"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Antarabangsa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Antarabangsa. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Oktober 2021

5 Pemain Veteran Terbaik Dalam Dunia Bola Sepak Hari Ini


Lima pemain veteran terbaik dalam dunia bola sepak hari ini, dengan kebanyakan dari mereka sudah berusia lebih dari 35 tahun.

Untuk kebanyakan pemain bola sepak, karier profesional mereka kebiasaannya tidak akan bertahan lama, segelintir sahaja yang mampu beraksi di pentas tertinggi selepas usia mereka mencapai 30 tahun.

 Walau bagaimanapun juga, ada pemain yang membuktikan kepada dunia, yang usia bukan penghalang untuk mereka terus bersinar dan menjadi yang terbaik.

Kesungguhan mereka dalam menjaga tahap kecergasan masing-masing menyebabkan mereka masih beraksi dengan sangat cemerlang walau sudah berusia 30 an.

Di usia sudah melebihi 35 tahun, agak sukar untuk seseorang atlet itu terus aktif dalam sukan yang melibatkan fizikal seperti bola sepak.

Mereka lebih terdedah untuk mendapat kecederaan dan tahap Kecergasan mereka juga sudah tidak sama ketika berusia 20 an dahulu.

Berikut merupakan lima pemain yang sudah berusia lebih 35 tahun (2021) yang masih aktif dan dianggap terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

5) Zlatan Ibrahimovic (AC Milan)

Zlatan Ibrahimovic jelas sekali dianggap antara pemain terhebat dalam sejarah dunia bola sepak, dan tidak dinafikan lagi beliau antara penyerang terbaik di generasi modern.

Beliau antara pemain yang sudah beraksi bersama beberapa kelab terhebat dunia, dan memenangi bermacam kejuaraan di pelbagai tempat.

Selepas melakukan debutnya bersama Malmo pada tahun 1999, pemain kebangsaan Sweden itu telah beraksi bersama Ajax, Juventus, Inter Milan, Barcelona, AC Milan, Paris Saint Germain dan Manchester United.

Beliau juga merupakan pemain penyerang utama yang sangat prolifik tidak kira beliau beraksi bersama pasukan mana sekali pun.

Zlatan juga antara pemain yang mempunyai personalti tersendiri, dengan bintang berusia 40 tahun itu memiliki aura serta tahap keyakinan diri yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Ketika ini, beliau masih beraksi bersama AC Milan, dengan Ibrahimovic juga telah menandatangani perjanjian baru bersama gergasi Serie A itu pada awal tahun lalu.

Sejak menyertai Milan pada tahun 2020 yang lalu, beliau telah membuat 38 penampilan dalam saingan liga, dan cemerlang menjaringkan 26 gol.

Walau sudah berusia, Ibrahimovic masih mempunyai tahap kecergasan yang menakjubkan, dan ketajaman penyudah beliau juga tidak boleh dipandang rendah.

4) Thiago Silva (Chelsea)

Salah seorang pemain centre-back terhebat dari kesemua pemain yang sama generasi dengannya, Thiago Silva masih gah beraksi dalam saingan liga paling kompetetif dalam dunia bola sepak.

Silva mula mencipta nama sebagai pemain centre-back berkelas dunia sejak beraksi bersama AC Milan sebelum beliau menyertai Paris Saint Germain pada tahun 2012.

Silva jelas sekali memainkan peranan penting dalam membangunkan PSG dari pasukan yang biasa-biasa sahaja, menjadi gergasi di benua Eropah.

Dengan ciri kepimpinan yang beliau miliki, dan ditambah pula dengan kemampuan bertahan yang sungguh menakjubkan, Silva jelas sekali antara pemain paling disegani dalam dunia bola sepak.

Beliau berjaya membantu Paris Saint Germain untuk memenangi tujuh kejuaraan liga dan beberapa kejuaraan domestik yang lain.

Agak mengejutkan juga untuk melihat gergasi Ligue 1 itu melepaskan pemain kebangsaan Brazil itu pergi ke Chelsea sebagai pemain free ejen.

Bersama Chelsea, Silva turut berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh mengagumkan, seterusnya menjadi antara pemain paling disayangi di Stamford Bridge.

