Rabu, 5 Jun 2024

Mohd Azizi masih Adun Nenggiri sah - Speaker Dun Kelantan

 Mohd Azizi Abu Naim. FOTO NSTP.

Mohd Azizi Abu Naim. FOTO NSTP.

Kota Bharu: Kelantan menunggu surat rasmi daripada Bersatu berhubung status Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim.

Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sehingga kini Mohd Azizi masih Adun sah sehingga ada keputusan rasmi daripada Dun Kelantan.

"Setakat ini kita masih menunggu surat rasmi daripada Bersatu berhubung status Adun Nenggiri.

"Mohd Azizi masih Adun sehingga ada keputusan rasmi Dun," katanya ketika dihubungi.

Media sebelum ini melaporkan, Ahli Parlimen dan seorang Adun Bersatu digugurkan keahlian serta-merta selepas gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.

Perkembangan itu dimaklumkan Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, sambil menjelaskan ia diputuskan dalam mesyuarat baru-baru ini.

Katanya, Bersatu akan sekali lagi membawa keputusan berkaitan kedudukan wakil rakyatnya itu kepada pengetahuan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dalam masa terdekat.

-myMetro 

0 comments:

Catat Ulasan