"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Ahad, 3 Oktober 2021

MINYAK ENJIN PERLU DITUKAR SETIAP 6 BULAN? WALAUPUN TAK CUKUP 10,000KM?


Seperti yang kita sedia maklum, minyak pelincir atau minyak enjin perlu ditukar mengikut sela masa yang ditetapkan oleh pengeluar samaada setiap 5000km, 7000km, 10,000km atau 15,000km bergantung pada saranan pengeluar dan jenis minyak enjin yang digunakan.

Sesetengah pengeluar membuat saranan supaya minyak enjin perlu ditukar dengan kerap jika kenderaan dipandu dalam keadaan lasak seperti menunda beban yang berat, dipandu dalam keadaan sesak (stop & go traffic) dengan cuaca panas, atau cuaca terlalu sejuk.

Namun dengan pandemik COVID-19 yang melanda dunia, anda akan dapati yang anda banyak bekerja di rumah dan kereta anda semakin kurang dipandu. Secara teori ia bagus untuk anda kerana semakin kurang dipandu, semakin sedikit kos servis yang anda perlu keluarkan. Tapi sebenarnya walaupun kurang dipandu, minyak enjin sekurang-kurangnya perlu ditukar setiap 6 bulan sekali


Kami perkenalkan pada anda satu perkataan baru iaitu “shelf life” iaitu jangka hayat sesuatu produk sebelum ia rosak dan tidak boleh digunakan lagi walaupun komponen tersebut belum pernah dipasang pada kereta. Antara contoh yang senang dilihat ialah tayar dan juga minyak enjin yang memiliki shelf life selama 5 tahun sebelum ia rosak walaupun disimpan dalam botol tertutup.

 Minyak enjin akan menjadi rosak disebabkan tindak balas kimia yang berlaku apabila ia terdedah kepada persekitaran. Unsur seperti udara, gas oksigen, haba, cahaya dan juga air akan memendekkan jangka hayat minyak pelincir. Bagi minyak enjin yang belum digunakan, adalah bagus sekiranya ia disimpan dalam bekas tertutup di dalam bilik stor, bukan dibiarkan di bawah garaj kereta.

Bagi minyak enjin yang telah dituang dalam enjin, ia akan mulai terdedah kepada semua unsur-unsur di atas sebaik sahaja botol minyak dibuka dan enjin kereta beroperasi. Minyak enjin sebenarnya adalah campuran bahan aditif dengan bahan petroleum ataupun minyak pelincir dihasilkan secara sintetik daripada alkohol.


Selepas beberapa bulan terdedah, bahan aditif ini tidak lagi dapat berfungsi secara efisyen seperti yang dijangka. Bahan pelincir petroleum ataupun sintetik akan menjadi kurang likat berbanding dengan sifat asalnya terutama selepas dicemari dengan unsur hidrokarbon yang ada pada pertol atau diesel serta terdedah kepada air yang terhasil daripada pembakaran

Bagi kenderaan dengan enjin turbo moden, sebaik sahaja alat pengesan menilai kelikatan minyak enjin berada di luar parameter yang ditetapkan ia akan menghantar isyarat peringatan kepada pemilik agar menukar minyak secepat mungkin walaupun perbatuan masih kurang daripada 10,000km.


Bagi enjin lama, anda boleh mengesan minyak pelincir sudah tidak sesuai digunakan dengan melihat kepada perbandingan bau (bau terbakar), warna (biasanya hitam), dan juga kelikatan (cair seperti air). Ketika ini juga pecutan kereta akan terjejas serta penggunaan bahan api akan meningkat berbanding biasa

Satu cara lain bagi memeriksa kualiti minyak pelincir ialah dengan melakukan analisis kimia secara terperinci namun ia akan memakan kos yang bukan murah. Jadi penyelesaian yang paling praktikal dan murah ialah menukar minyak enjin anda setiap 6 bulan walaupun jarang dipandu.

Sumber: Mekanika

Ini hanya kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ sementara: Zahid

 

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ yang dipimpin Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini hanya berbentuk sementara sahaja dan akan bertukar apabila UMNO kembali menjadi dominan nanti, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata kerajaan ini terpaksa dibentuk selepas mengambilkira keadaan politik yang tidak menentu pada ketika rakyat berdepan cabaran Covid-19 dan untuk rekod sebelum ini, Zahid juga mengetuai kumpulan 15 Ahli Parlimen (MP) yang menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

“Kerajaan sementara ketika ini ditubuhkan dengan pertimbangan suasana politik yang masih tidak stabil, sedangkan rakyat diancam pandemik Covid-19.