Dengan Kualiti yang beliau miliki dan ditambah dengan pengalamannya yang luas, Thiago Silva berjaya membantu Chelsea menjuarai saingan Champions League pada musim lalu.

Bintang berusia 37 tahun itu tidak dinafikan antara nadi penting dalam sistem pertahanan di bawah kendalian Thomas Tuchel.

3) Giorgio Chiellini (Juventus)

Giorgio Chiellini sudah sememangnya dianggap sebagai legenda Juventus dan beliau juga dikenang sebagai pemain terhebat sepanjang zaman yang pernah beraksi bersama skuad Itali.

Chiellini melakukan debut profesionalnya bersama Livorno pada tahun 2000, sebelum beliau berhijrah beraksi bersama Fiorentina pada tahun 2004.

Pada tahun 2005, beliau mula beraksi bersama Juventus, dan bintang berusia 37 tahun itu merupakan antara pemain yang setia bersama The Old Lady itu.

Jatuh bangun Juventus, Chiellini tetap setia dan beliau merupakan pemain terpenting kelab dengan teknik permainan dan ciri kepimpinan yang sungguh menakjubkan.

Pada tahun 2019, Chiellini menderita kecederaan panjang dan ramai yang sempat berfikir bahawa beliau mungkin akan terus meninggalkan dunia bola sepak.

Namun beliau berjaya untuk kembali beraksi, dan turut cemerlang membantu Itali menjuarai saingan Euro 2020, hasil gandingan mantapnya bersama Leonardo Bonucci.

Baik untuk Itali mahupun Juventus, Chiellini jelas sekali dianggap antara pemain terhebat mereka miliki di era modern ini.

Chiellini dilihat sangat bermotivasi dan masih dahagakan kejayaan dengan beliau akan turun beraksi bersama skuad kebangsaan Itali dalam aksi saingan Piala Dunia Qatar tahun hadapan.

2) Luka Modric (Real Madrid)

Luka Modric dianggap antara pemain terhebat dalam dunia bola sepak dan beliau senantiasa menjadi tulang belakang untuk skuad kebangsaannya Croatia dan juga Real Madrid.

Walaupun sudah berusia 36 tahun, Luka Modric masih lagi menjadi pemain utama Real Madrid dan masih menjadi nadi utama untuk skuad kebangsaan Croatia.

Beliau merupakan pemain midfield yang sangat kreatif, mempunyai kemahiran teknikal yang hebat dan sangat lincah membantu jentera serangan.

Modric telah berjaya memenangi dua gelaran La Liga dan empat gelaran Champions League bersama Real Madrid, dan beliau turut cemerlang membawa Croatia mara ke aksi perlawanan akhir Piala Dunia 2018.

Pencapaian beliau pada tahun 2018 membantu Modric untuk memenangi anugerah Ballon D’or, dengan beliau merupakan satu-satunya pemain yang mampu memecahkan dominasi Ronaldo dan Messi sejak sedekad lalu.

Modric dilaporkan merancang untuk bersara di Santiago Bernabeu dengan beliau baru-baru ini turut menandatangani kontrak baru selama setahun bersama Real Madrid.

1) Cristiano Ronaldo (Manchester United)

Siapa lagi yang layak untuk dianggap terhebat sepanjang zaman walau sudah berusia 36 tahun?

Jelas sekali nama Cristiano Ronaldo harus ada dalam senarai ini, dengan beliau langsung tidak menunjukkan tanda-tanda sudah sampai ke penghujung kariernya.

Beliau masih kekal menjadi antara pemain terhebat dalam dunia bola sepak hari ini, bahkan prestasi beliau turut lebih baik berbanding pemain yang jauh lebih muda darinya.

Bintang berusia 36 tahun itu memenangi kasut emas dalam saingan Serie A musim lalu, selepas beliau cemerlang menjaringkan 29 gol untuk Juventus.

Ronaldo mencipta nama sebagai antara pemain penyerang terhebat sepanjang zaman atas segala pencapaian dan persembahan yang beliau persembahkan sepanjang kariernya.

Beliau jelas sekali senantiasa memberi masalah kepada pemain pertahanan lawan, dengan kemampuan gelecekan, kelajuan, fizikal, penyudah dan teknik yang sungguh menakjubkan.

