"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Meninggal Dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Meninggal Dunia. Papar semua catatan

Rabu, 30 April 2025

Belasungkawa:Tuan Guru Baba Hj Abd Rahman Hj Nuh-Pondok Sungai Limau Baling

 


انا لله وانا اليه راجعون

اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهَ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَس وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجٙا خَيْرًا مِنْ زَوْجٙهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ. 

Telah kembali ke rahmatullah, ulama' tertua bumi Kedah Darul Aman, Tuan Guru Baba Haji Abdul Rahman Bin Haji Nuh dalam usia lebih kurang 95 tahun di Sungai Limau, Baling.

Beliau merupakan antara murid terakhir al-Muhaqqiq Pak Da Eil Mekah di Kedah.

Moga Allah Taala menerima segala amal kebajikan, jasa baktinya terhadap agama dan penat lelah Allahyarham dalam mendidik masyarakat. Moga Allah Taala menempatkan Allahyarham di kalangan mereka yang mendapat Syurga ilahi. Amin

Manaqib ringkas beliau :

Tuan Guru Baba Bedol, Sungai Limau ( 1929 - 2025 )

Oleh : Tengku Yusuff 

Nama penuh Allahyarham Tuan Guru Baba Haji Abdul Rahman Bin Haji Nuh dan beliau dilahirkan di Kampung Rambong, Betong, Thailand pada tanggal 4 Oktober 1929 seperti mana tertera di dalam Kad Pengenalan beliau, namun Baba pernah menyebut bahawa beliau lahir awal 30an. Beliau lebih mahsyur dengan panggilan Baba Man Betong atau Baba Bedol oleh sahabat dan anak-anak murid.

Ketika berusia 13 tahun, Tuan Guru Baba memasuki pondok di Betong, Yala, Thailand iaitu di dalam Masjid Betong dibawah tarbiyah Tuan Guru Qadhi Haji Derani selama 6 tahun. Pada tahun 1955 beliau meneruskan pengajian di Pondok Mokgol, Patani berguru dengan Tok Mokgol selama beberapa tahun.

Di antara sahabatnya ketika menuntut ilmu di Pondok Mokgol ialah : 

1. Tuan Guru Haji Isa Bin Haji Yahya, Gerik 

2. Tuan Guru Haji Abdul Rashid Wara' - Carak Kerian, Teluban

3. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Tendung - (masih hidup dan tinggal di Batu 18, Betong, Thailand)

4. Tuan Guru Haji Awang Tendung (tenaga pengajar di Pondok Tok Mokgol)

5  Tuan Guru Haji Yusof Tok Jong (masih hidup dan menetap di Mekah)

Pada tahun 1964 ketika berumur 35 tahun beliau melanjutkan pengajiannya ke Mekah. Pada mulanya Baba Man belajar di Madrasah Indonesia sehingga tamat kelas 4 yang melayakkan untuk menyambung pengajian ke Universiti al-Azhar, Mesir. Kerana tidak ada kemampuan kewangan dan pembiayaan beliau terpaksa melepaskan hasratnya untuk ke Mesir dengan menyambung pengajian di Madrasah Darul Ulum al-Diniyyah, Mekah yang pada waktu itu dibawah kelolaan Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani, selain itu beliau juga turut bertalaqqi di halaqah ilmu sekitar Masjidil Haram selama 13 tahun. 

Di antara guru-gurunya ialah :

1. Tuan Guru Qadhi Haji Derani Betong

2. Tuan Guru Haji Hassan Mokgol 

3. Syeikh Abdul Qadir al-Mandili

4. Syeikh Muhammad Yasin Bin Isa al-Fadani

5. Syeikh Sayyid Muhammad Alwi al-Maliki

6. Baba Li Chaiya 

7. Baba Malik Lubuk Sawa

8. Baba Pak Man Cang

9. Syeikh Engku Abdul Jalil al-Maqdisi

10. Pak Da Eil Mekah

Antara sahabat-sahabat beliau di Madrasah Indonesia pula ialah :

1. Tuan Guru Baba Haji Abdullah Bin Masud, Kampung Tok Faqeh, Yala

2. Tuan Guru Baba Haji Ghazali Bin Abdul Wahab, Kampung Tok Faqeh, Yala

3. Tuan Guru Haji Yaakob Bin Abdul Rashis @ Ayah Su, Pohon Mace

4. Syeikh Wan Mustafa Bin Wan Ibrahim, Gajah Mati, Pendang

Pada tahun 1970, setelah 6 tahun berada di Mekah, beliau telah berkahwin dengan Hajah Aisyah Binti Haji Yahya (adik bongsu Tuan Guru Haji Isa Gerik). 