“Insya-Allah kita yakin UMNO dengan strategi dan gerak kerja yang telah dan sedang diatur akan mengembalikan kerajaan BN sebagai tonggak pentadbiran negara pada PRU-15,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebooknya.

Zahid juga mengulangi pendirian partinya untuk tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kerusi telah dimenangi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“UMNO tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kerusi telah dimenangi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Ketetapan ini bukan hanya oleh MKT tetapi ia lahir daripada suara akar umbi yang mahu UMNO menjadi dominan semula selepas PRU-15,” katanya lagi.

Beliau berkata, UMNO sedia maklum akan ada parti lain bertanding di kawasan sama, namun menyedari itu lumrah sebuah negara demokrasi.

Ahmad Zahid berkata, kekuatan UMNO dan akar umbinya yang bangkit tidak harus sesekali diperkecil.

“UMNO parti terbesar bangsa Melayu dan parti terbesar di negara ini. Kemenangannya sangat signifikan dalam memastikan kestabilan yang kukuh.

“Dominan bukan pula bermaksud angkuh tetapi kewajipan mengembalikan UMNO sebagai sebuah parti yang menjadi teras kepada pentadbiran kerajaan,” katanya.

Dalam PRU-14 lalu, UMNO menang di 54 kerusi Parlimen dan 241 kerusi Dewan Undangan Negeri tetapi beberapa wakil rakyatnya lompat parti.

Sementara itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin berkata kemungkinan pertembungan parti itu dengan UMNO dalam PRU-15) merupakan antara realiti politik yang perlu diterima dan bersedia menghadapi sebarang kebarangkalian yang terjadi pada masa akan datang dengan cara serta strategi tersendiri.

Presiden Bersatu itu juga berkata dalam menghadapi PRU-15 apa yang penting adalah penilaian rakyat tentang sejauh mana parti politik itu dapat membantu mereka terutama berdepan Covid-19 masa kini dan siapa yang dapat membantu mereka dalam menghadapi cabaran yang mendatang.

Katanya sehubungan itu Bersatu akan terus menyantuni dan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat terutama ketika berdepan pelbagai cabaran dibawa Covid-19, yang akhirnya rakyat akan menilai sendiri apa yang Bersatu lakukan untuk mereka.

-Agenda Daily

Sos Cili Lagend! Sayangnya Bisnes Jatuh Kerana Berita Palsu, Sos Aminah Hassan Mahu Buat “Comeback”

 


Tidak lengkap jika tiada sos cili untuk makan makanan bergoreng. Makan ayam goreng perlukan sos cili, makan kentang perlukan sos cili, makan keropok dan segala macam lah perlukan sos cili.

Boleh dikatakan budaya Malaysia ini tidak lengkap makan makanan bergoreng tanpa sos cili. Pelbagai jenama sos cili yang berada di pasaran.

Ada yang dahulu terkenal sehingga sekarang masih lagi jenama sos cilinya itu disukai ramai. Namun, ada juga jenama sos cili yang dahulunya terkenal tetapi kini dilupakan dan ada juga yang sudah lenyap ditelan zaman.

Jika anda adalah peminat sos cili pasti masih ingat s0s jɛnama Aminah Hassan yang terkɛnal satu ketika dahulu.

Sebut sahaja sudah mɛngimbau kenangan masa kecil, bukan? Makan ayam g0reng, pisang g0reng dan pelbagai lagi cicἀh s0s cili. Jenama Aminah Hassan ini b0leh dikatakan sɛtanding dengan jenama-jɛnama lain seperti Life, Kimball dan sebagainya.

Jenama Aminah Hassan bermula daripada s0s cili kemudian tampil dengan pr0duk lain seperti s0s t0mato, s0s tiram, s0s kacang dan s0s lada hitam. Untuk pengetahṳan anda, pɛrniagaan ini diṳsahakan oleh Hajjah Aminah dan Haji Hassan. Sebenarnya perniagaan ini telah bermṳla secara kecil-kɛcilan pada tahun 1966 di Kampung Merdeka, Batu Pahat dengan menjual kicἀp dan s0s.

Kemudian, perniagaan berkɛmbang maju dan kilang pengɛluaran telah berjaya dibṳka di Jalan Kapar, Klang. Kini, pɛrniagaan ini telah diusahakan oleh anak-anak Hajjah Aminah dan Haji Hassan. Daripada hanya mɛnjual s0s cili, kɛmudian jɛnama Aminah Hassan ini tampil dengan pr0duk lain seperti s0s t0mato, s0s tiram, s0s kacἀng dan s0s lada hitam.

