Khamis, 13 Jun 2024

PENARIKAN SUBSIDI DIESEL: SIAP SEDIA GELOMBANG INFLASI DAN HARGA BARANG TINGGI

 SIAP SEDIA GELOMBANG INFLASI DAN HARGA BARANG TINGGI

1. Penarikan balik subsidi bahanapi diesel di Malaysia baru-baru ini oleh Kerajaan PH sebagaimana yang dijangka akan membawa kesan yang besar terhadap ekonomi dan kadar inflasi dalam negara ini.

2. Sebelum ini kenaikan harga minyak pernah berlaku pada tahun 2010 di bawah Kerajaan BN dengan kenaikan sebanyak 5 sen seliter. Kenaikan pada skala sekecil itu sahaja pun telah melonjakkan Indeks Harga Pengguna dan Pengeluar masing-masing pada kadar sebanyak 3.5% dan 14.3% pada waktu itu.

3. Hari ini pula kerajaan PH telah menghidangkan rakyat dengan kenaikan yang jauh lebih besar iaitu kenaikan sebanyak RM1.20 bagi setiap liter diesel (55.8%) menjadikan harga bahanapi itu kini dijual pada harga RM3.35 setiap liter.

4. Kenaikan harga diesel dalam skala yang sangat besar dan secara mendadak ini akan mengakibatkan kejutan ekonomi yang akan merebak ke seluruh pelusuk negara dan menyebabkan kesan gandaan (multiplier effect) kepada sektor ekonomi dan sosial yang lain.

5. Kesannya telah mula dirasakan di seluruh negara pada ketika ini  dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang tidak terpandu di semua sektor ekonomi.

6. Subsidi diesel oleh kerajaan RM200.00 melalui BUDI Madani pula dilihat tidak jelas kaedah pelaksanaannya dengan meninggalkan banyak perincian yang mengakibatkan keciciran agihan subsidi ini kepada golongan rentan seperti petani dan pesawah yang terkeluar dari julat kelayakan untuk memohon subsidi ini.

7. Sekiranya tindakan kerajaan PH adalah murni untuk mengelak penyeludupan, ketirisan diesel bersubsidi dan pemberian subsidi diesel secara bersasar kami menggesa supaya Kerajaan PH mengkaji semula langkah ini dan memperkenalkan kaedah yang lebih berfokus untuk dilakukan secara berperingkat. Di samping itu kerajaan juga perlu memastikan supaya sebarang mekanisma yang dirangka bagi tujuan tersebut lengkap sebelum dilaksanakan supaya tidak menzalimi rakyat Malaysia.

8. Sementara itu pula Kerajaan PH dilihat tidak acuh terhadap kesan besar yang melanda rakyat dan negara berakibat daripada tindakan drastik penarikan semula subsidi diesel ini yang dilakukan secara tergesa-gesa tanpa mempedulikan kesukaran rakyat.

9. Kerajaan PH sedang menjerumuskan negara dan rakyat ke dalam lubang krisis ekonomi yang sangat besar.

YB Dato’ Dr. Ab. Halim bin Tamuri

Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor

ADN Paya Jaras

12 Jun 2024

#BaktiDemiSelangor 

#AdilPrihatinBerkebajikan 

#kerajaanfail

#selamatkanmalaysia

#MalaysiaDeservedBetter

#PMXpembohong

#dieselnaikPMXturun

*Facebook*

https://bit.ly/3VflpqC

Terima kasih kerana *like, komen dan share*. ☺️

#sebaran

0 comments:

Catat Ulasan