"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Cekik Darah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cekik Darah. Papar semua catatan

Ahad, 7 November 2021

KPDNHEP Lancar Ops Menu, Peniaga Siakap Bakal Didenda RM40,000 & Pnjara 3 Tahun Sekiranya Didapati Menipu

Beberapa hari ini, kecoh mengenai harga seekor ikan siakap yang dijual dengan harga melebihi RM1,000 untuk saiz seberat 7kg di Langkawi.

Susulan kejadian tersebut, premis berkenaan sudah pun menerima kunjungan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi menyiasat isu berkenaan.


Di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid memberitahu pelanggan perlulah menyemak menu yang disediakan.

Dan memastikan harga sebelum membuat pesanan bagi mengelakkan perkara ini berlaku.




 Satu operasi Ops Menu telah dilancarkan bagi memeriksa semua premis makanan di seluruh negara yang melibatkan tanda harga dan alat penimbang dalam usaha mengelakkan penipuan harga oleh peniaga.

Resit yang menjadi tular di media sosial kini.

Memberi fokus pada semua premis yang menyediakan makanan siap masak termasuklah restoran, kedai makanan Melayu, Cina, India, India Muslim, medan selera, restoran makanan laut dan sebagainya.

Sasaran pemeriksaan adalah pada tanda harga serta alat timbang yang digunakan premis.

Mana-mana pemilik restoran yang gagal mematuhi perundangan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan, Akta Timbang dan Sukat (ATS) 1972, peniaga boleh didenda tidak melebihi RM40,000 atau pnjara tidak melebihi tiga tahun.

-lamanmaya.pw

Sabtu, 6 November 2021

Mangsa ke-5 katanya berkaitan Siakap Langkawi harga kayangan

 Mangsa yg ke - 5 (katanya)


💞🥰🙅🤒🤕

Ini post last berkaitan restoran ikan siakap kayangan sembelih pelanggan guna chainsaw...

Jika ke Langkawi, pilih tempat makan dgn berhati2... Jangan pula pergi naik feri, balik kena berenang.. 


Biar gambar berbicara 😎🧐🤕

😰🥳



Sumber Fb: Anne Azlina

Jumaat, 5 November 2021

Lagi pendedahan harga Siakap Langkawi harga kayangan

 Ikan Siakap Viral Langkawi... 🥶



Terpanggil untuk menceritakan pengalaman peribadi.. 

Untuk Kes Kak Ani, di restoran yang sama...

Kak Ani order macam biasa siakap 3 rasa satu....udang masak pedas.. etc... 

Dan Kak Ani tidak diberitahu berapa KG ikan siakap yang akan diberikan...

Kak Ani sedia maklum makan di restoran terapung mesti mahal... dalam kiraan kak ani, mungkin lebih kurang RM600 - RM700 untuk kak ani dan anak-anak ...

Tapi, kami diberikan ikan siakap 4.98kg... 🥶  dan total bill RM1660... 

Kak Ani makan bersama suami, mak dan anak2 kak ani yang masih kecil.... 

Bukan tidak mampu, cuma rasa teraniaya... 

Ramai yang terkena sebab Peniaga tidak inform dan tunjukkan dulu ikan... 

Ada sebuah keluarga di belakang kak ani waktu tu, kumpul2 duit dari mak dan adik beradik... kesian... 🥺 nampak sedih dan terkejut..

Semoga peniaga lebih telus selepas ini...inform customer kemungkinan harga...

 dan Kak Ani pun ambil pengajaran, selepas ni, sebagai pelanggan yang bijak, tanya betul-betul harga dan timbang dahulu di depan mata.... ❤

Sumber Fb: Rohani Osman

(VIDEO) - "Saya Akan Buat Aduan KPDNHEP".Lagi viral Siakap harga kayangan

Belum habis reda kisah VIRAL ikan Siakap RM1196.80. Satu lagi pelanggan katanya terkena. Puan Niena ZM juga terkena lebih RM1,000 untuk Ikan Siakap & Siakap Merah dengab jumlah  bill RM1,738.70. 

Perihal siakap 5.2kg, total bill RM1700 di dalam KILIM GEOFOREST PARK - specifically yg kami makan di kedai makan terapung yg ada ‘ikan pari show nama Ali & Ahmad

*di Kilim saja gais, kedai makan lain dekat Langkawi atas darat okay je okayyy, jangan takut nk makan kt tempat lain insya Allah.