Akan tetapi, pasti anda sedar akan kehilangan jenama s0s ini di pasar raya, bukan? Sebenarnya ada khabar angin mendakwa bahawa s0s tersɛbut telah dimiliki bangsa asing dan dijual di syarikat lain selɛpas pengasasnya meninggἀl dunia. Berikutan itu, pr0duk tersebut tidak lagi mendapat sἀmbutan dan terpaksa ditutup opɛrasi kerana mengἀlami kemer0sotan.

Terbaharu, pihak syἀrikat Aminah Hassan menjelaskan perkara sɛbenar justɛru menafikan khἀbar angin yang telah tersɛbar. Pihak syarikat menegaskan bahawa mereka tidak pernah dibɛli pihak lain tetapi hanya menghentikan opɛrasinya sekɛtika.

sos cili aminah hassan

Difahamkan kini, s0s cili jÉ›nama Aminah Hassan telah mula dijual semula di beberapa l0kasi sahaja dan anda b0leh dapatkan s0s cili ini untuk nikmati rasa s0s cili ‘lÉ›gend’ ini.

Anda boleh dapatkan sos cili lagend ini di online seperti di Shopee dengan hanya menaip aminah hassan atau sos cili aminah hassan.

Semoga kita sama-sama membantu perniagaan sos cili lagenda ini. Diharap supaya perniagaan mereka ini kembali popular dan maju jaya seperti dahulu.

-ohinfokini.com

Sabtu, 2 Oktober 2021

Firdaus Wong lapor polis difitnah sebar gambar video lucah

Firdaus Wong membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju pada Sabtu.

 KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju di sini pada Sabtu berhubung fitnah yang mendakwa beliau menyebar gambar dan video lucah melalui aplikasi Telegram.

Menerusi satu kenyataan di Facebook miliknya, Firdaus Wong menafikan segala dakwaan yang mengatakan kononnya beliau ialah pengasas dan pemilik satu Telegram yang menyebarkan video berkenaan.

Firdaus Wong turut menjelaskan bahawa beliau hanya memiliki satu Telegram rasmi sahaja untuk berkongsi segala maklumat dan turut menafikan sebarang fitnah yang mengaitkan dirinya dengan sebarang video atau gambar lucah.

"Alhamdulilah selesai membuat laporan polis tentang fitnah yang disebarkan kononnya saya pengasas dan pemilik Telegram yang menyebarkan video dan gambar lucah. Saya menafikan fitnah tersebut.

"Saya hanya memiliki satu Telegram rasmi sahaja di pautan ini https://t.me/brofirdauswong dan menafikan sebarang fitnah yang mengaitkan saya dengan penyebaran sebarang video dan gambar lucah," katanya melalui satu hantaran di Facebook pada Sabtu.

Firdaus Wong turut memaafkan mereka yang memaki-hamun, menyindir, mengejek atau menghinanya tetapi beliau tidak akan mendiamkan diri apabila difitnah.

"Saya sayangkan sahabat semua maka saya tidak mahu sahabat semua melakukan dosa fitnah tanpa disedari akibat perbuatan tidak bertanggungjawab mereka yang menyebarkan fitnah tersebut," katanya.

-SH Online

RM15 JUTA UNTUK SEKOLAH PERSENDIRIAN CINA DI BAWAH DONG ZONG?

 15 JUTA UNTUK SEKOLAH PERSENDIRIAN CINA DI BAWAH DONG ZONG??

Apakah kewajaran pihak kerajaan memberikan RM15 juta kepada 63 buah sekolah persendirian Cina di bawah Dong Zong? 

Sedangkan 512 sekolah tahfiz berhadapan risiko untuk ditutup kerana tidak mampu menampung kos operasi. 

Saya menggesa pihak kerajaan untuk mengkaji semula peruntukan tersebut serta membatalkannya. Apatah lagi sikap Dong Zong yang tegar menentang tulisan Jawi dan memperjuangkan UEC. 

Dong Zong sewajarnya menerapkan sistem pendidikan kebangsaan di dalam silibus sekolah mereka serta menerima tulisan jawi. Barulah wajar mereka menerima bantuan daripada kerajaan.

Adalah lebih baik jika peruntukan tersebut disalurkan kepada masyarakat Cina di kalangan B40 yang mengikuti pendidikan di sekolah kebangsaan. Mereka setia mengikuti sistem pendidikan kebangsaan dan berasimilasi di dalam sebuah Keluarga Malaysia. 

Kita boleh menerima kepelbagaian tetapi tidak akan sesekali bertolak ansur dengan kebiadaban.

