"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Isnin, 13 Februari 2023

Promosi Raya:Baju Melayu Elrah Exclusive kini lancarkan pattern terbaru

 


🗣 DAH RAMAI YANG START CARI BAJU RAYA UNTUK TAHUN NI KAN 👀
KORANG PULAK TAKKAN NAK TUNGGU LAST MINIT BARU NAK BELI ⁉️
Untuk pengetahuan korang, ELRAH EXCLUSIVE dah launch koleksi Baju Melayu Terbaru untuk RAYA 2023 🥳
▪️46 PILIHAN WARNA 🎨
▪️XXS, XS, S, M, L, XL, XXL ✅
▪️SLIM FIT 👕
▪️3️⃣ POKET
▪️ZIP DI BAHAGIAN KIRI BAJU
▪️READY STOCK ‼️💯
▪️Material : Abloh Crepe
🎗️ Kain memang best selesa sangat pakaii
Tak panas & Susah Kedut !
Bukan itu je gais ! Setiap pembelian 𝐁𝐀𝐉𝐔 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐘𝐔 𝐌𝐀𝐆𝐍𝐈𝐅𝐈𝐂𝐄𝐍𝐓 𝟒.𝟎, korang akan dapat PERCUMA 4 ITEM yang bernilai RM 89 !
BUY 1 FREE 4 🎉🎊
✅ FREE BUTANG PREMIUM
✅ FREE RANTAI
✅ FREE PIN LOGO ELRAH
✅ FREE HANDKERCHIEF
Yang paling best
Harga asal Baju Melayu Magnificent 4.0 ni RM 209 sepasang tapi sekarang kita bagi promosi RM 189 saja ‼️
Kat mana lagi nak dapat offer gempak macam ni kalau bukan dengan Elrah Exclusive ⁉️


Untuk maklumat produk secara detail sila klik icon dibawah:


Anda boleh juga whatsapp kami dengan klik icon dibawah:


Senarai koleksi warna yang Elrah Exclusive tawarkan untuk anda buat pilihan.















































Jumaat, 3 Februari 2023

10 Orang Terkaya di Dunia (2023)

 10 Orang Terkaya di Dunia

Kekayaan jutawan terkenal dunia memang sukar untuk dibayangkan.

Apakah bidang perniagaan yang mereka ceburi sehingga dapat mengumpul kekayaan sehingga berbillion ringgit?

Apa pula kepakaran yang mereka miliki untuk berjaya seperti hari ini?

Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita lihat siapakah 10 orang terkaya di dunia yang disenaraikan oleh FORBES / Real Time Billionaires.

10 Orang Terkaya di Dunia

1.Bernard Arnault

Nama yang tidak asing lagi dalam industri barangan mewah, Bernard Arnault merupakan pengarah eksekutif bagi syarikat gergasi Moët Hennessy Louis Vuitton (LVMH).

Mengungguli carta sebagai manusia terkaya di dunia dengan mencatatkan kekayaan sehingga RM 907 billion, syarikat milik Arnault memegang sehingga 70 jenama mewah termasuk Louis Vuitton, Christian Dior, Marc Jacobs, Sephora, Celine dan Fendi.

Selain mendominasi industri fesyen dan barangan mewah, Arnault juga memiliki beberapa aset bernilai seperti hotel serta kapal persiaran ekslusif.  

2.Elon Musk

Walaupun Tesla mencatatkan kerugian kira-kira 200 billion sejak November 2021, Elon Musk kekal teguh pada kedudukan manusia kedua terkaya di dunia dengan kekayaan berjumlah RM 632 billion.

Elon Musk juga menjadi buah mulut warganet serata dunia apabila dinamakan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan pemilik media sosial Twitter.   

Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat pembinaan roket kapal angkasa untuk NASA, Space Exploration Technologies (SpaceX).

3.Gautam Adani

Pengasas Adani Group, Gautam Adani merupakan orang terkaya di Asia dengan kekayaan mencecah RM 556 billion.  

Kekayaan beliau bersumber daripada 6 syarikat gergasi India di bawah pemiikannya iaitu Adani Enterprises, Adani Power, Adani Transmissions, Adani Ports & Special Economic Zone, Adani Green Energy dan Adani Total Gas.

4. Jeff Bezos

Terkenal sebagai pemilik syarikat e-commerce gergasi Amazon, nama Jeff Bezos juga sering disebut sebagai antara orang terkaya di dunia dengan kekayaan mencecah RM 535 billion.

Pada tahun 1994, Jeff Bezos mengasaskan Amazon.com daripada garajnya di Seattle.

Walaupun Amazon bermula sebagai kedai buku atas talian, kini ia berkembang menjadi pusat membeli-belah pelbagai produk untuk pelanggan dari serata dunia.

Amazon juga dijangka bakal memintas Walmart sebagai peruncit terbesar dunia menjelang tahun 2024.

Stok Amazon juga semakin menjulang tinggi pada tahun 2020 disebabkan permintaan pembelian atas talian yang cukup tinggi.