Ronaldo pada musim panas baru-baru ini telah kembali ke Old Trafford dan beliau kini menjadi antara pemain terpenting Manchester United di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Pemain kebangsaan Portugal itu sudah berjaya menjaringkan lima gol dari enam perlawanan, dengan beliau turut dinobatkan sebagai pemain terbaik bulanan dalam saingan Premier League.

Sumber:

Kredit: semuanyabola.com

Selasa, 12 Oktober 2021

Kelayakan Piala Dunia 2022: Rekod Tanpa Kalah Australia Lebur Di Tangan Jepun

 


Jepun kini menyalakan harapan untuk raih tiket ke Piala Dunia 2022 apabila menewaskan pendahulu kumpulan B, Australia 2-1 dalam saingan kelayakan di Stadium Saitama sebentar tadi sekaligus meleburkan rekod tanpa kalah pasukan itu dalam 11 perlawanan.

Perlawanan ini cukup penting bagi pasukan Jepun kerana mereka memerlukan 3 mata untuk menghidupkan peluang merebut tiket automatik ke Piala Dunia setelah mencatat 2 kekalahan ketika menentang Oman dan Arab Saudi.

Sebaik sahaja pengadil meniup wisel sepak mula, pasukan kendalian Hajime Moriyasu itu bermula dengan garang dan kerap memberi tekanan kepada benteng pertahanan Australia.

Hasilnya, mereka memperolehi gol pembukaan melalui rembatan  Ao Tanaka seawal minit ke 8 di dalam kotak penalti hasil hantaran cantik daripada Takumi Minamino. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, Australia bangkit mengatur serangan dan mereka memperolehi satu sepakan percuma pada minit ke 68.

Ajdin Hrustic mengambil kesempatan menyempurnakan sepakan percuma tersebut dengan rembatan lencong yang terkena palang sebelum masuk ke gawang menewaskan penjaga gol Jepun, Shuichi Gonda.

Jaringan penyamaan tersebut tidak mematahkan semangat Jepun untuk terus mencari gol kedua walaupun berdepan kesukaran untuk menembusi benteng pertahanan Australia yang lebih mempunyai kelebihan dari segi fizikal.

Bagaimanapun, tuah berpihak kepada pasukan tuan rumah apabila pemain Australia, Aziz Behich melakukan kesilapan dengan menolak masuk bola lambungan Takuma Asano pada minit ke 85 sekaligus menghadiahkan gol kemenangan untuk Jepun.

Australia cuba membantah gol itu dan meminta pengesahan melalui Video Bantuan Pengadil (VAR) kerana pemain Jepun didakwa berada dalam kedudukan offside. Bantahan tersebut tidak diterima dan pengadil mengesahkan jaringan itu menjadi milik Jepun.

Dengan kemenangan ini, Jepun kini berada di kedudukan ketiga dengan 6 mata dan berpeluang merampas kedudukan dua teratas jika mereka konsisten mengutip 3 mata dalam baki perlawanan yang akan datang.

-vocketfc.com

Isnin, 11 Oktober 2021

Analisis: Bagaimana Anda Mahu Menjelaskan Gol Kontroversi Mbappe Yang Tumbangkan Sepanyol?


Bagaimana anda mahu menjelaskan gol kontroversi Kylian Mbappe untuk Perancis yang menjadi gol kemenangan untuk menewaskan Sepanyol di perlawanan akhir UEFA Nations League (UNL) pada awal pagi tadi?

Perancis bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Sepanyol 2-1 di perlawanan akhir UNL melalui gol lewat Kylian Mbappe. Gol tersebut terhasil selepas satu hantaran oleh Theo Hernandez pada ketika penyerang Paris Saing-Germain (PSG) itu berada di posisi offside.

Penjelasan pengadil perlawanan

Gol tersebut bagaimanapun dibenarkan oleh pengadil kerana Eric Garcia ‘memainkan’ bola tersebut terlebih dahulu sebelum ianya tiba kepada Mbappe.

Ketika bola dihantar ke Mbappe yang sudah berada di dalam keadaan ofsaid, Garcia juga jelas tersentuh bola dan pengadil perlawanan dari England, Anthony Taylor mengklasifikasikan sentuhan tersebut sebagai sentuhan terakhir (yang dimainkan) sebelum hantaran tiba kepada Mbappe.

