"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Jutawan Kosmetik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jutawan Kosmetik. Papar semua catatan

Selasa, 21 September 2021

Nur Sajat gunakan nama baru Bella di luar negara

NUR Sajat dilaporkan menggunakan nama popular terbaharunya, Bella. FOTO Arkib NSTP
NUR Sajat dilaporkan menggunakan nama popular terbaharunya, Bella. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Selepas berjaya melarikan diri ke Bangkok, Thailand, usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat dilaporkan menggunakan nama popular terbaharunya, Bella.

Nama glamor itu terkenal dalam kalangan rakannya yang juga dilaporkan berperwatakan seperti Nur Sajat.

Sumber memaklumkan Skuad Khas Harian Metro bahawa hasil risikan dilakukan pihaknya, Nur Sajat kini 'berlagak' dengan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan ibu pejabat badan itu di Bangkok.

"Dia naik 'tocang' juga sebab dibantu negara tertentu dan pihak UNHCR di Thailand. Biarpun dalam proses pemantauan pihak imigresen negara itu yang mana dia perlu melaporkan diri setiap 14 hari, tetapi Nur Sajat dilaporkan aktif beraktiviti di negara itu selepas dibebaskan dari tahanan.

"Kebanyakan aktiviti dilakukannya di dalam kondominium mewah itu. Sesekali kita dapat laporan Nur Sajat keluar bersama rakan-rakan yang membantu dan melindunginya," katanya.

 Dalam perkembangan berkaitan, sumber sama berkata, Nur Sajat sebelum ini menggunakan pembantunya di Malaysia untuk mengelirukan pihak berkuasa yang memburunya selepas gagal hadir ke mahkamah di Shah Alam, Selangor.

"Dia gunakan pembantu untuk muat naik statusnya di Instagram konon ada di Danga Bay, Johor pada 28 Ogos lalu.

"Dia sangat licik, perkongsiannya itu kemudian dipetik portal media. Kita percaya itu hanya tindakannya untuk mencabar pihak berkuasa negara ini kerana kita sudah dapat maklumat dia lolos ke Thailand pada awal Mac lalu," katanya.

Harian Metro semalam melaporkan misteri 'kehilangan' usahawan Nur Sajat kini terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.

Untuk rekod, Nur Sajat ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki warga Thailand yang juga berperwatakan wanita ketika serbuan pihak imigresen pada jam 6 petang waktu Thailand.

Pada 9 September lalu, atas kesalahan itu, Nur Sajat didakwa di mahkamah namun dia dibebaskan keesokannya dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

LAPORAN Harian Metro, 20 September 2021.
LAPORAN Harian Metro, 20 September 2021.

Nur Sajat kini diarahkan melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari dan ketika ditahan, dia yang sudah menjadi pemegang kad UNHCR mendakwa mahu berpindah ke Australia selepas diburu pihak berkuasa Malaysia dan diugut bunuh kerana umum keluar daripada Islam.

UNHCR Bangkok dilaporkan sudah menyediakan peguam untuknya dan sedang membantu Nur Sajat berurusan dengan Kedutaan Australia di Bangkok untuk dipindahkan ke negara berkenaan.

Difahamkan, usaha sedang giat dijalankan pertubuhan dan negara tertentu untuk menghalang Malaysia membawa pulang Nur Sajat ke negara ini untuk dibicarakan.

Tindakan seperti cabar pihak berkuasa

Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat dilihat masih aktif di media sosial apabila memuat naik video mempromosikan produknya pagi semalam.

Tindakannya itu seperti seolah-olah mencabar pihak berkuasa negara ini selepas dia berjaya meloloskan diri ke Thailand.

Semakan wartawan Skuad Khas Harian Metro mendapati video berdurasi satu minit di aplikasi TikTok itu menunjukkan Nur Sajat melakukan tarian dipercayai di tempat persembunyiannya di Bangkok, Thailand berdasarkan latar belakang dalam video berkenaan.

NUR Sajat dilihat mempromosikan produknya di media sosial, pagi semalam.
NUR Sajat dilihat mempromosikan produknya di media sosial, pagi semalam.

Video sama turut dimuat naik di laman Instagram menggunakan nama nursajatgold02 kira-kira jam 8 pagi, semalam.

Perkongsian video itu mendapat perhatian warganet yang meninggalkan pelbagai komen mengenai lokasi Nur Sajat tinggal dan penahanannya.

Sementara itu, usaha Skuad Khas Harian Metro menghubungi Nur Sajat gagal, malah individu yang menjawab pertanyaan menerusi nombor telefon yang tertera di media sosialnya juga mendakwa ia bukan milik Nur Sajat.

"Saya bukan Nur Sajat mak cik pak cik, maaf sangat," balas individu itu di aplikasi WhatsApp.

-myMetro

Isnin, 20 September 2021

Nur Sajat dilaporkan sudah ditahan

 NUR Sajat.

NUR Sajat.

Kuala Lumpur: Misteri 'kehilangan' usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat kini terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.

Penahanan Nur Sajat dilakukan pihak berkuasa negara gajah putih itu selepas mendapat maklumat mengenai keberadaan usahawan kosmetik di Bangkok, Thailand daripada pihak berkuasa Malaysia.

Sumber memaklumkan Nur Sajat, 36, ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki juga berperwatakan wanita warga Thailand ketika serbuan pihak imigresen.

Memperincikan perkara itu, sumber memberitahu Skuad Khas Harian Metro bahawa berdasarkan maklumat dikongsikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada pihak berkuasa Thailand mengenai lolosnya usahawan berkenaan ke negara berkenaan pada awal Mac lalu, usaha mengesannya dilakukan jabatan imigresen Thailand.

