"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Rabu, 5 Jun 2024

Bersara:Duit KWSP habis ubah suai rumah, kenduri anak

 

Pengubahsuaian rumah merupakan satu daripada perbelanjaan yang dibuat oleh pencarum KWSP. - Gambar hiasan
Pengubahsuaian rumah merupakan satu daripada perbelanjaan yang dibuat oleh pencarum KWSP. - Gambar hiasan

KOTA BHARU - Duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM750,000 yang diperoleh seorang bekas pengurus sebuah syarikat jualan langsung bahagian Pantai Timur habis dalam tempoh tujuh tahun digunakan untuk mengubah suai rumah dan kenduri kahwin anak.

Bekas pekerja swasta terbabit, Abdul Rahman Abdullah, 64, berkata, sebelum itu, duit itu juga susut kerana digunakan bagi menampung kehidupan sepanjang tempoh persaraan bermula pada tahun 2017.

Lelaki itu menjelaskan, dia mengambil keputusan untuk bersara pada usia 57 tahun selepas berkhidmat selama 27 tahun bersama syarikat yang berpangkalan di luar negara itu.

“Saya menerima wang persaraan berjumlah RM750,000 iaitu RM500,000 Akaun 1 manakala RM250,000 Akaun 2.

“Duit itu digunakan untuk mengubah suai rumah kira-kira sebanyak RM200,000 merangkumi pembinaan pagar konkrit, menambah bahagian dapur dan garaj.

“Sebanyak RM70,000 lagi digunakan untuk melaksanakan kenduri kahwin dua anak perempuan pada tahun 2016 dan 2018 manakala selebihnya habis digunakan bagi belanja makan, minum, kos elektrik, air dan internet serta petrol kereta sepanjang bersara,” katanya kepada Sinar Harian.

Laporan muka depan Sinar Harian pada Rabu.
Laporan muka depan Sinar Harian pada Rabu.

Menurut bapa lima anak itu, dia mengubah suai rumah kerana ingin memberi keselesaan kepada anak-anak yang sudah berkeluarga ketika pulang ke kampung halaman pada musim perayaan.

Ujarnya, kos sara hidup yang tinggi pada masa kini dengan harga barangan yang mahal juga menyebabkan wang persaraan tersebut cepat habis.

“Setiap kali keluar membeli lauk-pauk, perlu ada RM100 atau lebih dan nasihat saya kepada pesara agar perlu berjimat-cermat supaya wang KWSP dapat terus membantu kehidupan selepas tidak bekerja.

“Cuma saya bernasib baik kerana isteri (62 tahun) ialah pesara kerajaan yang menerima sejumlah pencen dan dapat membantu menampung perbelanjaan kami seterusnya dalam menghabiskan usia tua,” katanya.

-SH Online 

Mohd Azizi masih Adun Nenggiri sah - Speaker Dun Kelantan

 Mohd Azizi Abu Naim. FOTO NSTP.

Mohd Azizi Abu Naim. FOTO NSTP.

Kota Bharu: Kelantan menunggu surat rasmi daripada Bersatu berhubung status Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim.

Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sehingga kini Mohd Azizi masih Adun sah sehingga ada keputusan rasmi daripada Dun Kelantan.

"Setakat ini kita masih menunggu surat rasmi daripada Bersatu berhubung status Adun Nenggiri.

"Mohd Azizi masih Adun sehingga ada keputusan rasmi Dun," katanya ketika dihubungi.

Media sebelum ini melaporkan, Ahli Parlimen dan seorang Adun Bersatu digugurkan keahlian serta-merta selepas gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.

Perkembangan itu dimaklumkan Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, sambil menjelaskan ia diputuskan dalam mesyuarat baru-baru ini.

Katanya, Bersatu akan sekali lagi membawa keputusan berkaitan kedudukan wakil rakyatnya itu kepada pengetahuan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dalam masa terdekat.

-myMetro 

Sewaktu muda, Stallone adalah seorang pelakon yang bergelut dalam kehidupan.

 Sewaktu muda, Stallone adalah seorang pelakon yang bergelut dalam kehidupan. 

