Berbaloi Kah Guna SIMKAD ToneWow?
Nak Oyat Apa Saja Kat Huma
Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine
Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.
Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..
90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.
Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.
Berbaloi Kah Guna SIMKAD ToneWow?
Biasa kita dengar Ukraine yang minta senjata dari Amerika Syarikat kan. Tapi sekarang terbalik, Amerika dan negara-negara Teluk yang kaya-raya pula terpaksa minta tolong kepakaran dari Ukraine. Macam mana benda ni boleh jadi ?
Berikut adalah ringkasan fakta ringkas tentang realiti perang moden hari ini:
1. Krisis Bakar Duit Timur Tengah
Iran kini guna taktik hantar beratus-ratus dron berani mati jenis Shahed serentak ke arah negara Teluk. Harga sebuah dron ini agak murah, sekitar $30,000 (RM140k).
2. Pertahanan Kos Tinggi
Untuk tembak jatuh dron murah ni, AS dan sekutunya terpaksa guna peluru berpandu Patriot yang berharga jutaan dollar sebiji.
Lebih memeningkan lebih 800 misil berharga jutaan dollar ini telah ditembak dalam masa 3 hari sahaja. Memang tak sesuai untuk jangka masa panjang.
3. Pengalaman Mahal Ukraine
Disebabkan Ukraine dah 4 tahun hari-hari diserang oleh tentera Rusia guna dron yang seakan sama drone Shahed Iran mereka secara tak langsung dah jadi pakar No. 1 dunia bab menangkis dron ni.
4. Senjata Rahsia Sting
Ukraine cipta dron pemintas berpandukan AI dipanggil Sting. Ia sangat laju (300 km/j) dan ada ketepatan 90%.
Paling gempak kos buatnya tak sampai $2,000 (sekitar RM9,400)! Dron RM9k kejar dron RM140k. Sangat menjimatkan.
Ikut rekod di Ukraine dah lebih 3000 drone Rusia berjaya dimusnahkan dengan menggunakan Sting.
5. Taktik Klasik Tapi Menjadi
Selain dron pintar, Ukraine juga lumpuhkan musuh guna isyarat jamming GPS dan sekadar tembak dron musuh pakai mesingan berat sahaja. Murah dan praktikal.
6. Tawar-menawar Bijak Zelenskyy
Presiden Ukraine setuju hantar pakar dan sistem ke Timur Tengah. Tapi sebagai balasan, AS kena bekalkan lebih banyak sistem Patriot untuk pertahankan Ukraine berserta sokongan politik lawan Rusia. Situasi win-win!
Perang zaman moden bukan lagi sekadar siapa ada senjata paling mahal, tapi siapa yang paling kreatif dan efisien dari segi kos. Inovasi bajet rendah kini menjadi senjata rundingan yang sangat berkuasa di peringkat global.
Credit : The Guardian
Sebalah Jack Ma ni bukan isteri dia. Bukan juga skandal Jack Ma atau peminat. Dia adalah Tong Wenhong.
Dia adalah pekerja Jack Ma. Dia adalah lambang sebuah kesabaran dan kesetiaan.#
Dia mula bekerja di Alibaba 16 tahun lalu. Masuk bekerja sebagai receptionis.
Masa permulaan Alibaba, keadaan tidak stabil. Gaji kecil. Sales pun tak seberapa.
Suatu hari Jack Ma buat keputusan beri saham kepada pekerja. Tong Wenhong dapat 0.2%.
Ada yang gelakkan dia. Ada yang kata kalau setakat 0.2% tak bagipun tak apa.
Ada juga yang resign sebab dapat saham kecil begini. Tapi pada Wenhong, Jack Ma kata saham Alibaba akan bernilai 100 billlion tak lama lagi. Akan berlaku bila Ali Baba didaftarkan di bursa saham.
Jack Ma pesan lagi, jangan resign.Sabar sekejap. 0.2% ni akan bernilai 100 juta.
Wenhong tunggu. Tahun berganti tahun. Lama dia menanti. Pada tahun 2004, dia tanya Jack Ma, bila nak masuk bursanya. Jack Ma kata tak lama lagi dah.
Tahun 2006 dia tanya lagi. Sekali lagi Jack Ma kata tak lama lagi. Dia kata tak apa saya tunggu. Saya sabar.
Pada tahun 2014 Alibaba disenaraikan di bursa saham New York. September 201 itu Alibaba bernilai USD245 billion.
Wenhong yang pada ketika itu merupakan Senior Receptionist terus menjadi jutawan dengan nilaian USD320 juta. Dia diangkat menjadi Vice President untuk Alibaba pada ketika ini.
Apa yang Wenhong perolehi adalah hasil dari sebuah nilai kesabaran.
Kalau difikirkan sejenak, mampu atau mahukah ketika bertahan selama 14 tahun seperti Wenhong. Di saat founder seperti Jack Ma, sedang berjuang tanpa henti tanpa lelah cuba mengangkat syarikat menjadi arca yang berjaya, siapa kita untuk mengeluh, merajuk?
If you’re sure that there’s water down the well, put all your effort and time at this location. We would rather dig a well with 10 years time than to dig 10 pits in one year time. Stay hungry, for victory.
Boleh?
PELANGGAN TERAKHIR SEBELUM KEDAI DOBI ITU TUTUP SELAMA-LAMANYA
Setiap hujung minggu saya ke sebuah dobi di Saujana Utama. Saya selesa dengan kedai itu sebab semua mesinnya menggunakan QR code untuk pembayaran. Tak perlu bawa syiling. Senang, cepat dan selesa.