Pada akhir tahun 1977, beliau bersama dua sahabatnya iaitu Tuan Guru Haji Isa Bin Haji Yahya dan Tuan Guru Baba Haji Abdul Karim Bin Haji Yahya telah mengasaskan sebuah pondok pengajian yang diberi nama Madrasah Darus Saadah di Betong, Thailand. Namun aktiviti pengajarannya di pondok terpaksa dihentikan pada tahun 1980 akibat pergolakan politik di Thailand ketika itu yang sangat meruncing.

Akhirnya pada tahun 1980, Baba Bedol berhijrah ke Malaysia dan menetap di Kampung Kuak Hulu, Pengkalan Hulu, Perak. Setelah itu beliau membuka pula Madrasah an-Najah di Kampung Sungai Limau, Baling, Kedah.

Di antara jawatan yang pernah disandang Tuan Guru Baba Haji Abdul Rahman ialah :

1. Mudir Madrasah Darus Saadah, Betong, Thailand (1977 hingga 1980)

2. Mudir Madrasah an-Najah, Sungai Limau, Baling (1981 hingga 1997)

3. Guru di Sekolah Agama an-Najah pada sebelah pagi (1981 hingga 1997)

4. Mengajar masyarakat sekitar kawasan Baling (1981 hingga 1997)

5. Penasihat Madrasah Darus Saadah Kampung Sungai Limau, Baling, Kedah (2004 sehingga sekarang )

Antara amalan beliau adalah :

1. Tarekat Syatariyyah yang di ambil dari guru beliau secara bersanad iaitu Syeikh Soleh di Mekah

2. Lum’atul Aurad yang di ambil dari gurunya Tuan Guru Haji Hassan Bin Muhammad Amin @ Tok Mokgol

Berikut merupakan sahabat seperjuangannya di Kedah :

1. Tuan Guru Haji Omar Zuhdi, Pondok Lanai

2. Tuan Guru Haji Abu Bakar Wara', Pondok Parit Panjang

3. Tuan Guru Haji Abu Bakar Ibrahim, Pondok Bandar Hilir

4. Tuan Guru Haji Salleh Musa, Pondok Sik

Allahyarham Tuan Guru Baba telah kembali ke rahmatullah pada pukul 1.00 pagi, 30 April 2025 dalam usia 95 tahun.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin 

*Sumber - Temubual penulis dengan Ustaz Moru Ju - Anakanda Tuan Guru Baba Haji Abdul Rahman

#WafatnyaUlamak

Sumber: WhatsApp 

Selasa, 24 Disember 2024

Pempengaruh Media Sosial, Man Kulim Meninggal Dunia


SKBerita
Kredit: Facebook

Pempengaruh media sosial, Man Kulim, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini.

Berita sedih ini disampaikan melalui hantaran yang dimuat naik oleh Abu Mamu di laman Facebook.

Menurut hantaran tersebut, Allahyarham yang terkenal sebagai "food reviewer", menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 5 petang tadi.

"Sama-sama kita doakan, semoga Allah permudahkan urusan dia," tulis hantaran tersebut.

Bagaimanapun, punca pemergian Allahyarham tidak dimaklumkan kepada orang ramai.

ADVERTISEMENT

Berita pemergian Man Kulim ini telah mengejutkan ramai pihak, khususnya di kalangan pengikutnya di media sosial.

Selain itu, ia turut mengundang pelbagai reaksi di ruangan komen hantaran yang dimuat naik oleh Abu Mamu.

"Allahuakbar... baru tengok video mamu bergurau dengan Man Kulim pasal bila terakhir masuk hospital. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,"

"Salam takziah buat keluarga arwah. Tagline 'pening' dalam kenangan. Terkejut dengan pemergian arwah. Alfatihah,"

-siakapkeli.my

Khamis, 12 September 2024

Bekas pelumba GP Elly Idzlianizar maut akibat ditetak

 

Kangar: Polis mengesahkan kematian bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara, Elly Idzlianizar Elias, 40, semalam disebabkan kecederaan akibat ditetak selepas pergaduhan di Kangar.