Itu adalah penjelasan pengadil perlawanan kepada pemain Sepanyol yang tidak berpuas hati sebagaimana yang didedahkan oleh Sergio Busquets selepas perlawanan.

 “Mbappe sudah ofsaid. Tetapi pengadil berkata Eric memainkan bola dan itu bermakna ia satu lagi fasa permainan [hantaran],” kata Busquets kepada wartawan ketika ditanya mengenai gol kontroversi tersebut.

“Ia tidak masuk akan langsung. Beliau [Garcia] cuba untuk menghalang hantaran kerana Mbappe berada di situ, dan berpendapat Mbappe berada di dalam keadaan tidak offside. Garcia hanya melakukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pemain pertahanan.”

Di dalam situasi di atas, Garcia adalah pemain pertahanan terakhir yang cuba mengekang Mbappe.

Pandangan pakar

Pakar bidang kepengadilan di Sepanyol, Alfonso Perez Burrull turut tidak memahami keputusan oleh Anthony Taylor membenarkan jaringan Mbappe.

Malah Perez turut mempersoalkan mengapa UEFA tidak berani menunjukkan ulang tayang rakaman gerakan gol tersebut dengan garisan ofsaid dilukis seperti kebiasaan yang kita saksikan di dalam perlawanan-perlawanan antarabangsa yang lain.

Ia bagi membuktikan bahawa Mbappe berada di hadapan pemain pertahanan terakhir ketika hantaran oleh Theo Hernandez dilakukan.

“Lebih menakjubkan mereka tidak berusaha untuk meletakkan garisan kerana ia jelas [Mbappe] berada di posisi ofsaid,” kata bekas pengadil itu kepada stesen Radio MARCA.

“Mbappe terlibat dengan permainan [gerakan] dan beliau offisde. Ia adalah satu kenyataan walaupun bola tersentuh salah seorang pemain dari Sepanyol.

Kami pasti gol tersebut akan menghasilkan banyak pendapat

Apa Kata IFAB?

Sebab utama jaringan Mbappe kali ini dianggap kontroversi ialah kerana kedudukan Eric Garcia yang merupakan pemain pertahanan terakhir yang cuba menghalang pemain itu.

Daripada video yang dikongsikan, jelas sekali sentuhan daripada Eric Garcia itu bukan disengajakan dan dilakukan kerana mahu menghalang bola jatuh ke kawalan Mbappe. Apa kata Buku ‘Laws of the Game 21/22’ mengenai situasi ini?

Perkara pertama yang nyata sekali ialah Mbappe sememangnya berada di dalam kedudukan ofsaid. Peraturan yang dikeluarkan oleh IFAB jelas mengatakan: Seseorang pemain berada di posisi ofsaid jika mana-mana bahagian kepala, badan atau kaki berada di bahagian pihak lawan dan mana-mana bahagia kepala, badan, atau kaki lebih hampr dengan garisan gol pihak lawan adaripada kedua-dua bola dan pemain lawan kedua terakhir.

Bagaimanapun seseorang pemain tidak akan dipersalahkan hanya kerana berada di posisi ofsaid semata-mata sehinggalah kedudukan tersebut mampu mempengaruhi perlawanan, seperti menghasilkan gol. Kita lihat perkara seterusnya mengenai ofsaid oleh IFAB yang berkisar kepada situasi gol kemenangan oleh Mbappe.

 

Ada tiga perkara yang boleh menyebabkan pemain yang berada di dalam kedudukan ofsaid itu bersalah .

Pertama, pemain yang berada di posisi ofsaid akan dianggap bersalah apabila mendapat keuntungan dengan memainkan bola atau mengganggu pihak lawan.

Situasi terebut turut digunapakai apabila bola melantun atau terbias dari tiang gol, palang gol, pegawai perlawanan atau pemain lawan. Di dalam perlawanan tersebut, bola jelas terbias dari kaki Garcia dan bukan sengaja dimainkan.

Perkara kedua pemain di posisi ofsaid, iaitu Mbappe jelas bukan menerima bola daripada pihak lawan yang berniat memainkan bola, termasuk sengaja memegang bola.