Namun, kunjungan saya kali ini terasa sangat berbeza. Hanya terdapat seorang individu. Rupanya dia pemilik kedai dobi itu. Pemilik dobi itu menyapa saya dan berkata,
“Encik… encik pelanggan terakhir saya. Hari ini hari terakhir kami beroperasi. Sekejap lagi lori datang untuk angkut mesin-mesin ni”
Saya tergamam. Terasa aura kesedihan daripada riak wajahnya.
Selepas 10 tahun berniaga, beliau terpaksa akur untuk menutup perniagaan. Bukan kerana tiada pelanggan. Tapi kerana kos operasi yang melonjak naik, terutamanya harga LPG yang kini tidak lagi disubsidi bagi sektor komersial seperti dobinya.
Dulu harga tong subsidi 14kg sekitar RM26 hingga RM30. Sekarang, dengan perlaksanaan tong gas ungu, harganya mencecah RM70 satu tong.
Beliau hanya ada pilihan. Sama ada menaikkan harga cucian dengan risiko pelanggan lari ke dobi yang belum lagi naikkan harga atau ke dobi yang masih guna tong LPG bersubsidi. Atau beliau terus guna tong subsidi secara senyap seperti yang dilakukan segelintir peniaga kedai dobi lain. Tapi dia memilih untuk kekal jujur. Tidak mahu menipu.
Namun kejujuran itu datang dengan harga yang mahal. Keputusan beliau? Tutup perniagaan selepas 10 tahun mencari rezeki.
Sebagai oang luar, saya hanya mampu mendengar. Tapi sebagai rakyat biasa, saya rasa sedih dan terkesan. Ini bukan sekadar tentang tong gas. Ini tentang bagaimana dasar dilaksanakan dan bagaimana ia memberi kesan kepada mereka yang paling bergantung kepada pendapatan harian. Beliau tidak pernah menyusahkan negara, tetapi negara telah "menghukumnya" dengan keras.
Saya tinggalkan dobi itu dengan rasa berat. Saya bukan saudara dia. Saya bukan rakan dia. Tapi hari itu, saya rasa seperti saya kehilangan sesuatu yang lebih besar daripada sekadar tempat mencuci pakaian.
Saya kehilangan sebuah lambang kejujuran dalam dunia bisnes yang makin tenat. Rasa dianak-tirikan oleh para pemimpin yang sepatutnya menjaga sekalian rakyat.
Persoalannya sekarang .. Berapa ramai lagi peniaga kecil yang akan terpaksa tunduk kepada tekanan yang sama? Berapa banyak lagi perniagaan jujur yang akan tumbang hanya kerana mahu mengikut dasar yang berubah-ubah?
Bukan nak salahkan dasar. Saya merupakan warganegara Malaysia yang faham keperluan untuk kawal subsidi.Tapi bila pelaksanaan jadi kelam kabut dan peniaga kecil terus dibiarkan terkapai, siapa yang sebenarnya sedang dilindungi?
Saya cuma rakyat biasa. Tapi saya percaya, kalau ramai orang biasa mula bersuara, yang di atas akan mula mendengar.
Ini bukan tentang tong gas sahaja. Ini tentang nilai hidup kita. Ini tentang harga sebuah kejujuran dalam perniagaan.
Gambar: Pemilik kedai berbaju T hitam, berseluar jeans sedang duduk menunggu mover untuk keluarkan mesin-mesin basuh dan pengering daripada premis yang disewa.

Ya! bukan anda sahaja, ramai lagi usahawan mengalami masalah yang sama. Usahawan banyak menghabiskan masa untuk melayan pertanyaan. Sepatutnya 50% ke 80% waktu anda harus fokus pada bahagian pemasaran serta mencari lebih ramai prospek.
Jangan risau, ada kaedah automatik untuk memudahkan perniagaan anda. Anda hanya fokus untuk mencari prospek ke kedai online anda sahaja.
Sistem automasi wasep.me menyediakan anda sebuah kedai online dengan fungsi yang lengkap untuk usahawan menjalankan perniagaan online tanpa perlu melabur ribuan ringgit serta dapat menjimatkan masa anda.
Ianya juga dilengkapi dengan 'POS System' untuk memudahkan anda menyimpan semua maklumat perniagaan anda tidak kira transaksi secara ONLINE mahupun di kedai anda secara OFFLINE.
Hasil jualan tersebut memberikan dana untuk usaha awal mereka.
Dengan modal ini, Jobs dan Wozniak memulakan pengeluaran Apple I, yang diperkenalkan pada Hari April Fools pada tahun 1976.
Seorang peniaga komputer tempatan membuat pesanan besar sebanyak 100 unit dengan harga $50,000, satu pencapaian penting bagi syarikat yang baru mula berkembang.
Untuk memenuhi permintaan ini, mereka membeli alat ganti secara kredit, yang memberikan mereka tempoh yang ketat selama satu bulan untuk menyiapkan pesanan tersebut.
Dengan sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan, mereka berjaya menyiapkan pesanan tersebut, memperoleh pendapatan pertama mereka, dan hampir-hampir berjaya membayar pembekal alat ganti dengan hanya sehari berbaki.
Mereka kemudian bertemu dengan Armas Clifford "Mike" Markkula, bekas pengurus di Fairchild Semiconductor International dan Intel, yang memainkan peranan penting dalam pembangunan syarikat itu.
Markkula membantu menyusun rancangan perniagaan dan melabur $92,000, serta membantu mengatur talian kredit sebanyak $250,000.
Apple I, yang dipasarkan dengan harga $666.66 setiap satu, menjana pendapatan syarikat sekitar $774,000.
Selepas pelancaran Apple II, jualan Apple melonjak kepada $139 juta, tiga tahun selepas pelancarannya.
