"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Bintang Bolasepak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bintang Bolasepak. Papar semua catatan

Isnin, 1 November 2021

Mohamed Salah kikis Islamofobia penyokong Liverpool

 

SUKAN

Aksi penyerang utama Liverpool FC, Mohamed Salah, meraikan jaringan gol dengan sujud dan menadah tangan di padang, bukan sesuatu yang pelik bagi umat Islam.

Bagaimanapun, bagi penyokong kelab terkemuka itu yang majoriti bukan Islam, perlakuannya menimbulkan tanda tanya. Bagi yang mengetahui bahawa aksi itu mempunyai kaitan dengan pegangan akidah Mohamed Salah, mereka pantas memahaminya.

Bagi yang tidak tahu, tetapi mempunyai naluri ingin tahu akan membuat sedikit carian di internet dan akhirnya memahami cara penyerang berasal dari Mesir yang mewakili The Reds sejak tahun 2018, bertindak demikian.

Kehebatan Mohamed Salah menyebabkan pemain berusia 29 tahun itu menjadi idola penyokong Liverpool. Bayangkan tidak lama selepas menandatangani mewakili kelab itu, dia muncul penjaring terbanyak Liverpool yang memenangi Piala Kelab Dunia FIFA dan Liga Premier pada musim 2019-2020.

Pada Oktober 2020, Mohamed Salah muncul sebagai pemain ke-17 dalam sejarah Liverpool menjaringkan 100 gol.

Mohamed Salah bukan hanya hebat di padang, malah kehadirannya memberi kesan besar terhadap pandangan masyarakat bukan Islam, terutama di Liverpool terhadap Islam.

Pemimpin masyarakat Islam Liverpool, Mumin Khan, percaya Mohamed Salah, membantu mencabar perspektif negatif terhadap masyarakat Islam.

Malah, kajian sebuah universiti terkemuka Amerika Syarikat, Universiti Stanford, pada 2019, mendapati sejak mewakili Liverpool, terdapat penurunan 18.9 peratus jenayah kebencian di kawasan Merseyside. Jumlah ciapan anti Islam dalam Twitter penyokong Liverpool juga berkurangan sehingga 50 peratus.

“Mohammad Salah ternyata contoh model yang membawa aura positif dalam masyarakat kita. Dia memecahkan tembok perspektif negatif yang menyelubungi penyokong dan masyarakat secara keseluruhan terhadap Islam,” kata Mumin.

Beliau berkata, personalitinya yang merendah diri ketika di padang setiap kali menjaringkan gol menyebabkan timbul persoalan di kalangan masyarakat mengenai dirinya.

Bagi Mumin, Mohamad Salah bukan setakat pemain yang hebat di padang, tetapi lebih terserlah berjaya mengubah minda masyarakat terhadap Islam, terutama mengajar untuk lebih memahami dan bertoleransi terhadap penganut Islam. – HARAKAHDAILY 31/10/21

Ahad, 24 Oktober 2021

EPL:Pertembungan Ronaldo-Salah jadi tumpuan

 Cristiano Ronaldo (kiri) dan Mohamed Salah (kanan) bakal menentukan siapa peledak utama Liga Perdana Inggeris apabila Manchester United berdepan Liverpool esok. - Foto AFP

Cristiano Ronaldo (kiri) dan Mohamed Salah (kanan) bakal menentukan siapa peledak utama Liga Perdana Inggeris apabila Manchester United berdepan Liverpool esok. - Foto AFP

MANCHESTER: Cristiano Ronaldo dan Mohamed Salah bakal menentukan siapa peledak utama Liga Perdana Inggeris apabila Manchester United berdepan Liverpool esok.

Pengendali Liverpool Jurgen Klopp seperti tidak menghiraukan kehadiran Ronaldo apabila menobatkan Salah sebagai pemain terbaik dunia hujung minggu lalu.

Penyerang Mesir itu berada pada prestasi terbaiknya, meledak 12 gol dalam 11 perlawanan musim ini termasuk dua gol cantik ketika menentang Manchester City dan Watford.

