Khamis, 13 Jun 2024

Sebalik kenaikan harga diesel ada juga yang anggap masih murah, ini sebabnya

 Sebalik kenaikan harga diesel ada juga yang anggap masih murah, ini sebabnya

Malaysia telah menetapkan harga siling baru di Semenanjung Malaysia sebanyak RM3.35 seliter berbanding dengan harga sebelum ini, iaitu RM2.15 seliter, bermula tengah malam tadi.

Langkah ini diambil sebagai sebahagian daripada rancangan kerajaan untuk mengurangkan ketirisan subsidi diesel.

Selain itu, ia juga dijangka dapat menjimatkan sehingga RM4 bilion duit kerajaan setiap tahun.

Sejak pengumuman mengenai subsidi diesel bersasar oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ia telah menerima kritikan daripada pelbagai pihak.

Namun, Anwar menjelaskan bahawa ini adalah langkah yang perlu diambil untuk menyelamatkan negara.

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, penggunaan subsidi diesel telah meningkat secara mendadak dari 6.1 bilion liter pada tahun 2019 kepada 10.8 bilion liter pada tahun 2023, walaupun jumlah kenderaan yang menggunakan diesel tidak mengalami peningkatan yang ketara.

Ini menunjukkan adanya ketirisan subsidi yang tidak sepatutnya, yang seharusnya dinikmati oleh golongan yang memerlukan.

Ketirisan ini dipercayai berlaku akibat daripada penggunaan diesel secara haram atau penyeludupan diesel ke negara-negara jiran disebabkan oleh harga minyak Malaysia yang lebih murah.

Walaupun harga diesel di Malaysia adalah antara yang termurah di rantau ini, harga baru ini adalah berdasarkan harga pasaran tanpa subsidi.

Pemilik kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia boleh memohon bantuan subsidi diesel menerusi program Budi Madani. Syarikat yang menggunakan diesel sebagai pengangkutan awam seperti bas sekolah, bas tempatan, bas ekspres, ambulans, dan lain-lain, boleh memohon fleet card SKDS.

Program Budi Madani memberikan bantuan subsidi kepada rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah kurang dari RM100,000 setahun, serta syarikat dengan 33 kenderaan yang disenaraikan.

-InfoRakyat

0 comments:

Catat Ulasan