Kejadian dipercayai berlaku antara 9 hingga 10 malam, Selasa lalu, apabila mangsa dipercayai pergi ke rumah lelaki berusia 51 tahun di Taman Behor Gonchar Jaya, Kangar.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya menerima maklumat pada 11.13 malam yang memaklumkan berlakunya pergaduhan di taman perumahan berkenaan.

"Berdasarkan maklumat yang kita terima berlaku pergaduhan membabitkan empat individu termasuk mangsa di laluan masuk persimpangan jalan Taman Behor Gonchar Jaya.

"Apabila anggota polis sampai di tempat kejadian, didapati mangsa dan tiga lagi individu yang terbabit dalam pergaduhan itu sudah pun dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk menerima rawatan.

"Mangsa (Elly Idzlianizar) bagaimanapun meninggal dunia sekitar 12.30 tengah malam semalam akibat mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan dan tangan dipercayai kerana ditetak menggunakan senjata tajam," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, hari ini.

Katanya, susulan daripada itu, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kangar dibantu Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis menahan tiga lelaki berusia antara 28 hingga 51 tahun yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan itu di beberapa lokasi di Kangar.

"Semasa penahanan dibuat juga, kita turut merampas telefon bimbit, perakam video digital dan sebilah pedang samurai berukuran 112 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan itu.

"Siasatan lanjut yang dibuat mendapati mangsa meninggal dunia kerana mengalami sekitar 10 hingga 12 kesan tetakan pada badan di mana satu kesa tetakan di bahagian tangan kanan, tiga di bahagian tangan kiri dan tujuh hingga lapan kesan tetakan di bahagian belakang badan mangsa.

"Malah, keputusan bedah siasat yang dibuat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar juga mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan yang teruk," katanya.

YUSHARIFUDDIN (dua kiri) menunjukkan gambar suspek dan senjata yang digunakan dalam kejadian pergaduhan sehingga menyebabkan kematian seorang bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara, Elly Idzlianizar Elias di Kangar. FOTO Luqman Hakim Zubir
YUSHARIFUDDIN (dua kiri) menunjukkan gambar suspek dan senjata yang digunakan dalam kejadian pergaduhan sehingga menyebabkan kematian seorang bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara, Elly Idzlianizar Elias di Kangar. FOTO Luqman Hakim Zubir

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian bermula apabila mangsa yang berada dalam keadaan marah cuba mencari suspek utama berusia 51 tahun di kediamanannya di taman perumahan itu.

"Mangsa tiba ke rumah suspek dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Iriz berwarna biru namun suspek tiada di rumah dan hanya anak dan isterinya sahaja yang ada.

"Mangsa beredar namun terserempak dengan suspek di laluan masuk persimpangan jalan taman perumahan itu dan tercetuslah pergaduhan dan pergelutan yang disertai dua lagi lelaki termasuk anak suspek pertama yang berusia 31 tahun.

"Kita difahamkan mangsa dan suspek saling mengenali dan sering berurusan antara mereka mengenai perkara yang tidaklah sehingga membawa kepada pergaduan seperti semalam namun setakat ini, motif dan penyebab berlakunya pergaduhan masih disiasat," katanya.

Yusharifuddin berkata, pihaknya turut menyiasat sekiranya wujud unsur kongsi gelap dan gangster dalam pergaduhan itu kerana suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.

"Daripada saringan ujian air kencing yang dijalankan mendapati hanya suspek utama positif dadah manakala semakan kita mendapati suspek utama mempunyai sembilan rekod jenayah lampau membabitkan cubaan membunuh dan dadah.

"Suspek kedua berusia 28 tahun dan bekerja sebagai buruh di Arau pula mempunyai 12 rekod jenayah membabitkan pelbagai jenayah dan dadah manakala suspek ketiga yang berusia 31 tahun yang juga anak kepada suspek pula mempunyai lima rekod lampau membabitkan pelbagai jenayah dan dadah," katanya.

-myMetro 

Sabtu, 3 Ogos 2024

As Syahid Ismail Haniyeh....Kisah sekeping gambar dari anaknya

 Anaknya meriwayatkan kisah gambar ini..


Sudah tiba masanya tubuh ini berehat.

Selepas dua hari penuh dengan pertemuan dan rundingan, ayah saya pulang ke rumahnya keletihan dan penat dari salah satu mesyuarat yang diadakan untuk menghentikan serangan penjajah Zionis.

Ayah saya, yang berjuang di bawah tanggungjawab memegang amanah rakyat dan beban berat perjuangan suci, tidur tanpa menukar pakaiannya kerana keletihan.

