"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Selasa, 14 Mei 2024

Siapa Penerima Zakat

 Pengenalan Asnaf Zakat


Skop agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Syara’. Asnaf-asnaf tersebut sepertimana yang dijelaskan dalam Firman Allah (S.W.T) yang bermaksud :
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang menguruskannya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. (Surah At-Taubah : 60)

Daripada ayat di atas Allah S.W.T. telah menggariskan lapan asnaf yang berhak menerima zakat iaitu Fakir, Miskin, Amil, Muallaf, Ar-Riqab, Al-Gharimin, Fisabilillah dan Ibnussabil. Bagi memastikan kriteria-kriteria sebenar asnaf-asnaf ini, pengurusan Agihan Zakat telah menetapkan berpandukan kepada takrif asnaf sebagaimana berikut:

a. Fakir
Fakir ialah orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50% untuk memenuhi keperluan asasi diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya.  

b. Miskin
Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50%, tetapi tidak mencapai 100 % untuk memenuhi keperluan asasi diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya. 

c. Amil
Amil ialah individu atau organisasi yang dilantik oleh MAIDAM yang bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja urusan pungutan dan agihan zakat.
d. Muallaf
Muallaf ialah seseorang yang dijinakkan hatinya dan telah memeluk agama Islam, tetapi tahap keimanannya masih lemah.

e. Ar-Riqab

Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan sama ada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.

f. Al-Gharimin

Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga dan tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera yang dibenarkan oleh hukum Syarak.

g. Fisabilillah
Mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti untuk menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.

h. Ibnussabil

Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh hukum Syarak dari mana-mana jua negeri atau negara yang memerlukan bantuan :

•    Putus bekalan dalam perjalanannya.
•    Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan.
•    Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan.
•    Ditinggalkan dalam perjalanan.

Sumber: MAIDAM

Ahad, 12 Mei 2024

Review Darsa Fried Chicken yang tengah dok hype ni.


 Benda tengah hype kan? Why not.

Ni review aku untuk Darsa Fried Chicken yang tengah dok hype ni.

Tapi hype ni kene tunggu 2 jam jugak baru aku dapat makan. Pukul 7 petang aku sampai, 7:30 petang baru dapat order.

Queue tak rilek bossku.

Sampai keluar kedai jugak la beratur dia. Tapi aku tetap puji walaupun hanya 1 kaunter je amik order (walaupun ada 2 kaunter) tetap jugak laju walaupun 30 minit beratur untuk sampai amik order.

Dalam sejam jugak aku kena tunggu turn sampai nombor order aku pekerja tu menjerit sebab sistem que nombor diorang takde lagi. Aku harap pihak Ayam Goreng Darsa ni cepat-cepatlah pasang.

Apa yang aku order?

Set ayam goreng 2 ketul dan set beger bersama ayam goreng 1 ketul.

Yang bestnya, pekerja Darsa tanye kita nak ayam bahagian aku. Bagus!

Untuk order aku ayam 2 ketul tu, dah diberikan sekali sos bawang putih (garlic sos). Tapi aku tambah lagi 2 garlic sos tu. Sebab aku dan wife memang pecinta tegar garlic sos.

Untuk air pula, diorang ada jual air bergas dan juga air malt. 

So aku hanya maintain minuman yang aku dapat dalam set pesanan aku. Aku amik air Darsa Cola, wife aku pulak Darsa Orange.

.

1 jam tunggu, 8:40 malam baru diorang jerit nombor order aku. Bukan jerit pun, panggil 😅

Tada!

Not bad. Not bad.

Set ayam 2 ketul + coleslaw + mashed potato + garlic sos dan air RM17. 

Dan set burger wife aku; burger + ayam 1 ketul + coleslaw + kentang goreng dan air RM21.

Ayam aku boleh katakan 2 hingga 3 kali ganda besar yak amat dari KFC dan pesaing lain. 

Bayangkan bahagian ayam paling kecik macam kepak pun besar, nohhai, senang cerita ni lah ayam goreng bukan puyuh goreng yang biasa kita makan dekat KFC tu.

Untuk burger ayam yang wife aku order pulak, ayam goreng dia pun besar jugak mat.

