"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Kisah Dan Teladan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Dan Teladan. Papar semua catatan

Ahad, 26 September 2021

Masa abah jatuh tu aku 16 tahun, kau pula 11 tahun tapi tindakan kau lagi matang


 Saya Amir. 32 tahun. Masih bujang. Coretan ni saya khususkan buat adik saya Amira. Sebab saya tau dia rajin baca dan komen-komen di page ni. Ok saya mulakan.

Dik. Takde orang yang aku sayang dalam dunia ni melebihi kau. Aku nak kau tau dari mula kau lahir sampailah sekarang. Kaulah satu-satunya orang yang aku ada dalam dunia ni.

Aruwah mak meningggal masa umur kau 5 tahun. Kau kecik lagi dik. Hingus pon meleleh lagi. Tapi kau dah hilang kasih sayang seorang mak. Aku sampai sekarang ingat lagi. Aku peluk kau depan jnazah mak. Kau tanya aku.

“Kenapa orang balut mak?”

“Kenapa orang ikat mak?”

“Kenapa abang menangis?”

Kau lap air mata aku dengan bantal busuk kau. Kau pujuk aku. Kau peluk aku. Walaupon masa tu kau tak tahu apa-apa, tapi kau dah tunjuk kau lagi kuat dari aku.

Tapi lepas sehari kau tanya bila mak nak bangun. Bila mak nak balik. Kau kata kau rindu mak. Kau melalak depan aku.

Depan abah. Tapi masa tu abah ada dik. Abahlah yang pujuk kau. Tenangkan kau. Bagi kau paham walaupon kau tak mengerti apa-apa lagi masa tu.

Sedih aku tengok kau dik. Hari-hari kau tunggu mak balik. Tanya pasal mak. Sampai aku tak tau nak jawab apa kat kau.

Tapi alhamdulillah lama-lama kau paham jugak yang mak dah takde. Hiduplah kita tiga beranak dik.

Kau mesti ingat kan. Abah punya garang.. Allahu. Hari-hari aku kena balun sebab degil. Kau yang datang selamatkan aku dari kena dengan abah.

Abah tak pkul kau dik. Sebab kau baik. Tak macam aku. Nakal. Degil. Pantang dapat keluar. Memang maghrib la baru balik.

Kau tak macam aku. Kau main keliling rumah je. Kawan-kawan kau yang datang main dengan kau. Tu sebab kau tak pergi jauh. Jangan aku.

Habis segala kebun getah orang aku masuk. Balik kena tibai dengan abah. Kau jugakla yang tenangkan dia l. Hahahaha.. Terima kasih dik.

Kau ingat lagi tak dik. 16 tahun lepas. Aku umur 16 tahun. Kau 11 tahun. Abah pengsan masa dalam bilik air.

Aku kaget dik masa tu. Keras kejung je kat situ tengok abah. Tak tahu nak buat apa. Tapi kau pandai dik. Kau tenang.

Kau pegi lari rumah jiran kita panggil diorang datang tengok abah, bawak abah pergi hospital.

Tapi tu la. Allah lagi sayang abah dari kita kan. Abah meningggal masa kat hospital. Tapi kali ni kau dah faham.

Walaupon umur kau baru 11 tahun, tapi kau matang dik. Kau kuat. Walaupon kau menangis peluk aku, tapi kau tenang hadap benda tu.

Aku yang tak kuat dik. Aku yang lembik masa ni. Macam-macam aku fikir. Kita dah takde sapa-sapa.

Kau dengan aku dah jadi anak yatim piatu. Tapi kau steady dik. Ayat kau memang power. Sampai sekarang aku ingat lagi ayat kau.

“Abah dah takde. Tapi adik ade kau lagi bang. Jangan tinggalkan adik tau. Kalau kau takde adik takde sapa-sapa lagi dah dalam dunia ni.”

Sedih aku dik. Abah pergi tak tinggalkan apa-apa untuk kita. Yang ada tanah getah 2 ekar. Tapak rumah. Tu jelah.

Itu pon ramai je sedara-sedara kita yang tanya. Kau ingat kan dik. Diorang datang rumah kita tanya pasal tanah tu. Aku hambat diorang dengan parang masa tu.

