"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Gosip Artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gosip Artis. Papar semua catatan

Khamis, 19 Mei 2022

Tidur sahaja istana, Nafiz Muaz dedah Sultanah Zahirah merendah diri

 


PETALING JAYA – Berkahwin dengan adinda kepada Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah iaitu Diyana Omar sejak awal tahun lalu, pelakon Nafiz Muaz tidak melabelkan dirinya sebagai golongan kerabat.

Kata pemilik nama lengkap, Muhd. Nafiz Muaz Mat Nasir itu, dia lebih selesa menjalani kehidupan seperti orang kebanyakan dan selesa tidak terlalu berkongsi tentang kehidupan peribadi buat tatapan umum.

Saya perbetulkan sikit sebab isteri saya bukan golongan kerabat. Kakak dia, Sultanah Nur Zahirah dulunya seorang rakyat biasa.

“Barangkali, Sultanah sudah bergelar golongan kerabat tetapi keluarga isteri saya hanyalah orang biasa, bukan kerabat diraja sebab macam saya cakap tadi, masa kahwin dengan Sultan Mizan Zainal Abidin, baginda datang dari latar belakang orang biasa atau kebanyakan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Nafiz, 24, ditemui Kosmo! Online pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Manggis Group di ibu negara, baru-baru ini.

Ditanya tentang bagaimana dia menyesuaikan diri bergaul dengan golongan kerabat Terengganu, kata Nafiz, pada mulanya dia berasa agak kekok namun sekarang selepas lebih setahun, dirinya sudah pandai menyesuaikan diri.

“Contohnya masa raya nak masuk istana menghadap, makan dengan keluarga, banyak benda baharu sebenarnya yang saya belajar.

“Saya agak kekok duduk dalam istana. Sekarang ini pun, saya dari istana sebenarnya (waktu ditemu bual).

“Sekarang saya dah ada anak (usia lima bulan). Kakak ipar, Sultanah Nur Zahirah, baginda suka sangat dengan anak saya. Kalau boleh, hari-hari baginda nak tengok anak saya.

“Dia cakap macam ini, ‘Nafiz, tidur je dalam istana’, sampailah baginda balik, barulah saya balik. Baginda kalau boleh nak 24/7 (setiap masa) bersama dengan anak saya,” katanya.

Ditanya tentang panggilan antara dirinya dengan Sultanah Nur Zahirah, Nafiz membahasakan baginda dengan gelaran ‘Kak Zahirah’.

“Dulu masa mula-mula kahwin, saya bahasakan diri sebagai patik dan tuanku dengan gelaran baginda. Jadi, apabila dah masuk famili, jadi ‘Kak Zahirah-Nafiz’ macam itu.

“Baginda tak nak apabila kami duduk bersama, jadi macam orang luar. Baginda tak nak benda itu. Sangat ‘best’ lah. Baginda boleh saya sifatkan seorang yang sangat merendah diri. Saya suka duduk dan lepak lama. Macam-macam benda kami boleh borak.

“Baginda pula cakap loghat Kedah walaupun seorang sultanah dari Terengganu. Sebab baginda kan asal Alor Setar, Kedah. Macam cakap seratus peratus Kedah. Kadang-kadang, saya cakap KL, baginda yang pelik,” ujarnya.

Dalam pada itu, diminta perincian tentang anak sulung, Nafiz memilih untuk tidak terlalu mendedahkan lebih tentang zuriatnya.

“Saya punya perihal peribadi, saya tak nak campur dengan hal kerja. Kalau orang nampak saya dengan anak, itu terpulang mereka.

“Masa kecil, adalah menjadi tanggungjawab saya melindungi dan mendidik anak. Dah besar nanti, dia boleh pilih sendiri jalan hidupnya,” katanya.