Peniaga deceiving, clearly - TIDAK JUJUR & TELUS

Logically kalau dia bagitahu orang berapa size ikan dia with the price per gram dia letak, people would decide utk order atau tidak. Senang cerita the intention very basic - UNTUK MAKAN, lapar, nak makan. Ada budak2 nak mudah dorg dah penat2 lepas tour, tak ada pun nak makan sebab rasa kayangan ke, rasa nak buat2 mampu ke. Deceiving sebab secara logic common sense yg paling basic nya, orang pegi naik bot nak tengok nature, siapa nak pergi makan benda sampai beribu riban. Dan time kami nk order tu sepatutnya org kedai boleh jelaskan dahulu, dan semasa kami order tu pun sebenarnya logiknya orang kedai dah boleh anggarkan harga yg di-order, kalau betul berniaga telus, sepatutnya staff tu bagitau, ‘kak ikan kedai kami bukan mcm ikan biasa tau, akak pasti ke’, contohnya. As simple as that mcm kedai tomyam bodoh2 kat KL pun akan bgtau kita portion & pricing yg sesuai and advice accordingly. Tapi TIDAK, dia amek order mcm kedai makan biasa, dia sendiri tahu kan harga kedai makan dia bukan biasa-biasa? Dan abang bot, bang oh bang, bila abang promote makan situ senang ada budak kecik lepas snorkeling xpyh fikir cari makan, abang lupa kot detail paling penting iaitu HARGA ‘STANDARD’

Tapi ni dengan rasa tak bersalahnya siap tanya lagi, tak nak tambah lobster ke kak. Selagi boleh perah mmg perah ye? Siapa pegi tgk pokok bakau bawak duit ribu riban standby utk pegi makan?


BASIC COMMON SENSE

Ada netizen kata harga standard la seafood fresh,

makan tak ukur kat baju sendiri lagi. Fuh nak je aku campak payslip gaji kt muka dia, tapi takpe istighfar. Agaknya kalau keluarga or kawan dia sendiri kena pun dipadan muka family/kawan dia - mmg ada jenis spesis cakap gebang cmni. Apadehal makan 2-3k tangkap masak fresh jangan bising katanya

Point penting cerita dari side kami:

• kami tidak ditunjuk ikan - selalu kita pegi makan ikan bakar dia akan bawak ikan timbang depan mata kan? TIADA. Selalu bila kita tny size ikan, dia akan terus bawak pegi tgk atau timbang kan, ni dia macam tak nak bg kita tengok just cakap mulut *ini kami lah

• TIDAK ADA CAKAP IKAN SHOW, TIDAK ADA SUGGEST IKAN LAIN ATAU BERAT IKAN LEBIH RINGAN - TIADA. Menipu kuat eh

 • kedai ada display harga segram, kami bukan argue ikan siakap tu RM160/kg, kami faham harga tu bukan bengap sangat, yg kami ketengahkan adalah diberi ikan yg digambarkan ‘size ikan besar sedikit dari siakap biasa’ tapi rupanya 5.2kg - bila sampai kami pun terpinga-pinga ikan tu boleh dihidang bahagi 3 pinggan, masa tu dah rasa x sedap hati tengok size ekor je mcm blh agak size ikan. Kalau diberitahu semasa order, tidak lah kami proceed. Tu bukan besar sikit kak, tu besar bapak

• Udang & sotong dalam resit 1kg, kami tak mintak sekilo, tapi yg dihidang ada 2 pinggan yg tidak sampai sekilo pun (boleh tengok video), dan kami minta by berapa pinggan hidang, macam order lauk kat kedai mcm biasa, selalunya portion sepinggan cmtu la makan family, jadi kami tahu kami ramai, kami mintak 3 hidang sebab meja panjang kan. org kedai tu tak tahu pun ktorg berapa orang

• dan paling penting, kalaupun ada yg anda ‘scam’ terlebih mampu atau mampu utk bayar - kalau berniaga elok2 dengan jujur & telus diberitahu sizing, pricing & ‘keunikan’ restoran terapung KILIM GEOFOREST PARK seperti ‘ke-fresh-an’ ikan, ikan show yg dimasak ke apa ke pada pengunjung dan semua jelas & ackowledge. Mungkin kami pun nk merasa ke-hebatan dan order ikut kemampuan wpun sekadar merasa - but the truth is TAK SEDAP MASAKAN nya, fresh mcmana pun tak boleh nak appreciate fresh itu. Ni review jujur yg memang food hunting seafood mana-mana tempat

Kami highlight this supaya tiada yg terkena, kami terbayang kalau yg kena tu org yang betul-betul tak mampu. Haih, mcmana lah kan. Ni kami dah bgtau no reason lah utk orang lain tidak tahu & terkena mcm kami, kalau mmg nak makan, why not.