Saat penting bagi Apple tiba pada tahun 1980 apabila syarikat itu menjadi syarikat awam.
Pada hari pertama dagangan, nilai pasaran Apple mencapai $1.2 bilion.
Menjelang akhir hari itu, modal pasaran meningkat kepada $1.8 bilion, satu pencapaian luar biasa memandangkan syarikat itu bermula di garaj Jobs.
Pada tahun 1983, Jobs merekrut John Sculley dari Pepsi-Cola untuk menjadi CEO Apple.
Pada tahun berikutnya, mereka melancarkan Macintosh, memasarkannya sebagai sebahagian daripada gaya hidup kontra-budaya.
Walaupun jualannya positif dan prestasinya lebih baik daripada komputer IBM, Macintosh menghadapi masalah keserasian dengan sistem IBM.
Kerana ketidaksepakatan dalaman dan perbezaan strategi, Jobs akhirnya disingkirkan dari syarikat yang dia bantu dirikan dan meninggalkan Apple pada tahun 1985.
Jobs kembali ke Apple sebagai CEO pada tahun 1997.
Dia memainkan peranan penting dalam menghidupkan semula syarikat itu, yang sedang menghadapi masalah kewangan dan dikatakan hampir bankrap.
Sepanjang tahun-tahun berikutnya, Apple berubah daripada sebuah syarikat komputer peribadi menjadi peneraju dalam produk digital canggih.
Menjelang kematian Jobs pada tahun 2011, Apple telah mencapai nilai pasaran sebanyak $391 bilion.
"Tupperware: Pengajaran Berharga untuk Usahawan dari Sebuah Jenama Ikonik"
NAMA yang sinonim dengan bekas makanan berkualiti tinggi, kini sedang bergelut dengan hutang sebanyak AS$700 juta (kira-kira RM3.2 bilion) dan berdepan kemungkinan kebankrapan. Bagaimana syarikat yang pernah menjadi ikon dapur di seluruh dunia boleh sampai ke tahap ini?
Diasaskan pada tahun 1946 oleh ahli kimia Earl Tupper, Tupperware bukan sekadar mencipta bekas makanan, tetapi juga merevolusikan cara jualan langsung melalui "Tupperware parties". Konsep ini memberi peluang kepada jutaan wanita untuk menjana pendapatan tambahan, menjadikan Tupperware simbol budaya wanita pada zamannya.
Pada kemuncak kejayaannya, Tupperware menjual lebih daripada satu juta produk sehari di seluruh dunia. Bayangkan, lebih 100 juta bekas Tupperware telah dihasilkan setakat ini, menjadikannya kebiasaan di hampir setiap rumah. Di Malaysia, istilah "Tupperware" sering digunakan sebagai sinonim untuk semua jenis bekas makanan, walaupun dari jenama lain.
Namun, zaman berubah dan Tupperware gagal mengikuti arus. "Parti Tupperware" yang dahulunya popular kini kurang relevan dalam era digital. Orang ramai beralih kepada platform dalam talian untuk membeli barang keperluan, dan jenama lain mula mendominasi pasaran dengan produk serupa pada harga yang lebih kompetitif.
Walaupun Tupperware cuba berinovasi dengan pelbagai produk dapur seperti alat penyimpanan vakum dan alatan memasak microwave, strategi jualan mereka tidak mengikut rentak perubahan zaman. Pandemik COVID-19 memberi lonjakan sementara kepada jualan kerana ramai mula memasak di rumah, tetapi pasaran kembali jatuh selepas dunia mula kembali normal.
Tupperware juga berdepan cabaran dari gerakan mesra alam yang semakin berkembang. Dengan ramai pengguna beralih kepada produk biodegradasi, kaca, dan keluli tahan karat, bekas plastik yang menjadi teras perniagaan Tupperware mula dianggap kurang relevan.
Apa yang menarik, kisah Tupperware sebenarnya berkait rapat dengan banyak jenama gergasi yang pernah tersungkur kerana lambat beradaptasi. Lihat saja kepada Kodak, yang pernah menguasai 85% pasaran fotografi dunia tetapi tersungkur apabila tidak segera mengadaptasi teknologi kamera digital, walaupun mereka yang menciptanya. Nokia pula pernah menjadi penguasa telefon bimbit dengan lebih 40% pasaran dunia, namun akhirnya tewas di tangan iPhone dan Android kerana mereka tidak responsif terhadap perubahan pasaran telefon pintar.
Sekiranya Tupperware benar-benar gulung tikar, ia akan menandakan akhir sebuah era. Bekas Tupperware lama mungkin akan menjadi barang koleksi bernilai tinggi pada masa hadapan, sama seperti bagaimana sesetengah barang klasik lain yang kini mencecah harga ribuan ringgit.
Charles Darwin pernah berkata, "Bukanlah spesies yang paling kuat atau paling bijak yang akan terus hidup, tetapi mereka yang paling responsif terhadap perubahan." Begitu jugalah dengan dunia perniagaan. Bagi usahawan di Malaysia, kisah ini harus dijadikan iktibar. Sama ada anda menguruskan syarikat kecil atau besar, adaptasi terhadap teknologi dan perubahan trend pengguna adalah kunci untuk kekal relevan.
Sebagai tambahan, kita juga dapat melihat bagaimana beberapa perniagaan tempatan mula terkesan apabila platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada menguasai pasaran. Banyak peruncit yang sebelum ini bergantung kepada jualan fizikal kini terpaksa mengubah model perniagaan mereka, atau berdepan risiko kejatuhan. Inilah cabaran yang dihadapi semua usahawan—untuk tidak takut berubah dan berinovasi.