Nasib baiklah kau ada dik. Kalau tak memang dah kedalam aku masa tu.. Hahaha.. Lepastu kita janji kan. Apa jadi pon biar kita hadap sama-sama.

Jangan kita pisah walau apa pon jadi. Lagipon masa tu rumah arwah abah ada. Bukan kita takde tempat berteduh pon.

Meeting kita dua beradik tu kau ingat lagi tak? Yang masa aku nak berenti sekolah sebab nak motong getah tu? Punya beria kau halang. Susah betul aku nak yakinkan kau.

Bukan apa dik. Kita masa tu dah tak ada sapa-sapa. Kalau aku sekolah, kau sekolah, sapa nak bagi kita makan?

Akhirnya kau beralah jugak. Tepat sebenarnya keputusan aku dik. Antara kita berdua kau yang pandai. Aku ni belajar manjang fail je. Baik aku berenti.

Keje carik duit kan. Masa tu la kau buat perjanjian. Aku keje, kau uruskan rumah. Gelak je aku masa tu. Umur kau baru 11 dik.

Nak basuh tangan dekat singki pon kau tak berapa nak sampai masa tu. Ade hati nak uruskan rumah konon, hahaha.. Tapi kau usaha.

Belajar masak. Belajar guna mesen basuh. Kagum jugaklah aku walaupon kadang-kadang kau kata kau masak sambal tapi rasa arang..

Pasal masak nasi pon satu hal jugak dik. Sampai sekarang aku fikir. Apa benda yang kau buat dekat rice cooker tu sampai meletup bende alah tu kau kejekan. Padan muka kau dik.

Lepas tu kau kena masak nasi guna periuk. Tu la sapa suruh kau bagi jahanam rice cooker tu.

Tapi aku tak salahkan kau pon dik sebenarnya. Yela kau baru 12 tahun masa tu. Apa je yang kau tau kan.. Takpe dik. Aku faham..

Rezeki kau masa UPSR kau dapat 5A dik. Memang tepat keputusan aku tak bagi kau berenti sekolah.

Menitik air mata aku masa kau berlari cari aku dalam kebun getah bawak slip periksa kau. Busuk-busuk aku dengan baju motong tu kau peluk. Aku bangga dengan kau dik masa ni.

Alhamdulillah kau dapat sambung ke SBP. Masa ni la kita jual segala harta dalam rumah sebab nak hantar kau.

Merata kita dua beradik pusing naik motor dari kampung membawak ke pekan sampailah ke bandar mencari tin kosong dengan kotak nak jual.

Kau tak malu ikut aku buat benda ni semua. Macam-macam orang mengata kita dik. Tapi biarlah kau kata.

Demi kau aku pekakkan telinga je dik. Cukuplah ada kau dalam hidup aku. Aku bahagia sangat-sangat dah.

5 tahun kau duduk SBP tu dik. Walaupon kau jauh, tapi aku tak penah lupa kat kau. Dan aku tau kau tak penah lupa aku.

Tiap-tiap kali kau balik mesti kau masakkan sedap-sedap untuk aku. Sampai tahap kadang-kadang aku duduk sorang-sorang kat rumah aku mengharap sangat kau balik teman aku,

sembang dengan aku, masakkan untuk aku, hahaha.. Baru kau tau abg kau ni lonely orangnya..

Alhamdulillah. Keputusan SPM kau cemerlang. Kau dapat tawaran pergi luar negara. Ireland. Belajar perubatan.

Kali pertama aku dengar ada negara nama Ireland. Kau kata medic sana bagusla apa la. Aku iyekan je dik. Bukan aku faham pon apa kau cakap.

Aku ni orang kampung je. Sekolah pon tak habis. Tapi aku layankan jugak. Walau dalam hati memikir mana nak carik duit hantar kau jauh-jauh ni.

Nasib baik kau ada biasiswa. Keperluan semua alhamdulillah dapat aku adakan untuk kau.

Merata kita jalan naik motor abah nak uruskan hal kau dulu dik. Ambik cop sana. Mintak sain orang ni.

Aku ikutkan je walaupon aku tak faham. Asalkan kau dapat sambung belajar aku dah cukup gembira.

