"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Pengorbanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengorbanan. Papar semua catatan

Khamis, 17 Julai 2025

Kisah Benar :Cikgu, saya tak pandai baca. Tapi cikgu ajar saya sampai saya boleh tulis surat untuk mak saya.

 "Cikgu, saya tak pandai baca. Tapi cikgu ajar saya sampai saya boleh tulis surat untuk mak saya."

Ini bukan cerita rekaan. Ini kisah benar dari seorang guru muda yang dihantar mengajar ke sekolah pedalaman di Sabah. Sekolah kecil, terletak jauh di ceruk hutan, hanya boleh diakses dengan berjalan kaki atau menaiki bot. Tiada jalan tar, tiada internet, dan hanya ada bekalan elektrik dari generator.

Cikgu Aina baru sahaja tamat latihan di IPG. Dia tidak pernah bayangkan akan ditempatkan di lokasi sebegini. Tapi dari hari pertama lagi, dia tahu, inilah medan sebenar seorang pendidik. Dalam kelas Tahun 3, hanya ada empat orang murid. Salah seorangnya bernama Hakim, berumur 9 tahun dan tidak tahu membaca atau menulis langsung.

Setiap hari Hakim meredah bukit dan sungai kecil untuk sampai ke sekolah. Bajunya lusuh, kadang-kadang tanpa kasut. Tapi semangat dia untuk belajar tidak pernah padam. Dan semangat itulah yang membuatkan Cikgu Aina terus mengajar, walau keletihan, walau kelas serba kekurangan, walau diri sendiri kadang-kadang menangis dalam diam.

Satu hari, selepas hampir setahun mengajar, Hakim hulurkan sekeping kertas kepada cikgu. Surat pendek yang ditulis dengan tulisan besar-besar, penuh kesalahan ejaan, tapi cukup menyentuh hati.

"Mak, saya sayang mak. Terima kasih bagi saya datang sekolah. Saya janji belajar rajin."

Surat itu ditulis sempena Hari Ibu. Bukan kertas berwarna-warni atau kad mahal. Hanya kertas buku latihan yang dikoyak. Tapi mak Hakim menangis masa baca. Dan cikgu pun menangis. Dalam dunia yang ramai kejar A, pencapaian begini selalunya tak diberi perhatian. Tapi bagi seorang guru, inilah hadiah paling mahal.

Ramai tak nampak pengorbanan guru-guru di pedalaman. Mereka bukan hanya mengajar, tapi juga menjadi ibu bapa kedua, doktor bila murid sakit, tukang baiki tingkap kelas bila pecah, dan kadang-kadang jadi pendengar masalah anak-anak kampung yang kurang kasih sayang.

Kalau hari ini anda pernah belajar membaca, menulis, mengira, atau belajar erti hormat dan sabar, besar kemungkinan ada seorang guru di balik kejayaan itu. Mungkin namanya kita dah lupa, tapi ilmunya tetap hidup dalam kita sampai hari ini.

Jangan lupa hargai guru, walaupun hanya dengan satu ucapan terima kasih. Kadangkala, itu sahaja yang mereka perlukan untuk terus kuat.

Source 

Khamis, 3 Februari 2022

14 Thn Menanti Utk HamiI, Akhirnya Wanita Ini Pergi SeIamanya SeIepas MeIahirkan Zuriat Untuk Suaminya..


Hari ini merupakan hari yang paling menyedihkan daIam kehidupan saya semenjak bergeIar seorang doktor. Saya pernah mengendalikan begitu banyak pesakit yang merupakan ibu hamil di wad bersalin dan setiap kali saya berada di wad, saya akan berdoa supaya Allah SWT memberkati mereka semua.

 Perasaan sakit yang dialami oleh wanita di wad persalinan tidak dapat dijelaskan dan ini tidak lagi termasuk dengan pend3ritaan mereka selama 9 bulan mengusung kandungan di dalam perut mereka. Namun hari ini saya gagal menahan air mata saya kerana dengan perasaan yang pahit, saya telah kelihangan seorang pesakit wanita. Kita tidak pernah meminta supaya perkara-perkara seperti ini terjadi, tetapi semua itu adalah perancangan Allah SWT.

Aku tertanya-tanya, kenapa kes wanita ini begitu menyakitkan? Wanita itu telah diuji sepanjang perkahwinannya dan kini beliau telah diuji lagi. Wanita itu pada mulanya mandul selama 14 tahun dan telah mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan zuriatnya.

Akhirnya Allah memberkati dia, jauh melampaui ilmu pengetahuan manusia. Dia baru saja hamil meskipun dia mend3rita cyst di dalam ovarinya, ditambah pula dengan masalah fibroidnya yang besar dan mulai mencair. Namun Allah telah menunjukkan kemuliaan dan kebesarannya. Wanita itu hamil.

Setelah 9 bulan, tiba saatnya, suaminya membawanya ke hospital dan dengan segera saya meninggalkan semua kerja aku dan terus datang kepadanya. Setelah berjam-jam wanita itu berusaha untuk melahirkan anaknya secara normal, kami kemudiannya telah membuat keputusan untuk menjalankan pembedahan.

Walau bagaimana pun, kami kehiIangan dia tapi bayinya masih hidup. Sebelum dia meningg4I, dia memegang bayi itu didakapannya dan tersenyum dia berkata “Allah itu hebat” dan kemudian dia melepaskan bayi itu.

Saya merasa sedih dan dengan perasaan yang berat hati, saya sampaikan khabar itu kepada suaminya sendiri dan setelah mendengar kabar tersebut suaminya terus jatuh pengsan. Dalam sekelip mata, hari bahagia mereka berubah menjadi sedih. Kita kehilangan hidup orang yang kita cintai demi untuk melahirkan kehidupan baru hari ini.

Mohon hormati wanita kerana mereka sanggup bert4rung nyawa dan mengorban diri mereka semata-mata mahu melahirkan zuriat untuk suami mereka. Membawa bayi kita selama 9 bulan bukanlah perkara yang mudah dan wanita terpaksa melalui proses melahirkan berjam-jam lamanya.

Saya berdoa kepada Allah untuk menyenangkan hati setiap orang yang membaca ini, terutama wanita hamil, mohon sertakan mereka dalam doa-doa anda.

Wahai Suami yang terkasih, .

Saya ulangi hormati isteri kita kerana dia benar-benar pembawa kehidupan dan semoga Allah menguatkan semua wanita hamil, Yang akan melahirkan bayi seperti kambing tanpa rasa sakit.

-tambahkeju.com