"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Sabtu, 8 Jun 2024

Ibadah Korban: Niat, Syarat, Perkara Sunat, Pembahagian Daging

 

Ibadah Korban: Niat Korban, Syarat Sah, Pembahagian Daging Korban

Ibadah Korban merupakan salah satu amalan sunat yang sangat dianjurkan dalam Islam. Ia dilakukan  pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyriq. 

Lazimnya, di Malaysia acara penyembelihan ternakan korban ini dilakukan di masjid, surau, padang awam, balai raya ataupun rumah persendirian.

Berikut adalah penjelasan mengenai niat korban, syarat sah, pembahagian daging korban dan info-info berkaitan berdasarkan sumber daripada JAKIM dan Mufti. 

Maksud Ibadah Korban

Merujuk laman sesawang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), ibadah korban bermaksud penyembelihan binatang ternakan tertentu pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT. 

Ibadah ini mengingatkan umat Islam akan ketaatan dan pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang bersedia mengorbankan anaknya, Nabi Ismail AS atas perintah Allah SWT.


Sabda Rasulullah SAW,

 إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا

Maksudnya: Apabila telah masuknya sepuluh (hari terawal Zulhijjah), dan salah seorang daripada kamu hendak melakukan ibadah korban maka janganlah dia memotong rambutnya serta kukunya.

"Korang balik rumah masing-masing kalau hanya balik nak menengking mak korang" bentak ayah

 


Semasa temankan isteri di klinik, saya tengok ada seorang pakcik sedang ralit membaca surat khabar.

Lagi satu, di sebelah dialah yang ada kerusi kosong dan jauh sikit dari bilik-bilik pemeriksaan dan bilik doktor. Saya pun berjalanlah perlahan ke kerusi sebelah pakcik.

Setelah saya duduk, pakcik memandang muka saya, bagi ucapan salam dan berjabat tangan dengan saya.

Bagus betul pakcik ni, detik saya di dalam hati.

Saya pun keluarkanlah telefon. Nak buka Facebook, Instagram semua tu lah. Baru nak buka, pakcik tanya "Nak jumpa doktor ke?"

Saya jawab "Tak, pakcik. Teman isteri buat pemeriksaan kat klinik ibu tu". Pakcik berkata lagi "Oh, isteri mengandung ke? Tahniah tahniah". 

Saya ucapkan terima kasih kepadanya. Saya kemudian bertanya pula kepada pakcik "Pakcik ni nak jumpa doktor ke?".

Pakcik menggelengkan kepalanya "Tak. Isteri saya tu kena jumpa doktor. Sebulan sekali begitulah. Anak-anak banyak duduk jauh. Kebetulan saya ni kira gagah lagilah pandu kereta, bolehlah bawa isteri tu ke sana sini. Ikutkan umur dekat 80 tahun ni, anak-anak tak bagi dah hehe". 

"Umur dekat 80? Nampak macam umur 50 lebih je hehe". 

Pakcik senyum. 

Tiba-tiba datang seorang lelaki muda, bercakap dengan seorang lagi pakcik berhampiran saya, tua juga. 

"Ya Allah, abah kat sini ke?! Berapa kali dah misi tu panggil nama abah. Sebab tu kalau tak dengar, duduk depan sana. Duduk dekat dengan bilik doktor tu. Ini duduk jauh menyusahkan orang".

Suara dia taklah kuat. Tapi boleh didengari kami.

Terkedu kami jadinya. 

Bangunlah pakcik tu perlahan-lahan. Jalan pun terketar-ketar. Anak dia dah jalan laju ke depan. Agakan saya, umur pakcik tu dah lebih 80 tahun. 

Pakcik sebelah saya menggeleng-gelengkan kepalanya. Seraya berkata, 

"Inilah bala yang kita sedang hadapi. Bala yang diberi tontonan percuma dari Allah. Anak cakap kasar dengan orang tua. Benda begini dah biasa. Selalu sangat kita tengok. Kita pula tengok sahaja tanpa menegur orang tu".

Saya diam. Tunduk. 

Pakcik menyambung "Berapa ramai mak dan ayah yang berani tegur anak-anak dia yang dah besar ni? Berapa ramai boleh bagitahu saja, suruh cakap baik-baik dengan orang tua. Suruh anak-anak cakap baik dengan mereka.

Saya pernah tegur seorang perempuan yang berlaku kasar kepada mak dia. Bila saya tegur, dia tinggalkan mak dia. Kasihan mak dia. 

Dah lama sikit, adalah dalam 5 minit, dia datang semula ambil mak dia. Muka masih masam. 

Saya pun ada sejarah fasal ni. Pernah dulu ada yang cakap kasar dengan saya dan isteri, mak dia orang tu. Mula-mula saya pun biarkan. Ya lah, masing-masing dah besar panjang. Patut boleh fikirlah dengan baik. Bukan bodoh belaka. 