Pada satu ketika, dia sangat susah sehingga dia mencuri barang kemas isterinya dan menjualnya.

Keadaan menjadi sangat teruk sehingga dia  kehilangan tempat tinggal. Ya, dia tidur di stesen bas New York selama 3 hari. Tidak mampu membayar sewa atau membeli makanan. 

Titik terendahnya ialah apabila dia cuba menjual anjingnya kepada orang yang tidak dikenali. Dia tidak mempunyai wang untuk memberi makan anjing itu lagi. Dia menjualnya pada $25 sahaja. 

Dia berjalan sambil menangis. 

Dua minggu kemudian, dia melihat perlawanan tinju antara Mohammed Ali dan Chuck Wepner dan perlawanan itu memberinya inspirasi untuk menulis skrip filem terkenal, ROCKY. 

Dia menulis skrip selama 20 jam! Dia cuba menjualnya dan mendapat tawaran $125,000 untuk skrip itu. Tetapi dia hanya mempunyai SATU PERMINTAAN. Dia mahu membintangi filem itu. Dia mahu menjadi PELAKON UTAMA, Rocky sendiri. Tetapi pihak studio berkata TIDAK. 

Mereka mahukan BINTANG SEBENAR. Mereka berkata dia "Nampak kelakar dan bercakap kelakar". Dia pergi dengan skripnya. 

Beberapa minggu kemudian, studio itu menawarkan dia $250,000 untuk skrip. Dia menolak. Mereka juga menawarkan $350,000. Dia tetap menolak. Mereka mahukan filemnya, tetapi BUKAN dia. Dia kata TIDAK. Dia harus berlakon DALAM FILEM ITU. 

Selepas beberapa ketika, studio bersetuju, memberinya $35,000 untuk skrip dan biarkan dia membintanginya! Selebihnya adalah sejarah! 

Filem ini memenangi Filem Terbaik, Pengarahan Terbaik dan Penyuntingan Filem Terbaik di Anugerah Oscar yang berprestij. Malah dia dicalonkan untuk PELAKON TERBAIK! Filem ROCKY malah telah dimasukkan ke dalam American National Film Registry sebagai salah satu filem terhebat yang pernah ada! 

TIADA SIAPA YANG TAHU APA YANG ANDA MAMPU KECUALI DIRI ANDA! 

Orang akan menilai anda dari BAGAIMANA rupa anda. Dan dengan APA yang anda ada. Tetapi Berjuanglah! Berjuang untuk tempat Anda dalam sejarah. Berjuang untuk kemuliaanmu. JANGAN PERNAH BERPUTUS ASA!

Walaupun terpaksa menjual semua pakaian anda , IT'S OKAY! Tapi SELAGI ANDA MASIH HIDUP, KISAH ANDA BELUM HABIS. 

Teruskan Berjuang. Kekalkan impian dan harapan anda. 

Sumber: BelowZeroToHero 

Disusun: Cerita Motivasi 

P.S. Selepas filem itu ditayangkan, dia mencari lelaki yang membeli anjingnya dan membelinya semula dengan harga 10k.

Tidak ada pelakon lain dpt menbuat 3 franchise movie box office yg sangat berjaya spt dia..  Rocky ( 5 episod)   , Rambo ( 6 episod)  & Expandable ( 4 episod ) . 

Keseluruhannya dia telah berlakon dlm 89 movie dan banyak yg box office juga walau tidak sehebat Rocky, Rambo & Expandables. Spt.

1970: The Party at Kitty and Stud's

1973: No Place to Hide

1974: The Lords of Flatbush

1975: Capone

1975: Death Race 2000

1975: Farewell, My Lovely

1976: Rocky

1978: F.I.S.T.