Adakah ini penghujung jalan bagi Tupperware? Atau adakah mereka akan bangkit semula? Masa sahaja yang akan menentukan. Tetapi satu perkara yang pasti, kejatuhan Tupperware mengingatkan kita bahawa dalam dunia yang pantas berubah ini, hanya mereka yang bersedia berinovasi dan mengikut arus teknologi akan terus bertahan.
Siapa yang tidak ingat bekas Tupperware di dapur mak kita dahulu? Kualitinya terjaga, dan ia menjadi simbol kemewahan pada zamannya. Kini, mungkin masa akan tiba di mana kita melihat Tupperware lama sebagai barang yang berharga tinggi, sesuatu yang bernilai untuk disimpan.
MasyaAllah 🤲 sungguh banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah Tupperware ini. Semoga ia menjadi peringatan kepada kita semua untuk sentiasa bersyukur atas kejayaan yang dikecapi, namun tetap berwaspada dan responsif terhadap perubahan yang berlaku di sekeliling kita.
.
Oleh Mazlan Syafie
Note‼️jika ada percanggahan atau penambahan info, boleh kongsikan di ruangan komen

PETALING JAYA – Seorang wanita yang berjaya mengumpul wang sebanyak RM19,290 dengan menabung selama 13 hari menggunakan duit lebihan perniagaan.
Menerusi perkongsian video TikTok oleh @indahsaloon, dia mengumpul beberapa keping duit kertas bernilai RM50 dan RM100 sehari dan menyimpan di dalam tiga bekas tabung.
Menurutnya, wang yang dikumpul itu adalah hasil duit lebihan bisnesnya dalam menjalankan perniagaan spa, salon dan jual beli emas.
Selain itu wanita berkenaan mengatakan tabungan ini adalah sekadar suka-suka kerana dia juga mempunyai akaun simpanan wang dalam bank yang dikhaskan untuk syarikatnya.
Sementara itu, wanita tersebut berkata, video yang dimuat naik adalah untuk menjadi inspirasi kepada orang lain dan bukan untuk menunjuk-nunjuk.
Meninjau di ruang komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi.
“Alhamdulillah, ini lah hasil orang yang suka menabung, ada untungnya. Benda yang boleh beri contoh kepada kita semua, terbaiklah awak,” komen @haniani.
“Aduhai, ini inspirasi untuk orang kaya sahaja, sekali simpan RM3,000 terus, orang macam kami sehari simpan RM5, 13 hari baru dapat RM65,” komen @eiqalavigne.
“Tak kisahlah kita dalam kategori T20 ke B40, janji ada sifat dalam diri untuk menabung, sikit-sikit lama-lama jadi bukit,” komen @husna20.
Sehingga kini video tersebut mendapat 2.6 juta tontonan, 90,000 tanda suka dan 8,500 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Ayam Brand, sebuah jenama yang sangat dikenali di Malaysia, telah hadir dalam pasaran selama 127 tahun.
Di mana-mana sahaja, dari kedai runcit di kampung hingga ke pasaraya besar, anda pasti dapat menjumpai produk Ayam Brand dijual.
Jenama ini terkenal dengan produk sardin dan tuna berkualiti tinggi yang siap dimakan.
Kini, Ayam Brand telah menjangkau pelbagai negara seperti Australia, China, Perancis, Hong Kong, Jepun, Singapura, Thailand, United Kingdom, dan Vietnam.
Ayam Brand sentiasa menekankan kualiti produknya dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi tanpa pengawet, MSG, atau trans lemak.
Jenama yang terkenal ini diasaskan oleh Alfred Clouet, seorang warga Perancis.
Pada asalnya, syarikat ini berpusat di Singapura pada tahun 1882, ketika itu merupakan sebahagian daripada British Malaya.
Pada tahun 1954, Ayam Brand dibeli oleh Kumpulan Syarikat Denis Freres dari Perancis.
Hingga kini, nama pengasas terus diabadikan melalui nama syarikat pengedaran, A. Clouet & Co Kl Sdn Bhd di Malaysia.
Produk sardin Ayam Brand dihasilkan sepenuhnya di kilang mereka sendiri, dengan lebih kurang 1,200 pekerja tempatan yang berkhidmat di situ.
Kilang Ayam Brand merupakan salah satu pengeluar sardin terbesar di Asia Tenggara dan menerima pensijilan kualiti tertinggi termasuk dari JAKIM.
Selain produk sardin, Ayam Brand juga meluaskan rangkaian produk termasuk tuna, santan kelapa, kacang panggang, dan buah-buahan.
Syarikat ini juga menjadi ahli Global Compact sejak 1 Januari 2016, menunjukkan komitmen mereka terhadap tanggungjawab sosial korporat.
Menurut tinjauan oleh Synovate pada tahun 2007, Ayam Brand menduduki tempat ke-197 di kalangan jenama Asia yang terkenal, melebihi jenama-jenama besar lain seperti Nissan, L’Oréal, Heinz, dan American Express.
Ayam Brand juga aktif dalam aktiviti kerja amal dengan menganjurkan program-program dengan rumah-rumah kebajikan untuk membantu mereka yang memerlukan.
Melalui inisiatif sosial ini, mereka berharap dapat menyebarkan kesedaran tentang pemakanan sihat dalam komuniti.
Alfred Clouet adalah contoh usahawan yang berjaya membangunkan namanya di luar negara kelahirannya, Perancis, dan memberi sumbangan besar dalam industri makanan.
Kita semua boleh mengambil iktibar daripada kejayaan Alfred Clouet dengan menyemai usaha dan tekad tinggi dalam membangunkan perniagaan yang kita cintai.