Masa hantar kah dekat airport nak pergi sana, lama kau peluk aku. Kau menangis. Macam-macam kau pesan dekat aku. Macam aku pulak yang nak pergi jauh.

Padahal kau yang nak pergi belajar, bukan aku. Aku kat sini tetap macam ni jelah dik oi. Penoreh getah berkaliber bak kata kau.

Kau marah aku sebab aku tak sedih hantar kau pergi. Sebab aku boleh gelak-gelak bahan kau tengah menangis.

Kau tak tau dik. Balik je rumah aku menangis kat bucu katil teringat dekat kau tau. Risaukan kau.

Tapi aku percaya dengan kau dik. Aku tau kau akan banggakan aku. 5 tahun kau dekat sana. Sekali je kau balik. Sebab nak jimat duit. Takpe dik aku faham.

Aku tau masa cuti kau keje nak cari duit tambahan walaupon kau ada biasiswa. Tapi aku silap dik. Rupanya kau kumpul duit nak belikan aku tiket kesana tengok kau konvo.

Fuh bangganya aku dapat tengok kau dik. Menitik air mata aku tengok kau pakai jubah tu ambik skrol. Tak sia-sia aku dating dengan pokok getah hari-hari nak bagi kau belajar.

Lepas majlis tu kau bawak aku pusing-pusing negara tu. Boleh tahan sejuk kat sana. Cantik sungguh negara dia. Seronok betul aku. Sampai lupa la macam mana bau getah sekerap..

Tahun lepas kau ingat tak dik. Kau balik kampung jumpa aku. Kita sembang-sembang. Kau tanya aku bila aku nak kahwin.

Aku pelik dengar soalan kau. Rupa-rupanya kau yang nak kahwin. Kau nak bawak bakal suami kau jumpa aku.

Aku ok je dik. Dia pon doktor jugak. Eloklah tu. Sama-sama faham tugas masing-masing.

Masa aku walikan kau dik. Sumpah aku tak kuat. Sebak sangat hati aku. Orang yang paling aku sayang, orang yang sentiasa ada dengan aku susah senang, nak aku serahkan dekat orang lain.

Orang luar pulak tu. Aku hanya mampu doa yang terbaik untuk korang. Maaflah sebab aku emosi masa akadkan kau. Termenangis pulak. Sori ye dik.

Banyak sangat kalau nak diceritakan kat sini. Buat masa ni cukuplah setakat ni. Dan tahun ni sekali lagi kau banggakan aku dik.

Kau laki bini dipanggil bertugas untuk hadap c0r0na ni. Berjam jam kau pakai berbalut macam lepat pisang dalam baju plastik kau tu. Tapi kau tak mengeluh.

Hari-hari kau WhatsApp aku pesan macam-macam. Iye dik. Aku duduk dalam kebun getah je. Habis motong aku balik. Tak kemana. Janganlah kau risau.

Aku bangga dengan kau dik. Kita bukan orang senang. Kita yatim piatu. Tapi kau mampu buktikan yang orang susah macam kita pon boleh berjaya.

Aku doakan kau sentiasa selamat melawan c0r0na ni. Semoga kau dan semua hero-hero kita dalam KKM tabah dan kuat meneruskan usaha korang menyelamatkan negara kita.

Sekian dari aku. Terima kasih sebab sudi baca. Assalamualaikum.

Sumber: ekisah.com

Isnin, 6 September 2021

Bila cuti semester, semua balik, aku ajak tunang aku kemas tudung dekat rumah, Disini lah bermulanya aku ngandung

Nama aku Zulaikha. Aku seorang yang sentiasa dapat result flying colours sejak dari sekolah. UPSR, PMR, SPM straight A’s. Martikulasi 4 flat.

Degree tak pernah bawah 3.8. Aku ada business juga, jual tudung online. Jualan boleh mencecah RM10,000 – RM30,000 sebulan.

Aku tak ramai kawan sebab aku busy belajar dan uruskan business. Aku cukup berdikari hidup di universiti, tak perlukan lelaki.

Bahkan aku benci lelaki sebab aku rasa lelaki ini makhluk pemalas.