Namun Ronaldo tidak kurang hebatnya apabila meledak beberapa gol penting untuk United sejak kembali bersama kelab itu musim ini.

Ketika gandingan Paris Saint-Germain Lionel Messi dan Kylian Mbappe juga dalam persaingan merebut status terbaik dunia, di Liga Perdana Inggeris ketika ini calon utama adalah Salah dan Ronaldo.

Pertembungan di Old Trafford esok akan memberi gambaran siapa kuasa sebenar di Liga Perdana Inggeris.

Tanpa sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir liga, United kini ketinggalan empat mata di belakang Liverpool yang menghuni tangga kedua liga.

United memerlukan Ronaldo untuk sekali lagi menjadi penyelamat mereka, manakala Liverpool yang belum tewas cuma perlu mengharapkan Salah meneruskan ketajamannya di depan gawang.

"Saya sentiasa menyokong Cristiano dalam mana-mana pertandingan. Dia unik. Bagaimanapun ketika ini, Salah berada pada prestasi terbaik.

"Kami sedar yang kami perlu berada pada tahap terbaik untuk menghalangnya. Kami perlu fokus sepanjang 95 minit untuk memastikan tidak dibolosi," kata pengendali United Ole Gunnar Solskjaer.

Klopp pula mengambil pendekatan lebih diplomatik dalam membandingkan kedua-dua pemain itu.

"Kenapa perlu membandingkan Cristiano Ronaldo dan Mo Salah? Jelas sekali kedua-duanya adalah pemain kelas dunia.

"Walaupun kaki kiri Ronaldo tidak begitu teruk, saya boleh katakan kaki kiri Mo lebih baik. Mungkin di udara Cristiano lebih baik dan kaki kanannya juga lebih baik.

"Tetapi daripada segi kepantasan, kedua-duanya cukup pantas, masing-masing dahagakan gol," kata Klopp. - AFP

Khamis, 21 Oktober 2021

Bolasepak:Cristiano Ronaldo selamatkan United sekali lagi

RONALDO meraikan gol kemenangan Manchester United ketika menentang Atalanta awal pagi tadi.

 MANCHESTER: Biar apa pun yang diperkatakan tentang Cristiano Ronaldo, bintang Portugal itu membuktikan kepulangannya ke Old Trafford memberi impak besar kepada Manchester United apabila muncul wira mereka sekali lagi.

Selepas ketinggalan 0-2 kepada Atalanta pada babak pertama, Reds Devils bangkit dengan tiga gol di separuh masa kedua untuk melakar kemenangan 3-2 dalam aksi dramatik Liga Juara-Juara di Old Trafford, awal pagi tadi.

Kemenangan itu membolehkan mereka mengungguli Kumpulan F dengan enam mata, dua mata mengatasi Atalanta dan Villarreal.

Anak-anak buah Ole Gunnar Solskjaer bagaimanapun meletakkan diri dalam masalah selepas membenarkan Mario Pasalic dan Merih Demiral membolosi gawang mereka di minit ke-15 serta 28.

MERIH Demiral mengejutkan Manchester United dengan meledakngol kedua Atalanta.

Begitupun, memasuki babak kedua tuan rumah memperkemaskan permainan dan sentuhan magis Bruno Fernandes membuka kepada gol pertama yang disempurnakan Marcus Rashford pada minit ke-53.

Kemasukan Paul Pogba, Edinson Cavani serta Jadon Sancho juga merubah permainan Red Devils, dan mengetuai kebangkitan hebat mereka.

MARCUS Rashford (kanan) dan Bruno Fernandes meraikan gol pertama United.

Ketua pasukan, Harry Maguire meledak gol penyamaan menerusi sepakan voli pada minit ke-75.

Ketika permainan berbaki sembilan minit, Ronaldo membuktikan mengapa dia digelar ‘Mr Eropah’ apabila menanduk hantaran Luke Shaw ke penjuru gawang lawan untuk mengesahkan tiga mata buat United.

