T15 Si Mahakaya
Dalam bajet 2025 PMX merujuk T15 sebagai yang bakal hilang pelbagai subsidi dan bantuan kerana dianggap mahakaya.
Untuk makluman PMX merujuk kepada T15 adalah golongan 15% pendapatan terkaya iaitu julat pendapatan antara RM13,000 - RM13,999 dan keatas yang disediakan oleh DOSM.
Harini beberapa ahli ekonomi mengkritik penggunaan data DOSM ini. Penggunaan julat pendapatan sahaja tanpa ambil kira faktor yang lain bakal menghukum rakyat.
Apakah faktor yang perlu diambil kira? saiz isi rumah, lokasi, tanggungan dan lain lain.
Sebagai contoh, seorang kakitangan awam dan isterinya yang bergaji RM6,500 seorang dan tinggal dibandar Kuala Lumpur berbanding dengan seorang penjawat awam bergaji RM13,000 namun tinggal di Baling Kedah. Sudah tentu kos sara hidup mereka berbeza.
Seorang pekerja swasta bergaji RM13,000 dan mempunyai 2 orang isteri dan 10 anak, tinggal bersamanya diklasifikasi sebagai T15 berbanding seorang pekerja swasta bujang dan bergaji RM 12,500 diklasifikasi sebagai M40.
Sebenarnya ini satu lagi contoh sikap PMX yang suka umum dulu baru fikir bagaimana nak laksana. Kakitangan awam yang jadi mangsa sekarang nak kena fikir kaedah pelaksanaan.
Aku cadang PMX tarik semula cadangan penarikan subsidi bagi golongan T15 ni dahulu untuk dikaji semula.
Nanti ada walanon mai komen, oooo PN nak suruh batal bajet 2025, nanti kakitangan awam tak dapat gaji bulan januari nanti.
Eh bang, boleh je luluskan bajet 2025 dengan pindaan.
Mudah jer, tak payah pening nak gaduh pasal T15.
Cuma persoalannya adakah PMX berjiwa besar akui kesilapan, atau keras kepala nak “menegakkan benang yang basah”.
Cuba komen sikit golongan sipi sipi masuk T15. Setuju tak?
Salam Hormat,
0 comments:
Catat Ulasan