Oleh itu, saya mengambil gambar ini.

Saya tahu bahawa suatu hari nanti ayah saya akan meninggalkan dunia ini setelah menjalankan tugasnya di dunia, menyerahkan amanah yang dipegangnya dan mengangkat panji-panji jihad kepada generasi yang akan memikul tanggungjawab ini selepasnya.

Perjuangannya adalah perjuangan yang menolak pencemaran, tunduk, mengakui musuh yang menjajah, dan menyerah kalah.

Beliau menyerahkan panji dan pergi tanpa menandatangani sebarang perjanjian yang mengabaikan Palestin dalam perjuangan yang diamanahkan kepadanya.

Semasa pemergiannya, para pejuang dan tenteranya berada di barisan hadapan, menghina musuh di tanah.

Mu’az, anak syahid Ismail Haniyeh

[https://t.me/drwasfy](https://t.me/drwasfy)

Source 

Jumaat, 2 Ogos 2024

Soladiriti:Ribuan hadiri solat jenazah ghaib untuk Haniyeh di beberapa negeri

 IMAM Besar Masjid Putra Dr Muhamad Zakuwa Rodzali mengetuai solat jenazah ghaib bagi Allahyarham Ismail Haniyeh yang terbunuh semalam, di Masjid Putra Putrajaya hari ini. FOTO Bernama

IMAM Besar Masjid Putra Dr Muhamad Zakuwa Rodzali mengetuai solat jenazah ghaib bagi Allahyarham Ismail Haniyeh yang terbunuh semalam, di Masjid Putra Putrajaya hari ini. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Masjid di seluruh negara hari ini mengadakan solat jenazah ghaib untuk Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh yang terkorban dalam serangan udara oleh rejim Israel di Tehran, Iran semalam.

Selain masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), solat jenazah ghaib turut diadakan di beberapa negeri sebagai tanda solidariti umat Islam di Malaysia terhadap perjuangan umat Islam Palestin dalam menentang kezaliman rejim zionis.

Di ibu negara, lebih 100 orang menyertai solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Haniyeh di Masjid Negara yang diimamkan Imam Kanan Masjid Negara Hassan Alfadhli Abdul Rahman.

Sementara itu di Masjid Putra PUTRAJAYA, lebih 500 jemaah menyertai solat jenazah ghaib yang diadakan sejurus solat maghrib dan diimamkan oleh Imam Besar Masjid Putra Dr Muhamad Zakuwa Rodzali.

Di SELANGOR, Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam turut mengadakan solat jenazah ghaib yang diimamkan oleh Ismail Hashim dan dihadiri kira-kira 50 jemaah terdiri daripada petugas serta pelajar universiti dan orang awam.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Nur Syamira Md Suffri ketika dihubungi memaklumkan semua masjid dan surau di negeri itu akan mengadakan solat jenazah ghaib selepas solat maghrib malam ini.

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pula menerusi hantaran Facebook rasminya memaklumkan solat jenazah ghaib Allahyarham Haniyeh akan dilaksanakan selepas solat Jumaat esok.

TIMBALAN Ketua Menteri I Pulau Pinang yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Mohamad Abdul Halim (empat, kanan) mengaminkan bacaan doa selepas menunaikan solat jenazah ghaib susulan kematian pemimpin Hamas Allahyarham Ismail Haniyeh di Masjid Jamek Tuan Samad malam ini. FOTO Bernama.
TIMBALAN Ketua Menteri I Pulau Pinang yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Mohamad Abdul Halim (empat, kanan) mengaminkan bacaan doa selepas menunaikan solat jenazah ghaib susulan kematian pemimpin Hamas Allahyarham Ismail Haniyeh di Masjid Jamek Tuan Samad malam ini. FOTO Bernama.

Di PERAK, tinjauan di Masjid Jamek Medan Klebang Restu mendapati kira-kira 500 jemaah menunaikan solat jenazah ghaib yang diimamkan imam masjid itu Khair Ahmad Naufal Mohd Khair.

Terdahulu Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Harith Fadzilah Abdul Halim berkata solat jenazah ghaib untuk Haniyeh diadakan di masjid dan surau di seluruh Perak selepas solat maghrib malam ini.

Sementara itu, di PULAU PINANG, semua masjid di seluruh negeri itu mengadakan solat jenazah ghaib selepas solat maghrib hari ini susulan kematian pemimpin Hamas tersebut.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Mohamad Abdul Hamid berkata pihaknya telah meminta lebih 200 masjid di negeri itu untuk mengadakan solat jenazah ghaib sebagai tanda solidariti terhadap Allahyarham Haniyeh.