Situasi tersebut adalah tidak dianggap mendapat keuntungan, melainkan ianya tindakan sengaja selamatkan bola oleh mana-mana pemain lawan. Sekali lagi frasa ini memberi kelebihan kepada Garcia.

Rumusan

Pada pendapat kami gol tersebut tidak seharusnya dibenarkan. Apa pula pandangan anda?

Wajarkah ia dibenarkan? Kongsikan pendapat dan hujah anda melalui platform yang kami sediakan.

-semuanyabola.com

Ahad, 10 Oktober 2021

Bolasepak: Cristiano Ronaldo lakar rekod lagi

 RONALDO meraikan jaringannya. FOTO EPA

RONALDO meraikan jaringannya. FOTO EPA

Faro: Cristiano Ronaldo mencatat rekod pada penampilan ke-181 di pentas antarabangsa dengan meledak gol ketika Portugal menewaskan tuan rumah Piala Dunia, Qatar 3-0 pada perlawanan persahabatan, hari ini.

Bintang Manchester United itu mengatasi rekod Sergio Ramos yang beraksi 180 kali bersama Sepanyol selaku pemain yang melakukan penampilan terbanyak untuk negara Eropah.

Ronaldo membuka jaringan minit ke-37 sebelum Jose Fonte menambah gol kedua tiga minit selepas bersambung separuh masa kedua.

Penyerang RB Leipzig, Andre Silva melengkapkan kemenangan Portugal dengan meledak gol lewat permainan.

Portugal akan meneruskan kempen kelayakan Piala Dunia awal pagi Rabu ini apabila menanti kunjungan Luxembourg.

Mereka kini menduduki tangga kedua Kumpulan A, kurang satu mata berbanding Serbia tetapi masih kurang satu perlawanan.

-myMetro

Selasa, 21 September 2021

Piala AFF 2020: Malaysia Diundi Bersama Juara Bertahan, Vietnam Serta Indonesia, Kemboja dan Laos

 

Majlis undian kejohanan bola sepak dwitahunan asia tenggara, Piala AFF Suzuki 2020 yang berlangsung pada hari ini menyaksikan skuad kebangsaan yang dibimbing oleh Tan Cheng Hoe diundi dalam Kumpulan B.

Malaysia yang diletakkan dalam Balang 2 telah diundi bersama-sama juara bertahan iaitu Vietnam dan diiringi oleh rival nusantara, Indonesia serta Kemboja dan Laos.

Sementara itu, Kumpulan A pula terdiri daripada juara edisi 2014 dan 2016 iaitu Thailand dan ditemani oleh MyanmarFilipinaSingapura serta pemenang pusingan kelayakan antara Brunei Darussalam atau Timor Leste.

Kumpulan A & Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2020

Pada masa yang sama, Presiden Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), Mejar Jeneral Khiev Sameth memaklumkan tuan rumah atau negara hos sedang berada di fasa akhir untuk ditentukan dan akan diumumkan dalam masa beberapa minggu lagi.

Untuk makluman semua, kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 dijadualkan berlangsung bermula 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022.

Sebagai tambahan, sejak kejohanan ini diperkenalkan pada tahun 1996, jiran tetangga, Thailand muncul selaku juara paling banyak iaitu 5 kali sementara Singapura pula sebanyak 4 kali. 

Manakala Vietnam pula telah memenanginya sebanyak 2 kali dan akhir sekali, Malaysia sebanyak sekali.

-sukanz.com

Ahad, 12 September 2021

EPL:Ronaldo tunjuk taring dalam penampilan pertama bersama MU

 Penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo meledak dua gol ketika aksi berdepan Newcastle. FOTO AFP

Penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo meledak dua gol ketika aksi berdepan Newcastle. FOTO AFP

Manchester, United Kingdom: Cristiano Ronaldo mengakui kepulangan "sukar dipercayai" ke Manchester United menjangkaui jangkaannya ketika bintang Portugal meledak dua gol dalam kemenangan 4-1 ke atas Newcastle.

Ronaldo kembali ke United dalam perpindahan mega dari Juventus bulan lalu, 12 tahun selepas meninggalkan Old Trafford untuk menyertai Real Madrid.

