"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Pencerobohan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pencerobohan. Papar semua catatan

Khamis, 12 Februari 2026

Pembersihan tanah diduduki secara haram,Tamim Dahri ditahan

Gambar hiasan

Oleh:Mohd Fadli Salleh

 1. Kawan-kawan Non Muslim, tolong faham hal ini. Sehari dua ni hangat isu tentang binaan haram dan ceroboh tanah.

2. Isu makin tegang bila semalam Tamim Dahri membersihkan binaan haram atas tanah Yayasan Kubra. Binaan itu dikatakan dibina sejak 2018. Yayasan Kubra pula mendapat kebenaran bertulis dari MPS sejak Mac 2022 untuk selesaikan sendiri masalah itu.

3. Isu makin panas bila Tamim Dahri dan Ustaz Ismail (pemegang amanah Yayasan Kubra) dikepung hingga mereka terpaksa call polis untuk keselamatan diri.

4. Makin menjadi kontroversi apabila Tamim Dahri ditahan dan akan dihadapkan ke mahkamah pagi nanti untuk mereka dapatkan perintah reman. Padahal Tamim Dahri buat kerja dengan arahan pemilik tanah yang sah.

5. Di ruangan komen, mula ada yang mencurah api membuatkan isu ini makin tegang. Jadi penting untuk saya beri faham kepada kawan-kawan Non Muslim isu sebenar hal ini.

6. Orang Melayu, Muslim tak pernah marah, tak pernah kisah pun dengan kuil, tokong dan rumah ibadat penganut agama lain. Kami semua hormati pegangan agama masing-masing. Dalam Islam itu sendiri diajar, "Untuk kamu agama kamu. Untuk kami agama kami".

7. Dalam Islam juga kami diajar menghormati agama orang lain. Bahkan dalam perang sekali pun, Nabi saw berpesan jangan hancurkan rumah ibadat orang lain, jangan bun*h wanita, kanak-kanak dan orang tua yang berlindung dalam gereja atau rumah ibadat. Jelas, inilah hukum Islam.

8. Bahkan lihat sendiri patung Buddha terpanjang di Asia Tenggara terletak di Kelantan. Yang mana 95% rakyat Kelantan beragama Islam.

9. Tak pernah walau sekali orang Islam menentang pembinaan tokong Buddha ini. Tak pernah ada yang pergi nak robohkan, nak hancurkan, nak suruh pindah ke apa. Penganut Buddha dan lain-lain agama selesa dan selamat amalkan ajaran agama mereka tanpa diganggu oleh Muslim.

10. Isu mula menjadi hangat bila tanah masjid di Dengkil diceroboh dan dibuat binaan haram. Tanah masjid, tanah orang Islam. Selepas itu satu demi satu pendedahan lain dibuat melibatkan hal yang sama.

11. Berpuluh tahun kita merdeka, tak pernah orang Islam suruh runtuhkan mana-mana rumah ibadat yang sah dan bergeran.

12. Orang marah bila binaan itu dibuat atas tanah orang lain. Lepas itu bila minta pindah, tak nak pindah melainkan diberi pampasan dan tanah ganti.

13. Orang lebih marah bila tanah itu milik umat Islam yang diwakafkan. Tanah kubur, tanah masjid, tanah majlis agama, tanah Yayasan Kubra dan tanah umat Islam.

14. TAK ADA SEORANG PUN MUSLIM MARAH PADA KUIL / BINAAN ATAS TANAH SAH MILIK KALIAN. TIADA. Hah, siap tulis huruf besar dah ni menandakan penekanan.

15. Isu sangat simple. Jika bukan tanah itu milik kalian, keluarlah bila diminta. Atau pun beli tanah itu dan jadikan ianya sah.

16. Beli tanah sendiri, binalah rumah ibadat ke, kuil ke, tokong ke. Nak buat besar mana, buatlah. Nak buat lagi besar dari kat Kelantan pun, silakan. Kami tak marah. Kami tak kacau. 

17. Itu sahaja isunya. Sangat straight forward. Sangat simple. Sangat jelas isunya.

18. Jangan spin isu dan play victim seolahnya Muslim tak suka kuil, tak suka penganut agama lain. Jangan spin kata benda ni mencetuskan 3R, isu perkauman dan sensitiviti agama pula.

19. Ia adalah isu undang-undang tanah negara. Kedaulatan undang-undang. Tanah yang diceroboh. Langsung tak ada kaitan 3R.

20. Tolonglah hadir influencer dan public figure dari kaum India khususnya fahamkan masyarakat India di Malaysia, kita tak pernah bergaduh pasal kaum atau agama. Fahamkan mereka yang orang Islam tak kisah pun kalian nak bina kuil ke apa. Cuma pastikan atas tanah sendiri, dan jangan sesekali ceroboh tanah milik orang lain khususnya tanah masjid, tanah kubur Muslim dan milik Majlis Agama Islam.

Itu sahaja.