Kita juga tidak membenci kepada mana-mana kaum, tetapi kami benci kepada tindakan berat sebelah!

MOHAMED SUKRI OMAR

Timbalan Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Telok Panglima Garang

2/10/2021

Bersatu sedia lawan Umno, kata Muhyiddin


Muhyiddin Yassin ketika sidang media selepas menemui pemimpin Bersatu Sabah di Kota Kinabalu, hari ini.

KOTA KINABALU: Bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, Bersatu bersedia melawan Umno dalam pilihan raya akan datang sekiranya parti itu kekal dengan keputusannya untuk tidak bekerjasama.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat hari ini, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, mereka perlu menghadapi “realiti politik” ini sekiranya Umno enggan berganjak dalam pendiriannya.

“Inilah realiti politik – kadangkala kita kawan, kadangkala lawan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat dengan pemimpin Bersatu Sabah di sini, hari ini.

-wrlr

SULAIMAN ABDUL AZIZ AL RAJHI – HARTAWAN & PENGASAS BANK AL RAJHI YANG CUKUP ZUHUD PERIBADINYA

 SULAIMAN ABDUL AZIZ AL RAJHI – HARTAWAN & PENGASAS BANK AL RAJHI YANG CUKUP ZUHUD PERIBADINYA

Hartawan Muslim terkaya dalam senarai Forbes ini dah 3 kali jatuh miskin!

:

Beliau bukan calang-calang orang. Beliau telah mengasaskan perbankan Islam pertama di dunia ketika sistem perbankan menjalankan unsur riba. Beliau orang terkaya di Arab Saudi yang BUKAN dari keturunan raja, sampaikan kekayaan beliau mencecah RM32 billion direkodkan dalam Forbes magazine. 

:

Tapi Masya Allah, beliau ni orangnya cukup zuhud. 

:

😇 Beliau infaqkan sehingga 170juta Riyal untuk misi bantuan Covid-19.

😇 Beliau serahkan 2 hotel miliknya kepada Kementerian Kesihatan di Kota Mekah.

😇 Beliau sanggup hadiahkan sebuah banglo dengan kereta mewah kepada cikgunya yang pernah hadiahkan 1 Riyal kepadanya dulu.

😇 Beliau serahkan hampir kesemua hartanya kepada isteri dan anak-anaknya

😇 Kemewahannya yang diwakafkan saja sebanyak 60billion Riyal

:

Kalau tuan puan ada kekayaan seperti Sulaiman Al Rajhi, rasanya tuan puan sanggup ke lepaskan kemewahan semata-mata untuk kebajikan?

:

“Setelah kamu meninggalkan kehidupan ini, satu-satunya pelaburan yang penting adalah bekalan kamu bawa untuk kehidupan yang lain. Saya berusia lapan puluhan! Apa lagi yang saya perlukan? Wakaf membayar bil saya, memberi saya penginapan, makanan, perubatan dan pengangkutan."


- Sulaiman Abdul Aziz Al Rajhi - 

---

Betul kata Sulaiman Al Rajhi. Apalah yang harta ni boleh jamin lepas kita tinggalkan dunia ni. Yang kita bawa cuma doa anak-anak yang soleh, ilmu yang dimanfaatkan & sedekah jariah kita di jalan Allah.

:

Bantu kami membina Kompleks Surau Al Mujahidin untuk manfaat umat Islam di Taman Desa Surada. Klik https://www.kompleksmujahidin.com/online/ untuk berinfaq

Kerana Cinta, Puteri Diraja Jepun Sanggup Tolak Tawaran RM5.17 Juta Untuk Kahwini Orang Biasa


Demi cinta, anak Putera Mahkota Jepun, Putera Akishino iaitu Puteri Diraja Jepun, Puteri Mako, 29 tahun bukan sahaja sanggup menolak bayaran $1.3 juta (RM5.17 juta) yang ditawarkan kepadanya tetapi juga sanggup melangsungkan perkahwinan tanpa majlis besar-besaran.

 Beliau yang juga merupakan anak saudara Maharaja Jepun, Maharaja Naruhito bakal menamatkan zaman bujangnya bersama tunangannya yang daripada kalangan orang biasa, Kei Komuro, 29 tahun pada 26 Oktober ini. 

Sumber: Page Six 

 Keduanya kemudian dilaporkan akan berhijrah ke Amerika Syarikat, di mana Komuro akan meneruskan kerjayanya sebagai peguam. 

 Ini adalah pengumuman rasmi pertama bahawa mereka akan meneruskan pernikahan yang telah ditangguhkan bertahun-tahun kerana skandal kewangan yang melibatkan ibu Komuro.