-InfoRakyat
1.0 JUTA EKOR AYAM HALAL??
Ramai orang berjaya kat dunia ni. Tapi ini bukan cerita motivasi kejayaan orang… Ini citer pasal PERJUANGAN
1. Ini cerita pasal Haji Jafri Ahmad
2. Lewat 80an, Ada kawan dia dok citer ajak meniaga ayam segar
3. Lepas dah buat mcm mcm dalam hidup utk survive, dia rasa meniaga ayam segar ni mcm menarik
4. Dia pun setuju
5. Dia start dengan beli 50 ekor ayam hidup, sembelih , cuci dan jual
6. Hari pertama tu tak laku sangat… ada ayam tak habis. Tapi tak nak mak dia risau, dia cakap habis semua. Baki ayam dia sorok kat peti sejuk
7. Dan ada masalah lain pulak, tak tahu nak niaga kat mana
8. Pernah meniaga ayam di kaki lima jalan tapi kena halau
9. So dia guna pick up truck.. Jalan dari satu tempat ke satu tempat.. ada sinar
10. Tapi partner dia give up lepas 3 bulan… hidup keras mcm ni
11. Haji terus gigih usahakan sampai dapat tapak niaga kat pasar
12. Tapi setiap hero selalunya mesti ada Heroin kat belakang
13. Hajjah Mazlina sama sama berusaha keras bangun kan bisnes ni
14. Haji fokus dgn data operasi, Hajjah fokus dgn soft skill mcm pemasaran
15. Sebenarnya ramai je orang melayu meniaga ayam style ni, takde apa apa special
16. Tapi diaorang tak nak benda ni jadi biasa biasa je
17. Diaorang bangunkan jenama AYAM BISMI sebagai brand perniagaan diaorang
18. Dari beli ayam 50 ekor dari pembekal… sekarang dia ternak sendiri ayam .
19. Bukan 50 ekor, bukan 500 ekor… diaorang ternak sejuta ekor sebulan dalam 18 buah ladang ayam
20. No no… ini bukan citer sembang kari. Saya sendiri dah melawat diaorang
21. Kilang sembelihan mereka memang sangat top notch dan bersih. Halal,MESTI semua lengkap
22. Haji dan Hajjah ada misi besar nak menyediakan ayam Halal kat seluruh Malaysia
23. Saya tak nampak mereka cuba nak jatuhkan kartel ayam milik non muslim… tapi mereka cuba mengisi ruang kosong yang ada
24. Hakikatnya 1 juta ekor ayam sebulan ni tak cukup nak supply satu Malaysia. Kita mmg kuat makan ayam. Mereka ternak ayam 2.4 juta dalam 18 ladang mereka
25. Tapi mereka memberi alternatif kepada penguna muslim untuk mendapatkan ayam halal yang disembelih oleh orang muslim yang bekerja dengan orang muslim
26. Saya kagum, perjuangan diaorang tentang Halal bukan sekadar hal sembelih, yang ni semua orang pandai. Orang bukan islam pun faham
27. Tapi mereka ambil berat hal makanan ayam dan memastikan tiada unsur unsur najis dan haram dalam makanan ayam
28. Diaorang hantar makanan ayam ke makmal utk pastikan tiada unzur / DNA khinzir dalam makanan ayam
29. Jadi …kesucian dan halal ayam mereka bukan sekadar sembelih… ye betul hal ni tak semua orang faham
30. Bukan setakat non muslim tak faham, yang muslim pun ramai yg ignorance hal ni
31. Inisiatif Haji dan Hajjah sangat sangat membanggakan
32. Selayaknya mereka juga ada project pembekalan dgn KFC/Ayamas. Tahun 2005 diaoang dah start bekalkan ayam pada mereka
33. Azam saya satu hari nanti saya nak dapatkan bekalan ayam dari mereka utk Chicken Royale saya. Cuma for now atas issue jarak dan volume belum cukup besar… belum boleh lagi
34. Balik kat citer diaorang.. mmg gempak facilities yang diaorang bangunkan sendiri
35. Tapi bukan mudah, along the way banyak kali kena tipu gak… rugi beratus ribu
36. Belum cerita geran berjuta dibatalkan saat akhir, tapi kena terus kan projek bina ladang ayam baru
37. Mengagau cari duit
38. Tapi gigih mcm ni la jadi sampai 18 ladang
39. Sekarang diaorang ada tambahan kilang proses perbagai produk berasaskan ayam
40. Nugget, sausage, ayam goreng, dan lain lain
41. Jenama Ayam Bismi semakin berkembang pesat merangkumi segala jenis produk ayam
42. Saya harap mereka terus berjaya
43. Oh ya, diaorang pun ada Restoran
44. Bukan restoran biasa biasa… restoran diaorang bagi makan free setiap hari
45. Beratus orang datang setiap hari and makan free kat kedai diaorang ni. @rumah makan percuma
46. Perjuangan menyediakan ayam Halal & berdakwah dengan bagi orang ramai makan free… ini cerita mereka suami isteri dan pasukan mereka
47. Saya doakan mereka terus istiqamah dalam perjuangan dan dilimpahi rahmat, hidayah, kefahaman agama, iman dan rezeki yang melimpah ruah
48. Ini baru idola !!! Bukan influencer kosong semata
49. Saya menulis tentang dunia F&B dan dan juga perkongsian pengalaman saya. Follow saya utk baca content cenggini lagi
P/s - Kalau gi pasaraya dan nak beli ayam, kalau nampak ayam brand BISMI… jangan boikot ayam jenama lain tapi SOKONG lah ayam BISMI. Beli dan sokong produk mereka. Ini perjuangan kita bersama @highlight
#NAZDAIM
13 Nov 2023, 9.35am
Kredit : Naz Daim
PERMATA YANG HILANG
Korang pernah dengar tak nama company ni. Prima Baguz !!!