Tak payahlah kita nak pesan bagai. 

Lama-lama benda tu jadi macam biasa. Boleh kata semua anak cakap kasar dengan saya dengan maknya. Taklah selalu. Tetapi biasa berlaku. 

Kita ni dah tua, simpan sahajalah dalam hati. Duduk rumah berbincang berdua sahajalah. Mengadu ke isteri, isteri mengadu ke saya hehe. Habis begitu. 

Masing-masing terasa hati. Tapi tak luah kepada anak-anak. 

Sampailah satu hari, yang nombor dua marah ke maknya fasal lauk dah siap masak, periuk nasi terlupa petik suis. Anak-anak balik belaka hari tu, kami buat makan-makan. 

Masa tu pakcik okey lagi. Tapi bila yang lain mula menyampuk, siap perli-perli ke maknya, gurau-gurau guna ayat yang tak sepatutnya, pakcik teruslah tegur. Baru dia orang tahu". 

Saya pandang pakcik. Muka pakcik tak ada senyum. Nampak geram. Saya bertanya "Pakcik cakap apa?" 

Pakcik "Hehe. Pakcik cakap, awak semua pergi balik sekarang. Pergi balik ke rumah kau orang semua. Selepas ini tak payah balik-balik dah. 

Kalau balik nak sakitkan hati mak kau orang, nak rendah-rendahkan dia, tak payah bazirkan minyak kereta kau orang untuk datang ke sini. Abah dan mak lagi selesa. Cukuplah tengok gambar kau orang yang ada di dinding tu, daripada sakit hati dengan apa yang kau orang dah buat. 

Semua diam masa tu. Cucu yang duduk ramai-ramai kat depan pun datang ke dapur.

Pakcik cakap lagi, masa kau orang kecil, duduk sekali dengan kami, mak tak pernah pun marah bila kau orang tanya banyak kali. Layan, jawab. Ada juga kamu terlupa nak ambil itu dan ini, mak kekal tak marah. Mak diamkan sahaja. 

Ini fasal terlupa petik suis, bukan mainlah marahnya. Hal kecil. Ini anak-anak ada tengok ni, esok anak-anak buatlah macamana mak bapak kau orang buat kat aki dan wan ni. Tengok dia orang terasa ke tak. 

Cakap elok-elok tak boleh ke? Mak, mari sini pakai baju. Kita pergi makan di luar. Biarkan budak-budak ni makan sesama dia orang. Abah tak boleh tengok muka awak semua. 

Selama ni diam sahaja kau orang cakap kasar. Hari ni dah melampau. Mari cepat!

Isteri saya kemudian bersuara "Tak apalah bah, dia orang bukan selalu balik. Tak baik kita gaduh-gaduh depan rezeki. Kita tunggu sahajalah nasi tu masak. Kita makan sama-sama".

Masa tu saya geram pula ke isteri saya. Boleh pula dia memujuk. Saya tak berhenti. Saya cakap lagi ke anak-anak. 

Ha tengok. Mak awak tetap nak makan dengan awak semua. Awak semua gelak perlekehkan dia, tetap dia nak makan dengan anak-anak. Simpan sahajalah dalam hati sakit tu, kecewa. Yang penting dapat lagi merasa makan dengan anak-anak. 

Fikirlah. Semua dah besar. Ada siapa nak marah? Tak setuju dengan apa yang abah cakapkan ini? Kalau ada, pergi balik sekarang! 

Sampai situ saya berhenti. Semua tunduk mukanya bila saya tengok. Isteri saya menangis dah. Cucu semua diam. Yang kecil pun boleh diam juga hehe. 

Kemudian itu datanglah seorang-seorang minta maaf. Menangis dan sebak belaka.  

Saya pun maafkanlah. Selesai. 

Lepas tu kami makan sama-sama. 

Yang penting, apa yang terbuku di hati, lepas dah".

Saya tanya lagi ke pakcik "Sekarang macamana?" 

"Alhamdulillah. Semua okey. Tak ada dah yang cakap kasarnya. Semua cakap elok dah. Layan kami pun cukup bagus. Paling tak disangka, boleh kata tiap-tiap minggu adalah yang baliknya ke kampung. Tak sunyilah hari Sabtu dan Ahad tu. Ada sahaja periuhnya. Agaknya dia orang pakat sesama dia orang  buat jadual siapa kena balik. Hehe. 

Awak ada lagi ayah dan mak? 

*Kalau ada, janganlah cakap kasar dengan dia orang. Dua-dua dah tua. Telinga tak berapa nak dengar, langkah tak sederas dahulu, tenaga tak segagah semasa lincah, cakap tak sekuat semasa muda*

Jaga hati dan perasaan mak dan ayah. Umur-umur macam saya, tahap simpan perasaan sahajalah kalau ada anak buat yang tak betul. Nak tegur beria karang, bimbang ke anak terasa hati. Bimbang anak tak nak balik. 