Yang aku perasan, ayam pun takde kesan lebam. Senang cerita, harini sembelih, esok goreng kot 😅

.

Now untuk rasa.

Ni part paling best.

Pertama kalinya aku makan ayam goreng tak cicah sos cili tapi aku cicah dengan garlic sos. MasyaAllah brother and sister, you will not regret even must to waiting until 2 hours to eat. 

Kombinasi ayam goreng dan garlic sos ni aku boleh katakan percaturan paling gila Darsa buat untuk market ayam goreng di Malaysia. Sebab dekat luar negara dah ada kedai yang bagi garlic sos untuk kita cicah bersama.

Keputusan aku beli lagi 2 garlic sos tu memang tindakan yang bijak. Senang cerita tak sentuh langsung sos cili yang diorang bagi tu.

Untuk ayam goreng, walaupun aku amik yang spicy (pedas), tak rasa pedas pun mat. Pihak Darsa kene improve dari segi rasa pedas tu. Aku tak tahu lah kalau rasa original dan spicy ni sama seban aku amik original.

Untuk saiz, takde komplen.

Untuk rasa coleslaw, terlalu hancur sayur dia dan rasa manis. Padu aku biasa-biasa je. Lagi satu, tak sejuk. Suam-suam je. Ahahaha. Takde peti sejuk kot. Kalau sejuk, aku rasa perfect.

Untuk kentang putar pulak, nice. Suam-suam gitu. Rasa kentang putar dia, rasa macam kentang putar Maggi yang pernah aku makan dekat wayang GSC. Pada aku ia ok. Ni tekak aku la.

Burger ok, takde komplen. Roti dia best mat. Sedap. Ayam dia pun takde komplen, pun besar. Sayur banyak. Semoga kekal.

Untuk air pula, rasa pelik sikit untuk Darsa Cola dia. Maybe ni resipi air diorang sendiri. Yang orange tu, rasa biasa macam air gas jenama lain.

.

Ni rate aku dari 5 bintang.

Harga: ⭐️⭐️⭐️⭐️

Ayam: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Burger: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Garlic sos: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Coleslaw: ⭐️⭐️⭐️

Mashed potato: ⭐️⭐️⭐️⭐️

Tempoh menunggu: ⭐️⭐️

Aku doakan Darsa boleh improve masa menunggu dan tolong adakan sistem que bernombor diskrin.

Juga besarkan dapur sebab aku nampak dari luar macam kecik juga dapur diorang.

Improve-kan juga penampilan pekerja jangan ada yang berambut panjang. Itu sahaja.

Semoga Darsa Fried Chicken official  terus maju dan cepat-cepat buka banyak cawangan di Malaysia.

Credit 

Pesan Tok Guru berkaitan Solat

 Jangan lupa pesanan ni..

Solatlah...

Solat jangan tinggal.

Buatlah apa pun di dunia ni tapi solat jangan tinggal.

Solatlah walau x kusyuk.

Solatlah walaupun kita masih dalam proses tarbiah dan berubah .

Solatlah walaupun  kita masih sedar berbuat dosa.

Solatlah walaupun  terpaksa.

Solatlah walaupun  masih lompong d sana sini.

X ada masalah.

Allah terima kita seadanya...

Allah Maha Tahu betapa kita sedang berusaha melawan segalanya....

Allah  Maha Penilai Terbaik. 

Allah  lah satu2 nya yang terima kita seadanya...

