"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Teresa Kok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teresa Kok. Papar semua catatan

Ahad, 8 September 2024

𝗣𝗘𝗥𝗦𝗜𝗝𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗟𝗔𝗟 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗟𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 ?

 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗜𝗝𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗟𝗔𝗟 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗟𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 ?

- Pertama sekali saya sebagai Ahli Akademik dalam bidang Fatwa Makanan dan kepenggunaan kontemporari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM  amat berbangga dengan usaha yang dilakukan oleh JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri dalam memartabatkan Pensijilan Halal Malaysia di Peringkat Kebangsaan serta Antarabangsa.

- ⁠Saya sendiri telah terlibat sebagai panel persijilan halal Malaysia bersama JAKIM dan Negeri Selangor lebih 13 tahun mendapati bahawa pihak berautoriti agama 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗡𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗪𝗔𝗝𝗜𝗕𝗞𝗔𝗡 sijil halal kepada pengusaha/peniaga tetapi ia lebih kepada 𝗚𝗔𝗟𝗔𝗞𝗔𝗡 supaya produk makanan di negara ini lebih meyakinkan pengguna dari aspek halal mahupun kebersihan. Perkara ini boleh dirujuk daripada kenyataan Menteri Agama YB Senator Dato' Setia Dr. Naim Mokhtar dalam laman rasmi media sosial milik beliau pada 6 Sep 2024.

- ⁠Realitinya, sijil halal Malaysia tidak sama sekali memalukan negara tetapi ia satu kebanggaan kepada negara apabila banyak negara² luar telah mengiktiraf Malaysia sebuah negara yang amat terperinci dalam mengeluarkan sijil halal kepada produk² makanan/ kepenggunaan sehingga ia menjadi medan rujukan utk negara mereka seperti Korea, Jepun, Dubai dll. Saya sendiri telah dilantik oleh agensi luar negara seperti Kuwait, Dubai, Cosova dll utk mengajar serta memberi khidmat nasihat kepada mereka kaedah terbaik menangani persijilan halal sebagaimana yang telah dilakukan oleh JAKIM selama ini. 

- ⁠Saya amat menyambut baik usaha JAKIM yang telah mempermudahkan rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa untuk menyemak status pemilikan sijil halal Malaysia dalam talian. Ia menyebabkan rakyat Malaysia sudah mula peka terhadap persijilan halal hingga mereka akan menyemak status premis menerusi sistem yg telah dibangunkan oleh JAKIM. Ini salah satu petanda positif yang membuktikan bahawa sijil halal kita dihormati sehingga ia menjadi rujukan setiap umat Islam yang mementing makanan halal lagi bersih. Makanan yang bersih ini merupakan idaman setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agama. 

- ⁠Galakan kepada premis makanan utk mendapatkan sijil halal amat penting sekali kerana hari ini terdapat sebahagian pengusaha hanya memikirkan keuntungan semata-mata tetapi tidak menjaga kebersihan dan keselamatan produk makanan yg dijualnya. Maka ini akan membahayakan kesihatan pengguna dan pengunjung. Atas asas itu, kerajaan menerusi JAKIM telah memperkasakan persijilan halal Malaysia untuk memastikan makanan yang dijual itu halal, bersih dan selamat untuk rakyat Malaysia. 

- ⁠Walaubagaimana pun, ia terpulang kepada peniaga sama ada ingin memohon sijil halal atau pun tidak kerana kerajaan tidak pernah mewajibkan ke atas para peniaga. 

- ⁠Data juga menunjukkan bahawa pengusaha/peniaga dan premis milik bukan bumiputera adalah lebih ramai peratusannya yang memohon sijil halal Malaysia berbanding peniaga Melayu Muslim. Ia membuktikan bahawa persijilan halal Malaysia diyakini oleh semua pihak tanpa mengira agama sehingga prosesnya juga telah dipermudahkan oleh pihak JAKIM. 

- ⁠Saya menyeru supaya kita berpandangan positif bagi memastikan agenda Malaysia Madani dapat dilaksanakan dengan cemerlang. 

𝓟𝓻𝓸𝓯 𝓜𝓪𝓭𝔂𝓪 𝓓𝓪𝓽𝓸' 𝓓𝓻 𝓜𝓸𝓱𝓭 𝓘𝔃𝓱𝓪𝓻 𝓐𝓻𝓲𝓯𝓯 𝓜𝓸𝓱𝓭 𝓚𝓪𝓼𝓱𝓲𝓶

Pensyarah Fiqh Makanan & Kepenggunaan Kontemporari 

Fakulti Pengajian Islam, UKM

Khamis, 15 Ogos 2024

Komik Hew: Akmal bidas Teresa kerana dakwa tak hormat keputusan mahkamah

 malaysiakini.com

Diterbitkan: Aug 15, 2024 
Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh membidas Naib Pengerusi DAP Teresa Kok berhubung isu mengenai buku komik “Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama”.

Pengharaman buku oleh bekas ahli DAP Hew Kuan Yau itu ditarik balik baru-baru ini. Kok menuduh mereka yang menentang langkah itu sebagai tidak menghormati keputusan mahkamah.

Dalam satu kenyataan, Akmal menegaskan bahawa kritikannya tidak bermakna dia tidak menghormati keputusan mahkamah berhubung perkara itu.

"Siapa kata kami tidak menghormati keputusan mahkamah Tetapi menghormati keputusan mahkamah tidak bermakna kami bersetuju dengan keputusan tersebut.