Terdahulu, Nafiz dan Diyana berkahwin pada 2 Januari 2021 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Majlis perkahwinan mereka turut dihadiri Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan mencemar duli. – KOSMO! ONLINE

Isnin, 16 Mei 2022

Pierre Andre ‘hilang’, bukan saya tak pernah pujuk dia – Khatijah Tan

KUALA LUMPUR : Bertahun-tahun lamanya menyepi dalam dunia seni lakon dan pengarahan, ibu kepada pelakon, Pierre Andre, Khatijah Tan, menjelaskan dia juga sudah tidak tahu cara bagaimana untuk memujuk anaknya itu untuk kembali aktif dalam industri seni.

ADVERTISEMENT

Menurut Khatijah, selama Pierre ‘menghilang’, dia juga seringkali menjadi tempat pertanyaan ramai terutama orang industri yang mencuba untuk mendapatkan kembali khidmat seni anaknya itu.

Bukan saya tak pernah pujuk dia. Lagipun ramai tanya pada saya. Ada satu ketika, saya pernah bertanya pada dia sendiri, kenapa. Dia kata bohonglah kalau dia tak rindu dengan industri seni.

“Tapi satu daripada puncanya kerana dia terlalu kecewa. Sebab, jangkaan dia terhadap industri ini terlalu tinggi dan dia orang yang sangat sensitif. Bila dia tak dapat, dia jadi merajuk dengan industri.

“Bukan saya nak puji anak, tapi sebenarnya, dia adalah orang yang sangat kreatif.Sebenarnya, banyak skrip yang dia buat, tapi dia tak nak jual pada orang kerana dia tak dapat apa yang dia nak. Mungkin juga sebab dia jumpa orang yang salah sehingga menyebabkan idea dan karyanya terbantut,”katanya.

Khatijah berkata demikian semasa ditemui di majlis tayangan perdana filem Tiga Janda Melawan Dunia di ibu kota, kelmarin.

Selain itu, kata pelakon berusia 62 tahun ini, dia juga tidak menolak bahawa Pierre mungkin mempunyai idea atau ilham yang lebih ke hadapan berbanding dengan apa yang disajikan oleh industri sekarang namun terhad kerana kekangan kewangan atau peralatan yang tidak seiring dengan karyanya.

“Dia tak dapat orang yang serasi dan faham jiwanya. Orang seni kreatif ini dengan orang yang buat bisnes, lain. Bila kita nak berkreativiti, tapi orang itu nak bisnes, dia tak akan menyatu dengan baik.

“Jadi susah dan ia buat Pierre jadi kecewa. Melainkanlah kalau Pierre ini penerbit macam Datuk Yusof Haslam misalnya. Itu lain. Mungkin hak begini yang membuatkan akhirnya dia malas dan merajuk dengan industri,”katanya.

Dalam pada itu, kata Khatijah lagi, dia yang kini menetap di Ipoh sementara Pierre pula di Ampang, Kuala Lumpur tetap berhubungan dan cuba bersama-sama membantu minat anaknya itu yang kini beralih kepada bahan kandungan di Youtube.

Kata Khatijah, menerusi saluran Andre Brothers Pictures di platform berkenaan, Pierre berkongsi cerita pelbagai bersama adiknya, Mikail Andre dan kini telah menarik banyak jumlah tontonan dan peminat.

“Saya pun ada ketika terlibat sama di saluran tersebut. Tetapi memandangkan perkongsian Pierre di situ cenderung kepada kisah-kisah mistik dan hantu, saya pun ceritalah dari sudut pengalaman buat penonton saluran itu.

“Ternyata ramai juga yang suka dengan cerita-cerita hantu yang dikongsikan. Saya pun sementara duduk di Ipoh tak ada kerja, bolehlah bantu dia buat itu,seronok juga. Sekurang-kurangnya orang yang rindu nak tengok saya, boleh tengok di situ,”katanya.

-utusanonline

Rabu, 20 April 2022

Netizen kata Emma Maembong tambah dosa suami

 

GELAGAT Emma dan Alvin yang tidak disenangi netizen.
PETALING JAYA – Pelakon Emma Maembong dikecam netizen gara-gara berkongsi video mesra berlaga pipi bersama rakan baiknya yang juga pelakon, Alvin Chong.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Emma atau nama lengkapnya Fatimah Rohani, 30, dikecam netizen kerana statusnya sebagai isteri orang serta beragama Islam.