Semoga Bermanfaat










Liga Super 2024 2025: Terengganu raih tiga mata pertama sekat kebangkitan Perak

 Liga Super: Terengganu raih tiga mata pertama sekat kebangkitan Perak

TERENGGANU 3 PERAK 1
Terengganu menyekat kebangkitan Perak untuk meraih tiga mata pertama dalam saingan Liga Super 2024-25 apabila mencatatkan kemenangan 3-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sebentar tadi.
Nurillo membuka jaringan buat tuan rumah seawal minit ketujuh menerusi percubaan jarak jauhnya untuk Terengganu memimpin permainan menuju ke bilik persalinan.
Perak cuba melakar kebangkitan dalam babak kedua dengan jaringan penalti yang disempurnakan ketua pasukan, Luciano Guaycochea, pada minit ke-61 selepas insiden Manuel Ott menjatuhkan Lee Tae-min.
Bagaimanapun, kebangkitan itu terbantut berselang lima minit apabila Shivan Pillay terjaring gol ke gawang sendiri susulan percubaan lambung pemain gantian, Nik Sharif Haseefy Lazim.
Perak kemudian terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Luiz Motta dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-76 gara-gara terjehan lewatnya ke atas Nik Sharif Haseefy.
Sang Penyu kemudian mengesahkan kemenangan mereka menerusi satu lagi gol pada minit ke-81 apabila Nnabuike menemui lorongan Engku Nur Shakir Engku Yacob sebelum menyudahkannya ke gawang lawan.
Keputusan lain: PDRM 0 KEDAH DARUL AMAN 1 SRI PAHANG 1 KELANTAN DARUL NAIM 0
-Stadium Astro 

Sabtu, 11 Mei 2024

Ingatkan Raja Azura yang kahwin, rupa-rupanya...

 

Tangkap layar hantaran di TikTok Syed Saif Alsagoff pada Sabtu.
Tangkap layar hantaran di TikTok Syed Saif Alsagoff pada Sabtu.

KECOH di media sosial apabila pengacara dan pelakon, Raja Azura memuat naik hantaran memaparkan beliau sedang berjalan menuju ke pelamin bersama pembawa dulang ketika berada di sebuah majlis perkahwinan.

Video berdurasi 19 saat itu menerima lebih 800,000 jumlah tontonan dan rata-rata netizen serta rakan artis turut meninggalkan ucapan tahniah di ruangan komen.

Alhamdullilah, syukur ke hadrat llahi dengan limpah kurnia-Nya. Semoga ikatan ini kekal hingga ke jannah.

"Kepada yang selalu mendoakan. Daripada sendirian, kini telah berdua. Terima kasih," katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Jumaat.

Bagaimanapun ada beberapa pihak yang mempersoal dan tidak mempercayai bahawa Kak Engku sudah berkahwin semula selepas 17 tahun hidup bersendirian.

Namun semuanya sudah terjawab apabila individu yang dikenali sebagai Syed Saif Alsagoff memuat naik video dan menjelaskan ia bukan majlis Raja Azura tetapi orang lain.

Turut kelihatan Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah mencemar duli menghadiri majlis perkahwinan itu.
Turut kelihatan Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah mencemar duli menghadiri majlis perkahwinan itu.

Menerusi hantaran di TikTok, Syed Saif Alsagoff memaklumkan bahawa resepsi berkenaan adalah majlis pernikahan sepupunya.

"Tahniah sepupu, semoga ALLAH merahmati anda berdua," ujarnya ringkas.

Berdasarkan sumber, Syed Saif merupakan sepupu kepada pengantin lelaki yang juga mempunyai pertalian keluarga dengan Raja Azura.

Pada masa sama turut kelihatan Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah mencemar duli menghadiri majlis perkahwinan itu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur dengan situasi berkenaan kerana ia dikatakan telah memberi kejutan dalam cerita mengenai kejadian tersebut.

Menurut pengguna @puteri_marzia, sudah pasti keadaan itu menghiburkan artis berkenaan kerana hampir seluruh rakyat Malaysia tampil mengucapkan tahniah.

"Kak Engku tengah ketawa terbahak-bahak tu (itu), satu Malaysia punya ucap. Tahniah, selamat pengantin baru buat pasangan ini," ujarnya.

-SH Online 

Rabu, 8 Mei 2024

Lantik dan pecat KP SPRM antara langkah baharu Strategi Pembanterasan Rasuah 2024-2028

 Buku Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.  NSTP/MOHD FADLI HAMZAH. Foto NSTP

Buku Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH. Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Strategi Pembanterasan Rasuah (NACS) 2024-2028 yang dilancarkan, semalam turut menyenaraikan syarat pelantikan dan pemecatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

-ADVERTISEMENT-
Ads by

Turut diperkenal dalam NACS itu mengenai penggubalan Akta Perolehan Kerajaan, saringan pengambilan penjawat awam dan semakan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

NACS bukan sekadar memperkenal lima strategi baharu iaitu Pendidikan, Kebertanggungjawaban Awam, Suara Rakyat, Penguatkuasan dan Insentif, malah menyenarai 54 substrategi yang perlu dilaksanakan dalam lima tahun ini.