Kita hak tua ni, nak sangat tengok muka anak-anak depan mata. Tengok macam masa dia orang kecil-kecil dahulu, gembira, ketawa ramai-ramai, berkongsi berbagai cerita. 

Anak-anak ini, syurga. Mak dan ayah tu, bukan neraka. Mereka tu kunci syurga".

Pakcik tutup bicara. Mendalam sungguh nasihatnya. Begitu perasaan mak dan ayah terhadap anak-anak apabila masing-masing sudah tua. 

Kawan, 

Kita yang bergelar anak ini, ambillah peluang selagi ada. Jaga hati, jaga bicara. Berbakti sehabis baik. Perbaiki mana yang tersasar. 

Buat yang dah tiada, teruslah kirim doa tanpa jemu. 

Moga-moga kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi atas nikmat kurniaan-Nya. 

Mak dan ayah antara anugerah agung kurniaan Allah kepada kita. Tidak boleh ditukar ganti.

Fadhlu Art

Sumber

Kajian USIM tunjuk 54 hadis bermasalah yang dibaca Don Daniyal dalam satu rancangan


Pendakwah selebriti, Don Daniyal Don Biyajid, 39, kini direhatkan dari terus bersiaran dalam rancangan RTM iaitu Salam Baitullah.

Ketua Pengarah RTM, Datuk Suhaimi Sulaiman mendakwa ia susulan penceramah itu yang berterusan dikritik oleh beberapa pihak khususnya berkaitan dakwaan berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.

“Untuk meredakan keadaan, saya telah minta pasukan untuk rehatkan Ustaz Don dari Salam Baitullah,” katanya menerusi hantaran di aplikasi X pada Rabu.

Namun, tular di laman sosial Facebook berkaitan hadis yang dipetik oleh Don yang menunjukkan ianya hadis bermasalah.

Kajian tersebut dijalankan oleh Universiti Sains Islam Malaysia yang terletak di Bandar Baru Nilai, Nilai.

Menurut Najib Bakar, beliau mengamati hadis yang digunakan oleh penceramah tersebut setelah ianya tular di media sosial.

“Menerusi kajian ini, terdapat 54 buah hadis bermasalah yang dibincangkan oleh Ustaz Don dalam rancangan tersebut.”

“Hasil kajian ini, 20 hadis cacat sanad, 19 hadis cacat matan, 15 hadis tiada asal.”

Bersama dengan itu, Najib turut melampirkan bukti-bukti berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Universiti Sains Islam Malaysia.

Individu tersebut turut mendakwa itu hanyalah hasil kajian dan bukannya kenyataan darinya semata-mata.

Pada Rabu, Ustaz Don Daniyal telah dikritik susulan dirinya yang mendakwa Nabi Muhammad SAW pernah melamar seorang wanita iaitu Ummu Hani sebanyak tiga kali.

-themalaysialife.com

Jumaat, 7 Jun 2024

Notis kekosongan kerusi enam MP BERSATU belum diterima - Johari Abdul

 Tan Sri Johari Abdul.

Tan Sri Johari Abdul.

KYOTO: Tan Sri Johari Abdul belum menerima sebarang notis rasmi daripada mana-mana pihak berhubung kekosongan kerusi membabitkan enam Ahli Parlimen BERSATU yang digugurkan keahlian mereka dalam parti, baru-baru ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat itu berkata, beliau juga memerlukan masa untuk meneliti semua perkara dengan cermat, terutama melibatkan undang-undang termasuk akta anti lompat parti atau Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663), sebelum memutuskan sebarang keputusan terhadap mereka.

"Pertamanya, pada masa ini belum ada lagi (notis dihantar). Apa berlaku di luar itu pada saya adalah noise dan selagi saya tak menerima secara hitam putih apa yang disebut oleh parti, apa tindakan diambil oleh parti terhadap parti mereka, saya rasa itu bukan bidang kuasa saya... saya tidak harus masuk campur.

"Kedua, saya ambil sikap bahawa mereka mungkin ahli parti, tetapi apabila mereka mengangkat sumpah di depan saya untuk menjunjung Perlembagaan dan taat setia kepada Malaysia di hadapan saya, jadi saya harus mengambil tanggungjawab untuk mempertahankan kebebasan dan hak Parlimen," katanya.

Beliau berkata demikian sebelum dibawa melawat Kyoto State Guest House yang juga sebuah penginapan rasmi untuk tetamu negara bagi Jepun, dengan Johari turut diberi penghormatan untuk menginap di situ.

Johari kini dalam rangka lawatan rasmi lima hari bersama delegasi Parlimen Malaysia ke Jepun bermula Isnin, atas undangan Speaker Dewan Perwakilan Jepun, Fukushiro Nukaga.