Difahamkan video tersebut telah dibuat oleh Alvin sebagai tanda menghargai persahabatan antara dia dengan Emma sebelum pelakon tersebut berkongsi video sama dalam Instagram miliknya.

“Video yang indah oleh Alvin Chong. Saya sayang awak selama-lamanya,” tulis Emma dalam ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen dilihat kurang senang dengan kandungan dalam video tersebut apabila memaparkan adegan mesra antara Emma dan Alvin yang dianggap tidak sesuai memandangkan status wanita itu sebagai isteri orang.

Rata-rata netizen memuji hubungan persahabatan antara Emma dan Alvin, namun menegur kedua-duanya kerana berstatus bukan muhrim apabila bersentuhan.

“Bff (best friend forever) boleh. Tapi sentuh-sentuh tak boleh kak,” kata seorang netizen.

“Mana boleh bersentuhan. Haram dah jadi isteri orang,” tegur seorang lagi pengikutnya.

“Tak salah hendak berkawan, tapi jangan berlebihan,” komen seorang lagi peminatnya.

Bahkan, terdapat juga komen netizen melahirkan rasa kasihan terhadap suami kepada Emma kerana perlu menanggung dosa yang dilakukan oleh isterinya.

“Pelik. Suami dia tak marah ke? Macam tidak ada perasaan isteri ada ‘bff’ lelaki,” kata seorang netizen.

Sekadar info, Emma dan Alvin pernah bergandingan bersama-sama menerusi drama Awak Suka Saya Tak. Keserasian kedua-dua pelakon itu turut menarik perhatian peminat mereka yang suka melihat gandingan mereka berdua.

Malah, Alvin menerusi satu kenyataannya kepada media memberitahu tiada siapa dapat menggantikan tempat Emma dalam hatinya sebagai seorang sahabat baik. – KOSMO! ONLINE

Ahad, 6 Mac 2022

“Kalau Kita Jalan Sikit Dah Sampai Dapur” -Anak Rakam Aktiviti Harian, Tapi Rumah Mewah Azhar Sulaiman J4di Perhatian


 Siapa yang tidak kenal dengan pelakon Azhar Sulaiman yang dahulu pernah menjadi kegilaan dan pujaan ramai gadis-gadis. Aktor ini bukan calang-calang orang kerana dia juga merupakan seorang arkitek.

Pasti ramai tahu Azhar mempunyai seorang anak gadis iaitu Kasih Iris Leona yang bukan sahaja cantik malah seorang yang pintar apabila berjaya mendapat 7A dalam peperiksaan SPM. Baru-baru ini, Iris mencuri perhatian netizen apabila berkongsi suasana kuarantin di dalam kawasan rumahnya.

Namun apa yang menjadi bualan hangat netizen adalah rumah Azhar Sulaiman itu begitu cantik dan besar seperti Country Golf Resort. Malah, rumah pelakon itu lengkap dengan padang golf mini, kolam renang serta kawasan lapang ternyata membuatkan netizen teruja.

Malah ada yang mengatakan tidak kisah jika dikuarantin setahun jika tinggal di rumah mewah seperti itu. Tidak kurang juga ada yang berseloroh mengatakan mungkin di dalam rumahnya itu turut mempunyai kedai serbaneka 7-Eleven.

Semua lengkap

Rata-rata warganet telah berasa kagum dengan seni bina rumah Azhar Sulaiman yang begitu gah serta nampak cantik. Lengkap dengan padang golf mini, kolam renang serta kawasan lapang, persekitaran rumah Azhar Sulaiman cukup membuatkan ramai netizen teruja.

Azhar Sulaiman kan memang arkitek

Oleh hal yang demikian ,rata-rata warga Twitter mengakui mengakui bahawa rumah aktor tersebut memang cantik dan bersesuaianlah dengan statusnya sebagai seorang arkitek.

Perkara tersebut tidak mustahil berlaku kerana dia sudah lama menceburi bidang tersebut dan hasilnya sangat memuaskan.