Ia membabitkan tempoh jangka pendek (1-2 tahun), tempoh jangka sederhana (2-3 tahun) dan tempoh jangka panjang (4-5 tahun)

Strategi kedua iaitu Kebertanggungjawaban Awam memperkenal substrategi terbanyak dengan 19 inisiatif, diterajui oleh agensi utama kerajaan seperti SPRM, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara (AGC), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Parlimen Malaysia.

MOF disokong oleh AGC akan bertanggungjawab memperkenal Akta Perolehan Kerajaan, manakala BHEUU disokong Parlimen Malaysia akan memperkenal semula Akta Perkhidmatan Parlimen.

SPRM pula menerajui substrategi bagi meneliti semula persyaratan dalam pelantikan dan pemecatan Ketua Pesuruhjaya SPRM serta penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM, yang disokong oleh BHEUU dan AGC.

Malah, SPRM juga menjalankan kajian kebolehlaksanaan penggubalan Rang Undang-Undang Tatakelola.

Selain itu, CGSO akan menjalankan inisiatif bagi meningkatkan sistem saringan dalam pengambilan kerja penjawat awam.

SPR pula diberi tanggungjawab untuk menyemak peruntukan berkaitan penggunaan jentera kerajaan untuk berkempen bagi calon dan parti politik dalam pilihan raya, untuk dimasukkan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

NACS yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam turut memfokuskan kepada strategi Pendidikan yang bermula seawal peringkat sekolah membabitkan 13 substrategi pendidikan dilaksanakan dalam dua fasa tempoh pelaksanaan, iaitu jangka pendek dan jangka sederhana.

Antara substrategi pendidikan bagi tempoh jangka pendek ialah pengukuhkan kegiatan kokurikulum di sekolah dengan pembabitan individu dan entiti swasta; memasukkan minggu tema mengenai etika, nilai-nilai murni dan antirasuah dalam kalendar akademik di sekolah; dan memperkenal pelaksanaan modul atau kursus integriti dan antirasuah kepada pelatih di institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Substrategi pendidikan bagi tempoh jangka sederhana pula seperti menekankan usaha meningkatkan kegiatan mengenai etika, nilai-nilai murni dan antirasuah di prasekolah dengan bantuan institusi latihan perguruan; menyemak dan menambah baik elemen etika, nilai murni dan antirasuah dalam buku teks sekolah rendah dan menengah serta menjalankan satu kaji selidik mengenai keberkesanan inisiatif integriti dan pendidikan antirasuah di sekolah.

Pelaksanaan Strategi Pendidikan juga membabitkan agensi penyokong teramai dalam NACS iaitu Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Perladangan dan Komoditi, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Kementerian Pendidikan, KPT, KESUMA, JPA serta SPRM pula akan bertindak sebagai agensi peneraju dalam 13 substrategi pendidikan.

Dalam strategi Suara Rakyat, inisiatif NACS antara lain adalah kaji selidik nasional mengenai bidang yang terdedah terhadap rasuah; penilaian tahunan di p

Lantik dan pecat KP SPRM, saringan calon penjawat awam, semakan akta SPR antara startegi pembanterasan rasuah baharu; penilaian tahunan di peringkat nasional untuk mengenal pasti tahap rasuah dalam kalangan rakyat Malaysia; menubuhkan kaukus antirasuah Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO), masyarakat pribumi dan dewan perniagaan; dan memperhebatkan kempen antirasuah kepada kedutaan asing dan dewan perniagaan asing yang ditubuhkan di Malaysia.

Bagi strategi Penguatkuasaan, NACS akan meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 memperkenal Rang Undang-Undang Pembiayaan Politik, menyemak Bahagian III (Amalan Rasuah) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954; memperkenal Ombudsman Malaysia dan menggubal perundangan bagi mengawal selia pintu masuk bagi menjamin keselamatan sempadan negara.

Strategi Insentif pula, NACS merangka substrategi bagi rebat cukai untuk individu dan syarikat yang mengambil bahagian dan menyumbang dalam program pencegahan rasuah, semakan elaun saksi dalam kes perbicaraan rasuah, menawarkan insentif kepada pemberi maklumatdan pengurangan cukai bagi mengalakkan penyertaan entiti yang menganjurkan program antirasuah.