"Sebab itu kita minta kerajaan untuk memohon semula semakan keputusan mahkamah tersebut selaras dengan kuasa sedia ada Mahkamah Persekutuan di bawah kaedah-kaedah mahkamah persekutuan 1995, kerana isu ini begitu sensitif dikalangan orang Melayu di negara ini,” tulis Akmal di Facebook.

Adun Merlimau itu mengulas kenyataan Kok yang menyifatkan kecamannya dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi mengenai penarikan balik pengharaman itu sebagai menghina mahkamah dan cubaan menyekat kebebasan bersuara.

Ahli Parlimen Seputeh itu berkata kedua-dua pemimpin Umno itu harus menghormati kebebasan badan kehakiman dan keputusannya, dan bukannya meminta kerajaan untuk menentang perintah mahkamah dan cuba kembali kepada kerajaan yang autoritarian.

Semalam, Puad menggesa kerajaan mencari jalan untuk meneruskan pengharaman buku itu, manakala Akmal mencadangkan semakan kehakiman difailkan terhadap keputusan yang membatalkan pengharaman itu.

Pembatalan pengharaman itu disiarkan dalam warta kerajaan persekutuan pada Isnin, yang ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail pada 6 Ogos di bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Kementerian Dalam Negeri mengumumkan ia mengharamkan buku itu pada 23 Okt 2019. Pada 26 April 2021, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Hew untuk membatalkan larangan itu.

Pada 6 Julai 2022, Mahkamah Rayuan membenarkan semakan oleh Hew untuk membatalkan larangan itu. Kemudian pada 8 Dis 2022, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan oleh Kementerian Dalam Negeri, sekali gus mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.

Kementerian Dalam Negeri sebelum ini berkata pengharaman itu kerana kebimbangan bahawa ia menggalakkan komunisme dan sosialisme, dan menyebarkan maklumat mengelirukan tentang komunisme.

Buku itu, yang dikeluarkan untuk memperingati ulang tahun ke-45 penubuhan hubungan diplomatik antara China dan Malaysia.

Buku itu juga diharamkan kerana kandungannya dianggap memudaratkan ketenteraman awam.

-Wak Labu Farm 

Rabu, 14 Ogos 2024

'Hormati keputusan mahkamah, bukan cuba kembali kepada pemikiran autoritarian' - Teresa Kok kepada Puad Zarkashi, Akmal Saleh

 bharian.com.my

Oleh Essa Abu Yamin
essabuyamin@bh.com.my
Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok (tengah), ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi (kanan) dan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.

KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO digesa menghormati keputusan mahkamah dengan tidak memainkan isu mengenai buku komik 'Inisiatif Jalur dan Jalan Merah Manfaat Bersama' yang ditulis oleh bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau atau lebih dikenali sebagai Superman Hew.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok, menyifatkan kenyataan ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, yang meminta kerajaan menyekat semula komik itu menunjukkan mereka tidak menghormati keputusan mahkamah dan menyekat kebebasan bersuara.

"Semua pihak perlu melupakan prejudis lalu dan terus melihat ke hadapan. Buat masa ini, misi utama adalah berkenaan kepentingan rakyat, serta memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi.

"Mahkamah telah mengeluarkan penghakiman penuh yang jelas menyatakan bahawa buku terbabit tidak mengandungi kandungan hasutan seperti yang didakwa dalam akuan bersumpah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Teresa berkata, hakim juga berpendapat bahawa ketidakpuasan hati seseorang atau kumpulan tidak boleh menyekat kebebasan bersuara seseorang.

"Walaupun Menteri Dalam Negeri tidak bersetuju dengan kandungan buku tersebut, termasuk tafsiran Hew Kuan Yau terhadap sejarah, pandangan dunianya, serta pandangannya mengenai isu semasa, terutama komik 'Inisiatif Jalur dan Jalan Merah Manfaat Bersama' China dan isu Xinjiang. Itu tidak cukup untuk menjadikannya sebagai buku terlarang.

"Pada Julai 2022, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa buku terbabit tidak sepatutnya diklasifikasikan sebagai buku terlarang, manakala pada Disember 2022, Mahkamah Persekutuan juga menolak permohonan rayuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan mengarahkan Hew Kuan Yau untuk memohon pampasan daripada kerajaan," katanya.

Teresa berkata, apabila Kementerian Dalam Negeri menghormati dan melaksanakan keputusan mahkamah, ia secara tidak langsung mempertahankan hak asasi rakyat Malaysia, terutamanya hak kebebasan bersuara dan penerbitan.

"Keputusan ini mencerminkan pendirian tegas badan kehakiman negara terhadap kebebasan bersuara dan penerbitan.

"Mohd Puad dan Akmal Saleh harus menghormati kebebasan kehakiman dan keputusan mahkamah, bukannya terus menyeru kerajaan melanggar perintah mahkamah, dan cuba untuk kembali kepada pemikiran kerajaan autoritarian," katanya.

Ahli Parlimen Seputeh itu berkata, mereka harus meninggalkan cara pemikiran lama yang penuh dengan perpecahan dan ketakutan dan memandang sejarah dari sudut yang lebih terbuka dan rasional.

"Pembangunan negara perlu dibina atas asas inklusiviti, keterbukaan, dan kedaulatan undang-undang. Ia adalah untuk memastikan Malaysia bergerak ke arah demokrasi dan keterbukaan, bukannya dengan menindas pendapat berbeza untuk mengekalkan kuasa," katanya.

Semalam, KDN membatalkan Perintah Larangan terhadap penerbitan komik berjudul 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' tulisan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau yang sebelum ini diwartakan pada 2019.

Perkara itu terkandung dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 12 Ogos 2024, yang ditandatangani Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, bertarikh 6 Ogos lalu.

-Wak Labu Farm