Turut menyertai delegasi itu ialah Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Antarabangsa yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Sin; Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar, Sains dan Perladangan, Vivian Wong Shir Yee (Sandakan); dan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (Jempol).

Johari berkata sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, beliau akan mengambil tanggungjawab untuk menilai setiap tindakan wakil rakyat sebagai Ahli Parlimen dan bukan ahli mana-mana parti.

"Untuk saya mengambil tindakan, saya mesti berhati-hati, saya mesti mendalami segala-galanya, semua aspek sebab apa juga keputusan yang saya buat (bukan sahaja) akan memberi kesan kepada ahli parti itu atau Ahli Parlimen tetapi juga negara.

"Saya mengambil sikap amat berhati-hati serta cermat dan selagi saya tidak yakin dengan keputusan yang saya buat itu, saya tak akan buat dulu.

"Saya amat berhati-hati bukan sahaja undang-undang, tetapi moral dan segalanya saya kena pastikan bahawa tindakan saya itu betul dan saya tidak mahu dipersalahkan atau rasa bersalah apabila saya tidak berada di jawatan itu nanti," katanya.

Sebelum ini, enam Ahli Parlimen BERSATU digugurkan keahlian serta-merta selepas gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.

Enam Ahli Parlimen itu ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang). – BERNAMA

Khamis, 6 Jun 2024

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE 597: STATUS HADIS RIWAYAT CINTA PERTAMA RASULULLAH SAW


Pendahuluan

Baru-baru ini tular suatu isu berkenaan cinta pertama Rasulullah SAW. Individu yang dikaitkan dengan cinta pertama ini ialah Ummu Hani’ binti Abu Talib. Dakwaan tersebut menyatakan bahawa Nabi SAW pernah melamar Ummu Hani’ sebanyak tiga kali. Ia menjadi bualan hangat orang ramai ekoran ramai yang menyatakan bahawa status hadis yang digunakan bagi mensabitkan kisah ini adalah palsu. Sehubungan dengan itu, JMWP merasa terpanggil untuk memberikan pencerahan berkenaan status hadis tersebut sama ada benar ataupun palsu.

Siapakah Ummu Hani’

Beliau ialah Ummu Hani’ binti Abu Talib dan nama sebenarnya ialah Fakhitah binti Abu Talib. Beliau merupakan sepupu Baginda Nabi SAW dan puteri kepada Abu Talib yang merupakan bapa saudara Baginda serta kakak kepada Saidina Ali bin Abi Talib RA. Suaminya ialah Hubairah bin ‘Amru bin A‘iz al-Makhzumi.[1]

Beliau memeluk Islam pada hari pembukaan kota Makkah namun suaminya Hubairah tidak memeluk Islam pada peristiwa berkenaan. Selain itu, Rasulullah SAW pernah memasuki rumahnya serta menunaikan solat sunat dhuha sebanyak lapan rakaat pada hari pembukaan Makkah tersebut. Sayyidatina Ummu Hani’ turut meriwayatkan beberapa hadis daripada nabi SAW bahkan beberapa orang sahabat mengambil riwayat daripadanya seperti Ja‘dah, Ibn ‘Abbas, Abdul Rahman bin Abu Laila, Mujahid bin Jabr, ‘Ata’ bin Abu Rabah, ‘Urwah bin al-Zubair dan lain-lain. Turut direkodkan bahawa terdapat sekitar 46 riwayat hadis dan Nabi SAW yang sampai daripada beliau.[2]

Ummu Hani’ wafat pada tahun ke-50 Hijrah.

Status Hadis Berkenaan Lamaran Rasulullah SAW terhadap Ummu Hani’

Melalui kenyataan yang didakwa, tiga lamaran tersebut berlaku pada tiga latar masa dan keadaan yang berbeza. Dikatakan lamaran tersebut berlaku:

Pada kali pertama, sebelum kedatangan Islam, Nabi SAW pernah melamar Ummu Hani’ namun beliau menolak lamaran tersebut kerana menganggap Baginda Nabi sebagai seorang abang lalu beliau berasa segan untuk menerima lamaran tersebut. Berkenaan penyataan dan dakwaan ini, tidak dapat diketahui sumber daripada mana ia disandarkan, sama ada daripada hadis nabawi mahupun kalam para ulama. Setakat pencarian kami, kami tidak menemui sebarang riwayat ataupun athar yang menyebut perkara sedemikian.