Pemain berusia 36 tahun itu melakukan kemunculan pertama buat kali kedua di United dengan bergaya apabila meledak gol setiap babak di hadapan 76,000 peminat yang memujanya.

Dua gol Ronaldo disusuli jaringan Bruno Fernandes dan Jesse Lingard ketika United melonjak ke puncak carta Liga Perdana Inggeris.

Ia adalah kepulangan yang lebih baik daripada dibayangkan Ronaldo ketika penantian untuk kembali menyarung semula jersi nombor tujuh popular United.

"Saya tidak menjangkakan untuk menjaringkan dua gol. Saya jangkakan satu bukan dua. Saya harus menghargai peminat dan apa yang mereka lakukan kepada saya hari ini. Saya sangat bangga dengan mereka," katanya kepada BBC Sport.

"Sudah tentu saya gembira kerana menjaringkan gol, saya tidak menafikannya tetapi yang penting pasukan dan pasukan beraksi dengan baik.

"Ia sukar dipercayai. Ketika saya memulakan perlawanan saya begitu gementar, sumpah. Ia adalah perkara biasa kerana saya tidak menjangkakan mereka akan menyanyi dengan melaungkan nama saya sepanjang perlawanan.

"Saya sangat gementar tetapi mungkin saya tidak menunjukkannya tapi memang benar. Penerimaan peminat begitu luar biasa tetapi saya berada di sini untuk menang perlawanan dan membantu pasukan.

"Ia detik yang sukar dipercayai. Saya sangat gementar dan hanya memikirkan mahu beraksi dengan baik dan menunjukkan saya masih mampu membantu pasukan."

-myMetro

Rabu, 18 Ogos 2021

Jose Mourinho Yakin Dengan Kemampuan Tammy Abraham

 Pengurus AS Roma, Jose Mourinho memuji cita-cita tinggi ditunjukkan penyerang baharu kelab tersebut, Tammy Abraham yang sanggup meninggalkan saingan Liga Perdana Inggeris bagi mencuba cabaran baharu di Itali.

Menikmati dua musim yang positif ketika menyarung jersi Chelsea, pemain berusia 23 tahun itu bagaimanapun terpaksa mengambil langkah meninggalkan London pada musim ini selepas Thomas Tuchel bertindak membawa masuk peledak berbisa Inter Milan, Romelu Lukaku bagi memantapkan jentera serangan The Blues pada musim ini.

Volume 0%
00:14
00:49
 

Kehadiran Tammy dengan tanda harga bernilai £34 juta itu juga dilihat menjadi penyelesaian masalah kepada pemergian Edin Dzeko yang memilih untuk menyertai Inter Milan.

Sehubungan dengan itu, Mourinho meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap pemenang Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2020/21 itu untuk membuktikan kemampuannya di hadapan penyokong AS Roma.

“Saya memilih untuk mengatakan tunggu dan lihat kemampuan Tammy tetapi saya mengatakannya dengan penuh keyakinan,” ujar Mourinho menurut laporan Football Italia.

“Saya mengenalinya sejak dia kecil lagi. Dia tidak pernah bermain untuk saya kerana pada ketika saya membimbing Chelsea, dia baharu berusia 14, 15, 16 tahun, tetapi saya sangat mengenalinya.”

“Saya mengenalinya sebagai seorang pemain, seseorang dan dalam segi mentaliti. Ia merupakan sesuatu yang sukar buat pemain Inggeris untuk meninggalkan negara mereka dan Liga Perdana Inggeris.”

“Sekiranya anda meninggalkan Liga Perdana Inggeris, ia kerana anda mempunyai cita-cita, kerana anda mahu kembali ke skuad kebangsaan, kerana anda mahu bermain di Piala Dunia dan memenangi kejuaraan di luar England, di mana tidak ramai pemain Inggeris menikmati kejayaan membanggakan.”

“Dia datang ke sini dengan cita-citanya dan kami berharap dapat melihat kualiti terbaiknya sebagai seorang pemain. Dengan Tammy, Eldor Shomurodov dan Borja Mayoral, kami mempunyai pilihan di jentera serangan yang mana saya sangat gembira tentangnya,” tambah Jose Mourinho lagi.

-VocketFC