enam agenda merangkumi pemerkasaan pelan COVID-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

Untuk rekod, tawaran kerjasama tersebut sebelum ini pernah dibuat oleh Muhyiddin sebelum meletak jawatan tetapi ditolak mentah-mentah pembangkang.

Hanya dengan kerajaan baharu diterajui UMNO sahaja Anwar tunduk dan menerima tawaran MoU tersebut, begitu takut beliau kepada UMNO sehingga mengadaikan prinsip perjuangannya sebelum ini.

-Agenda Daily

Isnin, 6 September 2021

Semakan dan Permohonan BKC Bujang PEMULIH 2021

 


Bagi BKC bujang, soalan yang sering ditanya adalah berapa jumlah yang diperoleh? Adakah ada pemohonan untuk BKC bujang, bagaimana cara membuat semakan dan sebagainya.

Pada 1 September lepas, Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri telah mengumumkan tarikh dan jumlah bayaran bagi Bantuan Khas Covid-19 (BKC) fasa 1 yang tertangguh sejak Ogos lepas.

Proses pengkreditan Fasa 1 akan bermula 6 September dan dijangka selesai pada 10 September 2021 termasuklah bagi individiu bujang yang berkelayakan.

Apakah Itu Bantuan Khas Covid-19 (BKC)?

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021. 

Kelayakan Bujang untuk Menerima BKC

Individu bujang yang layak menerima BKC adalah 

  1. Miskin Tegar
  2. B40
  3. M40

Individu bujang yang layak menerima bantuan ini adalah berdasarkan syarat kelayakan BPR 2021 dan juga pembayar cukai pendapatan (LHDNM).

Adakah Individu Bujang Perlu Membuat Permohonan BKC?

Individu bujang tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti berikut: 

BilKategori Penerima (Bujang)Data Bantuan
1.Miskin TegarPermohonan BPR 2021 yang didaftar secara automatik daripada data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan eKasih
2.B40 Permohonan BPR 2021
3.M40Percukaian (LHDNM)

Semakan Status

Semakan status BKC boleh dibuat di Portal Rasmi BKC mulai 6 September 2021.  

https://bkc.hasil.gov.my 

Berapakah Bayaran Yang Akan Diterima Oleh Individu Bujang?

Jumlah keseluruhan bayaran bagi individu bujang adalah sebagaimana berikut;

BilKategori Penerima (Bujang)Amaun Kelayakan (Bujang)
1.Miskin TegarRM500
2.B40RM200
3.M40RM100

Tarikh Pembayaran Untuk Invididu Bujang

Individu Bujang bagi kategori Miskin Tegar akan menerima 2 kali pembayaran iaitu pada fasa pertama dan fasa kedua.

Bayaran fasa 1 akan mula disalurkan mulai 6 September 2021. Manakala fasa kedua akan disalurkan pada November 2021

Sementara bagi bujang kategori B40 dan M40 hanya akan menerima bayaran pada fasa pertama sahaja iaitu pada September.

Tiada pembayaran bagi individu bujang bagi kategori B40 dan M40 untuk bulan November dan Disember.

Lihat jadual berikut untuk lebih jelas;

Jadual Bayaran BKC Termasuk Katerogi Bujang

Bagaimana Kaedah Bayaran Dilaksanakan?

Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut: 

Bujang Miskin Tegar – Melalui akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021 

Bujang B40 – Melalui akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021 

Bujang M40 – Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian

Soalan Lazim BKC Bujang

Apakah Kelayakan bagi Individu Bujang

Individu bujang yang layak menerima bantuan ini adalah berdasarkan syarat kelayakan BPR 2021 dan juga pembayar cukai pendapatan (LHDNM).
1. Miskin Tegar
2. B40
3. M40

Bagaimana boleh membuat semakan status?

https://bkc.hasil.gov.my

Berapa Jumlah bayaran untuk Individu Bujang

Miskin Tegar – RM500
B40 – RM200
M40 – RM100

Bila Tarikh Bayaran

Mulai 6 Septmber 2021 untuk fasa 1

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

-bantuanrakyat.my

Jumaat, 3 September 2021

Shahidan tegaskan sekarang masih kerajaan PN, tapi dikuasai BN

 Shahidan tegaskan sekarang masih kerajaan PN, tapi dikuasai BN

Veteran UMNO yang juga Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan beliau kini menjadi Menteri Wilayah Persekutuan di bawah pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sambil mengingatkan bahawa jenama kerajaan hari ini tidak perlu dijadikan polemik, bekas pengerusi kelab penyokong kerajaan itu menjelaskan pentadbiran baharu yang ditubuhkan adalah Kerajaan PN, tetapi diketuai oleh Perdana Menteri daripada Barisan Nasional (BN).