Seterusnya, pada kali kedua, iaitu sebelum Baginda diangkat menjadi Rasul. Riwayat ini ada direkodkan oleh Ibn Sa‘d dalam kitab al-Tabaqat, teks riwayatnya adalah seperti berikut[3]:

أَخْبَرَنَا هِشَامُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ السَّائِبِ الْكَلْبِيُّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: خَطَبَ النَّبِيُّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - إِلَى أَبِي طَالِبٍ ابْنَتَهُ أُمَّ هَانِئٍ فِي الْجَاهِلِيَّةِ. وَخَطَبَهَا هُبَيْرَةُ بْنُ أَبِي وهب بن عمرو بن عائذ بن عمران بن مخزوم. فتزوجها هبيرة فقال النبي - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: يا عم زوجت هبيرة وتركتني؟ فقال: يا ابن أَخِي إِنَّا قَدْ صَاهَرْنَا إِلَيْهِمْ وَالْكَرِيمُ يُكَافِئُ الْكَرِيمَ. ثُمَّ أَسْلَمَتْ فَفَرَّقَ الإِسْلامُ بَيْنَهَا وَبَيْنَ هُبَيْرَةَ فَخَطَبَهَا رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - إِلَى نَفْسِهَا فَقَالَتْ: وَاللَّهِ إِنْ كُنْتُ لأُحِبُّكَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ فَكَيْفَ فِي الإِسْلامِ؟ وَلَكِنِّي امرأة مصيبة وَأَكْرَهُ أَنْ يُؤْذُوكَ. [فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ: خَيْرُ نِسَاءٍ رَكِبْنَ الْمَطَايَا نِسَاءُ قُرَيْشٍ. أَحْنَاهُ عَلَى وَلَدٍ فِي صِغَرِهِ وَأَرْعَاهُ عَلَى زَوْجٍ فِي ذَاتِ يَدِهِ].

Maksudnya: “Hisyam bin Muhammad bin al-Sa’ib al-Kalbi mengkhabarkan daripada bapanya, daripada Abu Soleh, daripada Ibn ‘Abbas, beliau berkata: “Nabi SAW telah datang kepada Abu Talib untuk melamar anak perempuannya, Ummu Hani’ pada zaman Jahiliah (yakni sebelum Baginda menjadi Rasul). Dalam masa yang sama juga, Ummu Hani’ turut dilamar oleh Hubairah bin Abu Wahb bin ‘Amr bin ‘A’iz bin ‘Imran bin Makhzum. Namun Abu Talib mengahwinkan Ummu Hani’ dengan Hubairah, lalu Nabi SAW bertanya: “Wahai pakcik, mengapa pakcik kahwinkan Ummu Hani dengan Hubairah dan menolak pinanganku?” Maka Abu Talib menjawab: “Wahai anak saudaraku, sesungguhnya kami mempunyai hubungan kerabat hasil perkahwinan yang lalu dengan mereka, orang kaya dan mulia selayaknya bersama dengan orang ternama dan mulia juga.”

Jika dilihat pada hadis ini, ia sememangnya menceritakan bahawa Nabi SAW ada melamar Ummu Hani’ dan pinangan Baginda ditolak oleh Abu Talib berdasarkan sebab yang dinyatakan. Namun, hadis ini tidak boleh diterima atas sebab terdapat perawi yang bermasalah pada rantaian sanad hadis ini. Perawi yang dikatakan itu ialah Muhammad bin al-Sa’ib al-Kalbi atau nama panggilannya Abu al-Nadhr. Imam al-Baihaqi menyatakan bahawa hadis yang dibawa olehnya tidak boleh dijadikan hujah[4].

Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam kitabnya Lisan al-Mizan menukilkan beberapa perbincangan oleh ulama berkenaan khususnya berkenaan dengan perihal perawi bagi hadis di atas. Imam Ahmad bin Hanbal berkata: Sesungguhnya beliau ialah pemilik hikayat dan perihal nasab. Menurutku tidak ada seorang pun yang mengambil hadis daripadanya. Menurut al-Daruqutni dan selainnya berpandangan hadis tersebut matruk (hadis yang ditinggalkan) manakala menurut Ibn ‘Asakir pula ia adalah seorang Syiah Rafidah serta tidak thiqah.[5] Kepalsuan sanad ini juga dibuktikan dengan penyataan al-Daruqutni berkenaan Muhammad bin al-Sa’ib al-Kalbi ini yang secara jelas menyatakan dan mengakui kepalsuan riwayatnya daripada Abu Soleh[6]. Al-Kalbi berkata:

كلَّما حدثت عن أبي صالح فهو كذب

Maksudnya: “Semua yang aku riwayatkan daripada Abu Soleh adalah dusta belaka.”

Meskipun Muhammad bin al-Sa’id al-Kalbi mahir dalam bidang tafsir, namun dalam lapangan hadis, al-Kalbi termasuk dalam kalangan perawi yang terlalu lemah. Oleh yang demikian, jelas bagi kita bahawa hadis ini tidak boleh diterima malah tidak boleh dijadikan hujah. Sehubungan dengan itu, cerita berkenaan lamaran kedua ini adalah tertolak sama sekali.