1. Syarikat ni buat produk daging dan bukan daging
2. Sosej, patties , streaky dan lain lain
3. Halal !!
4. Kilang kat Bandar Baru Bangi
5. Power kan
6. Di asaskan pada tahun 1987
7. Mereka ni lah supplier pada A&W, Burger King, Subway, Domino Pizza dan mcm mcm lagi Brand power
8. Saya pernah masuk kilang Prima Baguz ni.. Buat lawatan tahun 2018
9. Canggih !!! Diaorang ada mesin pembuatan yang hebat... Semua teknologi luar negara
10. Punya hebat, mesin tu kita masukkan daging beku keras mcm batu
11. Mesin tu akan mince sendiri daging beku jadi halus, mix dgn rempah, proses jadi bentuk patty burger , bekukan semula dan keluar siap dah beku... Semua dalam satu line production
12. Automatik…
13. Dan kilang super bersih
14. Gempak giler (orang yang dalam industri burger akan sangat kagum dgn mesin ni)
15. Selain burger patties...diaorang ada mcm mcm produk
16. So apa yang permata hilang nya ??
17. Syarikat ni di asaskan oleh oleh Datuk Jamaluddin Abdul Kadir
18. Tapi , ya lah bisnes mencabar... Syarikat ni berpindah milik banyak kali
19. Pada tahun 2013...Ekuinas...yang merupakan salah satu syarikat pelabur milik kerajaan Malaysia decide nak beli brand ni sebagai pelaburan
20. Diaorang beli dari Prima Agri Products Sdn Bhd, pada nilai RM 40 Juta
21. Masa ni first time Ekuinas masuk bisnes manufacturing
22. Dah masuk diaorang tak duduk diam... diaorang invest upgrade machine dan cari sales... Tu yang saya jumpa mesin power tu
23. Tapi...... ntah saya tak tahu kenapa
24. Tahun 2020 , Ekuinas buat something yang agak mengecewakan bagi saya
25. Diaorang jual Prima Baguz… bukan sebahagian tapi 100%
26. Bagus la jual...Ekuinas (Rakyat Malaysia) dapat untung...
27. Sebab dia jual pada harga 175 Juta... untung banyak kali ganda kan
28. Ok la kan... Saya suka part ni… beli 40 jual 175… Orang Ekuinas mmg bijak melabur
29. Tapi yang kecewa... hmmm ... orang yang beli tu
30. Yang beli ni sebuah syarikat dari USA
31. Nama syarikat ni Johnsonville
32. Diaorang barhasrat nak bertapak di Asia dan Timur Tengah. So diaorang nak ada Halal Hub
33. Omputeh nampak saiz market Halal… Dia pun nak tumpang sekaki
34. Johnsonville ni mmg big company
35. Main product dia sebelum ni memang buat sosej
36. Ditubuhkan sejak 1945...
37. Selain pengilangan makanan... Johsonville juga adalah penternak khinzir komersil terbesar di USA. Setiap hari diaorang boleh keluarkan 3400 ekor khinzir.
38. Lebih kurang 1.2 Juta ekor khinzir di keluarkan dari ladang ternakan Johnsonvile
39. Itu bisnes mereka... takper la...
40. Dan saya terima, untuk Ekuinas... keputusan untuk jual adalah untuk dapatkan hasil dari pelaburan awal mereka. Mereka telah bawa keuntungan kepada rakyat Malaysia
41. Cuma..
42. Kalau lah... di tetapkan jualan syarikat Malaysia dgn Jenama power ni .... di khusus kan untuk pembeli dari Malaysia sahaja... Dan kekal kan integriti Halal termasuk pemilikkan nya...
43. Kan lebih baik...
44. Sekarang jenama Prima Baguz, di miliki oleh syarikat luar negara.
45. Ramai pekerja pun orang Malaysia
46. Menguruskan perkara halal haram makanan dalam negara kita... dgn fokus nak menguasai pasaran Halal di Asia dan Timur Tengah
47. But now, terpaksa la patuh pada orang Asing... apa jua keputusan mereka... termasuk berkenaan hal halal haram... kini bukan di tangan rakyat Malaysia
48. Prima Baguz sepatutnya jadi asset bernilai dalam negara
49. Sekarang, ianya sekadar alat untuk orang luar menguasai pasaran
50. Sayang..... Permata yang hilang
51. Harap tak salah faham..Saya tak salah kan Johnsonville, mereka adalah bisnes berjaya.. Dan mereka mengatur stategi dgn baik.
52. Dari aspek keusahawanan...kejayaan mereka sangat sangat patut di contohi... Johnsonville dulu pun start dari kedai butcher kecik je…Boleh jadi big giant
53. Cuma...saya rasa kehilangan keupayaan dalam negara tu...menyedihkan.... Biz mereka masih rancak dan Prima Baguz masih hasilkan dan jual produk berkualiti… antara yang terbaik di Malaysia… cuma boss dia dah bukan org Malaysia la
54. Tak banyak beza perasaan saya tengok brand ni dgn melihat Melaka kena jajah ... Semua atas dasar "Foreign Investment"
55. But... saya bukan orang pandai...maybe ada hikmah di sebalik semua in.
56. Maybe mereka yang membuat keputusan dulu nampak faedah besar perkara ini untuk negara. Wallahualam. Saya tiada di sana maka tak adil untuk saya menghukum... Cuma kesal kehilangan semata mata
57. Saya menulis tentang dunia F&B dan perkongsian pengalaman saya sendiri. Banyak lagi content cenggini kat FB saya
9 Mac 2024,11.52am
"Mencuri" dan "menipu" dalam berniaga itu benar...
