"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Pasar Pendekar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pasar Pendekar. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Ogos 2024

Keunikan pasar pagi kebun getah atau Pasar Pendekar

 KEMERIAHAN Pasar Pendekar dalam kebun getah.

KEMERIAHAN Pasar Pendekar dalam kebun getah.

Meriah dalam suasana tradisi berlatarkan rimbunan pokok getah yang menghijau.

Demikian uniknya pasar pagi di Kampung Guntong, Pasir Puteh, Kelantan turut dikenali sebagai Pasar Pendekar dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong luar.

Terletak kira-kira 3.5 kilometer (km) dari bandar Pasir Puteh, pasar pagi berkenaan kini menjadi antara tarikan utama pengunjung dari luar untuk ke daerah itu.

Pasar pagi seluas dua hektar itu mula beroperasi setiap Jumaat sejak lebih 10 tahun lalu dan kini mempunyai lebih 100 peniaga.

Kebanyakannya menjual makanan seperti nasi berlauk pagi, kuih-muih tradisional, sayur-sayuran, buah-buahan, lauk basah (ikan dan sebagainya), pakaian dan ikan hiasan.

Suasana jual beli ala 1970 -an dan 1980-an dalam kebun getah yang nyaman serta kepelbagaian barangan jualan menjadi faktor utama mengapa Pasar Pendekar semakin menjadi perhatian.

Selain itu, harga makanan juga berpatutan mendorong pasar itu menjadi tumpuan bukan sahaja kepada penduduk setempat, malah pengunjung dari luar termasuk luar Kelantan.

PASAR pagi yang istimewa.
PASAR pagi yang istimewa.

Peniaga kuih, Mariam Wok, 59, berkata, pada awal pembukaannya ada puluhan peniaga sahaja di pasar pagi itu, tetapi kini semakin meriah dengan kehadiran lebih 100 peniaga.

"Bukan saja peniaga ramai, tetapi pengunjung juga semakin ramai setiap minggu.

"Alhamdulillah, suasana di pasar ini meriah dan jualan mak cik juga laris. Begitu juga dengan jualan peniaga lain," katanya.

Ibu tujuh cahaya mata itu berkata, pengunjung bukan sahaja datang melihat suasana, malah dapat membeli pelbagai makanan tradisi yang sukar didapati di tempat lain seperti lompat tikam, jala emas, bunga tanjung, jering rebus, belalang goreng, lemang periuk kera, etok, ketupat palas dan perut ayam percik.

"Selepas pasar ini viral, semakin ramai pengunjung datang termasuk dari negeri luar dan pada musim cuti sekolah, jumlahnya meningkat berlipat kali ganda.

MENU unik seperti belalang goreng turut dijual.
MENU unik seperti belalang goreng turut dijual.

"Boleh dikatakan pasar ini adalah tarikan pelancongan terbaharu di Kelantan," katanya.

Pengunjung, Danisha Rozelan, 20, pula berkata, dia pertama kali datang ke pasar pagi itu selepas melihat ia tular di TikTok.

Katanya, meskipun agak jauh dari rumahnya di Pengkalan Chepa, namun demi merasai sendiri keunikan suasana jual beli di pasar tani itu, dia sanggup datang dengan ibunya, Kasma Sahimizan, 54, seawal jam 8 pagi.

KEUNIKAN pasar yang penuh aura tradisional.
KEUNIKAN pasar yang penuh aura tradisional.

"Banyak pilihan makanan dan pelbagai barangan jarang jumpa lain boleh didapati di pasar pagi ini, harganya pula berpatutan.

"Ia lokasi yang sesuai untuk 'kaki makan' dan penggemar makanan tradisi masyarakat di negeri ini.

"Tambahan pula, suasananya sangat mendamaikan dalam kebun getah yang menghijau, menjadi daya tarikan tambahan untuk pengunjung," katanya.

Bagi Roslan Ahmad, 55, pula, dia tidak melepaskan peluang berkunjung ke pasar itu setiap kali pulang ke kampung halamannya di Jerteh ,Terengganu.

MAKANAN, ikan hiasan dan lauk basah turut dijual.
MAKANAN, ikan hiasan dan lauk basah turut dijual.

Katanya, dia bukan sahaja tertarik dengan kepelbagaian barangan yang dijual, malah teruja melihat suasana jual beli yang masih mengekalkan unsur tradisi dalam senario kampung.

"Keunikan aktiviti jual beli barangan harian dalam kebun getah yang penuh tradisional juga jelas berbeza dengan suasana pasar pagi biasa di tempat lain," katanya.

-myMetro