Seterusnya, lamaran kali ketiga pula berlaku ketika mana Ummu Hani telah memeluk Islam yakni selepas peristiwa pembukaan kota Mekah. Hal ini berdasarkan riwayat daripada Abu Hurairah RA:

َ، خَطَبَ أُمَّ هَانِئٍ، بِنْتَ أَبِي طَالِبٍ فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنِّي قَدْ كَبِرْتُ، وَلِي عِيَالٌ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: خَيْرُ نِسَاءٍ رَكِبْنَ الإبلِ ، أَحْنَاهُ عَلَى وَلَدٍ فِي صِغَرِهِ، وَأَرْعَاهُ عَلَى زَوْجٍ فِي ذَاتِ يَدِهِ

Maksudnya: “Bahawa Nabi SAW telah meminang Ummu Hani’ binti Abi Talib lalu Ummu Hani’ berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah tua dan mempunyai keluarga (anak-anak).” Jawab Nabi SAW: “Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menunggang unta (wanita ‘Arab), paling sangat penyayang sanggup menjanda untuk anak yang masih kecil, paling sanggup memelihara anak suaminya.”

(Riwayat Muslim)

Hadis ini merupakan hadis sahih kerana diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya. Sebagaimana maklum, ulama bersepakat menerima hadis-hadis yang terdapat dalam Sahih al-Bukhari dan juga Sahih Muslim seperti mana para cendekiawan menyatakan:

تلقته الأمة بالقبول

Maksudnya: “Kesemua umat Islam menerima pakai (Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim)

Benarkah Ummu Hani’ ‘First Love’ Nabi SAW?

Kenyataan berkenaan Ummu Hani’ sebagai first love Nabi Muhammad SAW turut diragui dan mesti diambil perhatian agar kita tidak sewenangnya menyatakan sesuatu perkara yang tidak benar berkenaan Baginda SAW. Oleh itu, ia mestilah didasari dengan suatu asas ataupun dalil yang menyatakan secara khusus perkara sedemikian, lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan soal hati dan perasaan seseorang.

Meskipun begitu, sekadar carian kami, tidak dijumpai mana-mana ayat al-Quran, riwayat hadis ataupun athar para sahabat yang menyebut apatah lagi menceritakan berkenaan cinta pertama Nabi SAW ini. Berhati-hatilah dalam menyatakan sesuatu ke atas Nabi SAW, Baginda bersabda:

إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ، فَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا، فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

Maksudnya: “Sesungguhnya pendustaan di atas namaku bukanlah seperti pendustaan di atas nama orang lain, siapa yang berdusta di atas namaku, maka siaplah tempatnya di dalam neraka.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berhati-hati Dalam Menyampaikan Sesuatu Perkara Berkaitan Nabi

Bagi menyampaikan sesuatu perkara kepada sekalian masyarakat, hendaklah dipastikan terlebih dahulu fakta yang ingin disampaikan itu berpunca daripada sumber yang betul dan diyakini benar. Hal ini supaya tidak berlaku kepincangan dalam kalangan masyarakat serta apa yang dipegang oleh masyarakat itu merupakan suatu perkara yang diyakini. Ingatlah bahawa perbuatan menyebarkan apa sahaja yang kita baca dan dengar tanpa memastikan kesahihannya boleh dikira sebagai seorang pendusta. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

كَفَى بالمَرْءِ كَذِبًا أنْ يُحَدِّثَ بكُلِّ ما سَمِعَ

Maksudnya: “Cukuplah seseorang itu dikira menipu apabila dia menyampaikan semua perkara yang dia dengari (tanpa tahu kesahihan berita tersebut).”

Riwayat Muslim (5)

 

Kesimpulan

Kisah berkenaan Nabi SAW pernah melamar Ummu Hani’ namun ditolak adalah benar namun hanya berlaku sekali sahaja iaitu pada tahun pembukaan kota Mekah, sewaktu beliau baru memeluk Islam, sebagaimana yang diriwayatkan dalam Sahih Muslim. Adapun bagi dakwaan dua lamaran yang berlaku sebelum Islam adalah tidak diterima kerana sanad riwayatnya terlalu lemah dan tidak layak dijadikan sandaran. Seterusnya, menyatakan first love Nabi SAW iaitu Ummu Hani’ adalah suatu perkara yang perlu diambil perhatian yang mana tidak diketahui sumber asalnya untuk memastikan hal demikian adalah benar. Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihati agar berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu perkara yang berkait dengan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Hal yang demikian supaya kita tidak tergolong dalam kalangan mereka yang mendustakan Baginda SAW.

Wallahu A‘lam.

Rujukan: 

[1] Al-‘Asqalani, Ahmad bin ‘Ali bin Muhammad, al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah. (Beirut: Dar al-Kutub, Ed 1, 1415H) Jld 8 hlm 485.

‌أم ‌هانئ بنت أبي طالب بن عبد المطلب بن هاشم الهاشمية، ابنة عم النبيّ صلى الله عليه وآله وسلم.

قيل: اسمها فاختة، وقيل اسمها فاطمة، وقيل هند، والأول أشهر.