Kalau dah naikkan harga, maka kuantiti kena remain...yakni kekalkan kuantiti sebab orang dah bayar dengan harga baru...
Kalau naikkan harga, kurangkan kuantiti, kecilkan plastik dan lebihkan ais daripada air, maka ni dah kira mencuri dan menipu dalam berniaga...
Barang mahal kita faham, modal tinggi kita faham...tapi harga dah dinaikkan...makanya harga baru dah cover kos brg mentah dan modal semua tu...
Jgn kaut untung atas untung dgn cara berniaga mcm ni...pembeli akan rasa teraniaya sebab bayar harga baru, tp tak dapat barang seperti yg dahulu...
Ingat ya wahai peniaga sekalian..."mencuri" dan "menipu" dalam berniaga tu berdosa...
Berniagalah mengikut syariat Islam...✌️
Sumber : Firdaus Shakirin
Serius..
Tanya lah mana-mana IM, saya rasa diorang akan setuju. Tak perlu kupas dah boleh tau.
Tapi..
Macam mana dengan strategi beshe-beshe dia boleh hentak lebih SEJUTA dalam 3 minit lebih?
Resipi dia bukan pada wasapp gaiss.
Resipi hakiki dia adalah..
Khairul Aming itu sendiri.
Menjalankan RnD produk, persiapan launching yang memakan setahun, memerlukan fokus, disiplin, kesabaran, dan komitmen yang tinggi.
Dalam tempoh setahun tu, mesti banyak je member cucuk buat projek lain, try niche lain, dan macam-macam lagi.
Tapi tak..
Dia hanya fokus nak launching satu produk tradisional yang takde magik apa pun.. Opah kita dulu dah pernah buat dendeng.
Specialnya dendeng Khairul Aming adalah pada 'tepi-tepi' dia, ekosistem dia.
Bayangkan kalau Khairul Aming buat benda lain contohnya baju Melayu Khairul Aming sebab dia rasa jual dendeng ni nak kena tunggu setahun baru konpiden, mesti cerita dia tak macam ni..
Konsistensi Aming ni yang saya rasa saya sendiri pun takde 😅.
No wonder tak boleh buat sejuta dalam 3 minit.
Kita selalu terpengaruh dengan benda2 yang flashy. Kalau boleh nak buat produk yang jin pun tak pernah jumpa produk kita tu di alam ghaib. Inovasi la katanya..
Kita acapkali terlepas pandang pada proses yang konsisten, fokus pada benda simple dan disiplin yang tinggi.
Pelajaran berharga dari Khairul Aming buat pendiri bisnes bukanlah tentang powernya strategi launching dia..
Pelajaran paling berharga adalah hebatnya attitude bisnes dia. Itulah yang patut dicontohi
Mungkin duit jualan tu untuk persekolahan keluarga dia. Adik-adik, abang, kakak... kesian mak ayah dia.
Tahukah cikgu betapa susahnya memasak nasi lemak dan sambalnya? Modalpun tentu lebih daripada biasa waktu ini.. bebanan hidup dihempap GST! Mungkin dengan rampasan hari ini, jangan untung sekupang dua, modal untuk esok sudah tiada...
Gantikanlah RM17 mereka itu... tentu ada barakah yang besar dalam kelembutan hati cikgu... saya yakin, anak-anak sekolah yang menjual nasi lemak di sekolah tak punya ibu ayah yang kaya raya...
Ini kisah silam saya...
Sambal Bilis
Keinginan meluap-luap menambah menu di dewan makan seperti orang lain, nanti pasti tertunai. Setiap kali pulang dari kampung, setiap hari Ahad, selepas waris datang melawat pada hari jumaat dan sabtu, air liurku terkecor. Pipiku kembang basah dengan bau wangi sambal bilis dalam botol nescaffe di depan beberapa rakan. Mereka meratah seekor demi seekor. Aku hanya memandang kadang-kadang menjeling dengan ekor mata. "Tentu sedappp!...kalaulah dia memberi aku merasa barang seekor...
Pagi sabtu itu, Mak sedang mengoyak ikan bilis yang aku beli tadi seekor demi seekor. Cabai kering sudah terapung dipermukaan air dalam mangkok tin kemek di sisi mak. Aku mencuci botol kacang jerok yang aku pungut di belakang kedai Musa. Bersih berkilat. Aku koyak labelnya, tudungnya merah menyala. Ada bau kacang jeruk masih tersisa. Aku membayangkan botol itu penuh dengan sambal, aku bimbit dalam plastik ke dewan makan untuk beberapa hari waktu makan malam. Tentu menyelerakan.
Petang itu aku akan balik ke asrama. Aku memerhatikan adik-adik yang sedang berlari bermain, beg pakaian tepi dinding belum diisi. Botol tu nanti aku balut dengan surat khabar dua tiga lapis, di luarnya plastik supaya tak tumpah dalam beg. Pak belum balik untuk aku minta tambang dan belanja. Berapa ringgit pun tak apa, asalkan lepas tambang dan bayar hutang cikgu $10.