"Saya bagi pihak kerajaan negeri Pulau Pinang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Haniyeh dan rakyat Palestin di atas kehilangan ini.

"Solat jenazah ghaib malam ini sebagai solidariti terhadap kejadian tersebut," katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang kepada Bernama malam ini.

Tinjauan Bernama di Masjid Tuan Samad di Permatang Sungai Dua, Butterworth mendapati lebih 200 jemaah termasuk Mohamad dan Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Mohd Sukki Othman menyertai solat jenazah ghaib itu.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar meminta semua masjid di bawah seliaan Jakim dan Jawi mengadakan solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Haniyeh.

Agensi Anadolu melaporkan pemimpin Hamas itu terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di Tehran. Beliau berada di ibu negeri Iran itu untuk menghadiri majlis pelantikan Presiden Iran yang baharu iaitu Masoud Pezeshkian.

-myMetro 

Jumaat, 26 Julai 2024

Belasungkawa:Tuan Guru Baba Haji Abdullah, Pondok Mapat ( 1943 - 2024 )

 انا لله وانا اليه راجعون

اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهَ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَس وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجٙا خَيْرًا مِنْ زَوْجٙهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ. 

Khabar duka dari bumi Fathani Darus Salam, berturut² alim ulama Fathani meninggalkan kita. Bermula dengan al-marhum Tuan Guru Baba Mad Kelaba, al-Marhum Tuan Guru Baba Abdul Rahman Keming, al-Marhum Tuan Guru Baba Haji Abdul Qadir Chenak, al-Marhum Tuan Guru Baba Haji Musa Chenak.

Dan hari ini telah kembali ke rahmatullah, ulama sesepuh kawasan Patani, Tuan Guru Baba Haji Abdullah Bin Ibrahim - Pengasas Pondok Mapat dalam usia lebih kurang 81 tahun, pada pukul 3.22 pagi, malam Jumaat. Jenazah Baba akan disolatkan jam 10 pagi di pondoknya.

Moga Allah Taala menerima segala amal kebajikan, jasa baktinya terhadap agama dan penat lelah Allahyarham dalam mendidik masyarakat. Moga Allah Taala menempatkan Allahyarham di kalangan mereka yang mendapat Syurga ilahi. Amin

Manaqib ringkas beliau :

Tuan Guru Baba Haji Abdullah, Pondok Mapat ( 1943 - 2024 )

Oleh : Tengku Yusuff 

Tuan Guru Baba Haji Abdullah Bin Ibrahim dilahirkan di Yarang, Patani pada tahun 1943.

Pendidikan awalnya di Pondok Paya Naka, Yarang berguru dengan Syeikh Abdul Rahman Bin Ismail selama beberapa tahun (kemudian beliau menjadi menantu kepada gurunya berkenaan). Setelah itu beliau melanjutkan pengajiannya ke Sekolah Mudir Haji Harun di Yala dan seterusnya ke Pondok Ayah Dir Sekam. Bagi mendapatkan pengajian peringkat tinggi, Baba Lah berangkat ke Mekah menuntut ilmu di sana kira-kira 10 tahun, berguru antaranya dengan :

1. Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani

2. Syeikh Abdul Karim Banjar

3. Baba Li Chaiya

4. Baba Sin Surat dan ramai lagi

Setelah pulang beliau mengajar di Pondok Paya Naka yang dibangunkan oleh mertuanya. Turut mengajar di situ ialah biras beliau, Tuan Guru Baba Haji Ismail.

Baba Lah akhirnya mengambil keputusan membuka pondoknya sendiri yang tidak jauh dari Pondok Paya Naka kira-kira 15 tahun dahulu. Pondoknya dikenali dengan panggilan Pondok Mapat.

Almarhum Baba meninggal dunia pada 26 Julai 2023, pukul 3.22 malam, Hari Jumaat dalam usia 81 tahun.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin 

*Sumber - Temubual penulis dengan almarhum Tuan Guru Baba Lah Mapat pada 8 Februari 2023

#WafatnyaUlamak

Khamis, 8 Februari 2024

Al-Fatihah:Azraai Khor Abdullah kembali ke rahmatullah

 Salam Takziah


Bekas pemain kebangsaan, Mohd Azraai Khor Abdullah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 71 tahun, sebentar tadi selepas diserang strok.