Selain Amazon, Bezos juga terlibat dalam bisnes lain seperti projek aeroangkasa yang dikenali sebagai Blue Origin. Pada tahun 2013, beliau turut membeli hakmilik bagi akhbar The Washington Post.

5. Larry Ellison

Tercatat dalam kedudukan kelima, Larry Ellison merupakan pengasas kepada Oracle, syarikat perisian kedua terbesar di dunia yang menawarkan pelbagai program pengkomputeran termasuk Java, kod Linux dan platform pengkomputeran Oracle Exadata.

Beliau juga pernah menganggotai lembaga pengarah Tesla namun sudah meletakkan jawatan pada tahun 2022.

6. Warren Buffet

Merupakan Pengarah Eksekutif bagi syarikat Berkshire Hathaway, kekayaan Warren Buffet dilaporkan mencecah sehingga RM 478 billion.

Syarikat gergasi tersebut juga terkenal sebagai pemilik bagi 60 syarikat lain antaranya GEICO, Duracell, dan Dairy Queen.

Warren Buffet juga merupakan ikon bagi industri pelaburan sehingga digelar sebagai Oracle of Omaha kerana komuniti pelaburan sering memandang beliau sebagai role model yang disegani dalam bidang tersebut.

7. Bill Gates

Sinonim dengan jenama perisian komputer terbesar dunia iaitu Microsoft, Bill Gates tercatat sebagai orang ketujuh terkaya dunia dengan kekayaan sebanyak RM 449 billion.

Selain Microsoft, Gates juga pernah menjadi anggota lembaga pengarah bagi syarikat Berkshire Hathaway namun telah meletakkan jawatan di kedua-dua syarikat pada tahun 2020.

Walaupun terkenal sebagai pengasas Microsoft, Bll Gates meraih sebahagian besar daripada kekayaannya daripada syarikat Cascade Investment LLC, iaitu sebuah syarikat pengoperasian, jentera berat dan pengangkutan.

Syarikat ini turut memegang pemilikan bagi beberapa syarikat besar seperti Canadian National Railway, Deere, Republic Services serta beberapa hartanah dan syarikat tenaga swasta.

8. Carlos Slim Helú

10 Orang Terkaya di Dunia

Carlos Slim Helú memegang kekayaan sebanyak RM 389 biliion sekaligus mencatatkan namanya sebagai individu terkaya di Mexico.

Keluarga Helú memiliki América Móvil, sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di kawasan Amerika Latin.

Beliau juga memegang stok penting dalam pelbagai industri seperti pembinaan, galian, hartanah serta media.

Keluarga Helú juga merupakan sebahagian penting bagi konglomerat terbesar Amerika Latin iaitu Grupo Carso.

9. Mukesh Ambani

10 Orang Terkaya di Dunia

Dengan kekayaan mencecah RM 383 billion, Mukesh Ambani merupakan jutawan yang cukup disegani dari India.

Beliau merupakan Pengarah Urusan dan Pengerusi bagi Reliance Industries, sebuah syarikat penapisan minyak terbesar dunia.

Selain itu, syarikat ini juga terlibat dengan pengoperasian petrokimia, peruncitan dan media.

Syarikat gergasi tersebut diasaskan oleh bapa Ambani, iaitu Dhirubhai Ambani.

Asalnya ditubuhkan sebagai syarikat tekstil, kini Reliance Industries terkenal sebagai salah satu penyumbang ekonomi terbesar di India.

Mukesh Ambani juga memiliki Antilia, sebuah kompleks hartanah di Mumbai yang bernilai RM 1.77 billion.

Pada tahun 2016, Ambani melancarkan jaringan telefon 4G di serata India dengan pendaftaran lebih daripada 420 juta pengguna.

Beliau juga bercadang untuk melancarkan perkhidmatan 5G pada masa hadapan.

10. Françoise Bettencourt Meyers

10 Orang Terkaya di Dunia

Merupakan cucu kepada pengasas jenama kosmetik terkemuka L’Oreal, Françoise Bettencourt Meyers dinobatkan sebagai wanita terkaya di dunia.

Meskipun dunia dibadai pandemik, syarikat ini dilaporkan berjaya mencatat hasil jualan sehingga 152.8 billion pada tahun 2021.

Keluarga Bettencourt Meyers memegang saham Syarikat L’Oreal sebanyak 33%. Beliau juga merupakan pengerusi bagi syarikat tersebut.

Wanita ini juga meneruskan legasi sebagai presiden bagi yayasan yang ditubuhkan oleh keluarganya untuk pembangunan Perancis dari sudut sosial, seni dan sains.  

Seperti yang kita boleh lihat, semua jutawan yang tersenarai merupakan pemegang saham besar dalam syarikat yang dipimpin.

Mereka juga memainkan peranan penting dalam syarikat bertaraf global seperti Tesla, L’Oreal, Microsoft dan Louis Vuitton.

Mereka juga mempunyai sifat kepimpinan yang boleh mengubah dunia dan layak dijadikan inspirasi buat semua.

Semoga perkongsian ini dapat menyuntik semangat agar lebih ramai dapat mencontohi kewibawaan daripada 10 orang terkaya di dunia seperti yang disenaraikan.

Sumber : ForbesRTM