Entah2 dalam rumah ada 7 Eleven

Satu gate dalam tu ada banyak rumah?

Lagi seronok kalau adik beradik ramai

Sumber:Anis SuhailahKasih Iris Leona

-newscoviral.com

Selasa, 1 Mac 2022

Lama Bersabar, Nor Raha Akhirnya Dedah Sbb Bercerai dgn Salih Yaacob

 


Nampaknya kini terdapat satu kekosongan lagi buat wanita di luar sana untuk menjadi isteri Salih Yaacob.

Ia apabila pelawak dan juga pelakon popular ini mengakui sudah pun bercer4i dengan isteri keduanya, Nor Raha Hamad.

“Sebagai suami dan ketua rumah tangga saya sudah berusaha memperbaiki keadaan.

Saya memujuk dan mengingatkannya yang anak sudah besar dan dia sepatutnya menunjukkan contoh serta teladan yang baik kepada mereka”

“Namun dia tetap mendesak saya untuk mencer4ikannya dengan menggunakan alasan saya tidak berlaku adil terhadapnya.

Saya sudah menasihatinya, tetapi dia enggan terima dan terus mendes4k saya melepaskannya.

Selain itu, menurut Salih, mas4lah mula timbul apabila Nor Raha pergi majlis perjumpaan semula dengan rakan sekolahnya.

Malah dia juga tidak menafikan ia berpunca daripada orang ketiga.

Sebelum ini, Salih tampil membuat kenyataan yang seakan meletakkan punca percer4ian adalah disebabkan oleh Raha sendiri.

Malah, dia pernah mended4hkan wujudnya orang ketiga menyebabkan Raha mula tawar hati, betul ke begitu?

Saya sebenarnya malas untuk ambil peduli kenyataan-kenyataan Salih.

Sehinggalah satu ketika, suami menyuruh saya untuk tampil ke hadapan menerangkan perkara sebenar menyebabkan keruntvhan rumah tangga kami.

Bukan saya mahu menegakkan benang yang basah, cuma kenyataan-kenyataan Salih sebenarnya jauh dari apa yang terjadi.

Saya juga tidak mahu, suami saya terus-menerus ditvduh sebagai orang ketiga.

Tuduhan itu bagi saya agak melampau, kerana saya dengan suami baharu sudah lama kenal.

Malah, Salih juga ada mengatakan pertemuan semula atau reunion sebagai punca.

Sedangkan saya sudah hampir lima tahun terlibat dengan aktiviti itu, jadi saya tidak pasti mengapa Salih mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Jadi apa sebenarnya yang menjadikan hati Raha betul-betul tawar sehingga nekad memohon cer4i?

Sebenarnya, saya sudah lama menahan der1ta, 23 tahun bukan tempoh singkat. Kalau boleh, dari awal dulu saya ingin dilepaskan.

Tetapi memikirkan anak-anak yang sedang membesar, saya tahan dan terus bersabar.

Hubungan kami sudah lama berm4salah umpama retak menunggu belah. Pada 2012, saya pernah sekali meminta untuk dicer4ikan.

Ketika itu, Salih datang dan memujuk. Hati saya ketika itu rapvh dan apabila dipujuk, saya beri lagi peluang.

Namun, tahun demi tahun, Salih tidak langsung menunjukkan sebarang perubahan. Saya dibiarkan tanpa perhatian.

Hati isteri mana yang sanggup bersabar 23 tahun memendam rasa.

Tahun lepas, bulan Julai, saya nekad memohon cer4i. Salih tidak mengendahkan sehinggalah bulan September, dia melafazkan cer4i talak satu di rumah kami.

Saya langsung tidak diberi perhatian. Bayangkan, ada ketika, sehingga lebih seminggu.

Dia langsung tidak bertanya khabar tentang saya dan juga anak-anak. Entah makan atau tidak, hidup atau tidak, semua dia tidak kisah.

Bukan bererti Salih lupa tanggungjawab, dia ada beri, tetapi mana cukup untuk kami lima beranak.