 Puteri Mako pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau dan tunangannya adalah orang biasa yang tidak boleh digantikan antara satu sama lain dan perkahwinan adalah pilihan yang diperlukan untuk kehidupan mereka.

 Keputusan Puteri Diraja Jepun yang enggan menerima bayaran itu adalah kerana beliau mahu membawa haluannya sendiri.

 Menurut media Jepun, ahli perempuan keluarga diraja yang berkahwin dengan orang biasa akan dikeluarkan namanya daripada senarai ahli keluarga diraja. 
 

Kerana Cinta, Puteri Diraja Jepun Tolak Tawaran RM5.17 Juta Untuk Kahwini Orang Biasa 1 Berbeza dengan anak lelaki diraja, sekiranya anak perempuan diraja mahu terus kekal sebagai puteri diraja, mereka perlu berkahwin dengan lelaki daripada golongan bangsawan berdarah diraja.

 Manakala jika anak lelaki diraja iaitu putera raja berkahwin dengan orang biasa, secara automatik isteri mereka akan menjadi ahli kerabat diraja. Puteri Mako bersama keluarganya. 

Sumber: Japan Times 

Disebabkan tradisi inilah, keluarga diraja Jepun hanya memiliki 18 orang ahli jika mahu dibandingkan dengan keluarga diraja dunia lain. 

 -odisi.my

Malaysia lakar kejutan mara ke separuh akhir Piala Sudirman


Hoo Pang Ron-Cheah Yee See mengejutkan beregu No. 4 dunia, Praveen Jordan-Melati Oktavianti dalam aksi penentuan untuk membawa Malaysia ke separuh akhir badminton Piala Sudirman di Vantaa, Finland.

Biarpun menghantar pasukan termuda dalam kejohanan, Malaysia berjaya menyingkirkan lawan yang jauh lebih berpengalaman, Indonesia 3-2 pada suku akhir sebentar tadi.

Kemenangan dalam pertarungan hampir enam jam itu menyamai pencapaian terbaik skuad badminton negara di Guangzhou, China pada 2009 yang turut menyaksikan Malaysia mara ke separuh akhir.

AARON Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan mata pertama.

Malaysia bakal menentang pasukan yang menewaskan mereka 4-1 di peringkat kumpulan semalam, Jepun dalam separuh akhir hari ini (9 malam).

Jepun mara selepas menyingkirkan Taiwan 3-1 dalam satu lagi saingan suku akhir.

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan rekod tanpa kalah di Finland dengan menumpaskan Marcus Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo 21-12, 21-15 untuk memberi mata pertama Malaysia.

LEE Zii Jia mengutip mata kedua Malaysia.

S. Kisona memberi tentangan hebat kepada Gregoria Mariska Tunjung sebelum akur 20-22, 21-18, 19-21 dalam perseorangan wanita untuk Indonesia menyamakan kedudukan 1-1.

Juara All England, Lee Zii Jia kembali meletakkan Malaysia di depan selepas menumpaskan pemain No. 5 dunia, Anthony Ginting 21-11, 21-16.

Beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah hampir mengejutkan juara Olimpik, Greysia Polii-Apriyani Rahayu sebelum kalah 20-22, 21-17, 18-21 dalam pertarungan 1 jam 30 minit untuk Indonesia kembali menyamakan kedudukan 2-2.

Pasangan No. 27 dunia, Pang Ron-Yee See yang beraksi dalam kejohanan pertama mereka selepas enam bulan akhirnya memberi mata kemenangan paling mengejutkan dengan menewaskan Praveen-Melati 21-19, 9-21, 21-16.

-Utusan Online

Bukit Aman rakam keterangan Ebit Lew dan isteri


 Pendakwah terkenal, Ebit Lew sekali lagi dipanggil polis di Bukit Aman untuk dirakamkan keterangan bagi membantu siasatan kes gangguan seksual.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pendakwah itu hadir bersama isterinya pada Khamis.

"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa juga bahan di mana-mana platform bagi mengelakkan spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan pihak polis," katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Pada 23 September lalu, polis mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan berhubung video dan mesej lucah yang tular dalam aplikasi Telegram didakwa melibatkan seorang pendakwah terkenal.

Siasatan itu dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

Pada masa sama, Abd Jalil berkata, kes berkenaan juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Pada Ogos lalu, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew dipanggil polis di Bukit Aman untuk merakamkan keterangan bagi membantu siasatan kes gangguan seksual.

Siasatan membabitkan Ebit dijalankan di bawah tiga seksyen iaitu Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

-SH Online