1978: Paradise Alley

1979: Rocky II

1981: Nighthawks

1981: Escape to Victory

1982: Rocky III

1982: First Blood

1983: Staying Alive

1984: Rhinestone

1985: Rambo: First Blood Part II

1985: Rocky IV

1986: Cobra

1987: Over the Top

1988: Rambo III

1989: Lock Up

1989: Tango & Cash

1990: Rocky V

1991: Oscar

1992: Stop! Or My Mom Will Shoot

1993: Cliffhanger

1993: Demolition Man

1994: The Specialist

1995: Judge Dredd

1995: Assassins

1996: Daylight

1997: Cop Land

1998: Antz

1999: D-Tox

2000: Get Carter

2001: Driven

2002: Avenging Angelo

2003: Spy Kids 3: Game Over

2003: Shade

2006: Rocky Balboa

2008: Rambo

2010: The Expendables

2011: Zookeeper

2012: The Expendables 2

2012: Bullet to the Head

2013: Escape Plan

2013: Grudge Match

2014: The Expendables 3

2014: Reach Me

2015: Creed

2016: Ratchet & Clank

2017: Guardians of the Galaxy Vol. 2

2017: Animal Crackers

2018: Escape Plan 2: Hades

2018: Creed II

2018: Backtrace

2019: Escape Plan: The Extractors

2019: Rambo: Last Blood

Itu kisah kejayaan hidupnya.. semoga kita juga akan berjaya dalam kehidupan kita 🤲 Aamiin

Credit 

Ustaz Don ‘direhatkan’ daripada program Salam Baitullah

 

Suhaimi (kiri) dan Ustaz Don.

PETALING JAYA – Pendakwah popular, Ustaz Don Daniyal ‘direhatkan’ daripada program yang sinonim dengan musim ibadah haji, Salam Baitullah ekoran beberapa kontroversi yang terpalit dengan dirinya.

Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman dalam satu kenyataan berkata, Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal bin Don Biyajid, 40, ‘direhatkan’ untuk meredakan keadaan yang tegang di platform media sosial.

“Untuk meredakan keadaan, saya sudah arahkan ‘team’ Salam Baitullah untuk ‘rehatkan’ dulu Ustaz Don. Jangan tanya apa saya rasa dan fikir,” tulisnya dalam ciapan hari ini.

Di awal ciapannya, Suhaimi turut menjelaskan bahawa tugas Ustaz Don dalam rancangan tersebut adalah sebagai juruacara dan bukannya penganalisis atau penceramah.

“Beliau juga dinasihatkan agar tidak mengundang kontroversi. Beliau akur. Pimpinan tertinggi barisan pengarang juga ada di lokasi menentukan semua juruacara mengikut skrip. Kita doakan yang baik-baik,” katanya.

Dalam pada itu, Suhaimi turut berpesan kepada orang ramai agar mengadakan perbincangan secara terbuka dan sopan.

Katanya, kebanyakan pengguna media sosial kurang menghormati pandangan orang lain sama ada perkara itu betul atau pun tidak.

“Kebijaksanaan dan intelektual dalam kalangan orang kita mungkin masih jauh. Yang penting nampak tegas dan belasah. Begitulah,” tulisnya.

Terdahulu, kecoh di Facebook apabila seorang pensyarah kanan Jabatan Pengajian al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Islam Malaysia membuat teguran terbuka kepada seorang pendakwah dipercayai Ustaz Don.

Kata pensyarah tersebut, orang ramai perlu berhati-hati dengan dakwah yang diberikan oleh ustaz selebriti itu kerana didakwa menyebarkan cerita serta hadith palsu.

Lebih hangat lagi, pendapat tersebut turut dikongsi semula oleh seorang pempengaruh dikenali sebagai @ZacZakirin13 yang turut mendakwa Ustaz Don sering berkongsi kisah-kisah palsu bersandarkan Nabi Muhammad SAW.

Semalam, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut mengeluarkan status hadis riwayat cinta pertama Rasulullah SAW berkaitan kisah Ummu Hani’ dimana penceritaan Ustaz Don dianggap lemah dan hadis digunakan adalah tidak bersumber.

Ustaz Don sebelum ini juga ada mengeluarkan kenyataan tentang dakwaan dirinya menggunakan hadis palsu dalam satu podcast sebuah radio tempatan.

