"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Dari Seberang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dari Seberang. Papar semua catatan

Khamis, 23 September 2021

'Influencer' Indonesia ditahan lakukan aksi lucah di aplikasi penstriman langsung

 'Influencer' Indonesia ditahan lakukan aksi lucah di aplikasi penstriman langsung

Seorang 'influencer' Indonesia ditahan atas tuduhan melakukan aksi lucah dalam sesi penstriman secara langsung di sebuah aplikasi mudah alih. -Gambar hiasan
JAKARTA: Seorang 'influencer' Indonesia ditahan atas tuduhan melakukan aksi lucah dalam sesi penstriman secara langsung di sebuah aplikasi mudah alih.
Menurut polis, suspek berusia 22 tahun itu melakukan aksi lucah di media sosial itu untuk mendapatkan wang.
Jurucakap Polis Denpasar I, Ketut Sukadi berkata suspek yang hanya dikenali sebagai RR itu telah secara aktif menggunakan aplikasi media sosial berkenaan sejak sembilan bulan lalu.

Suspek dipercayai mengaut hasil sekitar 30 juta rupiah (RM8,800) melalui siaran langsung di platform berkenaan.

Jurucakap polis memberitahu suspek beroleh sekitar 1.5 juta rupiah (RM440) setiap kali beraksi di platform berkenaan, di mana dia dilaporkan mempunyai ribuan pengikut.
RR, yang menggunakan akaun "Kuda Poni" ditahan pada Jumaat di sebuah apartmen di Denpasar, Indonesia.
Suspek boleh dijatuhi hukuman penjara 12 tahun kerana melanggar artikel di bawah Undang-Undang Pornografi 2008 dan Akta Maklumat dan Transaksi Elektronik jika sabit kesalahan.
Siasatan berhubung dakwaan ke atas suspek masih dijalankan, kata polis.
Tangkapan ini dibuat beberapa bulan selepas bintang porno Veronika Troshina dan pasangannya Mikhail Morozov diburu polis Indonesia.
Pasangan itu dilapor membuat rakaman video aksi lucah di Gunung Batur, Indonesia dan dimuat naik ke sebuah laman web porno tahun lalu serta ditonton lebih 1.2 juta kali.
-AstroAwani

Isnin, 20 September 2021

Selebriti Instagram berbogel, lakukan ‘aksi tidak senonoh’ secara langsung ditahan

 

SUSPEK (berbaju warna oren) ketika ditahan di Balai Polis Denpasar. - AGENSI

JAKARTA: Seorang selebriti Instagram di Bali, dikenali sebagai RR dan berusia 32 tahun, ditahan selepas melakukan aksi siaran langsung secara bogel sehingga ‘aksi tidak senonoh’ di media sosial.

Detik melaporkan, polis diberitahu tindakan itu dilakukan kerana RR dihimpit masalah kewangan.

Dia melakukannya kerana faktor ekonomi,” jelas Ketua Polis Denpasar, Jansen Avitus Panjaitan.

Menurutnya, RR dulunya bekerja di sebuah pusat karaoke dan berhijrah dari Jawa Barat ke Denpasar, Bali.

“Sembilan bulan lalu, dia melakukan kegiatan pornografi secara langsung di media sosial. Ini kerana tempat dia bekerja, pusat karaoke itu, ditutup akibat Covid-19,” jelasnya.

Katanya, dengan berbogel dan ‘aksi tidak senonoh’ itu di media sosial, setiap bulan RR mampu memperoleh 25 juta hingga 50 juta rupiah.

Menurut beliau, RR juga banyak menerima tempahan mengadakan hubungan intim berbayar daripada penonton, tetapi ditolaknya.

Atas perlakukan itu, suspek ditahan baru-baru ini menurut Fasal 4 Ayat 1 Undang-Undang Nombor 44 Tahun 2008 Tentang Pornografi.

Beliau berdepan hukuman penjara 12 tahun.

-Utusan Online

Jumaat, 17 September 2021

Wow: Umur baru 17 tahun sudah ada dua isteri

 

Foto tular yang menunjukkan upacara akad nikah dengan salah seorang pengantin perempuan sedang berlangsung. 

JAKARTA – Seorang remaja lelaki berumur 17 tahun di  wilayah Sumatera Selatan menjadi tular kerana melangsungkan pernikahan dengan dua orang gadis dalam tempoh selang dua jam pada  Jumaat lepas, lapor laman berita Suara.com.

Remaja dikenali sebagai Supandi itu  menikahi Annisa, 17 dan Sangkut yang juga berumur  17 tahun. Ketiga-tiga  mereka berasal dari kampung yang sama.

Menurut Setiausaha Kampung Karang Anyar, Wildan Hakim, ketiga-tiga mereka sememangnya mempunyai hubungan yang rapat sejak beberapa tahun lalu.

“Kedua-dua datuk pengantin perempuan ialah adik-beradik.

“Pernikahan mereka telah dirancang dan berlangsung di rumah pengantin perempuan,” kata Wildan.

Upacara akad nikah pertama antara Supandi dan Annisa dilangsungkan di rumah keluarga gadis itu pada pukul 1 petang (waktu tempatan), manakala akad nikah bersama Sangkut dilakukan di rumah gadis itu pada pukul 3 petang (waktu tempatan).

“Pernikahan itu direstui oleh kedua-dua keluarga.