Bekas pemain Kedah era 70-an itu yang nama asalnya Khor Sek Leng telah menyarung jersi skuad kebangsaan dari 1975 hingga 1978 dengan menganggotai skuad ke Piala Raja Thai, Pra Olimpik, Pestabola Merdeka, Piala Asia 1976 di Tehran dan Sukan Asia 1978 di Bangkok.

Sebagai jurulatih pula, Allahyarham membawa Kedah muncul juara double treble pada 2007 dan 2008, selain turut pernah membimbing beberapa pasukan tempatan lain seperti Negeri Sembilan dan Perak serta menjadi ketua jurulatih skuad Harimau Muda pada 2010.

Semoga Allah SWT merahmati rohnya, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan para solehin.

Al-Fatihah

#FAM #HarimauMalaya

Sabtu, 28 Oktober 2023

Badrul Muhayat meninggal dunia

 ALLAHYARHAM Badrul. FOTO arkib NSTP

ALLAHYARHAM Badrul. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Pelakon Badrul Muhayat meninggal dunia ketika tidur di Pulau Pinang, pagi tadi.

Berita sedih itu disahkan pelakon Anne Abdullah selepas dimaklumkan oleh isterinya, Norhayati Zulkapli.

Saya nak maklumkan Badrul Muhayat meninggal dunia di Pulau Pinang selepas isterinya cuba kejutkan dia tapi sudah tidak sedarkan diri," katanya ringkas dalam satu rakaman suara di WhatsApp.

Difahamkan Allahyarham Badrul atau nama sebenarnya Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 55, tidak mengalami sebarang penyakit serius.

Badrul dikurniakan dua cahaya mata berusia 14 dan 16 tahun menerusi perkahwinan kali kedua dengan bekas isterinya, Julia Daud.

Badrul juga baru melangsungkan pernikahannya dengan Norhayati pada April lalu dan belum sempat mengadakan majlis resepsi.

-myMetro 

Rabu, 21 Jun 2023

Alfatihah:Rohana Jalil meninggal dunia

 ROHANA Jalil

ROHANA Jalil

Kuala Lumpur: Penyanyi Rohana Jalil, 68, meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 11.33 malam.

Beliau meninggal dunia di sisi suami, anak-anak dan keluarga apabila doktor mengesahkan keadaannya kritikal, petang tadi.

Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abd Jalil dimasukkan ke HCTM sejak 20 April lalu akibat kebocoran usus.

Berita kematiannya turut dikongsi oleh beberapa rakan rapatnya menerusi media sosial antaranya penyanyi Norshila Amin, Chef Yang Jamil dan ramai lagi.

Jenazah kini masih berada di hospital dan difahamkan urusan mandi jenazah dan kafan akan dilakukan di HCTM pagi nanti.

Sementara, solat jenazah akan diadakan di Masjid Al-Falah, USJ 9, Subang Jaya, Selangor.

-myMetro

Sabtu, 9 April 2022

SubhanaIIah..MeninggaI Di Depan Mak4m Nabi, Rupanya lni AmaIan Sepanjang Hay4tnya..

 


Subhanallah, tiada apa lagi yang lebih membahagiakan apabila d1jemput Ilahi di bulan Ramadan. Lebih membahagiakan ia berlaku pada m4lam 10 terakhir Ramadhan betul-betul di hadapan makam Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi, Madinah.

Maha Suci Allah. Kematiannya amat dicembUurui seluruh umat Islam.

Se0rang rakyat Malaysia, Badrul Munir atau mesra disapa Abang Bad di kalangan rakan-rakannya menjadi insan terpil1h apabila dijemput Ilahi betul-betul di hadapan makam Rasulullah SAW di Madinah ketika arwaAh memasuki kawasan makam untuk solat ketika mengerjakan umrah.

Berita ini menj4di viral malah bangsa Arab sendiri menganggap perkara ini amat luar b1asa kerana ianya jarang-jarang terjadi.

Apa kebaikan dan sisi baik arwaAh sehingga darjatnya diangkat begitu tinggi iaitu dapat meniInggal di hadapan makam Nabi, malam Jumaat dan lebih penting ialah di 10 malam terakhir umat Islam berpuasa.

Menurut Ustaz Jamal, salah seorang jemaah umrah dari Hulu Langat, arwAah bersolat tahajjud di dalam bilik sehari sebelum kematiIannya berlaku.

ArwaAh sempat minum satu gelas air masak dan turut memberikan segelas lagi kepada Ustaz Jamal.