Tahun ketiga di universiti, business aku semakin besar. Setiap sem masih dean list. Aku mula hantar kain ke tailor dan custom tudung sendiri.

Masa tu tak ramai pesaing macam sekarang. Jadi, aku rasa sangat mudah nak naik.

Di kedai tailor penuh dengan pekerja Bangladesh. Tetapi di sebalik lambakan lelaki warga asing, terselit seorang lelaki Melayu badan sederhana, rambutnya ikal, berkumis dan sangat rajin. Kami mula bertegur.

Betul anggapan aku. Dia sangat rajin. S1nag dia lipat kain di kedai tailor, malam dia jual air tin di Dataran Merdeka. Sebelum subuh dia akan bangun, tolong makcik berniaga nasi lemak berdekatan dengan KL Sentral.

Aku tanya kenapa dia kerja kuat sangat? Apa yang dia kejar? Dia jawab, keluarga. Dia nak bantu keluarga dia. Dia juga teringin nak berniaga tetapi tak tahu bagaimana.

Aku suka orang begini. Rajin dan sentiasa fikirkan keluarga. Oh, btw, dia tak dapat habiskan SPM dan pelajaran dia pun sampai PMR sahaja. Mengeja pun tak berapa betul. English lagilah ke laut.

Sejak itu kami selalu berjumpa. Setiap malam aku akan temankan dia jual air tin di Dataran Merdeka. Bangunan jam yang berdiri utuh di dataran itu bagaikan saksi cinta kami.

Lapan bulan berkawan, kami diikatkan dengan tali pertunangan. Aku masih di tahun ketiga pengajian. Ada mulut yang berkata-kata sebab kami bagaikan langit dan bumi.

Namun kedua-dua orang tua merestui kami. Kami akan diijabkabul lagi lapan bulan.

Aku setuju antara dugaan orang bertunang ialah g0daan syaiitan. Entah kenapa selepas bertunang, dia berani nak menyentuh tangan aku. Aku rasa sangat tak selesa.

Dia minta maaf dan berjanji tidak akan buat lagi.

SEBULAN BERTUNANG

Aku cuti semester. Semua housemate dah balik. Housemate bagaikan staff part time aku. Diorang yang banyak tolong aku packing tudung untuk pos.

Bila diorang balik cuti sem, akulah kena buat sendiri. Tunang aku sukarela nak tolong aku pakcing tudung pada hari itu.

Pintu rumah aku terbuka luas. Sementara kami berdua packing tudung di ruang tamu. Di sinilah silap aku. Sedar tak sedar, kami dah terlanjur buat pertama kali.

Aku takut, keliru tetapi dia peluk dan cuba menenangkan aku. Dia suruh aku mandi sambil dia menunggu aku di ruang tamu.

Sejak itu berz1na semakin lazim dengan kami. Seminggu sekali mesti on. Aku rasa sangat berd0sa. Aku solat lima waktu, kadang dhuha dan tahajud juga tetapi kami berz1na. AKu tak tahu macam mana nak berhenti.

LIMA BULAN BERTUNANG

Majlis lagi tiga bulan. Persiapan dah 60-70 peratus siap. Kami masih dengan perbuatan terkutuk kami. Sampailah satu hari, period aku lewat. Aku fikir mungkin sebab aku stress belajar, business, kumpul duit nak kahwin.

Tunang cadangkan aku buat pregnancy test. Peri0d lewat sampai dua minggu. Akhirnya aku akur, senyap-senyap pergi ke farmasi di Ampang Park dan buat ujian air kencing.

Ternyata terpapar dua jalur yang sangat terang.

“PREGNANT”

Aku terkedu, tak tahu apa yang aku rasa. Cuma fikir macam mana nak gugurkan. Malam itu kami bertemu di Dataran Merdeka seperti biasa dan aku ceritakan hasil ujian air kencing itu. Aku tahu dia keliru, tapi aku nampak dia cuba untuk bertenang.

“Alhamdulillah itu rezeki kita,” itu kata-kata yang keluar dari mulut dia.

Aku tak boleh brain bila dia cakap itu rezeki. Ketika itu kandungan aku berusia tujuh minggu. Aku suarakan hasrat untuk gugurkan kandungan tetapi dia melarang.