وكانت زوج هبيرة بن عمرو بن عائذ بن عمر بن عمران بن مخزوم المخزوميّ

[2] Al-Zahabi, Syams al-Din Muhammad, Siyar A‘lam al-Nubala’. (Kaherah: Dar al-Hadith, 2006) Jld 3, hlm 535.

دَخَلَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم إِلَى مَنْزِلِهَا يَوْمَ الفَتْحِ فَصَلَّى عِنْدَهَا ثَمَانِ رَكَعَاتٍ ضُحَىً2.

رَوَتْ أَحَادِيْثَ.

حَدَّثَ عَنْهَا: حَفِيْدُهَا جَعْدَةُ وَمَوْلَاهَا أَبُو صَالِحٍ بَاذَامُ وَكُرَيْبٌ مَوْلَى ابْنِ عَبَّاسٍ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ بنُ أَبِي لَيْلَى وَمُجَاهِدُ بنُ جَبْرٍ وَعَطَاءُ بنُ أَبِي رَبَاحٍ وَعُرْوَةُ بنُ الزُّبَيْرِ وَآخَرُوْنَ

[3] Abu Abdullah Muhammad bin Sa‘d, al-Tabaqat al-Kubra, Tahkik: Muhammad ‘Abd al-Qadir ‘Ata, (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, cetakan pertama, 1410H/1990M), 8/120.

[4] Ahmad bin al-Husain al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra li al-Baihaqi, Tahkik: Dr Abdullah bin ‘Abd al-Muhsin al-Turki, (T.tp: Markaz Hajr, cetakan pertama, 1432H/2011M), 12/597.

محمدُ بنُ السّائبِ الكَلبِىُّ لا يُحتَجُّ بهِ.

[5] Al-‘Asqalani, Ahmad bin ‘Ali bin Muhammad, Lisan al-Mizan. (Lubnan: Muassasah al-A’lami, Ed 2, 1971M) Jld 6, hlm 196.

"هشام" بن محمد بن السائب الكلبي أبوالمنذر الأخباري النسابة العلامة روى عن أبيه أبي النضر الكلبي المفسر وعن مجالد وحدث عنه جماعة قال أحمد بن حنبل إنما كان صاحب سمر ونسب ما ظننت أن أحدا يحدث عنه وقال الدارقطني وغيره متروك وقال ابن عساكر ‌رافضي ‌ليس ‌بثقة

[6] Najm ‘Abd al-Rahman Khalaf, Mu‘jam al-Jarh wa al-Ta‘dil li Rijal al-Sunan al-Kubra, (T.tp: Dar al-Rayah, cetakan pertama, 1409H/1989M), 1/145.

قال سفيان: قال الكلبي: قال لي أبو صالح: كل ما حدثتك به كذب.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Online 

Kalau betul rujukan sahih minta nama ulama, kitab- Prof. Rozaimi

 

Prof. Rozaimi (kiri) dan Ustaz Don

PETALING JAYA – Pakar bidang hadis, Profesor Dr. Muhamad Rozaimi Ramle meminta pendakwah popular, Ustaz Don Daniyal mengemukakan nama rujukan ulama dan kitabnya jika benar-benar bersumber.

Beliau yang juga Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis berkata, ahli sunnah terdahulu telah meletakkan kriteria untuk menyelesaikan isu itu dengan berkata, ‘namakan perawai-perawi kamu’ setiap kali berkongsi hadis.

“Kalau dia (Ustaz Don) kata rujukan dan kitabnya sahih, kongsilah nama kitab dan nama ulama. Hadis daif berbeza dengan hadis yang tidak diketahui asalnya.

“Dalam cerita Ummu Hani’ yang disampaikan Ustaz Don, tidak dinyatakan mana sanadnya dan salasilah perawinya. Kalau ada, sila nyatakan, kita nak semak. Ini masalahnya bila kita semak memang tidak ada.

“Kalau betul-betul hadis itu daif seperti yang didakwa bawa mari sanad. Ini tidak, disebarkan tanpa menyatakan status dan sumbernya. Bagi saya ini tidak berdisiplin dalam menukilkan sesuatu dari Nabi Muhammad S.A.W. Ini melibatkan nama Nabi dan agama yang kita perlu jaga,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tambah Muhamad Rozaimi yang juga Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) berkata, beliau sudah membuat teguran secara terbuka lebih dari sekali untuk meminta Ustaz Don menyatakan sumbernya.

“Saya kecewa dengan respon beliau (Ustaz Don) apabila dia mendakwa kitab dan ulamanya mengatakan sahih tapi tidak diberitahu namanya dan tajuk kitabnya untuk kita semak. Kenapa perlu menyembunyikan nama kitab dan ulama tersebut jika benar kisah yang dikongsikan itu sahih?

“Bukan sekali teguran dibuat. Saya percaya kalau orang lain tentu dah ambil pengajaran,” ujarnya.