Beliau yang mengetuai Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) di bawah pertadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata perbezaan lain ialah kerajaan sekarang bukan diterajui Bersatu.

Memetik kenyataan kepada MalaysiaNow, Shahidan – antara pemimpin lama UMNO yang kuat menyanggah presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – berkata:

“Pasal apa pula bukan kerajaan PN? Ini ialah BN-led government yang sekarang berada dalam PN. Bagi saya tidak ada polemik, ia diwujudkan sesetengah pihak untuk jadikan perbincangan. Pada saya tak perlu.”

Hujah Shahidan bahawa kerajaan sekarang masih PN diperkuatkan lagi dengan rancangan melantik seorang pengerusi baharu untuk mengetuai PNBBC bukan BNBBC.

Beliau dipetik sebagai berkata:

“Kita akan lantik pengerusi baru PNBCC, buat masa sekarang ia belum diubah apa-apa dan perkara ini tak perlu jadi polemik, kalau sekarang orang kata ini bukan kerajaan PN. Siapa pun yang dilantik kita akan beritahu.”

Semalam, Zahid menegur kerajaan pimpinan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila menggesa Jemaah Menteri baharu berhenti daripada memberi alasan menjengkelkan dalam menjalankan tugas.

Bukan itu sahaja, malah Zahid juga dilihat seolah mengancam bekas menteri Kerajaan PN yang dilantik semula oleh Ismail Sabri membarisi Kabinetnya.

“Meskipun majoriti anggota Kabinet kerajaan lama, tetapi mereka kini berkhidmat di bawah kerajaan baharu. Maka seharusnya cara bekerja dan berfikir untuk rakyat serta negara dengan cara baharu.

“Tiada lagi sindrom penafian dengan alasan yang annoying (menjengkelkan),” kata Zahid.

Kerajaan PN tumbang apabila Muhyiddin meletak jawatan pada 16 Ogos lalu susulan tindakan Presiden UMNO itu membawa 14 Ahli Parlimen (MP) UMNO bersamanya menarik balik sokongan terhadap PN dan Muhyiddin.

Di penghujung hayat Kerajaan PN, dua menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad dan Datuk Shamsul Anuar Nasarah meletak jawatan dan menyertai kem Zahid.

Ismail Sabri yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 21 Ogos lalu, bagaimanapun melatik semula Noraini mengekalkan jawatan Menteri Pengajian Tinggi seperti ketika pentadbiran Muhyiddin.

-wrlr

Khamis, 2 September 2021

Tarikh-tarikh Penting Bantuan Kerajaan Bagi Bulan September 2021


Bulan September datang lagi. Terdapat beberapa perkara yang anda perlu ambil perhatian bagi tarikh-tarikh penting bantuan kerajaan pada bulan September 2021 ini.

Beberapa bantuan yang ditangguhkan pada bulan Ogos lepas, pastinya diharapkan pada bulan September ini kerana kewangan rakyat Malaysia berada pada tahap yang amat membimbangkan.

Perkara-perkara penting seperti pembayaran, tarikh tutup permohonan, tarikh pendaftaran bantuan dan sebagainya amat diharapkan berjalan dengan lancar dengan perlantikan semula Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangan Malaysia.

Di sini kami senaraikan beberapa tarikh penting bantuan Kerajaan Bulan September 2021.

Tarikh Bayaran i-Citra KWSP Bulan September 2021

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 26 Ogos yang lalu memaklumkan tarikh bayaran i-Citra bagi bulan September 2021 akan dibuat bermula 1 September 2021.

Semakan status boleh dibuat di portal rasmi i-Citra;

https://icitra.kwsp.gov.my/

Bagi mereka yang belum membuat permohonan, tarikh tutup permohonan i-Citra adalah 30 September 2021.