-BH Online 

Isnin, 6 Mei 2024

Ayam Bismi Hasilkan Lebih Satu Juta Ekor Ayam Halal Sebulan

 1.0 JUTA EKOR AYAM HALAL??

Ramai orang berjaya kat dunia ni. Tapi ini bukan cerita motivasi kejayaan orang… Ini citer pasal PERJUANGAN

1. Ini cerita pasal Haji Jafri Ahmad

2. Lewat 80an, Ada kawan dia dok citer ajak meniaga ayam segar

3. Lepas dah buat mcm mcm dalam hidup utk survive, dia rasa meniaga ayam segar ni mcm menarik

4. Dia pun setuju

5. Dia start dengan beli 50 ekor ayam hidup, sembelih , cuci dan jual

6. Hari pertama tu tak laku sangat… ada ayam tak habis. Tapi tak nak mak dia risau, dia cakap habis semua. Baki ayam dia sorok kat peti sejuk

7. Dan ada masalah lain pulak, tak tahu nak niaga kat mana

8. Pernah meniaga ayam di kaki lima jalan tapi kena halau

9. So dia guna pick up truck.. Jalan dari satu tempat ke satu tempat.. ada sinar

10. Tapi partner dia give up lepas 3 bulan… hidup keras mcm ni

11. Haji terus gigih usahakan sampai dapat tapak niaga kat pasar

12. Tapi setiap hero selalunya mesti ada Heroin kat belakang

13. Hajjah Mazlina  sama sama berusaha keras bangun kan bisnes ni

14. Haji fokus dgn data operasi, Hajjah fokus dgn soft skill mcm pemasaran

15. Sebenarnya ramai je orang melayu meniaga ayam style ni, takde apa apa special

16. Tapi diaorang tak nak benda ni jadi biasa biasa je

17. Diaorang bangunkan jenama  AYAM BISMI  sebagai brand perniagaan diaorang

18. Dari beli ayam 50 ekor dari pembekal… sekarang dia ternak sendiri ayam . 

19. Bukan 50 ekor, bukan 500 ekor… diaorang ternak sejuta ekor sebulan dalam 18 buah ladang ayam

20. No no… ini bukan citer sembang kari. Saya sendiri dah melawat diaorang

21. Kilang sembelihan mereka memang sangat top notch dan bersih. Halal,MESTI semua lengkap

22. Haji dan Hajjah ada misi besar nak menyediakan ayam Halal kat seluruh Malaysia

23. Saya tak nampak mereka cuba nak jatuhkan kartel ayam milik non muslim… tapi mereka cuba mengisi ruang kosong yang ada

24. Hakikatnya 1 juta ekor ayam sebulan ni tak cukup nak supply satu Malaysia. Kita mmg kuat makan ayam. Mereka ternak ayam 2.4 juta dalam 18 ladang mereka

25. Tapi mereka memberi alternatif kepada penguna muslim untuk mendapatkan ayam halal yang disembelih oleh orang muslim yang bekerja dengan orang muslim

26. Saya kagum, perjuangan diaorang tentang Halal bukan sekadar hal sembelih, yang ni semua orang pandai. Orang bukan islam pun faham

27. Tapi mereka ambil berat hal makanan ayam dan memastikan tiada unsur unsur najis dan haram dalam makanan ayam

28. Diaorang hantar makanan ayam ke makmal utk pastikan tiada unzur / DNA khinzir dalam makanan ayam

29. Jadi …kesucian dan halal ayam mereka bukan sekadar sembelih…  ye betul hal ni tak semua orang faham

30. Bukan setakat non muslim tak faham, yang muslim pun ramai yg ignorance hal ni

31. Inisiatif Haji dan Hajjah sangat sangat membanggakan

32. Selayaknya mereka juga ada project pembekalan dgn KFC/Ayamas. Tahun 2005 diaoang dah start bekalkan ayam pada mereka

33. Azam saya satu hari nanti saya nak dapatkan bekalan ayam dari mereka utk Chicken Royale saya. Cuma for now atas issue jarak dan volume belum cukup besar… belum boleh lagi