Utk owner kedai, yg bersubahat sekali menipu pengunjung tanpa rasa bersalah - semoga dibalas setimpal cash di dunia sebanyak orang2 yg anda aniaya, dan utk menteri & atasan, kami dengar dh byk kali dah kes ni diadukan rupanya lepas terkena tapi no action, you’re digging Langkawi grave if this persist. Honestly I’m an entrepeneur myself, we will spread & cycle this story every year every season and remind others as part of our responsibility and not be selfish.

VIDEO:


Harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik antara pelanggan dan pekedai. Jangan biarkan ia berlanjutan sehingga menjejaskan sektor pelancongan dalam negara.

-borakviral.life

Isu Siakap Langkawi: 'Kenapa nak tularkan selepas setuju bayar?' kata pemilik restoran

 NORASYIKIN menunjukkan menu masakan di restorannya yang memaparkan berat ikan dikira menggunakan sukatan gram dan lengkap dengan harga. FOTO Hamzah Osman

NORASYIKIN menunjukkan menu masakan di restorannya yang memaparkan berat ikan dikira menggunakan sukatan gram dan lengkap dengan harga. FOTO Hamzah Osman

Langkawi: Pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa terkilan selepas pelanggan berperwatakan alim bertindak menularkan harga ikan siakap di restorannya terlampau mahal.

Malah dia turut mempersoalkan tujuan sebenar pelanggan terbabit yang menularkan perkara itu selepas bersetuju membayar harga yang dikenakan pada hari kejadian.

"Saya betul-betul tak sangka orang yang berperwatakan alim dan warak sanggup buat kerja seperti ini, sedangkan dia sendiri yang pilih ikan segar dalam sangkar untuk dimasak.

"Ketika mengambil pesanan, saya ulang banyak kali bahawa ikan (yang dipilih) itu besar sambil saya tunjuk dengan isyarat tangan anggaran saiz ikan," katanya ketika ditemui di restorannya di Kilim Geoforest Park di sini, hari ini.

Norasyikin turut menafikan sekeras-kerasnya pihaknya memaksa pelanggan memilih ikan bersaiz besar bagi mendapat keuntungan berganda selepas perniagaan terjejas teruk akibat pendemik Covid-19.

"Sepanjang lapan tahun berniaga di sini, saya dan kakitangan tidak pernah memaksa pengunjung memilih ikan besar untuk menjamu selera di restoran ini.

"Malah, ketika mengambil pesanan kami akan beritahu berat ikan dikira dalam sukatan gram dan setiap menu lengkap tertera harga dengan jelas," katanya.

Beliau berkata, selepas selesai makan kumpulan sembilan pelancong terbabit tidak datang berjumpanya untuk bertanyakan mengenai harga yang dikenakan.

"Ketika melangkah meninggalkan restoran mereka juga tidak cakap apa-apa mengenai bayaran yang pihak kami kenakan ke atas ikan siakap yang dimasak menu tiga rasa dan stim limau itu.

"Sebenarnya ikan siakap yang mereka pilih itu seberat 7.48 kilogram berusia 11 tahun dan dipelihara untuk dipertontonkan sebagai tarikan pengunjung restoran," katanya.

Semalam, media melaporkan makan tengah hari sekumpulan pelancong di sebuah restoran terapung di pulau ini kelmarin, dikejutkan dengan harga ikan siakap yang didakwa mencecah RM1,196.80.

Sementara itu, empat Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Langkawi turut kelihatan melakukan siasatan di restoran berkenaan hari ini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid berkata, pihaknya sedang menyiasat dan mengumpul maklumat kejadian daripada pengadu dan peniaga.

"Maklumat sudah diperolehi dari kedua-dua pihak dan siasatan lanjut sedang dijalankan secara adil," katanya ketika dihubungi di sini.

Berita berkaitan

Tidak mahu terus terpaIit, akhirnya wakil kedai yang tular gara2 harga siakap tak masuk akal tampil buat penjelasan..

 WOW:SEEKOR SIAKAP LANGKAWI BERHARGA RM 1196.80!

