Rabu, 19 Jun 2024

Duda, janda dicekup ‘berasmara’ dalam Perodua Bezza

 

Gambar hiasan.

JEMPOL – Seorang duda dan janda yang bekerja di sebuah madrasah di Tampin ditahan selepas cuba menghalang tugas polis dalam operasi di Pekan Bahau di sini, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, sepasukan anggota Balai Polis Bahau yang menjalankan tugasan Ronda Cegah Jenayah ternampak sebuah kereta jenis Perodua Bezza di bahu jalan dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, anggota polis kemudian menghampiri pasangan itu untuk memperkenalkan diri, namun suspek bertindak mengundurkan kenderaan dan cuba menghimpit kenderaan pasukan.

“Kedua-dua suspek berjaya ditangkap di Jalan Datuk Thong Hiang Kim kira-kira satu kilometer dari lokasi pemeriksaan dijalankan,” katanya hari ini.

Menurut Chang Hook, suspek duda berusia 45 tahun yang mempunyai seorang anak bekerja sebagai pemandu kereta di madrasah itu, manakala janda yang juga memiliki seorang anak itu pula bekerja sebagai pengutip derma.

Suspek duda mempunyai empat rekod lampau jenayah, manakala suspek wanita pula mempunyai 19 rekod jenayah dan dadah. – KOSMO! ONLINE

0 comments:

Catat Ulasan