Lesung batu mak mula berbunyi, sekejap pantas sekejap perlahan rentaknya. Sekejap menumbuk sekejap menggesel. Makin nyaring bunyi lesung, makin hancurlah cabai kering melekat sekeliling dinding lesung dan alunya. Lamunan terhenti bila terdengar suara Mak menghambat adik pergi jauh..."gi meng kot nuu, satgi masuk mata!" Kata Mak kuat. Aku berlari menyambar Shila dan Senah. Rambut Senah kerinting tercongkeng di belakangnya, badannya kurus kering, hanya berseluar pendek. Mata Mak merah berair, bawang merah sudah teradun bersama cabai dalam lesung.
Kraaappp! Mak menarik picu dapur minyak tanah ke atas, mancis api menyala dicampak ke lubang sumbu benang mentah. Lidah api kuning mula menghulur ke atas, Mak ambil bilah dawai bersumbu kecil di hujungnya meratakan api ke sekeliling bulatan dapur bulat biru tua itu. Karat sudah menjamah sebahagian bahagian atasnya. Belanga hitam pusaka Tok Timah menyentuh tungku dapur dan mula berasap.
Aku sudah bersiap ketika Pak pulang dari hutan dengan motor honda cup C70 yang diberi oleh 'Chin Toyu' Kg Berona sebagai upah Pak menukang di rumahnya. Platnya PN 2710, warna kelabu, seatnya warna coklat di sekeliling, hitam di tengah. Duduknya sudah senget ke kiri, besi penambatnya sudah tertanggal dari rangkanya. Tayar depan dan belakang sudah tidak sejajar, memikul beban berat mengganti gerek yang sudah menyandar di belakang rumah.
Tengahari itu aku menerima penuh syukur duit seringgit dan lima ringgit $20 semuanya. Ada gambaran terselit di wajah Pak saat menghulurkan belanja itu. Sukar aku terjemahkan, mungkin itu saja hasil Pak hari ini, semuanya untuk aku. " Belanja jimat-jimat la Shi ooo...adik-adik ramai lagi ni di rumah ni". Pesan Pak. Bersalam mencium tangan Mak Pak belum berbudaya dalam kehidupan keluarga. (Hanya selepas berumahtangga dan berlaku percampuran budaya, barulah kami mengerti apa erti mencium tangan orang tua). Hanya pesanan dan ingatan diberikan untuk melepaskan anak dan adik abang pergi. " Mengaji rajin-rajin la Shi ooo.." pesan Mak. " Mak! Nak hata Ashi nek bas! Jerit adik-adik. " Gii lah! Tapi jangan lintas batas"! Mak memberi ingatan.
Adik-adik berderet menghantarku ke batas (jalan raya), ada berbaju ada yang tidak. "Nak try wak beg, berat ka dak"? Adik-adik meminta, sekejap memintas di depan, sekejap memaut di belakang. " Heh! Tak leh, jatuh satgi pecah sambal ku".
Aku melangkah tangga bas MARA Jeniang-Sik, mengambil tempat. Saat memaling ke luar tingkap, adik-adik sudah berlari-lari pulang bersaing dan mengusik. " Jangan lari satgi rebah". Hanya hati berbisik saat tayar bas bergolek. Kenangan inilah menemaniku bertahun-tahun berjauhan, menghadirkan sedih, pilu bersulam rindu! sepanjang waktu...
Aku tukar bas di Jeniang. Bas UTC Jeniang-Bukit Selambau- Sungai Petani akan membawaku terus ke Mat Jiwa, tambangnya $2.70...aku juga ada sambal malam ini...
"Aku basuh sambalku yang berkulat...."
Malam itu aku ke dewan makan, paling awal, berbekal semangat sambal ikan bilis yang mak. Aku pinjam sudu dan aku makan semulut lepas semulut. Sedapnya masakan mak membawa aku ke rumah. Aku beri sedikit jiran kiri dan kanan, yang jauh aku tak pelawa, takut cepat habis. Aku nak berjimat selama yang boleh.
Balik dari sekolah, aku membuka tudung botol, mengambil baunya, harumnya menghadirkan Mak dan adik-adik. Aku senyum sendiri. 3 hari kemudian, aku kehilangan kenangan, sambalku berkulat memutih di bahagian atasnya. Baunya sudah tidak enak, aku mula menyesal tak sudah. Alamak! Macam mana boleh berkulat. Sambal Pak Lan, Doet, Yasak dua minggu boleh makan lagi? Aduhhh!
Aku sayang ikan bilis itu. Aku cedok kulatnya, membuang ke tong sampah. Aku mencuba sesudu, masih boleh di makan. Aku termenung lama, di mana salahnya sambal aku, aku tak menyelok dengan tangan, aku pakai sudu, aku hanya menciumnya, tak tersentuh di bibir atau hidung.
"Pak Lan, awat sambal hang tahan lama? Yang aku dah berkulat." Aku taya Pak Lan Wahab " Mai tengok!" Pak Lan mencedok dan merasa. " Oooo.... Ikan bilih hang tak goreng dulu kot. Mak aku gorang sampai rapuh, baru boh minyak tomeh dengan cabai, hang tengok, kuah dia semua minyak". Sambil mencedok seekor untuk aku. " Ooo...mungkin cara masak tak sama kot. Tak pa lah, nanti balik kampung aku suruh Mak aku buat lain". Aku memujuk hati yang mula sebak.
Aku ke bilik air, membasuh sambalku, membuang kuahnya. Aku meratah semua ikan bilis yang masih banyak dalam botol, sejemput demi sejemput. Aku tak tergamak membuangnya. Aku beli sendiri ikan bilis tu di kedai Musa. Bukan seringgit, bukan dua ringgit. Untuk sebotol sambal aku saja mungkin $2.50, bakinya untuk makanan di rumah.
Pak Lan tak tahu, masa Mak masak sambal ni, di rumah aku tak ada minyak masak...
Fb Muhammad Sanusi Md Nor