Kadang-kadang anak pergi rumah isteri lain untuk meminta duit daripada bapa mereka, seperti penge.mis saya lihat anak-anak saya.

Kadang-kadang, hendak bagi RM50 untuk berbuka puasa pun susah.

Saya ingin juga melihat anak menjamu makanan yang sedap-sedap ketika berbuka, tetapi apakan daya, itulah rezeki kami pada ketika itu.

Salih dan bekas isterinya itu telah mendirikan rumah tangga selama 23 tahun dan dikurniakan 5 anak berusia 22 hingga 13 tahun dan seorang cucu.

Sementara itu, tiga lagi isterinya iaitu Norlizah Mamat, 51, Norfara Wahida Sulaiman, 37, dan Samihah Syeikh Ali, 29, masih kekal bersamanya dan daripada keempat-empat perkahwinannya, Salih dikurniakan 13 anak.

-lamanmaya.pw

Sabtu, 19 Februari 2022

“Fattah sepupu Syamsul?” – Ini Barisan Selebriti Yang Rupa-rupanya Bersaudara!

 


Lately ni mesti korang selalu tengok gelagat comel penyanyi terkenal tanah air, Ernie Zakri dengan suaminya Syamel kan? Tambah pula, Ernie ni merupakan anak saudara kepada Ziana Zain dan Anuar Zain.

Takpun, korang mesti tahu juga yang Nelydia dan juga Uqasha merupakan adik beradik yang aktif dalam bidang lakonan. Bukan tu je, sepupu-sepupu diorang yang lain pun turut aktif dalam bidang yang sama.

Nelydia

Haa, tahu tak siapa lagi yang ada pertalian darah sebagai keluarga dalam kalangan selebriti kat negara kita ni? Jangan terkejut plak okay.. Meh, min listkan satu-satu. Korang baca tau…

1. Jasmin Hamid & Aleza Shahdan (Sepupu)

Kita mulakan dengan Jasmin Hamid dan juga Aleza Shahdan. Siapa je tak kenal dua-dua pelakon wanita hebat yang selau bawa watak mak-mak ni kan? Kalau jadi mak yang jahat tu, memang menjadi betul! Haa rupa-rupanya diorang berdua ni merupakan sepupu.

Jasmin Hamid
Sumber: Gambar Hiasan

Jasmin Hamid dilahirkan pada 15 September 1974 manakala Aleza Shahdan pula dilahirkan pada 21 November 1975. Mereka berdua sangat sinonim dengan watak dalam drama-drama Melayu. Teringin juga min nak tengok dua sepupu ni berlakon sekali! 

Siapa yang rindu nak tengok dua-dua pelakon ni, korang geng dengan min!

2. Rosyam Nor & Faizal Hussein (Sepupu)

Siapa sangka rupanya hero remaja yang pernah menjadi pujaan orang ramai iaitu Datuk Rosyam dan Faizal Hussein juga merupakan sepupu! Difahamkan, Rosyam Nor melangkah ke dalam dunia seni terlebih dahulu dan kemudiannya baru diikuti oleh Faizal Hussein.

Mereka yang menjadi kegilaan orang ramai selepas kemunculan bersama dalam filem ‘Gila-Gila Remaja’ yang mana Faizal Hussein memegang watak utama dan ianya ditayangkan pada 1985!

Faizal
Sumber: Portal

Ohh yaa, kalau korang nak tahu juga… penyanyi Datuk Khadijah Ibrahim juga merupakan sepupu kepada Faizal Hussein tau!

3. Fattah Amin & Syamsul Yusof (Sepupu)

Pengarah dan juga penerbit terkenal tanah air, Datuk Yusof Haslam yang juga bapa kepada pelakon serta pengarah Syamsul Yusof merupakan bapa saudara kepada pelakon Fattah Amin!

Ini menjadikan Fattah Amin sepupu kepada Syamsul Yusof. Ternyata Fattah Amin pernah menjadi kru penggambaran untuk Syamsul dan juga Datuk Yusof Haslam sebelum menyertai program Hero Remaja.