ArwaAh meniInggal di hadapan Makam Nabi, Malam Jumaat dan 10 Malam terakhir Ramadan. KematiIan yang amat dicembuUrui.

ArwaAh banyak berbuat bakti kepada golongan ulama dan kerana itulah cara kematiIannya dimuliakan.

Selepas selasai minum, mereka menuju ke Masjid Nabawi, solat sunat Qabliah diikuti solat fardu Subuh dan solat jenaAzah. ArwAah kemudiannya menuju masuk ke Makam Nabi Muhammmad SAW.

“Saya dan Wak R4mli di depan sedikit. Bad dan Ibrahim di belakang. Saya dah keluar t4pi keduanya belum keluar lagi. Tunggu punya tunggu, Bad dan Ibrahim tak datang-datang. Kami gerak masuk ke masjid semula. Sampailah saya telefon dan dikatakan Bad tumbang depan Makam Rasulullah SAW.

“ArwAah betul-betul jatuh depan Makam Rasullullah, terus meniInggal. Innalillahiwaninailahirojiun,” ujar Ustaz Jamal.

Amalan Abang Bad ketika hayaAtnya

Ustaz Jamal turut menambah, kerja arwaAh Abang Bad ini ialah beliau menjadi ‘runner’ membuat visa bagi pelajar-pelajar madrasah. Pagi ini beliau dijemput oleh Allah Rabbul Jeleel di depan kubur Nabi di Masjid Nabawi.

Amalan besar yang Badrul Munir dapat iaitu menIinggal depan Makam Rasulullah adalah kerana dia banyak berkhidmat untuk Ulama, Madrasah, Masyaik. Semua mereka ini adalah waris Rasulullah.

KematiIannya menjadi bualan di kalangan bangsa Arab kerana cara kematiIannya cukup indah

Betapa beruntungnya arwaAh kerana didoakan 0leh orang ramai


Ratusan orang menghadiri upacara pengkebumi arwAah abang Bad tanpa mengira bangsa

ArwAah dikebumikan di Jannatul Baqi di Madinah

Jadi Allah baginya satu kemaAtian yang dicembUurui oleh semua orang. Orang-orang Arab pun kata ini orang hebat, bukan calang-calang punya manusia. Semua doa dapat untuknya. Kami sedang aturkan solat jenaAzahnya dan pengkebuUmiannya di Janantul Baqi.

Ini enam senarai kelebihan arwAah Badrul iaitu meniInggal dalam Masjid Nabawi, di hadapan Makam Rasulullah SAW, sedang berpuasa, safar umrah, malam Jumaat dan bulan Ramadan serta 10 malam terakhir.

Sangat-sangat beruntung sesiapa yang meniInggal di Madinah kerana Nabi saw akan beri syafaat.

Ini bersesuaian dengan hadis,

Sesiapa yg boleh maAti di Madinah hendaklah maAti di sana kerana Aku akan syafaat sesiapa yg mAati di Madinah. Hr Tirmizi sahih.

Engkau beruntung kerana MeniInggal di hadapan Rasulullah yang menyebabkan gugur dosa-dosa. Firman Allah swt :

Dan kalaulah Apabila mereka menzalimi diri mereka sendiri lalu datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga mem0hon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. 64 : Annisaa

Allahumma Innaka ‘Afuwwun
Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Anni

Sumber : apacerita / coretannasihat

Kredit:tambahkeju.com

Ahad, 6 Februari 2022

Tragedi Rayan: Kanak-kanak itu ditemukan tidak bernyawa

Pasukan penyelamat membawa masuk Rayan ke dalam ambulans selepas berjaya mengeluarkan mangsa yang terjatuh di dalam perigi sedalam 32 meter. FOTO AFP
Pasukan penyelamat membawa masuk Rayan ke dalam ambulans selepas berjaya mengeluarkan mangsa yang terjatuh di dalam perigi sedalam 32 meter. FOTO AFP

IGHRANE: Rayan Oram, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terjatuh dan terperangkap di dalam perigi sedalam 32 meter ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh pasukan penyelamat Maghribi, hari ini.

Kanak-kanak malang itu terjatuh ke dalam terowong berkenaan sejak lima hari lalu, memaksa pasukan penyelamat bertungkus-lumus menjalankan operasi menyelamat namun ia berakhir dengan menyayat hati.