HARRY Maguire meledak gol penyamaan.

Kemenangan itu menaikkan motivasi Red Devils sebelum menerima kunjungan musuh ketat, Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Ahad ini. – AGENSI

Sabtu, 16 Oktober 2021

Ronaldo Original Namakan Calon Pilihannya Untuk Memenangi Anugerah Ballon D’or

Ronaldo Nazario tak rasa yang Lionel Messi patut menang anugerah Ballon D’or ketujuh peribadinya pada tahun ini, dan lebih memilih pemain penyerang yang beliau rasa sangat handal sejak sedekad lalu untuk memenangi anugerah tersebut.

Minggu lalu, France Football mendedahkan senarai 30 calon untuk memenangi anugerah Ballon D’or 2021, dengan membariskan para pemain terhebat dunia pada ketika ini.

Lionel Messi dianggap calon kegemaran untuk memenangi anugerah tersebut, selepas melihat pencapaian gemilang beliau sepanjang musim lalu.

Selain Messi, gandingan midfield Chelsea, Jorginho dan N’Golo Kante turut dianggap calon kegemaran dan antara yang terbaik untuk memenangi anugerah tersebut.

Ia kerana kedua-dua mereka memainkan peranan penting dalam membantu Chelsea memenangi gelaran Champions League dan Super Cup pada tahun ini.

Jorginho pula dianggap sebagai calon yang lebih baik berbanding Kante kerana beliau turut berjaya membawa skuad Itali untuk memenangi gelaran Euro yang dipertandingkan pada tahun ini.

Robert Lewandowski juga antara yang berpotensi untuk membawa pulang anugerah paling berprestij ini, selepas beliau memecahkan rekod 50 tahun Bundesliga sebagai penjaring gol terbanyak dalam satu musim.

Tambahan pula, beliau merupakan individu paling layak untuk memenangi anugerah ini pada tahun lalu, namun sayangnya ia tidak berlaku kerana anugerah tersebut dibatalkan atas masalah pandemik.

Walau bagaimanapun, Ronaldo Nazario percaya yang anugerah itu sepatutnya diberikan kepada bintang handalan Real Madrid dan Perancis, Karim Benzema.

Pemenang anugerah Ballon D’or paling muda dalam sejarah itu memuat naik status di laman Facebook dengan menyatakan:

“Tanpa keraguan, calon pilihan saya untuk memenangi anugerah Ballon D’or tahun ini adalah Karim Benzema. Penyerang terhebat, sangat menakjubkan untuk tempoh 10 tahun terakhir ini dan Juara berbanding yang lain. Kamu tak rasa betul?”

Tanpa Cristiano Ronaldo, Benzema telah memainkan peranan terpenting dalam skuad Real Madrid dan beliau turut menjadi penjaring utama Los Blancos sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pemergian Sergio Ramos pada musim panas lalu menyertai Paris Saint Germain, telah menyebabkan beban yang dipikul oleh Benzema di Santiago Bernabeu semakin bertambah.

Pemain berusia 33 tahun itu setakat ini sudah berjaya menjaringkan 35 gol untuk kelab dan negara dalam tahun ini.

Beliau turut cemerlang membantu Perancis menjuarai saingan UEFA Nations League pada minggu lalu, selepas gagal melakukannya ketika aksi saingan Euro 2020 beberapa bulan lalu.

Bercakap baru-baru ini, Benzema mendedahkan yang memenangi anugerah Ballon D’or sudah menjadi impian beliau sejak dari kanak-kanak lagi.

“Sejak saya masih kecil, saya selalu mengimpikan untuk memenangi anugerah Ballon D’or, ia merupakan impian setiap pemain.”

“Jelas sekali bola sepak merupakan sukan berkumpulan, tapi ketika kamu membantu pasukan untuk menang, ketika kamu menjadi penting sebalik kejayaan, ketika kamu jaringkan gol kemenangan, ia sudah menjadi lumrah untuk mana-mana pemain berimpian untuk memenangi anugerah Ballon D’or.”