-myMetro

Tidak mahu terus terpaIit, akhirnya wakil kedai yang tular gara2 harga siakap tak masuk akal tampil buat penjelasan..


Dengan pembukaan geIembung pelanc0ngan dan kebenaran rntas negeri, nmpaknya ramai yang tak mahu Ipaskan pIuang meIncong dan berjalan-jalan bersama kIuarga.

Antara tempat yang menjadi tmpuan para peIancong ialah Langkawi.Memang tak dinafikan ada bnyak tmpat menarik di sini.

Hari ini tuIar di mdlaa s0siaI tentang klsah harga ikan slakap di pusat peIncongan Langkawi mengnakan caj lebih RM1000 untuk seekor lkan siakap!

Malah, bukan seorang sahaja, beberapa orang didpati mengakui prnah terkeca caj sedemlkian.

ARTIKEL BERKAITAN:  WOW:SEEKOR SIAKAP LANGKAWI BERHARGA RM 1196.80!

Ikuti perkongsian penuh di bawah

“Setelah 24 tahun tidak menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi, akhirnya saya tiba juga pada Selasa, 2 November 2021. Saya dan keluarga serta beberapa orang lagi shabat yang juga bersama-sama keluarga masing-masing datang untuk rtreat salah sebuah syarikat kami.”

”Semalam kami berpIuang untuk mengisi masa kami di puIau ini dengan aktiviti menaiki bot mengeliIingi beberapa pulau dan tempat menarik. Aktiviti ini jika tidak saIah saya dikenali sebagai Mangrove Tour Langkawi. Saya dan Ustaz Syed bersama kIuarga kami menaiki satu bot manakala Dr Azrul Azlan dan Ustaz Muiz bersama keluarga mereka menaiki satu bot. Untuk aktlviti Mangrove Tour yang lebih kurang 4-5 jam kami hanya perlu membayar RM 300 untuk sebuah bot.”

”Bagi saya yang kali pertama kali mengikuti aktiviti ini, ianya satu pengaIaman yang menyeronokkan dan dengan harga RM 300.00 untuk sebuah bot yang boleh memuatkan 7 dewasa dan 3 knak-knak kecil ianya satu aktiviti yang berbaI0i.”

“Apabila sudah 2/3 tour, kami dibawa untuk makan tengah hari di sebuah restoran di salah satu checkpoint yang ada. Seperti kebiasaan, kami order menu yang biasa ditempah jika mkan di mana-mana kedai seafood ataupun tomyam. Secara kebiasaannya untuk 7 orang dwasa makan dua ekor siakap sudah memadai bahkan mungkin akan terlebih sedikit. Maka kami pun tempah dua ekor siakap dan sebut untuk 7 orang makan bersama dengan menu-menu yang lain.”


”Kemudian, datang seorang pekerja memaklumkan pada kami untuk double confirm ikan yang kami tempah. Kami bertnya kembali besar manakah ikan itu, selepas ditnjuk saiz ikan tersebut dengan tngannya kami bersetuju untuk ambil seekor sahaja. Sizenya pula ialah saiz yang besar sedikit daripada kebiasaan ikan siakap yang kita biasa makan.”

“Apabila sampai menu-menu yang sudah ditempah, kami terkejut seekor ikan siakap tadi dapat diisi di dalam pinggan besar (pinggan biasa letak ikan) sebanyak 5 pinggan. Kami pun cakap ini untuk bukan untuk 7 orang makan tetapi 30 orang makan. Pada masa itu saya sudah menjangka bahawa harga mungkin akan mahal. Saya membyangkan mungkin harganya lebih kurang RM 700.00 – RM 800.00.”

“Ikan yang sampai separuhnya kami suruh bungkus siap-siap. Itupun setelah kami habis mkan masih banyak berbaki. Selesai makan saya menuju ke kaunter untuk membuat pembyaran. Terkjut saya melihat bill yang diberi tertera nilai RM 1852.50.”

”Nak bayar menggunakan cash tidak ada sebanyak itu. Ikutkan hati mahu sahaja saya bayar menggunakan kredit kad. Tapi dia maklumkan ada cas sebanyak 5%! Saya katakan ikutkan salah dan tidak boleh cas pada peInggan. Ini perturan yang disebutkan oleh BNM.”

“Saya cuba bayar gunakan debit card. Masalahnya duit di dalam current akaun. Saya perlu login ke dalam Maybank dan plndahkan ke saving akaun. Line pula sangat slow. Maka tiada option yang lain melainkan membayar menggunakan kredit kad. Bayangkan berapa cas yang dia ambil jika 5% daripada hampir RM 2000.00.”