Katanya ramai suami isteri lain berusaha untuk mendapatkan zuriat tetapi Allah belum izinkan. Tambahnya, kalau wanita sengaja gugurkan kandungan, rahim akan r0sak dan kemungk1nan tidak akan mengandung lagi.

Entahlah, aku pun tak tahu. Majlis nikah lagi tiga bulan, takkan aku nak naik pelamin dengan kandungan 20 minggu? Dan majlis bertandang waktu kandungan 24 minggu? Aku kusut.

Aku mula tak datang kuliah sebab morning sickness yang teruk. Itu tahun keempat pengajian. Aku tangguh semester.

Pindah keluar dari rumah sewa dan bagi alasan aku ada urusan di kampung. Business tudung mula kucar kacir.

Tunang cadang untuk menikahi aku di Thailand. Untuk berbin/binti seorang anak dengan nama, bayi haruslah lahir sekurang-kurangnya enam bulan dari tarikh nikah.

Jadi kamu harus menikah secepat mungkin. Status anak tetap anak luar nikah. Cumanya boleh berbin/binti dengan nama, bukan bin Abdullah. Cukup sekadar untuk menutup aib sahaja.

KANDUNGAN 10 MINGGU

Jam menunjukkan 2 pagi, handphone Sony aku berbunyi.

“Sayang, siap sekarang. Bawa semua dokumen penting. Lagi 30 minit saya sampai. Kita ke Thailand.”

Wang simpanan aku banyak dibelanjakan untuk majlis nanti. Yang ada dalam akaun tinggal RM400. Tunang ada RM500. Dengan duit yang serba tak cukup, malam itu kami pergi ke Thailand.

Dengan pakaian serba hitam polos. Kedua-duanya berwajah sugul.

Lima jam perjalanan kami cuma berdiam. Entah apa yang aku fikirkan. Aku tenung wajah tunang di sebelah. Lepas segala d0sa yang kami lakukan. Aku cuma berdoa,

“Kalau ini jalan yang terbaik, kau mudahkanlah urusanku.”

Sungguh tak tahu malu. Sudah pend0sa, lagi mahu berdoa.

Jam 8 pagi kami sampai di pintu masuk sempadan Thailand, Bukit Kayu Hitam. Wang RM ditukar Baht. Permit kereta telah diluluskan. Kami bersarapan dan teruskan perjalanan ke Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand.

Di sana ramai pasangan menunggu giliran untuk dinikahkan. Ada seorang pakcik tua bersama wanita muda, ada seorang wanita cantik bersama lelaki Afrika,

ada seornag pemuda bersama janda anak satu. Aku kira mereka di situ kerana tiada restu keluarga. Kahwin lari.

Satu persatu nama dipanggil, sampailah giliran nama kami.

“Amirul dan Zulaikha”

Kami bangun dan masuk ke satu bilik kecil. Di dalamnya ada satu meja segi empat tepat. Ada seorang wali, dua saksi, seorang jurugambar dan seorang lagi yang menguruskan dokumen.

Berbekalkan mas kahwin RM50, sekali lafaz kami sah menjadi suami isteri.

Aku bersyukur sebab dia nak bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku walaupun aku masih tidak pasti sama ada dia suami terbaik untuk aku. Entahlah.

Kami terus pergi ke konsulat untuk pengesahan dokumen. Surat pengesahan itu yang perlu di bawa ke mahkamah syariah Malaysia nanti untuk daftar nikah.

Hari sudah senja, akhirnya semuanya telah selesai. Hembusan lega kedengaran. Kami berdua belum tidur dari malam semalam. Kami check in hotel dan tidur.

Jam 3 pagi, suami kejutkan aku untuk solat isyak. Dia imamkan aku buat kali pertama. Air mata mengalir deras tanda kesal tetapi nasi sudah menjadi bubur.

Malam itu diteruskan lagi dengan solat sunat taubat, hajat, tahajud dan witir. Diiringi dengan air mata tanpa henti. Akan aku ingati saat itu sampai mati.

DUA BULAN KEMUDIAN, KANDUNGAN 20 MINGGU

Baju nikah terpaksa beli baru untuk tutup perut. Kami menjalankan majlis akad nikah dan walimatulurus di Malaysia seperti biasa. Kedua-dua keluarga masih belum tahu.