“Sudah tentu, saya bekerja keras semampu saya untuk menang Piala, dan saya harap, satu hari nanti saya akan mampu untuk capai impian saya sejak kanak-kanak.”

Ronaldo Nazario jelas yakin yang Benzema sepatutnya layak untuk memenangi anugerah Ballon D’or tahun ini, namun melihat kepada senarai calon, agak sukar sebenarnya untuk bintang Perancis itu menewaskan pesaing-pesaing terdekatnya.

30 Calon Akhir Ballon d’Or 2021

1. Cesar Azpilicueta (Chelsea)

2. Nicolo Barella (Inter Milan)

3. Karim Benzema (Real Madrid)

4. Leonardo Bonucci (Juventus)

5. Kevin De Bruyne (Manchester City)

6. Giorgio Chiellini (Juventus)

7. Cristiano Ronaldo (Manchester United)

8. Ruben Dias (Manchester City)

9. Gianluigi Donnarumma (Paris Saint-Germain)

10. Bruno Fernandes (Manchester United)

11. Phil Foden (Manchester City)

12. Erling Braut Haaland (Borussia Dortmund)

13. Jorginho (Chelsea)

14. Harry Kane (Tottenham Hotspur)

15. N’Golo Kante (Chelsea)

16. Simon Kjaer (AC Milan)

17. Robert Lewandowski (Bayern Munich)

18. Romelu Lukaku (Chelsea)

19. Riyad Mahrez (Manchester City)

20. Lautaro Martinez (Inter Milan)

21. Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain)

22. Lionel Messi (Paris Saint-Germain)

 23. Luka Modric (Real Madrid)

24. Gerard Moreno (Villarreal)

25. Mason Mount (Chelsea)

26. Neymar (Paris Saint-Germain)

27. Pedri (Barcelona)

28. Mohamed Salah (Liverpool)

29. Raheem Sterling (Manchester City)

30. Luis Suarez (Atletico Madrid)

Senarai 10 Calon Akhir Yashin Trophy

Anugerah Yashin Trophy merupakan anugerah baru yang diperkenal di Anugerah Ballon d’Or yang berlangsung di di Theatre du Chatelet, Paris, Perancis pada tahun 2019 khas untuk penjaga gol yang sering dianak tirikan.

Anugerah Yashin Trophy dinamakan sempena nama penjaga gol lagenda dunia dan Russia, Lev Yashin yang telah diangkat sebagai penjaga gol terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.

Kali terakhir penjaga gol memenangi Ballon d’Or adalah pada tahun 1963 apabila penjaga gol lagenda, Lev Yashin diangkat sebagai pemenang.

Alisson Becker yang merupakan penjaga gol pasukan paling hebat di muka bumi ini, Liverpool telah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemain pertama yang memenangi anugerah Yashin Trophy.

Berikut merupakan senarai 10 Calon Akhir Yashin Trophy dan tiada Alisson Becker:

1. Gianluigi Donnarumma
2. Ederson
3. Kasper Schmeichel
4. Edouard Mendy
5. Thibaut Courtois
6. Keylor Navas
7. Emiliano Martinez
8. Manuel Neuer
9. Jan Oblak
10. Samir Handanovic

Sumber: SPORTbible

Kredit:thesukan.net

Jumaat, 15 Oktober 2021

5 Pemain Veteran Terbaik Dalam Dunia Bola Sepak Hari Ini


Lima pemain veteran terbaik dalam dunia bola sepak hari ini, dengan kebanyakan dari mereka sudah berusia lebih dari 35 tahun.

Untuk kebanyakan pemain bola sepak, karier profesional mereka kebiasaannya tidak akan bertahan lama, segelintir sahaja yang mampu beraksi di pentas tertinggi selepas usia mereka mencapai 30 tahun.

 Walau bagaimanapun juga, ada pemain yang membuktikan kepada dunia, yang usia bukan penghalang untuk mereka terus bersinar dan menjadi yang terbaik.

Kesungguhan mereka dalam menjaga tahap kecergasan masing-masing menyebabkan mereka masih beraksi dengan sangat cemerlang walau sudah berusia 30 an.