“Selesai pembayaran saya tgur dan naslhat, jangan meniaga macam ini. Ikan tu jngan bagi sampai 7KG sedangkan untuk 7 orang makan dan beberapa lagi naslhat dan tguran saya sampaikan.”

“Selepas itu saya lihat peInggan dibelakang saya pun seolah-olah psrah. Dia makan berdua dan bill yang dikenakan sebanyak RM 755.00.”

”Kemudian saya tanya pula pada Dr Azrul berapa mereka byar untuk makan tadi. Dr Azrul maklumkan yang beliau pun dicas sebanyak RM 800 lebih.”

“Kepada semua yang hadir dan bakal hati maka berhati-hatilah. Kepada para peniaga maka beringatlah di akhlrat nanti akan ditanya tentang duit kita bagaimana kita dapatkan dan bagaimana dibelanjakan.”

 



WAKIL KEDAI TAMPIL MEMBERI PENJELASAN

Assalamualaikm Sy wakil dari restaurants yg viral berkenaan dengan SIAKAP HIDUP 7.48kg, Disini Sy dengan rendah diri cuba menerangkan apa yang berlaku pada hari kejadian , berkenaan dgn size ikan ,saya sendiri sudah menerangkan kepada pihak customer berkenaan dgn size ikan yg besar disebabkan ikan tersebut merupakan ikan show di sangkaq ikan kami dan selalunya kami tidak jual ikan ni dan Sy juga telah rekemen supaya beliau dan ahli keluarga supaya ambil ikan yang lain didalam petak yang untuk order makan(ikan merah Dan kerapu), size ikan di dalam lebih kecil size lebih kurang 1.00kg-1.5kg shaja tetapi pihak customer masih lg insist untuk ambil ikan siakap show walaupun telah di beritahu ikan tersebut bersize mega, dan apabila pihak kami telah tangkap ikan siakap tersebut menggunakkan Tali pancing Dan panggil beliau supaya melihat size ikan semasa beliau di meja makan tetapi beliau menolak untuk melihat size ikan dan beritahu kami proceed dgn ordernya.

Berkenaan dgn anggaran size yg ditunjukkan Oleh pihak kami yg di katakan memanipulasi size ikan pihak kami telah menganggarkan ikan tersebut Dan menunjukkan anggaran size ikan mmg besar Dan disebabkan itu beliau mengambil seekor ikan sahaja. Tetapi beliau Masih lg proceed untuk order. Dan ada yg mention berkenaan telur dadar yg mahal sebenarnya satu plate ada 3-4 biji dlm satu plate, Dan telur itu bersize besar Dan Sy rasa harga berkenaan normal disebabkan perniagaan kami di floating restaurants mengambil kira kos yg perlu di keluarkan

Point kedua berkenaan dgn cad credit 5% pihak kami tidak caj apa2 pn di dalam pembayaran beliau , bil yg di tunjukkan cuma satu bill sahaja. Bil pertama berjumlah Rm1759.50 Dan bil kedua berjumlah Rm93.00 total untuk 2 bil tersebut rm1852.50.

Dan berkenaan orang belakang yang dikatakan “pasrah” dgn bill juga tu juga order lobster(950g) hampir 1 kg, ketam, ikan kerapu harimau.

Dan bekenaan dengan harga yang mengatakan harga ikan tidak munasabah, kami menjual ikan hidup dan semua yg dijual di restaurant adalah live seafood. Ikan di darat dijual mungkin rm9/100gram tetapi kami menjual rm16/100gram disebabkan ikan hidup.

Byk yg dalam Komen mention pejabat zakat lhdn apa semua jgn risau semua kami pembayar zakat Dan cukai sebagai warganegara malaysia.



Sumber : belumbalik.com

Khamis, 4 November 2021

WOW:SEEKOR SIAKAP LANGKAWI BERHARGA RM 1196.80!

 


Setelah 24 tahun tidak menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi, akhirnya saya tiba juga pada Selasa, 2 November 2021. Saya dan keluarga serta beberapa orang lagi sahabat yang juga bersama-sama keluarga masing-masing datang untuk retreat salah sebuah syarikat kami.