Untuk maklumat lanjut sila baca artikel berikut;

Semakan dan Permohonan i-Citra KWSP

Bayaran Tertangguh Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Akan Dibayar pada September 2021

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) merupakan salah satu daripada bantuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 28 Jun yang lalu di bawah Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Pun begitu, jadual bayaran BKC yang sepatutnya disalurkan pada Ogos yang lalu ditangguhkan disebabkan pergolakan politik yang berlaku dalam negara sehingga menjejaskan pembayaran BKC ini kepada rakyat.

Mengikut jaminan yang diberikan oleh Tengku Zafrul, bayaran untuk BKC akan dilakukan dengan secepat yang mungkin.

Sebarang status terkini mengenai BKC, akan dimuatkan dalam laman portal BPR yang boleh dilihat pada soalan lazim.

Untuk bantuan ini, tidak ada permohonan yang perlu dikemukakan oleh penerima. Ini kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data-data kerajaan yang sedia ada di bawah agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Semak silang bagi penerima akan dibuat melalui data berikut;

BilKategori PenerimaData Bantuan
1.Miskin TegarPermohonan BPR 2021
2.B40Permohonan BPR 2021
3.M40Percukaian (LHDNM)

Bayaran BKC dijangka akan dijadualkan semula pembayaran pada *September ini dengan amaun bayaran sebagaimana berikut;

Sumber: Laman Portal BPR

Ia akan dibayar dalam tiga fasa;

Sumber: Laman Portal BPR

Info dan maklumat lanjut, sila lihat 

Semakan dan Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) PEMULIH 2021

*Tertakluk kepada perubahan

Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) Fasa Ketiga

BPR Fasa ke-3 dijangka akan dibuat pada September berdasarkan kepada pengumuman awal BPR sebelum ini.

Semakan status bayaran boleh dibuat dilaman portal BPR;

https://bpr.hasil.gov.my/

Bayaran ini melibatkan isi rumah, dan mereka yang membuat rayuan BPR fasa ke-dua.

Namun bagi bujang, tiada bayaran BPR pada fasa ketiga ini, kerana untuk fasa ketiga, bayaran hanya hanya melibatkan isi rumah sahaja.

Jumlah bayaran fasa ke-tiga adalah sebagaimana jadual di bawah yang dikeluarkan oleh LHDNM;

Jadual Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021

Penerima Geran Khas Prihatin 4.0 Akan Menerima Bayaran RM500

GKP 4.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan serta bantuan kewangan tambahan kepada penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 & GKP 3.0 berjumlah RM1,000. 

Semakan status bayaran boleh dibuat di laman portal GKP

https://gkp.hasil.gov.my/

Bayaran akan dibuat sebanyak 2 kali iaitu pada  September sebanyak RM500 dan  November sebanyak RM500 bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Tarikh sebenar bayaran pada september akan dimaklumkan oleh Tengku Zafrul dari masa ke semasa.

Info dan maklumat lanjut mengenai GKP, sila lihat artikel berikut;

Beberapa Negeri Akan Mula Menerima Bantuan Barang Dapur Prihatin Kasih RM300

Program Bantuan Prihatin Kasih yang telah dilaksanakan sejak Julai 2021 di beberapa negeri akan terus disalurkan pada bulan September di negeri-negeri berikut;

  1. Negeri Sembilan, 
  2. Labuan, 
  3. Pahang, 
  4. Putrajaya, 
  5. Sabah dan 
  6. Sarawak

Soalan yang sering di tanya. Adakah saya perlu memohon PRIHATIN Kasih?

Penerima telahpun dikenalpasti dari senarai yang sudah terdaftar di pangkalan data kerajaan. Oleh itu, TIADA PERMOHONAN diperlukan

Anda boleh membuat semakan status kelayakan PRIHATIN KASIH melalui pautan di bawah;

SEMAK STATUS

Permohonan Bantuan Barang Dapur Bakul Prihatin Negara JKM Masih Diteruskan pada Bulan September 2021

Bakul Prihatin Negara merupakan inisiatif Kerajaan yang tidak pernah henti dalam memastikan tanggung jawab terus dipikul untuk membantu rakyat yang terkesan.

Kepada mereka yang memerlukan bantuan bakul makanan boleh memohon bantuan menerusi talian :

  1. Talian Kasih 15999
  2. Whatsapp +60 17-372 9702 untuk mendaftar melalui Google form  http://www.wasap.my/6017-3729702/BakulPrihatinNegara atau 

SILA KLIK PAUTAN DI BAWAH UNTUK PENDAFTARAN 📝👇👇👇👇

https://forms.gle/DTpRcbVJHvVXRGvX7

  1. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berdekatan tempat tinggal anda dengan menelefon talian yang tersenarai di laman web https://www.jkm.gov.my/
  2. Media Sosial Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM)

Facebook

Instagram

Twitter

  1. Laman web: https://www.jkm.gov.my/

Mana-mana individu yang telah terputus bekalan makanan diminta menghubungi Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat berdekatan.