Di usia sudah melebihi 35 tahun, agak sukar untuk seseorang atlet itu terus aktif dalam sukan yang melibatkan fizikal seperti bola sepak.

Mereka lebih terdedah untuk mendapat kecederaan dan tahap Kecergasan mereka juga sudah tidak sama ketika berusia 20 an dahulu.

Berikut merupakan lima pemain yang sudah berusia lebih 35 tahun (2021) yang masih aktif dan dianggap terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

5) Zlatan Ibrahimovic (AC Milan)

Zlatan Ibrahimovic jelas sekali dianggap antara pemain terhebat dalam sejarah dunia bola sepak, dan tidak dinafikan lagi beliau antara penyerang terbaik di generasi modern.

Beliau antara pemain yang sudah beraksi bersama beberapa kelab terhebat dunia, dan memenangi bermacam kejuaraan di pelbagai tempat.

Selepas melakukan debutnya bersama Malmo pada tahun 1999, pemain kebangsaan Sweden itu telah beraksi bersama Ajax, Juventus, Inter Milan, Barcelona, AC Milan, Paris Saint Germain dan Manchester United.

Beliau juga merupakan pemain penyerang utama yang sangat prolifik tidak kira beliau beraksi bersama pasukan mana sekali pun.

Zlatan juga antara pemain yang mempunyai personalti tersendiri, dengan bintang berusia 40 tahun itu memiliki aura serta tahap keyakinan diri yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Ketika ini, beliau masih beraksi bersama AC Milan, dengan Ibrahimovic juga telah menandatangani perjanjian baru bersama gergasi Serie A itu pada awal tahun lalu.

Sejak menyertai Milan pada tahun 2020 yang lalu, beliau telah membuat 38 penampilan dalam saingan liga, dan cemerlang menjaringkan 26 gol.

Walau sudah berusia, Ibrahimovic masih mempunyai tahap kecergasan yang menakjubkan, dan ketajaman penyudah beliau juga tidak boleh dipandang rendah.

4) Thiago Silva (Chelsea)

Salah seorang pemain centre-back terhebat dari kesemua pemain yang sama generasi dengannya, Thiago Silva masih gah beraksi dalam saingan liga paling kompetetif dalam dunia bola sepak.

Silva mula mencipta nama sebagai pemain centre-back berkelas dunia sejak beraksi bersama AC Milan sebelum beliau menyertai Paris Saint Germain pada tahun 2012.

Silva jelas sekali memainkan peranan penting dalam membangunkan PSG dari pasukan yang biasa-biasa sahaja, menjadi gergasi di benua Eropah.

Dengan ciri kepimpinan yang beliau miliki, dan ditambah pula dengan kemampuan bertahan yang sungguh menakjubkan, Silva jelas sekali antara pemain paling disegani dalam dunia bola sepak.

Beliau berjaya membantu Paris Saint Germain untuk memenangi tujuh kejuaraan liga dan beberapa kejuaraan domestik yang lain.

Agak mengejutkan juga untuk melihat gergasi Ligue 1 itu melepaskan pemain kebangsaan Brazil itu pergi ke Chelsea sebagai pemain free ejen.

Bersama Chelsea, Silva turut berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh mengagumkan, seterusnya menjadi antara pemain paling disayangi di Stamford Bridge.

Dengan Kualiti yang beliau miliki dan ditambah dengan pengalamannya yang luas, Thiago Silva berjaya membantu Chelsea menjuarai saingan Champions League pada musim lalu.

Bintang berusia 37 tahun itu tidak dinafikan antara nadi penting dalam sistem pertahanan di bawah kendalian Thomas Tuchel.

3) Giorgio Chiellini (Juventus)

Giorgio Chiellini sudah sememangnya dianggap sebagai legenda Juventus dan beliau juga dikenang sebagai pemain terhebat sepanjang zaman yang pernah beraksi bersama skuad Itali.