Katanya, dia tidak mempunyai niat langsung untuk menyeleweng umat Islam bahkan semua buku-buku yang dirujuk adalah sahih menurut ulama’ nya. – KOSMO! ONLINE

Selasa, 4 Jun 2024

Suami BCL didakwa pecah amanah, 'songlap' duit syarikat lebih RM1.99 juta

 BCL dan Tiko

BCL dan Tiko

Jakarta: Suami kepada artis popular Indonesia, Bunga Cinta Lestari (BCL) iaitu Tiko Aryawardhana didakwa menyeleweng dana milik syarikat diusahakan bersama bekas isteri, Arina Winarto iaitu PT Arjuna Advaya Sanjaya (AAS) berjumlah kira-kira 6.9 bilion rupiah (lebih RM1.99 juta).

Tiko didakwa melakukan kesalahan terbabit antara 2015 sehingga 2021 ketika memegang jawatan sebagai pengarah syarikat perusahaan makanan dan minuman itu.

Berikutan itu, Arina yang bertindak sebagai pemilik dan pemegang saham syarikat membuat laporan di Balai Polis Jakarta Selatan, baru-baru ini.

Memetik laporan Kompas, peguam mewakili Arina iaitu Leo Siregar dalam satu kenyataan media memberitahu, Tiko didapati melakukan pecah amanah terhadap syarikat.

"Tiko berperanan mengurus takbir syarikat itu membabitkan aspek kewangan, Arina lebih pasif dan hanya mahu melihat urusan syarikat berjalan lancar.

"Bagaimanapun, Tiko menyatakan hasrat menutup syarikat atas alasan tidak mampu membayar sewa pada 2019.

"Memandangkan dokumen keuntungan dan kerugian mencurigakan, Arina mula menyiasat dan membuat laporan bahawa dokumen dimanipulasi.

"Arina kemudian melakukan siasatan dan audit, sebelum mendapati dana 6.9 bilion rupiah (lebih RM1.99 juta) digunakan," menurut kenyataan itu.

Difahamkan Arina sudah membuat laporan polis pada 2022 selepas Tiko gagal menjelaskan audit syarikat dan kini sedang dalam tindakan pihak berkuasa.

Sementara itu, polis Jakarta Selatan, AKBP Bintoro berkata, perkara itu masih dalam siasatan dengan pelbagai bukti masih dalam peringkat pengumpulan.

Untuk rekod, Tiko dan Arina mendirikan rumah tangga pada 26 Jun 2014, namun berpisah pada 28 Oktober 2021.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan termasuk sepasang kembar.

Tiko kemudiannya berkahwin dengan BCL pada 2 Disember tahun lalu.

-myMetro 

"Macam Mana Wujudnya Perodua?"

 "Macam Mana Wujudnya Perodua?"

Kalau korang memandu kereta, mustahil untuk korang tak nampak sebuah kereta paling terkenal di Malaysia iaitu King of Highway, Myvi. Tapi korang tau tak macam mana lahirnya anak kedua Perodua ni?

Dikala anak pertama Proton dengan model sulungnya Proton Saga menjadi kereta terlaris dalam Malaysia di awal 1990-an, masih ramai keluarga yang tak mampu untuk memiliki sebuah kereta.

Nak memberikan peluang memiliki kereta dengan harga yang mampu milik, maka wujudlah Perodua.

Masa sebelum nak ditubuhkan tu, kod "M2" digunakan untuk merujuk kepada Perodua yang masih lagi rahsia ketika itu.

Pada 1993, lahirlah Perodua yang muncul hasil daripada kerjasama syarikat-syarikat seperti Daihatsu, UMW dan Med-Bumikar milik MARA.

Perodua ialah singkatan nama kepada Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd. Nampak sangat la dia ni anak bongsu jenama kereta kebangsaan kita.

Setahun selepas penubuhan Perodua iaitu pada 1994, Perodua Kancil muncul di pasaran negara. 

Perodua menggunakan komponen yang digunakan oleh Daihatsu. Perodua Kancil ialah hasil "rebadge" daripada produk Daihatsu iaitu Daihatsu Mira generasi ketiga.