34. Balik kat citer diaorang.. mmg gempak facilities yang diaorang bangunkan sendiri

35. Tapi bukan mudah, along the way banyak kali kena tipu gak… rugi beratus ribu

36. Belum cerita geran berjuta dibatalkan saat akhir, tapi kena terus kan projek bina ladang ayam baru 

37. Mengagau cari duit 

38. Tapi gigih mcm ni la jadi sampai 18 ladang

39. Sekarang diaorang ada tambahan kilang proses perbagai produk berasaskan ayam

40. Nugget, sausage, ayam goreng, dan lain lain

41. Jenama Ayam Bismi semakin berkembang pesat merangkumi segala jenis produk ayam

42. Saya harap mereka terus berjaya

43. Oh ya, diaorang pun ada Restoran

44. Bukan restoran biasa biasa… restoran diaorang bagi makan free setiap hari

45. Beratus orang datang setiap hari and makan free kat kedai diaorang ni.  @rumah makan percuma

46. Perjuangan menyediakan ayam Halal & berdakwah dengan bagi orang ramai makan free… ini cerita mereka suami isteri dan pasukan mereka

47. Saya doakan mereka terus istiqamah dalam perjuangan dan dilimpahi rahmat, hidayah, kefahaman agama, iman dan rezeki yang melimpah ruah

48. Ini baru idola !!! Bukan influencer kosong semata

49. Saya menulis tentang dunia F&B dan dan juga perkongsian pengalaman saya. Follow saya utk baca content cenggini lagi

P/s - Kalau gi pasaraya dan nak beli ayam, kalau nampak ayam brand BISMI… jangan boikot ayam jenama lain tapi SOKONG lah ayam BISMI.  Beli dan sokong produk mereka. Ini perjuangan kita bersama @highlight

#NAZDAIM

13 Nov 2023, 9.35am

Kredit : Naz Daim

Ahad, 5 Mei 2024

Ramai cadang pemain bola ‘pasang’ bodyguard

Muhammad Akhyar (kiri) dan Faisal (kanan).

PETALING JAYA – Peminat sukan bola sepak Malaysia mencadangkan supaya para pemainnya menggunakan khidmat pengawal peribadi susulan kejadian menimpa bintang Selangor FC dan skuad kebangsaan, Faisal Halim serta pemain Terengganu FC (TFC), Muhammad Akhyar Abdul Rashid.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, orang ramai mencadangkan perkhidmatan tersebut digunakan sama seperti yang digunakan oleh pemain bola sepak di luar negara.

Lepas Akhyar sekarang Faisal Halim. Apa toksik sangat komuniti bola sepak Malaysia. Padanlah pemain bola sepak luar negara pasang bodyguard,” kata seorang pengguna aplikasi X.

“Semoga polis dapat tangkap si pelaku secepat mungkin. Semuanya ‘target’ pemain Malaysia. Semoga ‘player’ yang lain berhati-hati dan seharusnya ada ‘bodyguard’. Selepas Akhyar Rasyid dan kini Faisal Halim pula jadi mangsa. Allahuakbar,” kata seorang pengguna Facebook.

“Dia orang sasar bintang-bintang belaka ni. Harap lepas ni pasang bodyguard siap-siap,” komen seorang lagi pengguna Facebook.

Dia orang sasar bintang-bintang belaka ni. Harap lepas ni pasang bodyguard siap-siap,” komen seorang lagi pengguna Facebook.

Kosmo! melaporkan, pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim dilaporkan menjadi mangsa simbah asid dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah sekitar Petaling Jaya, di sini hari ini.

Beberapa hari lalu, Muhammad Akhyar cedera dipukul dengan sebatang besi boleh laras oleh dua lelaki dalam kejadian bermotifkan samun di bawah sebuah apartmen didiaminya di Kuala Terengganu, Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Gambar Yang di-Pertuan Agong, bendera Johor digunakan dalam kempen PRK KKB

Bersatu-2-681x454

Dr. Chong Fat Hull menunjukkan gambar kenderaan menggunakan wajah Sultan Ibrahim.

 HULU SELANGOR – Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat laporan polis ke atas sebuah kenderaan yang meletakkan gambar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di atas bumbung, pintu sebelah kanan dan bahagian belakang.