Chiellini melakukan debut profesionalnya bersama Livorno pada tahun 2000, sebelum beliau berhijrah beraksi bersama Fiorentina pada tahun 2004.

Pada tahun 2005, beliau mula beraksi bersama Juventus, dan bintang berusia 37 tahun itu merupakan antara pemain yang setia bersama The Old Lady itu.

Jatuh bangun Juventus, Chiellini tetap setia dan beliau merupakan pemain terpenting kelab dengan teknik permainan dan ciri kepimpinan yang sungguh menakjubkan.

Pada tahun 2019, Chiellini menderita kecederaan panjang dan ramai yang sempat berfikir bahawa beliau mungkin akan terus meninggalkan dunia bola sepak.

Namun beliau berjaya untuk kembali beraksi, dan turut cemerlang membantu Itali menjuarai saingan Euro 2020, hasil gandingan mantapnya bersama Leonardo Bonucci.

Baik untuk Itali mahupun Juventus, Chiellini jelas sekali dianggap antara pemain terhebat mereka miliki di era modern ini.

Chiellini dilihat sangat bermotivasi dan masih dahagakan kejayaan dengan beliau akan turun beraksi bersama skuad kebangsaan Itali dalam aksi saingan Piala Dunia Qatar tahun hadapan.

2) Luka Modric (Real Madrid)

Luka Modric dianggap antara pemain terhebat dalam dunia bola sepak dan beliau senantiasa menjadi tulang belakang untuk skuad kebangsaannya Croatia dan juga Real Madrid.

Walaupun sudah berusia 36 tahun, Luka Modric masih lagi menjadi pemain utama Real Madrid dan masih menjadi nadi utama untuk skuad kebangsaan Croatia.

Beliau merupakan pemain midfield yang sangat kreatif, mempunyai kemahiran teknikal yang hebat dan sangat lincah membantu jentera serangan.

Modric telah berjaya memenangi dua gelaran La Liga dan empat gelaran Champions League bersama Real Madrid, dan beliau turut cemerlang membawa Croatia mara ke aksi perlawanan akhir Piala Dunia 2018.

Pencapaian beliau pada tahun 2018 membantu Modric untuk memenangi anugerah Ballon D’or, dengan beliau merupakan satu-satunya pemain yang mampu memecahkan dominasi Ronaldo dan Messi sejak sedekad lalu.

Modric dilaporkan merancang untuk bersara di Santiago Bernabeu dengan beliau baru-baru ini turut menandatangani kontrak baru selama setahun bersama Real Madrid.

1) Cristiano Ronaldo (Manchester United)

Siapa lagi yang layak untuk dianggap terhebat sepanjang zaman walau sudah berusia 36 tahun?

Jelas sekali nama Cristiano Ronaldo harus ada dalam senarai ini, dengan beliau langsung tidak menunjukkan tanda-tanda sudah sampai ke penghujung kariernya.

Beliau masih kekal menjadi antara pemain terhebat dalam dunia bola sepak hari ini, bahkan prestasi beliau turut lebih baik berbanding pemain yang jauh lebih muda darinya.

Bintang berusia 36 tahun itu memenangi kasut emas dalam saingan Serie A musim lalu, selepas beliau cemerlang menjaringkan 29 gol untuk Juventus.

Ronaldo mencipta nama sebagai antara pemain penyerang terhebat sepanjang zaman atas segala pencapaian dan persembahan yang beliau persembahkan sepanjang kariernya.

Beliau jelas sekali senantiasa memberi masalah kepada pemain pertahanan lawan, dengan kemampuan gelecekan, kelajuan, fizikal, penyudah dan teknik yang sungguh menakjubkan.

Ronaldo pada musim panas baru-baru ini telah kembali ke Old Trafford dan beliau kini menjadi antara pemain terpenting Manchester United di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Pemain kebangsaan Portugal itu sudah berjaya menjaringkan lima gol dari enam perlawanan, dengan beliau turut dinobatkan sebagai pemain terbaik bulanan dalam saingan Premier League.

Sumber:

Kredit: semuanyabola.com