Tak pelik pun Kancil ni diambil dari Daihatsu Mira memandangkan Daihatsu pegang saham sebanyak 20% ketika awal penubuhan Perodua.

Perodua turut diperkenalkan di pasaran antarabangsa iaitu di Brunei pada tahun 1995 dan United Kingdom pada tahun 1997 untuk model Kancil. Di UK, Kancil dijual sebagai Perodua Nippa.

Perodua tawarkan harga yang lagi rendah dan mampu untuk dibeli oleh rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. 

Pada mulanya Perodua kebanyakannya mengeluarkan kereta mini dan superminis dan tak ada model dalam segmen pasaran yang sama seperti Proton. 

Tapi apabila Proton nak cuba bermain dalam segmen pasaran seperti Perodua, Proton tak mampu untuk atasi kegemilangan Perodua.

Itu sebabnya Proton mengalami kejatuhan yang sangat teruk sampaikan Proton Savvy yang dibuat untuk bersaing dengan King Myvi pun tak mendapat sambutan.

Myvi jadi kereta paling laris dalam pasaran Malaysia sejak 2006 sehinggalah dominasinya dipecahkan oleh adiknya sendiri, Bezza pada 2023.

Tapi dengar cerita sekarang Daihatsu dan Perodua ada isu, isu apa tu?

Oleh: Azizul Farhan

Sumber 

Isnin, 3 Jun 2024

Lian Ker desak Hannah Yeoh letak jawatan menteri

 

Ti Lian Ker, Hannah Yeoh
Ti Lian Ker, Hannah Yeoh

SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker mendesak Hannah Yeoh meletakkan jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan berhubung isu Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT).

Menurutnya, isu projek tersebut menimbulkan isu kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan (CAT) yang diperjuangkan DAP selama ini.

"Kerajaan (bukan kementerian Menteri) juga telah memberi Asia Mobility, syarikat kepunyaan suami Hannah Yeoh tanpa tender terbuka yang menimbulkan isu kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan atau CAT yang dilaung-laungkan oleh DAP selama ini terhadap kerajaan BN.

"Maka atas prinsip yang sama dan secara moral, Hannah perlu juga meletakkan jawatan supaya negara kita mempunyai landasan dan ketegasan untuk menangani penyalah gunaan kuasa dan pengaruh yang berleluasa. Bila lagi Hannah?," soalnya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Lian Ker turut membandingkan kes melibatkan syarikat milik suami Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dengan isu pemberian Projek Rintis DRT kepada Asia Mobility Technologies Sdn Bhd yang diterajui suami Hannah.

"Apa beza kes syarikat suami Shahrizat dan syarikat suami Hannah Yeoh yang mendapat layanan istimewa kerajaan dengan wang ringgit rakyat?

"Dalam kes NFC (National Feedlot Corporation Sdn Bhd) kepunyaan suami Shahrizat, Menteri Wanita pada masa syarikat itu mendapat pinjaman RM250 juta daripada kerajaan (bukan kementerian Menteri) tetapi projek gagal.

"Mahkamah memutuskan pada tahun 2023 (di bawah kerajaan PH dan UMNO) bahawa NFC tidak salah tetapi Shahrizat sudah pun dihukum oleh puak Hannah Yeoh apabila dipaksa meletak jawatan sebagai Menteri atas tekanan dan tohmahan politik. Wang ini adalah pinjaman yang perlu dibayar balik," katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan pihak SPRM menerima beberapa aduan baharu berkaitan isu kontrak yang diterima oleh suami Hannah daripada kerajaan Selangor.

Hannah bagaimanapun mengalu-alukan siasatan dan mahu kebenaran serta bukti yang sahih daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap terhadap projek DRT.

Beliau juga memberi jaminan tidak akan mengganggu proses siasatan melibatkan suaminya, Ramachandran Muniandy, sebagai pengasas bersama Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobiliti).

-SH Online 

Sambutan Luar Jangkaan Dorong Kedah Turunkan Harga Tiket


 Sebagai tanda penghargaan kepada penyokong setia mereka, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menurunkan harga tiket untuk aksi pusingan 16 pasukan terbaik Piala FA 2024.

