Selasa, 15 November 2022

Kerjasama BN/PN:Laporan media diambil di luar konteks – Takiyuddin

 

KOTA BHARU: Setiausaha Agung PAS, Dato’ Seri Takiyuddin Hassan, menyifatkan laporan media bahawa PERIKATAN NASIONAL (PN) dan Barisan Nasional (BN) mungkin bekerjasama selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sama sekali tidak berbangkit.

Katanya, laporan media mengenai perkara itu diambil di luar konteks yang boleh mengelirukan pengundi.

“Maka saya ingin tegaskan di sini bahawa kenyataan saya telah diambil di luar konteks dan tajuknya juga adalah mengelirukan pengundi.

“Saya ingin tegaskan bahawa saya berkeyakinan penuh PN akan dapat membentuk kerajaan secara bersendirian dan Perdana Menteri daripada PERIKATAN NASIONAL.

“Kami percaya rakyat akan lebih yakin dengan tema PN iaitu Prihatin, Stabil dan Bersih. Dengan ini maka sebarang kenyataan berhubung kerjasama dengan BN tidak berbangkit,” katanya pada kenyataan media hari ini.

Beliau menjelaskan perkara itu ekoran terdapat laporan media berkenaan kerjasama PERIKATAN NASIONAL dan Barisan Nasional selepas PRU-15.

Terdahulu media melaporkan PERIKATAN NASIONAL yakin dapat membentuk kerajaan hasil gabungan dengan parti lain, terutama BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). – HARAKAHDAILY 15/11/2022

0 comments:

Catat Ulasan