Fattah
Sumber: Portal

Fattah dan Syamsul rupanya pernah berlakon bersama dalam filem ‘KL Special Force’ yang pernah ditayangkan pada tahun 2018.

Bukan tu je, pelakon wanita Sabrina Ali juga merupakan sepupu kepada Syamsul… Kalau korang perasan, diorang berdua pun pernah berlakon sama-sama dalam filem ‘Munafik’…

4. Ella & Kaka Azraff (Ibu-anak saudara)

Ratu rock Malaysia Ella merupakan ibu saudara kepada penyanyi yang juga bersuara serak iaitu Kaka Azraff!

Kaka
Sumber: mStar

Buat sesiapa yang tak tahu, Kaka sendiri mendedahkan bahawa Ella sememangnya bersikap manja seperti yang sering ditunjuk pada orang awam. Bukan itu sahaja, Ella juga dikatakan sangat akrab dengan anak-anak saudaranya yang lain.

Dengar cerita Kaka sampai jadikan Ella sebagai inspirasi untuk mulakan langkah sebagai penyanyi sebelum ni…

5. Sherry Al-Hadad & Sharifah Shahirah (Ibu-anak saudara)

Kalau korang rajin tengok TV, mesti akan familiar dengan pengacara yang selalu menghiasi program-program TV, Sherry Al-Hadad.

Korang jangan terkejut pula kalau Sherry Al-Hadad atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al-Hadad ni merupakan ibu saudara kepada pelakon dan juga pengacara iaitu Sharifah Shahirah!

Shery
Sumber: Portal

Walaupun Sherry lebih muda dari Sharifah Shahirah, namun Sherry sangat dihormati oleh anak buahnya itu. Malah, Sharifah Shahirah pernah mendedahkan bahawa sebelum Sherry mula dikenali, dia mengalami kesukaran bersama keluarganya.

Haaa, sekarang korang dah tahu kan? Terkejut tak? Kalau min, paling terkejut yang Fattah dengan Syamsul tu! Rupanya selama ni pusing-pusing situ juga family diorang ni…

Sumber: TikTokPortal Murai

Kredit:Lobak Merah

Jumaat, 18 Februari 2022

Ali Puteh diperintah bayar RM60,000 kepada kakak ipar

 Ali Puteh diperintah bayar RM60,000 kepada kakak ipar

Mahkamah perintahkan Ali Puteh (kiri) membayar RM60,000 kepada isteri Allahyarham Abam Bocey, Siti Nor Hidayah Mohd Ali (kanan) kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan dua tahun lalu. -Foto Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat perintahkan Ali Puteh membayar RM60,000 kepada isteri Allahyarham Abam Bocey, Siti Nor Hidayah Mohd Ali kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan, di Instagram dua tahun lalu.

Hakim, Zulqarnain Hassan memerintahkan demikian selepas membenarkan tuntutan balas yang dikemukakan Siti Nor Hidayah selaku plaintif terhadap Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan selaku defendan.
Ia berhubung hantaran ‘Bile balu arwah abam berhati binatang!!!’, pada dua tahun lalu.
Pada Mei 2020, Siti Nor Hidayah, 30, telah memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh, 34, berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.
Wanita terbabit memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya.
Dia juga memohon satu perintah injunksi bagi menghalang adik iparnya menyiarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, kod dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Sementara itu dalam prosiding sama, mahkamah menolak saman fitnah yang dikemukakan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya lain terhadap Siti Nor Hidayah dan usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dengan kos sebanyak RM13,000.
Selepas prosiding selesai, Siti Nor Hidayah dilihat menangis dan sujud syukur di galeri awam.
Dalam prosiding hari ini, Ali Puteh diwakili peguam, Noorazmir Zakaria manakala Nor Hidayah diwakili peguam Mohamed Ibrahim Mohamad manakala Alif Syukri diwakili peguam, Hasshahari Johari Mawi.
Kemelut antara kedua-dua individu itu tercetus selepas kematian Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.
-AstroAwani