Perkara ini dimaklumkan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kedah, Shahrul Samsudin dalam satu kenyataan media semalam.

Langkah ini dibuat bagi menghargai jasa penyokong yang tidak putus memberi sokongan kepada Sang Kenari dalam aksi Liga Super menentang Perak FC pada 24 Mei lalu.

Mengikut data kehadiran perlawanan Liga Super untuk minggu perlawanan ketiga, 9,349 orang penyokong hadir di Stadium Darul Aman.

Shahrul melihat kehadiran ramai penyokong mampu membakar semangat Kedah untuk bangkit daripada dua kekalahan sebelumnya dan merekodkan kemenangan.

“Perlawanan Piala FA edisi 2024/25 menentang Bukit Tambun FC di Pusingan Ke-16 pada 14 Jun 2024, Jumaat, 6.30 petang di Stadium Darul Aman adalah amat penting memandangkan dalam beberapa siri kempen sebelum ini KDA FC tewas seawal pusingan pertama.

“Justeru, bagi memastikan aura di Stadium Darul Aman terus bergema dengan kehadiran ribuan penyokong, sebagai tanda penghargaan dari pihak pengurusan, struktur harga tiket yang lebih menarik ditawarkan iaitu diskaun 50% dari harga asal, hanya untuk perlawanan kali ini, bagi meraih lebih sambutan penyokong ke Stadium Darul Aman.

“Harga tiket bagi perlawanan Piala FA, Pusingan ke-16 menentang Bukit Tambun FC pada 14 Jun ini adalah tiket dewasa (13 tahun dan ke atas) RM20 Grandstand, RM15 Pavilion dan RM10 Teres.

“Harga tiket kanak-kanak bagi 12 tahun ke bawah pula ditawarkan dengan harga RM5 untuk semua zon (Grandstand, Pavilion dan Teres),” katanya.

Penyokong Kedah yang memiliki pas bermusim Platinum, Grandstand, Pavilion dan Teres turut menikmati kelebihan akses percuma kepada semua zon stadium yang dinyatakan.

Shahrul berharap sokongan penyokong dapat memacu Kedah untuk mara ke peringkat suku akhir Piala FA 2024.

“Ayuh kita penuhi Stadium Darul Aman (pada) 14 Jun ini, masa terbaik untuk menebus kegagalan edisi Piala FA sebelum ini dengan melangkah ke peringkat seterusnya iaitu suku akhir Piala FA 2024,” tambahnya.

Kedah bakal menentang wakil Liga A1 Semi Pro, Bukit Tambun FC pada 14 Jun ini dengan perlawanan bermula pada jam 6.30 petang.

-makanbola.com

Tengku Zafrul pertahan pembabitan BlackRock dalam MAHB

 Firma itu pegang saham terbesar Apple, dan syarikat utama dunia bahkan dana kekayaan Abu Dhabi, Arab Saudi, dan Kuwait juga ada pegangan dalam BlackRock.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz, berkata kerajaan telah menjelaskan merit rundingan MAHB, ‘namun mungkin perlu buat lebih lagi’. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz mempertahankan keputusan kerajaan membenarkan BlackRock, firma yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel, memiliki pegangan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Sebelum ini, timbul kritikan menentang penyertaan BlackRock, menerusi anak syarikat penuhnya Global Infrastructure Partners (GIP), dalam konsortium bersama Khazanah Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi meningkatkan pegangan dalam MAHB.

Mereka mendakwa walaupun GIP dan Abu Dhabi Investment Authority (Adia) hanya memiliki 30% pegangan, ia membenarkan kemasukan BlackRock dalam pengurusan dan memiliki 39 lapangan terbang di Malaysia.

Pengkritik juga menuduh BlackRock, firma pelaburan berpangkalan di New York, ‘mengambil untung daripada genosid’ menerusi pegangannya dalam syarikat persenjataan Amerika Syarikat, yang didakwa membekalkan senjata kepada Israel.

Bagaimanapun, Tengku Zafrul, menekankan BlackRock adalah syarikat senaraian awam dan tidak dimiliki rakyat Israel.

