"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

 



Memaparkan catatan dengan label Zahriman Alias. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zahriman Alias. Papar semua catatan

Isnin, 12 Ogos 2024

Kisah Atok:4 penyamun akhirnya tewas hasil bukti handphone Samsung

Oleh: Zahriman Alias  Babak terakhir peristiwa rompakan di rumah atok yang berlaku pada 8.8.08....Perompak hilang sekelip mata dalam kegelapan malam...tika itu baru atok sedar dari seolah dibuai mimpi. Lantas atok segera bangun melepaskan diri...nasib baik ikatan dawai pada lengan tidak terik sebab atok sengaja telah menyilangkan tangan ketika mereka menyimpai...kaki...

Sabtu, 10 Ogos 2024

Kisah Atok:4 penyamun masuk rumah Atok (sambungan)

 Sambungan cerita rompakan....atok sorot semula part ke2 untuk dapat rasakan kesinambungannya.Oleh: Zahriman Alias Selepas beberapa kejadian rompakan penduduk bertekad untuk bertindak... Pasukan2 sukarela  ditubuhkan, pondok2 kawalan didirikan dipersimpangan jalan merata tempat. Penduduk mula keluar beramai2 melakukan peranan masing2 tanpa disuruh mau pun diarah...ia...

Khamis, 8 Ogos 2024

Kisah Atok: 4 penyamun bermaharajalela sebelum rumah Atok dimasuki mereka

 Gambar sekadar hiasan Oleh: Zahriman Alias Assalamualaikum.  Semalam atok buka cerita mengenai atok kena samun di rumah oleh 4 orang perompak dari negara seberang....cerita tu belum habis, masih ada hujungnya....Tapi sorilah atok belum boleh cerita sambungnya...sebab cerita itu ada bahagian Part 1 yang atok belum tulis.....so atok tulis part 1 dulu lah...

Rabu, 7 Ogos 2024

Kisah Atok:4 penyamun masuk rumah Atok selepas 3 hari selesai kenduri kahwin

 Cerita kena samunGambar sekadar hiasanOleh: Zahriman Alias Pada malam ini 16 tahun lalu, jam 3 pagi atok bangun dari tidur untuk ke tandas. Suasana sepi aman terteram...3 Hari sebelumnya rumah atok hiruk pikuk, kelam kelibut kerana atok buat kenduri kawin anak ke3 di rumah ...malam berkenaan tinggal lah atok berdua dengan uwan macam biasa....penat lelah kerja kenduri...

Rabu, 31 Julai 2024

Wira Tak Didendang:Kisah Kenny umpama 'Lembu punya susu sapi dapat nama'.

Oleh: Zahriman Alias Kenny @Kamaruddin Hashim Setelah menulis begitu banyak cerita mengenai Kenny,  tiba2 atok berasa sedih...ada sesuatu yang terbuku di hati atok.Hanya satu perkara yang atok kesalkan... rasanya tidak siapa dapat menyangkal Kenny seorang wira paling unggul yang tanah air kita pernah lahir, namun dia pergi meninggalkan lapangan dalam suasana...

Khamis, 18 Julai 2024

Kisah Atok:Usaha F Team Dan SB mengesan Chong Chor,Ketua 6 Assault Unit PKM

 Atok perkenalkan seorang lagi Pengganas Komunis yang dianggap licik dan merbahaya, amat rajin dan berdedikasi dalam perjuangan nya, amat rapat dan amat dipercayai oleh Panglima Angkatan Tentera PKM juga ketua 6th Assault Unit  iaitu Chong Chor.  Nama dia Pang Kuan, ketua 9th AWF yang beroperasi di hutan Telemong,  Pahang. 9th AWF adalah salah satu...

Ahad, 31 Mac 2024

Kisah Atok:Batman dan Kenny bersama F Team dalam Ops Tapah

 Batman episode 2-3Logo F TeamSambungan cerita Batman Belum sempat mereka berhibur di Eastern Cabaret, dua orang Operatif F Team datang mencari Kenny ...katanya bos besar sedang tunggu dia ada tugas  mustahak.  Kenny dikehendaki lapor ke pejabat Ketua cawangan Khas Kuala Lumpur Dato Leong Chee Woh malam tu juga, jam sudah 12 tengah malam. Dato Leong Chee...

Kisah Atok:Kenny,Batman Dan F Team

 Kisah Kenny dan Batman Kamaruddin Hashim @ Kenny Satu kisah benar yang sangat indah  mengenai perhubungan akrab di antara seorang Pegawai Kanan Polis dari Special Branch dengan seorang bekas Pengganas Komunis bersenjata namun diakhiri dengan satu peristiwa menyayat hati. Pegawai Kanan Polis itu adalah sahabat karib atok DSP Kamaruddin Hashim yang lebih...

Khamis, 28 Mac 2024

Kisah Atok:Monolog Dengan Arwah Mak Atok Aishah bt Long, meninggal 26 Jan 1960... Alfatihah.

 Monolog Dengan Arwah Mak Atok  Aishah bt Long, meninggal 26 Jan 1960... Alfatihah.Gambar Atok ketika berumur 12 tahun yang diambil bersama gambar mak di foto studio Thien Meng RembauAssalamualaikum mak...Mari duduk sama2 kita cerita kisah2 lama boleh tak mak...meh mak kita duduk dekat2  ....Sebelum tu Iman nak cakap kt mak, Iman  sayang mak...Iman rindu...

Khamis, 7 Mac 2024

Kisah Benar:Operasi sulit penangkapan Yeong Nam oleh F Team

 Sambungan kepada cerita Yeong Nam semalam...sebenarnya bukan sambungan tapi versi yang lebih lengkap mengenai cerita penangkapan Yeong Nam...Hari ni atok nak bawa satu lagi cerita mengenai operasi sulit untuk menawan hidup2 satu gerombolan komunis dari 5th AWF yang berada di kawasan Bentong Pahang. Peristiwa berlaku pada Mac 1988. Jumlah komunis lebih kurang 10 orang,...