Terdahulu, Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal bin Don Biyajid, 40, ‘direhatkan’ daripada program yang sinonim dengan musim ibadah haji, Salam Baitullah ekoran beberapa kontroversi penyebaran hadis tidak bersumber.

Semalam, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut mengeluarkan status hadis riwayat cinta pertama Rasulullah S.A.W berkaitan kisah Ummu Hani’ di mana penceritaan Ustaz Don dianggap lemah dan hadis digunakan adalah tidak bersumber.

Mengulas mengenai Ustaz Don ‘direhatkan’, Muhamad Rozaimi berkata, tindakan yang dilakukan pihak stesen penyiaran televisyen itu adalah wajar agar masyarakat tidak mempercayai sesuatu yang tidak pasti dan tidak ada asal.

Katanya, apabila sesuatu hadis disandarkan pada nama Nabi Muhammad S.A.W, ia bukanlah isu yang kecil malah mencerminkan agama Islam.

“Isu penggunaan hadis yang tidak ada sumbernya merupakan isu yang besar, sampai para ulama’ pernah berkata ancaman dosa kepada sesiapa yang menyebarkan hadis dalam keadaan dia tidak tahu statusnya.

“Saya harap isu ini jadi peringatan, jangan kerana kita nak buat baik, tapi terjebak dalam perkara yang tidak betul,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Rabu, 5 Jun 2024

Filem P.Ramlee: "Kisah Di Sebalik Gabungan Do Re Mi."

 "Kisah Di Sebalik Gabungan Do Re Mi."

Filem Do Re Mi asalnya merupakan ciptaan A.R Tompel dan diarahkan oleh P. Ramlee. Suatu hari, A.R Tompel menemui P. Ramlee di rumahnya dan mencadangkan agar P.Ramlee mengarahkan filem komedi trio seperti Bujang Lapok.

Semasa mencari pelakon untuk watak Mi, P. Ramlee ingin membawa S. Shamsudin atau Aziz Sattar ke Kuala Lumpur. Namun, hasratnya terbatal dek kerana isu kos.

Selain itu, nama M. Zain juga pernah difikirkan sesuai. Memandangkan M. Zain berada di Singapura & kesihatan tidak mengizinkan, watak ini diberikan kepada Ibrahim Din.

P. Ramlee teringat kepada Ibrahim Din yang sebelum ini berlakon di bawah arahannya untuk filem Sabarudin Tukang Kasut. 

Setelah perbincangan dengan A.R Tompel, mereka bersetuju untuk memberi watak Mi kepada Ibrahim Din.

Pada tahun 1966, Do Re Mi muncul di pawagam dan terbitlah gabungan baru: Do Re Mi, Nasib Do Re Mi & Laxmana Do Re Mi.

Selepas filem Laxmana Do Re Mi, P. Ramlee dan A.R Tompel ingin menyambung siri Do Re Mi, menjadikannya siri keempat. Ibrahim Din dipilih sekali lagi untuk watak Mi. 

Terdapat perbalahan antara Ibrahim Din dengan P. Ramlee & A.R Tompel mengenai isu ini sehingga projek filem tertangguh sehingga A.R Tompel meninggal dunia pada 30 Januari 1973 dalam satu kemalangan.

P. Ramlee pernah beritahu seorang wartawan Majallah Filem, "Saya dan Tompel ingin matikan Ibrahim Din dalam siri Do Re Mi yang akan datang, tetapi Ibrahim Din kata pada saya matikan Tompel, beberapa minggu selepas itu Tompel benar-benar mati" - seloroh P.Ramlee.

Selepas kematian A.R Tompel, P. Ramlee membatalkan hasrat sambungan siri Do Re Mi dan menamatkan kontraknya bersama Studio Merdeka. 

Ini menjadikan filem Laxmana Do Re Mi sebagai filem terakhir dalam kerjaya P. Ramlee. 

Secara kebetulan, Ibrahim Din dipilih sebagai pilihan terakhir untuk watak Mi dan juga merupakan bintang terakhir yang meninggal dunia di kalangan pelakon Do Re Mi.

Ibrahim Din turut diberikan peranan sebagai Orang Kaya Mi dalam filem Si Jantung Hati (1986) yang diarahkan oleh A.R. Badul yang turut menjadi watak utama sebagai Re Kecil. Filem ini boleh dianggap sebagai sambungan tidak rasmi kepada filem Nasib Do Re Mi (1966).

Satu fakta yang kita tidak boleh nafikan ialah siri Do Re Mi berjaya menaikkan nama Ibrahim Din walaupun sebelum itu beliau bukanlah siapa siapa.

"5 kaki 2 inci tak ada..3 suku ada..."

"Sabun di bilik mandi... Ohhh sabunnnnnnnnnnn!!!!"

Oleh: Azizul Farhan

___

Sumber