Kematian Rayan disahkan susulan kenyataan dikeluarkan pihak Raja Maghribi, Raja Mohammed VI yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

 Susulan kemalangan tragis mengorbankan nyawa kanak-kanak, Rayan Oram, Raja Mohammed VI memanggil ibu bapa kanak-kanak itu yang maut selepas terjatuh ke dalam perigi," menurut kenyataan terbabit.

Rayan jatuh ke dalam perigi kosong sedalam 32 meter di kampung Ighrane yang terpencil di wilayah Chefchaouen, Selasa lalu.

Terdahulu, pasukan penyelamat dilaporkan berjaya mengeluarkan mangsa dari perigi terbabit pada waktu malam selepas melakukan penggalian sejak beberapa hari lalu.

Ibu bapa kanak-kanak itu turut dilihat menuruni cerun digali pasukan penyelamat sebelum kembali ke permukaan dan menaiki ambulans sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai yang menantikan perkembangan operasi berkenaan.

Susulan itu, orang ramai yang menanti perkembangan operasi terbabit dilihat mula bersurai. Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan sehingga media tempatan melaporkan kenyataan pihak istana.

Sepanjang operasi menyelamatkan Rayan, pihak berkuasa sebelum ini menyatakan mereka tidak dapat menentukan nasib kanak-kanak malang terbabit.

Rayan dilaporkan terjatuh dalam perigi berkenaan pada petang Selasa lalu, yang mana insiden itu mengundang simpati masyarakat Maghribi dan dunia keseluruhannya.

Perigi hanya seluas 45 sentimeter itu terlalu sempit untuk penyelamat turun menyelamatkan kanak-kanak itu dan meluaskannya terlalu berisiko, sekali gus jentera membuat cerun ke dalam bukit untuk menyelamatkan kanak-kanak itu dari bahagian tepi.

Operasi itu menjadi bertambah rumit disebabkan campuran pelbagai jenis batu dan tanah berpasir, sekali gus meningkatkan risiko tanah runtuh.

Sepanjang operasi menyelamatkan kanak-kanak terbabit, pasukan penyelamat terpaksa menggunakan jentera bagi menggali lubang berhampiran perigi sebelum mengorek terowong untuk sampai ke lokasi mangsa.

Usaha itu terpaksa dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan sebarang gegaran yang mungkin menyebabkan runtuhan. - AFP

Ahad, 19 Disember 2021

Innalillah: Ibu meninggal dunia ketika terperangkap dalam banjir

 KEADAAN banjir di Seksyen 19 Shah Alam. FOTO ihsan pembaca

KEADAAN banjir di Seksyen 19 Shah Alam. FOTO ihsan pembaca

Shah Alam: "Ketika ini, saya hanya mahu kematian mak disahkan dan dibawa ke hospital bagi urusan pengebumiannya," kata Khadijah Mohd Said, 49, yang kini terperangkap di rumah ibunya di Seksyen 19 dekat sini akibat banjir kilat.

Ibunya, Esah Hussin, 71, meninggal dunia jam 7.55 pagi tadi selepas dibawa naik ke tingkat atas rumah teres dua tingkat.

Turut terperangkap ialah tujuh individu iaitu suami Khadijah yang berusia 57 tahun, anak dan anak saudara yang berusia antara 8 hingga 24 tahun.

"Emak memang tidak boleh berjalan dan semalam kami cuba memapah dia naik ke tingkat atas kerana air sudah memasuki rumah bagaimanapun tidak berjaya kerana dia tidak larat.

"Pagi ini dia sendiri hendak naik dan kami berjaya memapah ke atas, bagaimanapun dia tiba-tiba mengalami sesak nafas dan terkena serangan angin ahmar.

Saya mengajarnya mengucap (syahadah) dan membawanya ke katil untuk memeriksa nadi dan apabila kami periksa tekanan darah, bacaan 'error' manakala bacaan oksigen adalah kosong," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dia berkata, ibunya menghidapi penyakit buah pinggang serta jantung dan tidak boleh berjalan.

Katanya, pihaknya kini menunggu pasukan perubatan hadir dan mengesahkan kematian.

"Saya dimaklumkan paramedik sudah sampai tetapi mereka tak boleh masuk kerana air terlalu tinggi dan hanya boleh dilalui oleh kenderaan pikap.

"Difahamkan jarak lokasi paramedik ke rumah ini dalam satu kilometer saja, sekarang kami masih menunggu untuk menguruskan jenazah emak serta membawa anak-anak keluar ke tempat yang selamat," katanya.

-myMetro