Hubungi talian Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan anda.

Bantuan RM1000 (one-off) Pengusaha SPA & Pusat Urutan Kaki PEMULIH Ditutup pada 6 September

Kerajaan melalui  Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menyediakan Bantuan Kewangan Geran Bantuan Khas Secara One-Off RM1,000.00 Di Bawah Inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan (PEMULIH) Kepada Pengusaha Spa Dan Pusat Urutan Kaki (PUK) Di Bawah MOTAC

Borang permohonan secara atas talian, syarat permohonan dan maklumat berkaitan boleh didapati di pautan http://www.motac.gov.my/PrihatinMOTAC21_Spa 

Permohonan boleh dibuat mulai 19 Ogos 2021 (Khamis). Tarikh tutup permohonan adalah pada 6 September 2021 (Isnin).

Info dan Maklumat lanjut, sila lihat artikel berikut;

Bantuan RM1000 (one-off) Pengusaha SPA & Pusat Urutan Kaki PEMULIH

Tarikh Tutup Permohonan Bantuan Khas Guru Tadika Untuk PKP 3.0 pada 6 September 2021

Dalam usaha mengurangkan beban guru ketika pandemik ini, Kerajaan Negeri Selangor menyalurkan bantuan khas buat guru tadika yang terjejas.

Jumlah bantuan yang diperuntukkan kepada guru tadika yang terjejas adalah sebanyak RM150 secara sekali bayar (one off.)

Tarikh tutup permohonan adalah pada 6 September 2021 (Isnin)

Inisiatif kepada guru tadika ini boleh dimohon menerusi persatuan tadika berdaftar dan pejabat pendidikan daerah.

Untuk info dan maklumat lanjut, sila layari https://www.amirudinshari.com/kitaselangor2

Permohonan fasa kedua bermula 15 Ogos 2021 (Ahad) dan tarikh tutup permohonan adalah pada 6 September 2021 (Isnin).

Tempoh Akhir Diskaun Saman JPJ (Sehingga 70%) pada 16 September 2021

Bersempena sambutan bulan kemerdekaan yang ke-64, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun dan pengurangan saman sehingga 70% kepada semua saman JPJ yang boleh dikompaun.

Tawaran pengurangan notis saman ini dibuat semata-mata bagi tujuan meringankan beban rakyat, selaras dengan kemelut ekonomi yang melanda segenap lapisan masyarakat di negara ekoran daripada pandemik Covid-19

 Pengurangan kompaun ini bermula pada 18 Ogos 2021 sehingga 16 September 2021 

Kaedah bayaran boleh dilakukan melalui saluran-saluran berikut;

  1. Kaunter JPJ Negeri
  2. Cawangan dan UTC JPJ
  3. Kiosk JPJ
  4. Secara atas talian melalui portal mySIKAP JPJ https://public.jpj.gov.my/ 

Tarikh Tutup Bantuan Pengajian Tinggi Perbadanan Islam Johor (PIJ) adalah pada 30 September 2021.

Bantuan Pengajian Tinggi PIJ merupakan salah satu inisiatif Perbadanan Islam Johor dalam meringankan beban bagi individu kurang berkemampuan yang akan melanjutkan pelajaran ke Pengajian Tinggi.

Kadar bantuan yang diberikan adalah secara sekaligus (one-off) sebagaimana berikut;

  1. Ijazah – RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Ringgit) 
  2. Diploma – RM700.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Ratus Ringgit)

Borang permohonan boleh diperolehi di laman web www.pij.gov.my 

Untuk maklumat lanjut, sila lihat artikel berikut;

Permohonan Bantuan Pengajian Tinggi PIJ (Perbadanan Islam Johor)

Program Subsisi Upah 4.0 Masih dibuka pada September 2021

Program Subsidi Upah adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan.

Tujuan PSU ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 serta penutupan operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.

Cara permohonan hendaklah dibuat secara online di mana permohonan hendaklah dikemukakan oleh majikan melalui capaian laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my 

-bantuanrakyat.my