“Bagaimanapun, mereka hanya melakukan upacara akad nikah kerana majlis perkahwinan akan diadakan pada tahun depan,” ujar Wildan.

Sementara itu, Wildan berkata, pemerintah kampung telah mengingatkan ketiga-tiga pengantin baharu itu bahawa pernikahan tersebut dikategorikan sebagai perkahwinan bawah umur.

“Bagaimanapun, semua keluarga terlibat mempersetujui pernikahan itu dan mereka perlu tinggal bersama ibu bapa masing-masing,” ujarnya. – AGENSI 

Khamis, 19 Ogos 2021

Wow: Nissa Sabyan pernah jadi mekanik

 


KUALA LUMPUR : Penyanyi dan anggota kumpulan Sabyan Gambus, Nissa Sabyan, mendedahkan sebelum memasuki dunia seni, dia pernah bekerja sebagai seorang mekanik di sebuah bengkel kereta gara-gara sukar mencari pekerjaan sebelum ini.

Menurut Nissa atau nama sebenarnya Khoirunissa, pekerjaan itu bagaimanapun cuma dilakukan pada tempoh yang sekejap cuma kerana bengkel berkenaan akhirnya terpaksa ditutup.

“Namanya pun pekerjaan sampingan. Jadi apabila bengkel tersebut terpaksa ditutup, saya kemudiannya membuka pula warung internet berdekatan dengan rumah,” katanya dalam sebuah program bual bicara, Lapor Pak baru-baru ini.

Selain itu, ketika ditanya mengapa memilih untuk bergelar penyanyi sedangkan dirinya memiliki kemahiran lain, Nissa mengaku dia tidak ingin menjadi seorang yang idealis.

“Saya cuma mengikut kata hati dan kebetulan menyanyi juga adalah hobi saya sejak kecil. Tetapi, minat saya juga ada pada bidang mekanikal dan menjadi usahawan. Saya sanggup buat apa sahaja demi mencari wang asalkan halal,”katanya.

Sebelum ini, Ayus Sabyan pernah berkongsi kepada pihak media mengenai pertemuan tidak sengajanya dengan Nissa semasa menghadiri majlis pernikahan seorang teman di daerah Bekasi, Jawa Barat sekitar tahun 2016.

Menurut Ayus, dia kagum dengan kemampuan menyanyi Nissa dan dari situ tawaran untuk menyertai kumpulan mereka diberikan kepadanya.

“Dia boleh membawakan lagu-lagu berirama Arab, dangdut, kasidah dan macam-macam genre lain. Jadi dari situ saya menyuntingnya untuk menjadi vokalis Sabyan Gambus,”katanya.

Dalam pada itu, Nissa juga pernah terpalit dengan kontroversi orang ketiga dan didakwa menjadi punca kepada keruntuhan rumah tangga Ayus dan isterinya, Ririe Fairus pada Mac lalu.

Perkara itu mendapat perhatian ramai dan menjadi bualan warganet dan berikutan itu Nissa memilih jalan untuk berdiam dan menyembunyikan diri daripada industri hiburan seketika waktu.

Pun begitu, menerusi program bual bicara Lapor Pak siaran Trans 7 baru-baru ini, ia menyaksikan kemunculan pertamanya selepas kejadian kontroversi tersebut.

-Utusan Online

Jumaat, 30 Julai 2021

Pemuda Tak Sangka, Rezeki Nikah Dua Janda Muda Serentak

LAZIMNYA upacara akad nikah melibatkan antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan.

Namun begitu, istimewa buat seorang pemuda, Korik Akbar apabila menikahi dua wanita pada majlis yang sama.

Ketika ditemui Korik berusia 20 tahun memaklumkan bahawa tidak pernah mempunyai perancangan untuk menikahi dua wanita sekali gus.

“Tidak pernah ada perancangan, tapi ini adalah jodoh,” katanya yang berasal dari Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat, Indonesia.

Bertambah menarik, kedua-dua isteri lelaki tersebut berstatus janda muda.

Menurut Korik, sekitar tahun 2011 dia menjalinkan hubungan bersama Khusnul Hotimah berusia 20 tahun.

Lima tahun kemudian berkenalan pula dengan Yun Nitanuri, 21, selepas wanita itu bercerai.

Kecewa dengan Korik yang dikatakan ‘curang’, maka Khusnul memutuskan hubungan lalu mengahwini calon pilihan ibu bapanya.

Pun begitu, baru-baru ini menyedari Korik bakal menikahi Yun, Khusnul hadir ke majlis lengkap dalam persalinan pengantin dan minta dimadukan.

“Pengantin perempuan kedua (Khusnul) dipercayai telah diceraikan selepas suaminya diambil orang lain.

“Lalu apabila mendengar mantan kekasihnya bakal berkahwin, dia datang dan minta untuk dinikahi juga.

“Saya hanya mampu menggelengkan kepala dengan situasi ini. Entah apa mahu jadi dengan masyarakat kita.

“Namun, pernikahan diteruskan kerana mendapat persetujuan daripada semua pihak,” kata Ketua Pejabat Pemberdayaan Wanita, Perlindungan Anak, Kawalan Penduduk dan Perancangan Keluarga (DP3AP2KB) Lombok Tengah, Mulyardi Yunus.

Difahamkan, kedua-dua wanita itu bertemu untuk pertama kalinya di rumah Korik dan bersedia berpoligami.

Sumber: Suara.com, Kompas