Semalam kami berpeluang untuk mengisi masa kami di pulau ini dengan aktiviti menaiki bot mengelilingi beberapa pulau dan tempat menarik. Aktiviti ini jika tidak salah saya dikenali sebagai Mangrove Tour Langkawi. Saya dan Ustaz Syed bersama keluarga kami menaiki satu bot manakala Dr Azrul Azlan dan Ustaz Muiz bersama keluarga mereka menaiki satu bot. Untuk aktiviti Mangrove Tour yang lebih kurang 4-5 jam kami hanya perlu membayar RM 300 untuk sebuah bot.

Bagi saya yang kali pertama kali mengikuti aktiviti ini, ianya satu pengalaman yang menyeronokkan dan dengan harga RM 300.00 untuk sebuah bot yang boleh memuatkan 7 dewasa dan 3 kanak-kanak kecil ianya satu aktiviti yang berbaloi.

Apabila sudah 2/3 tour, kami dibawa untuk makan tengah hari di sebuah restoran di salah satu checkpoint yang ada. Seperti kebiasaan, kami order menu yang biasa ditempah jika makan di mana-mana kedai seafood ataupun tomyam. Secara kebiasaannya untuk 7 orang dewasa makan dua ekor siakap sudah memadai bahkan mungkin akan terlebih sedikit. Maka kami pun tempah dua ekor siakap dan sebut untuk 7 orang makan bersama dengan menu-menu yang lain.

Kemudian, datang seorang pekerja memaklumkan pada kami untuk double confirm ikan yang kami tempah. Kami bertanya kembali besar manakah ikan itu, selepas ditunjuk saiz ikan tersebut dengan tangannya kami bersetuju untuk ambil seekor sahaja. Sizenya pula ialah saiz yang besar sedikit daripada kebiasaan ikan siakap yang kita biasa makan.


Apabila sampai menu-menu yang sudah ditempah, kami terkejut seekor ikan siakap tadi dapat diisi di dalam pinggan besar (pinggan biasa letak ikan) sebanyak 5 pinggan. Kami pun cakap ini untuk bukan untuk 7 orang makan tetapi 30 orang makan. Pada masa itu saya sudah menjangka bahawa harga mungkin akan mahal. Saya membayangkan mungkin harganya lebih kurang RM 700.00 - RM 800.00. 

Ikan yang sampai separuhnya kami suruh bungkus siap-siap. Itupun setelah kami habis makan masih banyak berbaki. Selesai makan saya menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran. Terkejut saya melihat bill yang diberi tertera nilai RM 1852.50


Nak bayar menggunakan cash tidak ada sebanyak itu. Ikutkan hati mahu sahaja saya bayar menggunakan kredit kad. Tapi dia maklumkan ada cas sebanyak 5%! Saya katakan ikutkan salah dan tidak boleh cas pada pelanggan. Ini peraturan yang disebutkan oleh BNM. Saya cuba bayar gunakan debit card. Masalahnya duit di dalam current akaun. Saya perlu login ke dalam Maybank dan pindahkan ke saving akaun. Line pula sangat slow. Maka tiada option yang lain melainkan membayar menggunakan kredit kad. Bayangkan berapa cas yang dia ambil jika 5% daripada hampir RM 2000.00.

Selesai pembayaran saya tegur dan nasihat, jangan meniaga macam ini. Ikan tu jangan bagi sampai 7KG sedangkan untuk 7 orang makan dan beberapa lagi nasihat dan teguran saya sampaikan.

Selepas itu saya lihat pelanggan dibelakang saya pun seolah-olah pasrah. Dia makan berdua dan bill yang dikenakan sebanyak RM 755.00

Kemudian saya tanya pula pada Dr Azrul berapa mereka bayar untuk makan tadi. Dr Azrul maklumkan yang beliau pun dicas sebanyak RM 800 lebih.

Kepada semua yang hadir dan bakal hati maka berhati-hatilah. Kepada para peniaga maka beringatlah di akhirat nanti akan ditanya tentang duit kita bagaimana kita dapatkan dan bagaimana dibelanjakan.

*Asalnya kami minta dua ekor. Untuk makan 7 orang. Kemudian dia datang dan maklumkan ikan besar. Kami beberapa orang yang ada tanya besar mana ikan tu. Dia tunjukkan anggaran saiz untuk seekor. Jadi kami tempah seekor. Ikan dalam bil ini seekor.

*Kami pun sedia maklum harga disini memang agak mahal.

*Ini status lain yang ditulis oleh orang Langkawi sendiri sebagai nasihat dan peringatan.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2286884301451302&id=100003892635651

Sumber Facebook