Beliau juga merujuk bahawa dana kekayaan dari Abu Dhabi, Kuwait, Arab Saudi, dan Qatar juga memiliki kepentingan saham BlackRock.

Katanya, BlackRock juga merupakan pemegang saham terbesar Apple.

“Semua yang memiliki (produk) Apple, jika anda benar-benar menentang, anda tidak sepatutnya menggunakannya. Siapa pemegang saham terbesar WhatsApp? Siapa pemegang saham terbesar Facebook?

“Jadi, di mana kita nak putuskan garis pemisah? Dalam dasar, di mana kita gariskannya?” katanya dalam Madani Economy Townhall di Universiti Malaya ketika ditanya untuk menjelaskan rundingan penswastaan MAHB.

Tengku Zafrul berkata, penting bagi kerajaan menjelaskan merit rundingan berkenaan, “dan saya fikir mereka telah lakukan”.

“Namun, sudah tentu, mungkin kita kena buat lebih lagi. Bagi saya, kita perlu lihat perkara ini secara holistik,” katanya.

Sebelum ini, Khazanah memberikan jaminan GIP, sebagai rakan konsortium tidak mempunyai kuasa menentukan pengurusan MAHB apabila rundingan dimuktamadkan.

Beberapa pemimpin Perikatan Nasional, termasuk Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Afnan Hamimi Taib Azamudden, menggesa Putrajaya menangguhkan penjualan saham kepada GIP.

Bekas Ahli Parlimen DAP, Ong Kian Ming juga membuat gesaan terhadap kerajaan supaya Khazanah dan KWSP mengadakan sidang media menjelaskan rundingan tersebut secepat mungkin, berbanding memberi peluang kepada pembangkang ‘menguasai naratif’, menjelang sidang Parlimen akan datang.-FMT

Sabtu, 1 Jun 2024

Mana hilangnya Hannah Yeoh versi 2012 - MCA

 

Sin Woon
Sin Woon

SHAH ALAM - Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon menyindir ke mana hilangnya beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini lantang mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) agar menghentikan pemberian kontrak kepada kroni.

Menerusi sebuah video di TikTok, bekas timbalan menteri pendidikan itu mendakwa kelantangan tersebut tidak lagi dilihat selepas mereka menjadi kerajaan terutama dalam kontroversi membabitkan suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

"Di mana Hannah Yeoh versi 2012 yang lantang mengkritik BN dengan gesaan menghentikan kontrak kepada kroni. (Menteri Ekonomi) Rafizi Ramli (juga) pernah berkata, monopoli (oleh kroni bagi) projek-projek besar oleh satu syarikat menyebabkan kerajaan tidak mendapat harga yang terbaik berbanding jika diadakan secara tender terbuka.

"Mana hilangnya hero DAP, (bekas setiausaha publisiti DAP) Tony Pua yang juga mengkritik BN berhubung tender terbuka ini. Berhubung projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Pua (juga) pernah berkata rakyat Malaysia akan lebih gembira jika projek itu dijalankan secara tender terbuka dan kompetitif agar pembayar cukai mendapat nilai yang terbaik daripada wang mereka," katanya pada Khamis.

Pada Selasa, Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong mendakwa sehingga kini tiada sebarang komen daripada kepimpinan DAP mengenai pemberian kontrak projek rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh kerajaan Selangor secara terus kepada syarikat Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobility) yang dimiliki bersama suami Hannah.

Menurutnya, sikap berdiam diri dalam isu berkenaan juga bercanggah dengan amalan CAT yang dicanangkan oleh kepimpinan DAP sebelum ini iaitu kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada Khamis menjelaskan tidak timbul isu tender terbuka berhubung pelantikan dua syarikat pengendali projek rintis DRT tersebut.

Amirudin berkata, proses kelulusan dibuat selepas pertimbangan dan rujukan daripada Agensi Pengangkutan Awam dan Darat (APAD) yang memaklumkan hanya dua syarikat berkenaan telah diberikan kebenaran proof of concept (POC).