"Pada 4 Jun, pihak imigresen Thailand mengesan lokasi persembunyian Nur Sajat iaitu di sebuah kondo mewah di tengah Bangkok.

"Selepas risikan dan intipan dilakukan, pada 8 September sekitar jam 6 petang (waktu Thailand) serbuan dilakukan di lokasi persembunyiannya. Hasilnya, Nur Sajat ditahan dan semakan pihak imigresen Thailand mengesahkan dia adalah individu yang melarikan diri serta dikehendaki pihak berkuasa Malaysia. Malah, pasport milik usahawan kosmetik itu juga sudah dibatalkan kerajaan Malaysia," katanya memaklumkan Nur Sajat ditahan bersama dengan seorang lelaki tempatan (Thailand) yang juga berperwatakan sepertinya di kondominium mewah itu.

Menurutnya, Nur Sajat kemudiannya dibawa dan ditahan di Ibu Pejabat Imigresen Cawangan Pembanterasan Pendatang Tanpa Izin Thailand atas kesalahan berkaitan imigresen di negara gajah putih itu.

"Pada 9 September atas kesalahan itu, Nur Sajat didakwa di mahkamah Thailand. Nur Sajat bagaimanapun dibebaskan pada 10 September dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

"Wang itu dibayar oleh seorang kenalannya dikenali sebagai Misha yang dilaporkan terbang ke Thailand untuk urusan jaminan Nur Sajat," katanya.

Ditanya di manakah Nur Sajat kini berada, sumber itu memaklumkan, Nur Sajat masih berlindung di kondominium mewah di tengah ibu kota Bangkok itu.

"Walaupun dia dibebaskan dengan jaminan, Nur Sajat diarahkan untuk hadir ke pejabat imigresen Thailand setiap 14 hari," katanya.

Menjawab soalan wartawan, sumber itu memaklumkan, pihak berkuasa Malaysia sedang berunding dengan kerajaan Thailand untuk membawa pulang Nur Sajat ke negara ini.

"Usaha membawanya pulang untuk menghadapi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah di Selangor atas kesalahan berpakaian wanita yang dilakukannya di Shah Alam pada tahun 2018 itu sedang berlangsung.

"Rundingan agak sukar tetapi kita tetap optimis untuk membawanya pulang. Sukar disebabkan ada campur tangan pihak antarabangsa membabitkan negara dan pertubuhan tertentu yang menghalangnya," katanya.

KRONOLOGI kes babitkan Sajjad.
KRONOLOGI kes babitkan Sajjad.

Tunggu kebenaran nak pindah Australia

Kuala Lumpur: Usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat didakwa sedang memohon perlindungan dan kebenaran untuk berpindah ke Australia.

Nur Sajat yang kini dalam pemantauan pihak berkuasa Thailand selepas penahanannya pada 8 September lalu atas kesalahan imigresen dilaporkan sedang berusaha mendapatkan perlindungan daripada negara berkenaan.

Sumber memberitahu bahawa ketika ditahan pihak berkuasa imigresen Thailand pada 8 September lalu, Nur Sajat hanya menunjukkan salinan pasportnya kepada pegawai penyiasat melalui telefon bimbitnya.

"Semakan imigresen Thailand mendapati pasport Nur Sajat dibatalkan kerajaan Malaysia. Dia (Nur Sajat) kemudian menyerahkan kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan memaklumkan adalah seorang pelarian.

"Hasil soal siasat dilakukan pegawai imigresen Thailand, Nur Sajat memaklumkan dia sedang mendapatkan kebenaran berpindah dan berlindung di Australia.

"Semakan mendapati Nur Sajat memperoleh kad UNHCR yang dikeluarkan ibu pejabat badan itu di Bangkok," katanya.

Sumber sama memaklumkan, ibu pejabat UNHCR di Bangkok juga sudah menyediakan peguam untuk Nur Sajat dan dilaporkan bersedia membantunya untuk mendapatkan kebenaran berpindah ke Australia.

"Beberapa urusan berkaitan perpindahan Nur Sajat juga sedang diusahakan UNHCR dengan wakil kedutaan Australia di Bangkok," katanya.

Skuad Khas Harian Metro sedang mendapatkan ulasan UNHCR Malaysia dan Bangkok serta Kedutaan Australia di Malaysia berhubung dakwaan itu.

Ditanya apa alasan sebenar Nur Sajat untuk memohon kad pelarian dan berpindah ke Australia, sumber berkata, usahawan kosmetik itu mendakwa dia mendapat ugutan bunuh selepas mengumumkan keluar daripada Islam selain diburu lebih 100 penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

-myMetro

Sabtu, 18 September 2021

Reda Tiada Jodoh, Iqbal Putus Asa Kahwini DSV?


 Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkifli.

Bagaimanapun, perkahwinan itu tidak dipersetujui oleh Cik B. Terbaru, Iqbal reda sekiranya tidak bertemu jodoh serta tidak akan berkeras lagi untuk menjadikan Vida sebagai isterinya.


Kata Iqbal, dia perlu menghormati perasaan Cik B dan Kacak serta menjaga maruahnya kerana selama ini dia yang bertahun-tahun memperjuangkan untuk berkahwin.

Ujar Iqbal lagi, dia masih mempunyai perasaan cinta terhadap Vida namun dia bimbang adakah Vida sanggup bersamanya disaat dia jatuh mahupun ketika sakit.


Dalam pada itu, Iqbal turut memohon maaf di atas kisah cinta mereka yang tular di media sosial sehingga berlarutan sejak sebulan lalu.

-RotiKaya