"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

 



Memaparkan catatan dengan label Wira Tak Didendang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wira Tak Didendang. Papar semua catatan

Isnin, 12 Ogos 2024

Kisah Atok:4 penyamun akhirnya tewas hasil bukti handphone Samsung

Oleh: Zahriman Alias  Babak terakhir peristiwa rompakan di rumah atok yang berlaku pada 8.8.08....Perompak hilang sekelip mata dalam kegelapan malam...tika itu baru atok sedar dari seolah dibuai mimpi. Lantas atok segera bangun melepaskan diri...nasib baik ikatan dawai pada lengan tidak terik sebab atok sengaja telah menyilangkan tangan ketika mereka menyimpai...kaki...

Rabu, 31 Julai 2024

Wira Tak Didendang:Kisah Kenny umpama 'Lembu punya susu sapi dapat nama'.

Oleh: Zahriman Alias Kenny @Kamaruddin Hashim Setelah menulis begitu banyak cerita mengenai Kenny,  tiba2 atok berasa sedih...ada sesuatu yang terbuku di hati atok.Hanya satu perkara yang atok kesalkan... rasanya tidak siapa dapat menyangkal Kenny seorang wira paling unggul yang tanah air kita pernah lahir, namun dia pergi meninggalkan lapangan dalam suasana...

Khamis, 25 Julai 2024

Guna raket pinjam, kasut buruk… Murid B40 menang badminton tapi tak diraikan akhirnya dapat perhatian

 SEORANG kanak-kanak berusia lapan tahun meraih simpati netizen apabila dia tidak dipedulikan sesiapa selepas menang dalam satu pertandingan badminton di Tawau, Sabah.Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah gelanggang badminton yang tular pada awal Julai, kanak-kanak itu meminta bantuan orang sekeliling untuk merakam gambarnya, namun dia tidak dipedulikan...

Ahad, 28 April 2024

Srikandi Terbilang:Laksamana Keumalahayati, Aceh. (01 Januari 1550 - 30 Jun 1615)

 WAJAHNYA SRIKANDI TERBILANG~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Laksamana Keumalahayati, Aceh.(01 Januari 1550 - 30 Jun 1615)Jangan mudah terpedaya dengan kecantikan dan kelembutan kaum perempuan.Laksamana Keumalahayati berjaya membunuh Admiral Cornelius de Houtman, Laksamana Armada Belanda dalam pertemporan satu lawan satu di atas geladak kapal perang Belanda.Amat sukar ditemui di...

Ahad, 31 Mac 2024

Kisah Atok:Batman dan Kenny bersama F Team dalam Ops Tapah

 Batman episode 2-3Logo F TeamSambungan cerita Batman Belum sempat mereka berhibur di Eastern Cabaret, dua orang Operatif F Team datang mencari Kenny ...katanya bos besar sedang tunggu dia ada tugas  mustahak.  Kenny dikehendaki lapor ke pejabat Ketua cawangan Khas Kuala Lumpur Dato Leong Chee Woh malam tu juga, jam sudah 12 tengah malam. Dato Leong Chee...

Kisah Atok:Kenny,Batman Dan F Team

 Kisah Kenny dan Batman Kamaruddin Hashim @ Kenny Satu kisah benar yang sangat indah  mengenai perhubungan akrab di antara seorang Pegawai Kanan Polis dari Special Branch dengan seorang bekas Pengganas Komunis bersenjata namun diakhiri dengan satu peristiwa menyayat hati. Pegawai Kanan Polis itu adalah sahabat karib atok DSP Kamaruddin Hashim yang lebih...

Rabu, 13 Mac 2024

Jom kenali Kenny Dan kaitan dengan peristiwa 13 Mei 1969

 Mari berkenalan dengan Kenny Salam semua, hari ni atok nak bawak korang berkenalan lebih rapat dengan Kamaruddin Hashim @ Kenny dan kemudian mendengar cerita dia mengenai kejadian 13 Mei. Dia berada di tempat kejadian semasa rusuhan mula berlaku.Kamarudin b. Hashim @ Kenny dilahirkn pada 9 SEP 1949  di Setapak, KL. Masa itu bapanya berkhidmat dgn BMA (British...

Khamis, 7 Mac 2024

Kisah Benar:Operasi sulit penangkapan Yeong Nam oleh F Team

 Sambungan kepada cerita Yeong Nam semalam...sebenarnya bukan sambungan tapi versi yang lebih lengkap mengenai cerita penangkapan Yeong Nam...Hari ni atok nak bawa satu lagi cerita mengenai operasi sulit untuk menawan hidup2 satu gerombolan komunis dari 5th AWF yang berada di kawasan Bentong Pahang. Peristiwa berlaku pada Mac 1988. Jumlah komunis lebih kurang 10 orang,...

Rabu, 6 Mac 2024

Kisah benar:Penangkapan Chong Chor Ketua Angkatan Bersenjata PKM bersama orang kuatnya Yeong Nam di depan Globe Silk Store

 Beberapa hari lepas atok buat cerita pasal penangkapan Chong Chor Ketua Angkatan Bersenjata PKM bersama orang kuatnya Yeong Nam di depan Globe Silk Store...hari ni atok nak cerita sikit pasal Yeong Nam dan tunjuk wajah dia.Inilah wajah CT Yeong Nam orang kuat CT Chong Chor,  orang yang sangat dia percayai dan menjadi orang paling kanan di bawah pemerintahan nya....