Menurut ketua sayap, Dr. Chong Fat Hull pihaknya membuat laporan berkenaan kerana kenderaan jenis trak pikap itu turut mengibarkan bendera Johor, bendera Pakatan Harapan, selain gambar Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan-polis-4
Kenderaan yang menggunakan gambar Sultan Ibrahim.

Katanya, tindakan meletakkan gambar Sultan Ibrahim pada kenderaan kempen seolah-olah memberi gambaran bahawa Yang di-Pertuan Agong turut terlibat dalam politik dan menyokong calon PH.

Tambah beliau, kenderaan itu telah dikesan berlegar-legar berhampiran perkarangan Bilik Gerakan PH yang juga merupakan Pusat Perkhidmatan DUN di Kuala Kubu Baharu.

“Perkara ini tidak seharusnya berlaku dan merupakan satu kegiatan yang menyangkal peraturan pilihan raya.

“Ini akan memberi gambaran seakan Yang di-Pertuan Agong menyokong calon Pakatan Harapan. Ini merupakan satu kesalahan yang amat besar di bawah peraturan pilihan raya,” katanya dalam sidang media hari ini.

Laporan polis telah dibut pada pukul 6.14 petang semalam di Balai Polis Kuala Kubu Baharu.

Laporan-Polis-1-814x1024

“Kami tidak menuduh mana-mana pihak selagi siasatan polis belum selesai. Kami berharap semua pihak menghormati Yang di-Pertuan AgoPNng dan berkempen secara bermoral dan berintegriti.

“Setelah dikenalpasti pihak yang berbabit, kami berharap agar Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil tindakan yang tegas terhadap pihak yang berkenaan,” kata beliau.

Fat Hull mendakwa, pihak polis telah menahan dua lelaki susulan kejadian berkenaan.-MalaysiaGazette

Jumaat, 3 Mei 2024

Papagomo dakwa Anwar cuba campuri sistem kehakiman negara


story-image

Blogger yang condong kepada pembangkang, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau juga dikenali sebagai Papagomo mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyalahgunakan kuasanya dengan mencampuri sistem kehakiman negara.

Katanya, dia terkejut selepas pihak pendakwaan memohon supaya tiada jaminan diberikan dan perintah larangan bersuara (gag order) terhadap defendan.

“Saya terkejut sebab saya dilabelkan dalam jenayah berat, sedangkan ini akta hasutan, di mana perdana menteri dan kerajaan yang ada hari ini berpuluh tahun melaungkan untuk hapuskan akta hasutan.

“Tapi hari ini kita dapat lihat dengan kuasa yang mereka ada, mereka, menggunakan kuasa itu untuk mengarahkan musuh musuh politiknya disenyapkan, didiamkan,” katanya pada sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Peguambela, Rafique Rashid berkata, di sebalik permohonan pendakwaan, mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin dan menolak permintaan perintah larangan bersuara.

Rafique seterusnya memberi peringatan kepada Anwar supaya mengelak daripada tidak menghormati pemisahan kuasa.

Merujuk kenyataan perdana menteri “penjahat-penjahat semua ini sepatutnya ganti bilik-bilik saya di (penjara) Sungai Buloh” semasa ucapannya pada sambutan Hari Pekerja di Putrajaya semalam, katanya, Anwar tidak sepatutnya mencampuri urusan mahkamah.

“Janganlah mencampuri urusan mahkamah, janganlah cuba mencampuri urusan kehakiman, janganlah cuba menjadi hakim kerana sistem kehakiman di Malaysia ini mudah kerana hakim-hakim dalam Malaysia ini tidak terlibat dengan politik.

“Hakim-hakim di Malaysia ini membuat keputusan berdasarkan fakta dan undang undang.

“Jangan campur urusan mahkamah, jangan cuba campur dalam urusan kehakiman, jangan cuba jadi hakim kerana sistem kehakiman di Malaysia adalah lurus memandangkan hakim di Malaysia tidak terlibat dalam politik.

“Hakim di Malaysia membuat keputusan berdasarkan fakta dan undang-undang,” katanya.

Papagomo didakwa atas pertuduhan menghasut bagi mendatangkan kebencian kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Ia berhubung hantarannya di media sosial berhubung isu stoking dengan kalimah Allah.

-mKini