Aku rasakan ada mata yang memerhati tetapi aku endahkan saja, mungkin cuma perasaanku.

Selepas majlis, aku dan suami berpindah ke Shah Alam, jauh dari kedua-dua belah keluarga.

Satu hari aku dapat tahu rupanya semasa kami bertolak ke Thailand, seluruh keluarga mertua dah tahu aku mengandung anak luar nikah.

Aku marah! Sampai ke tahap ini aku masih menjaga aib suami aku. Tiada seorang pun ahli keluarga aku tahu hal ini. Tetapi suami suka-suka buka aib aku.

Aku mengamuk bagaikan orang gila. Suami aku pengkhianat terbesar dalam hidup aku. Rasa macam nak bnuh diri.

Apa gunanya aku datang majlis bertandang sedangkan semua ahli keluarga suami tahu aku mengandung anak luar nikah. Aku jadi badut di majlis sendiri ke?

KANDUNGAN 5 BULAN

Sejak itu aku semakin tak betul, meraung tak tentu arah. Mula kelar tangan sendiri dan cuba membnuh diri.

Aku boleh labelkan suami aku seorang yang bertanggungjawab. Di Shah Alam, suami mulakan business tailor sendiri. Aku nampak business dia berkembang.

Persiapan baby dan barang pantang semua dia belikan. Apa yang aku idamkan, semua dia cuba dapatkan. Breakfast, lunch, dinner, semua disediakan.

Tetapi dia seakan tidak sedar aku hadapi masalah mental kerana anak ini.

4 DISEMBER 3 PAGI

Sakit c0ntraction semakin kuat. Aku ditolak laju ke lab0ur room sambil nurse membelek-belek buku pink.

“Eh? Awak mengandung anak luar nikah ke ni?!”

Semua nurse pandang tepat ke arah aku. Aku diam.

“Awak mengandung luar nikah ke Puan Zulaikha??”

Suara nurse itu sekali lagi bergema di lorong yang panjang dalam perjalanan ke labour room.

Aku terpaksa mengangguk perlahan sambil menahan sakit contraction. Air mata mula mengalir deras.

Bukaan 10 cm. Aku diarahkan untuk teran.

“Boleh panggil suami saya?” pintaku perlahan.

“Tak boleh! Kau mengandung anak har4m.” tak tahu lah betul ke tidak apa yang aku dengar tu. Harap iya tidak benar. Aku positif kan diri

Hatiku bagai dir0bek-r0bek.

Aku menangis sepuas-puasnya. Sedar tak sedar sudah lebih 10 tahun berlalu. Tahun 2009/10. Jujur aku cakap, benda tak mudah. Banyak benda kami kena hadap. Tapi aku percaya ini jalan terbaik.

Alhamdulillah kami hidup bahagia sekarang. Bisnes suami dah ada tiga cawangan. Aku ada kerja bagus. Anak pun dah tiga orang.

Family aku masih tak tahu status anak luar nikah itu sebab aib suami itu amanah untuk aku jaga. Aku bukan nak buat aib sendiri tetapi tolonglah:

1. Jauhi z1na. Sekali kau terjebak, bukan senang nak patah balik. Syaitan bersorak-sorak.

2. Kalau dah terjebak, doalah banyak-banyak supaya Allah tarik keseronokkan itu.

3. Kalau dah mengandung, tolong jangan gugurkan, jangan tambah d0sa. Semua yang jadi mesti ada hikmah. Balik pada Allah dan minta tolong Allah.

4. Perlu ke kahwin dengan si pelaku. Bagi aku soalan ini bergantung. Takut-takut kalau berkahwin dengan ‘p**sy hunter’. Merana seluruh hidup. Kalau lelaki itu nak bertanggungjawab, bolehlah consider. Kalau sebaliknya, tak perlulah paksa.

Perempuan ini dicipta kuat yang luar biasa. Carilah tempat yang sesuai. Baliklah pada keluarga, doalah pada Allah. Jangan sesekali gugurkan. Please.

Yang baik itu kita jadikan pengajaran. Apa pula kata anda.

-kuasaviral.com