#MFS

.

Khamis, 9 Disember 2021

600 Tentera Diraja Sulu sedia untuk tawan Sabah

 600 Tentera Diraja Sulu sedia untuk tawan Sabah

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Seramai 600 anggota Tentera Diraja Sulu (Royal Sulu Army, RSA) dilaporkan bersedia untuk melancarkan operasi menawan Sabah.

Operasi tersebut telah dirancang selepas beberapa siri pertemuan rahsia antara 19 orang datuk bandar dari kawasan selatan Filipina.

“Seramai 11 datuk bandar telah bersetuju untuk merekrut sekurang-kurangnya 600 orang anggota bersenjata bagi melaksanakan misi tersebut,

“Kos peluru dan logistik yang dianggarkan sebanyak US$10 ribu telah ditanggung oleh pegawai tinggi kerajaan,” lapor South China Morning Post (SCMP).

Menurut laporan yang memetik sumber mereka, kumpulan perancang mengarahkan sekurang-kurangnya 200 orang pengintip bagi pihak RSA untuk menyusup masuk ke beberapa kawasan di Sabah.

Sumber turut tidak menolak kewujudan ejen asing yang telah bertapak di Sabah.

“2 bandar pesisir di Sabah, Lahad Datu dan Semporna menjadi sasaran utama oleh pihak RSA,

Mereka rancang untuk melancarkan serangan pada sekitar Februari 2022 bagi memperingati peristiwa Lahad Datu 2013,” kata laporan itu.

Tambahnya, kesemua anggota RSF yang terlibat dalam operasi itu akan dibekalkan senjata api ketika memasuki perairan Sabah.

“Bekalan senjata turut ditanam di sekitar kawasan yang telah dikenalpasti untuk digunakan oleh RSA sebelum melancarkan serangan,” katanya.

Pada masa yang sama, SCMP turut memetik kenyataan Rommel Banlaoi, Pengerusi Institut Kajian Keamanan, Keganasan dan Pengganas (Philippine Institute for Peace, Violence and Terrorism Research) yang menyatakan sekurang-kurangnya 20 ke 30 orang anggota tentera Filipina turut menganggotai gerakan RSA.

Malaysia sebelum ini digegarkan dengan pencerobohan RSA di Lahad Datu pada tahun 2013. – airtimes.my

Ahad, 12 September 2021

3,500 hektar hutan diteroka secara haram di Kedah sejak 2011, kata Jabatan Perhutanan

 

Aktiviti pencerobohan hutan simpan secara haram membawa kerugian besar, terutamanya dari segi kemusnahan biodiversiti kawasan hutan yang diceroboh, selain kerugian hasil hutan kepada kerajaan negeri. (Gambar Bernama)

SIK: Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) mengenal pasti kira-kira 3,500 hektar kawasan hutan simpan di seluruh negeri ini diteroka secara haram sejak 2011.

Pengarahnya, Muhamad Abdullah berkata, penerokaan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu kebanyakannya bagi tujuan pertanian seperti penanaman kelapa sawit, durian dan getah, selain pembinaan kawasan penempatan.

“Bagi kawasan yang baru diterokai, kita akan ambil tindakan pemusnahan dan tanam semula hutan…bagi kawasan yang sudah lama diteroka dan keluarkan hasil, kita akan dapatkan arahan kerajaan negeri untuk tindakan susulan.

“Sejak Januari lalu hingga sekarang, kita menahan 20 lelaki kerana terbabit dengan beberapa kes pencerobohan hutan dan kertas siasatan sedang disediakan sebelum diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut,” katanya selepas program penanaman pokok sempena Kempen Penanaman 100 juta pokok 2021-2025 di Kompartmen 4, Hutan Simpan Bukit Enggang, di sini.

Muhamad berkata, aktiviti pencerobohan hutan simpan secara haram membawa kerugian besar, terutamanya dari segi kemusnahan biodiversiti kawasan hutan yang diceroboh, selain kerugian hasil hutan kepada kerajaan negeri.

Kerugian dari segi biodiversiti memang tidak ternilai, kalau kerugian dari segi hasil hutan kayu balak pula sukar kita nak anggarkan, kita kena kenal pasti keluasan kawasan dan jenis kayu yang diambil.”

Beliau berkata, pihaknya akan memulihkan kawasan hutan yang diceroboh dengan menanam pokok hutan bagi mengembalikan kelestarian alam di kawasan berkenaan.

Mengenai kempen penanaman 100 juta pokok di seluruh negara, Muhamad berkata JPNK menyasarkan 2.75 juta pokok ditanam di kawasan yang dikenal pasti di Kedah, dengan 550,000 pokok ditanam setiap tahun sehingga 2025.

Kempen ini bertujuan menggalakkan masyarakat bersama-sama menanam pokok, menghijaukan alam dan mencapai sasaran negara kita untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% kawasan tanah di negara kita diliputi pokok dan hutan.”-FMT